Blogger templates

Showing posts with label Petua Anak Demam. Show all posts
Showing posts with label Petua Anak Demam. Show all posts

Mar 19, 2012

Tips dan Petua Apabila Anak Demam Panas

Anak yang belum memasuki usia dua tahun memang selalu mengalami demam atau demam panas. Kebiasaannya demam ini berlaku tanpa disangka-sangka samada kesan daripada injection imunisasi yang diambil setiap bulan, cuaca panas, suhu bilik / rumah yang panas, pakaian yang tebal, berjangkit daripada orang sekeliling, keletihan akibat perjalanan yang jauh, perubahan cuaca persekitaran dan lain-lain lagi. Demam mungkin tak jadi masalah sekiranya berlaku kepada orang dewasa (yelah, telan je dua biji panadol, mesti lepas tu surut). Namun, demam yang dialami oleh kanak-kanak jangan diambil mudah sebab akibat daripada demam tersebut boleh menyebabkan wujudnya penyakit lain yang merbahaya, mengganggu tumbesaran / perkembangan otak kanak-kanak, penyebab kepada sawan / kejang dan lain-lain lagi.

Bagaimana mengetahui anak demam atau tidak?

1. Suhu badan normal ialah 36.7°c. Gunakan termometer / jangka suhu untuk mengetahui suhu badan anak anda. Suhu yang melebihi dari suhu badan normal dianggap sebagai demam. I nasihatkan belilah termometer yang boleh membaca suhu dengan hanya meletakkan pada telinga. Termometer jenis ini lebih pantas dan mudah untuk mengambil suhu berbanding termometer biasa. Lagipun termometer begini boleh digunakan bagi seisi keluarga. Hah, kan jimat kan?
2. Letakkan belakang telapak tangan didahi, biarkan selama 5 saat, sekiranya terasa panas. Itu tandanya demam.

Tips Apabila Anak Demam Panas :-

1. Berikanlah ubat paracetamol dengan sukatan yang dibenarkan oleh doktor.
2. Bukakan pakaian anak dan gunakanlah tuala basah yang direndam di dalam air sejuk untuk menyapu pada bahagian muka, kepala, leher, ketiak, depan dan belakang badan serta kaki. Selimutkan bahagian dada anak dengan tuala kering (bagi mengelakkan anak mendapat batuk) dan biarkan tanpa pakaian untuk beberapa jam.
3. Biarkan tuala sejuk tersebut pada bahagian pelipat ketiak dan dahi.
4. Berikan susu dan air masak dengan kerap bagi mengelakkan anak anda dari mengalami dehidrasi.
5. Anak yang kelihatan lemah sewaktu demam adalah menunjukkan tanda lebih sakit, berbanding anak yang masih aktif walaupun demam.
6. Bukakan tingkap bilik / rumah bagi memastikan pengudaraan rumah dalam keadaan lancar dan tidak berhawa panas. Buka kipas atau kekalkan suhu penghawa dingin pada paras 27°c.
7. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti ruam pada badan, bintik di dalam mulut, muntah tanpa henti, cirit-birit, anak mengalami kekejangan / sawan serta tanda-tanda lain yang membimbangkan segera bawa anak berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Seelok-eloknya bawa anak pergi ke hospital / klinik yang menyediakan rawatan khusus untuk kanak-kanak.
8. Sentiasa pantau keadaan demam anak kerana demam yang berlarutan lebih daripada 2 hari memerlukan rawatan segera di klinik mahupun di hospital.

Petua Mengurangkan Demam :-

1. Campurkan segenggam asam jawa dengan air sejuk dan lumurkan pada kepala dan seluruh anggota badan. Asam jawa berfungsi untuk menyejukkan badan dan menurunkan suhu panas pada badan.
2. Mandikan anak dari paras bawah anggota badan hingga ke atas secara perlahan-lahan iaitu bermula dari kaki, punggung, badan dan akhir sekali pada bahagian kepala.

I ikatkan tuala basah dekat kepala Damien untuk kurangkan panas demam

Banyak kes dan kejadian yang tidak diingini berlaku apabila demam anak dibiarkan begitu sahaja. Penting untuk kita sebagai ibu bapa memastikan kesihatan anak berada dalam keadaan yang stabil. Simpan dan bawa ke mana sahaja ubat demam (yang tidak melebihi tempoh 3 bulan) dan termometer sekiranya korang pergi bercuti atau pulang ke kampung.

Sekiranya anak korang mengalami cirit-birit, boleh rujuk entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2010/05/tips-sekiranya-anak-mengalami-cirit.html


p/s : Selamat bekerja kawan-kawan. I masih dalam mood bercuti. Jaga kesihatan selalu.