Blogger templates

Showing posts with label Waroeng Penyet. Show all posts
Showing posts with label Waroeng Penyet. Show all posts

Mar 14, 2012

Waroeng Penyet

Apa itu ayam penyet? Kalau sebut nama ayam penyet, mesti korang dah boleh agak makanan ni sebenarnya berasal daripada Indonesia. Tapi i rasa nak tergelak bila perkataan Ayam Penyet ni disebut dalam bahasa inggeris / melayu. Apa taknya kalau sebut dalam bahasa inggeris maknanya Flattened Chicken, bahasa melayu pulak terus jadi Ayam Leper atau orang Johor panggil dengan ejaan Penyek. Takde nilai komersil langsung kan? Hehehe. Dengar nama je terus takde selera nak makan. Lagipun waktu first time (pertama kali) dengar nama Ayam Penyet, mati-mati i sangkakan ayam tu lepas goreng dikerjakan sampai penyek (tak pun, tah-tah sebelum goreng, ayam tu dah dipenyekkan pun. Uishh, kejam gila-gila! Hehehe). Kiranya habis patah riuk lah ayam tu waktu dihidangkan. Rupa-rupanya takdelah penyek mana pun. Sama je macam rupa ayam goreng biasa tu. Buat suspen je kan?

Kalau korang nak tahu, Waroeng Penyet ni lah restoran pertama yang perkenalkan i dengan dunia Ayam Penyet. Ni pun berkat mengikuti orang-orang yang kuat makan dalam twitter (elehh... Pandai je cakap orang lain kuat makan. Macamlah dia tak kuat makan jugak. Tihihi). Kalau tak, i pun tak tahu betapa best nya makan dekat Restoran Waroeng Penyet (memang terbaik tau masakan dorang!) I bagi 5 bintang untuk makanan dan sambal dekat sini. Slogan Waroeng Penyet, "Are U Hot Enough" tu memang kena sangat-sangat. Pedas habis! Tapi i belasah jugak berkali-kali sebab sedap.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Waroeng Penyet?

Ianya ditubuhkan sejak Januari 2007. Restoran makanan Indonesia ini menawarkan satu konsep makanan segera yang telah diiktiraf sebagai pembekal makanan berkualiti di negara Indonesia, Singapura dan Malaysia, terutama sekali menunya yang terkenal iaitu Ayam Penyet. Ianya menjadi penanda aras bagi restoran Indonesia di Malaysia. Dalam tempoh masa yang singkat, Waroeng Penyet telah berjaya mencipta jenama berdasarkan kepada nilai teras mereka yang berkualiti dari segi perkhidmatan dan kebersihan. Kebanyakan akhbar dan majalah di Singapura dan Malaysia, termasuk TV3 iaitu rancangan Jalan-Jalan Cari Makan juga telah mengiktirafkan Waroeng Penyet sebagai sebuah restoran yang perlu cuba (must try!).

sumber : http://waroengpenyet.com/my/

Alamat Waroeng Penyet di Malaysia ialah :-

Lot 131 & 132
1st Floor, The Curve
No. 6, Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya
Selangor

Waktu operasi :
Dibuka dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari.

No. Telefon Pejabat : [03] 7710 6761
No. Faks : [03] 7731 6132
Person In-Chage (Orang yang bertanggungjawab) : Riduan [016] 9200877

Kalau korang berjalan-jalan dekat Singapura dan teringin nak makan di Restoran Waroeng Penyet. Ini ialah alamat cawangan Waroeng Penyet di Singapura :-

BUGIS
1, Liang Seah Street #01-12
No. Telefon : 6337 1452

Waktu operasi :
Untuk hari Ahad hingga Rabu (bermula dari pukul 11:00 pagi hingga 11:00 malam)
Manakala dari Khamis hingga Sabtu, ianya dibuka dari pukul 11:00 pagi hingga 12:00 tengah malam.

MARINE PARADE
Blk 81, #01-638
Marine Parade Central
No. Telefon : 6344 1235

Waktu operasi :
Dibuka setiap hari dari pukul 11:30 pagi hingga 9:00 malam

JURONG EAST
Blk 134 Jurong East St13#01-309
Lokasi : Jurong Cafe Foodcourt
No. Telefon : 6344 1235


Waktu operasi :
Dibuka setiap hari dari pukul 11:00 pagi hingga 8:45 malam


Ada tawaran menarik setiap kali korang makan pada hari biasa / bekerja (untuk hari Isnin hingga Jumaat) bermula dari pukul 12:00 tengah hari hingga 3:00 petang. Di mana terdapat Lunch set (set makanan tengah hari) yang terdiri daripada beberapa pilihan hidangan termasuk air dengan harga setiap set tidak melebihi RM10.00. Untuk menu Lunch Set boleh rujuk gambar dekat bawah ok.

Klik pada gambar untuk tumbesaran dan keselesaan biji mata. Hehehe

Langkah-langkah atau cara untuk korang membuat pesanan (order) makanan di sini ialah :-

1. Tulis nombor hidangan yang korang inginkan pada kertas pesanan yang disediakan, dengan merujuk pada kertas menu yang akan diserahkan kepada korang.
2. Beratur di kaunter bayaran untuk menyerahkan kertas pesanan tadi dan terus membuat bayaran.
3. Korang akan diberikan nombor pesanan. Sementara menunggu makanan korang tiba, korang bolehlah layan video klip penyanyi Indonesia.
4. Tak sampai 15 minit makanan pun terhidang, apa lagi jangan lupa baca Bismillah sebelum makan.

Teringin nak makan lebih sambal HOT Waroeng Penyet yang sedap tu? Korang boleh ambil di satu sudut  bahagian hadapan restoran Waroeng Penyet. Jangan segan-segan, buat je macam rumah sendiri. Hehehe...

Ok, macam biasa. Sudilah tatap gambar i dekat Waroeng Penyet yang mengancam nafsu makan korang terutama sekali kalau tengok waktu-waktu nak makan tengah hari yang tinggal lagi sejam (gigil. Hehehe).

Comelkan logo ayam Waroeng Penyet?

Peta menuju ke Waroeng Penyet

Tengah fikir (dalam senyuman) nak makan apa. Hehehe

Hubby tengah tunggu giliran nak bayar.

Nombor pesanan yang dapat pun comel jugak. Siap ada peringatan lagik.

Yeay! Set Ayam penyet dah sampai!

Jemput makan korang semua.

p/s : I suka kerak garing yang ditabur dekat atas ayam tu. Krup-krap gitu bila makan.