Blogger templates

Showing posts with label Mutiara Damansara. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Damansara. Show all posts

Jun 8, 2012

Moo Cow Frozen Yogurt

Moo Cow Frozen Yogurt ni comel je kan dia punya logo dan style kedai. I memang pantang tengok kedai yang ada ciri-ciri kecomelan ni. Mesti teruja nak datang dekat. Bila dah datang dekat tiba-tiba rasa macam diri terperangkap sebab confirm nak membelinya. Hehehe...

Sebelum nak membelinya wajiblah kita cuba dulu macam mana rasa sebenar Moo Cow Frozen Yogurt ni, kalau best bolehlah rembat satu atau dua mangkuk. Tapi tekak i macam mana pun tak berapa berkenan pulak dengan perisa original Moo Cow Frozen Yogurt ni, duhh... masam gila! Mula-mula dah nak rasa frust dah. Alaa... kedai comel tapi aiskrimnya tak best. Agaknya orang tu nampak air muka i yang macam kelat-kelat masam nak menelan aiskrim perisa original tu cepat-cepat dia offer perisa baru yang ada, perisa blueberries. Serta-merta muka i berubah jadi macam matahari, bersinar-sinar gitu (eceh!) Apa lagik terus order dua mangkuk Moo Cow Frozen Yogurt untuk makan berlima (hoorey!)

Kalau korang nak tahu, Moo Cow Frozen Yogurt ni cuma ada beberapa perisa je. Tak banyak pilihan pun. Satu perisa original yogurt dan dua lagik perisa istimewa yang berbeza-beza mengikut musim dalam tempoh tertentu. Jadi untuk musim ini dipanggil Summer Yogurt yang terdiri daripada perisa Honey Calamansi dan Blueberries (nyam-nyam!). Korang jugak boleh letakkan topping tambahan (extra topping) mengikut citarasa korang. Setiap topping dikenakan bayaran RM1.00 sahaja. Harga Frozen Yogurt perisa original termasuk 1 topping percuma ialah RM9.90. Manakala kalau untuk perisa istimewa, harganya ialah RM10.90 semangkuk.

Setakat ni cawangan Moo Cow berada di Suria KLCC, Sunway Pyramid, Wangsa Walk, Gurney Paragon (Penang), The Gardens, Telawi Bangsar, Publika, Hartamas Shopping Centre, One Utama, Ikano Power Centre dan The Curve. Apa lagik jom kita terjah... hehehe...

Nak dapatkan info lebih lanjut, promosi dan tawaran menarik Moo Cow Frozen Yogurt, jangan segan-segan LIKE Facebook Moo Cow Yogurt.

Ok, kita tengok gambar nak?


Bersemangat betul mama makan aiskrim. Hehehe...
I Love Moo Cow Frozen Yogurt.

i tak faham apa kaitannya lembu dengan ayam, itik, kambing biri-biri dan lain-lain (???)

Nak sikit?... Hepp... tak boleh... Hehehe...
Sedapnya!!! Jerit... Moooo...
Lokasi Moo Cow Frozen Yogurt di Kuala Lumpur dan Selangor.
Wahhh... RM6.90 je untuk kon. Jimat ni.
Tak kisah pun dengan Fakta Nutrisi ni, yang i tahu bila masuk mulut rasa sedap. Hahaha

4 gambar dekat atas ni, sumber dari Facebook Moo Cow Frozen Yogurt *rembat tumpang sini ye*


p/s : Batuk-batuk ni kalau bedal aiskrim Moo Cow Frozen Yogurt. Takpe kan? Hehehe...

Apr 18, 2012

Restoran IKEA / IKEA Restaurant

Setiap kali balik kerja, hujung minggu atau sekiranya ada masa terluang. I dan hubby akan singgah di Restoran Ikea samada nak menikmati Swedish Meatballs (beef), Daim Cake (nyam-nyam) atau sekadar nak tebus kupon air kopi / teh percuma yang boleh refill / isi semula berulang kali (minum cuma satu cawan je tapi kongsi berdua. Ala-ala romantik dalam jimat gitu. Kihkihkih). Untuk tebus kupon percuma ni korang kenalah jadi Kawan IKEA / IKEA Friends terlebih dahulu.

Eh, macam mana nak jadi Kawan IKEA?
Senang je, korang kenalah mohon untuk dapatkan kad kredit IKEA Friends melalui IKEA sendiri atau pun di Alliance Bank Berhad. Untuk keterangan lanjut, korang bolehlah rujuk dekat link sini ---> http://www.malaysia-ikea.com/friends/pages/friendsmember.asp.

Manakala untuk sesiapa yang masih ragu-ragu dengan status Swedish Meatball yang dikatakan tidak halal, melalui kawan blogger i, Yanmie. Beliau sendiri dah buat siasatan dengan menelefon Encik Roslan (wakil pihak Ikea) bagi mengesahkan status sijil halal Ikea. Encik Roslan telah memaklumkan bahawa produk Ikea Meatball sebenarnya diperbuat di Malaysia dan mempunyai sijil halal daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Memandangkan Ikea tidak mempamerkan sijil halal tersebut, Encik Roslan juga bersedia untuk menunjukkan sijil halal kepada mana-mana pelanggan yang ingin mendapatkan kepastian yang jelas.

Ikea Meatball telah dikeluarkan oleh Macfood Services (M) Sdn Bhd di alamat :-
No. 7, Jalan SS13/5
47500 Subang Jaya
Selangor
Nombor telefon : [03] 5633 0222

Lotus Consulting Group merupakan ejen pemasaran dan pengedaran untuk MacFood Services Sdn Bhd.

Nak dapatkan butir-butir yang lain mengenai perkara ini, korang boleh baca dekat sini ---> blog Yanmie (a.k.a Supermak!) Dia ni antara kenalan blogger terawal yang i kenal masa tahun 2008/2009.


 Amacam, agak-agak semua dah boleh tarik nafas lega tak bila baca berita ni? Mula-mula bila isu ni digembar-gemburkan, i dah rasa macam tawar hati je nak pergi Ikea lagik. Dahlah Ikea Meatball dah jadi menu wajib i bila datang sini (siap minta extra gravy lagik setiap kali order tau). Tup-tup dengar tak halal pulak, siapalah tak rasa kecewa kan? (kalah putus cinta. Hehehe). Alhamdulilah, akhirnya... semuanya dah selesai. Bolehlah teruskan aktiviti kunyah meatball (bebola daging) dengan hati gembira (hooyeh!)

Sebenarnya tujuan i bercerita mengenai makanan-makanan Ikea ni bila i dapat soalan daripada rozietaraffar (kawan sekolah yang i kenal dari tahun 1993 lagik dan dah mula berjinak-jinak dalam dunia blogger sekarang ni. Hehehe...) Soalannya :-

reena, buat entry cam ne nak order makanan kat ikea! hehee ari tue pg sana mcm orang jakun tak reti nak order..


Alahai kesian dia, lain kali ajak i belanja makan Ikea, mesti tak jadi macam ni tau. Hehehe... Takpe, untuk Eita dan mana-mana kawan-kawan i belum biasa pergi Ikea. I terangkan dekat sini ok? Kalau tak berapa faham, bolehlah tengok gambar yang i sertakan sekali.

CARA UNTUK MEMBELI MAKANAN DI IKEA / RESTORAN IKEA

1. Restoran Ikea terletak di aras 1, jangan risau kalau korang tak jumpa Restoran Ikea ni sebab ada penunjuk arah yang boleh tunjukkan laluan untuk korang ke sana.

2. Terdapat papan tanda besar di hadapan laluan masuk Restoran Ikea. Korang bolehlah belek mana-mana menu menarik yang disediakan di sini sebelum melangkah masuk.

3. Restoran Ikea mengamalkan cara self-service / layan diri. Perkara pertama yang korang perlu lakukan apabila berada di sini ialah dapatkan troli makanan yang berada samada di kiri dan kanan laluan sebelum memasuki kawasan makanan Restoran Ikea.

4. Pilih satu troli makanan, dan terus bergerak ke depan mengikuti palang / rel besi yang berada di hadapan korang. Ambil tray / dulang plastik untuk diletakkan di atas troli. Berapa kuantiti tray yang korang perlukan bergantung daripada berapa banyak makanan yang korang perlukan.

5. Lepas tu pilih gelas minuman, harga gelas warna putih ialah RM2.00 untuk air kopi atau teh manakala harga gelas warna clear / jernih pula ialah RM1.50 untuk minuman bergas / soft drinks. Kedua-dua jenis minuman ini boleh diisi semula berulang kali. Manakala untuk air cappucino (harga RM3.00 segelas), korang akan diberikan token untuk mendapatkan minuman ini dimesin minuman dan ianya tidak boleh di refill.

6. Sepanjang laluan korang bergerak menuju ke bahagian hidangan menu utama / main dishes yang berada di tengah-tengah. Korang boleh penuhi tray korang dengan kek, muffin, air kotak, mineral dan pelbagai makanan lain yang berada di situ (janji masa ambil tu, budget korang mencukupi sebelum terjadinya kejadian malu sendiri depan cashier).

7. Sambil bergerak tu, korang pandanglah menu yang diletakkan di atas kepala korang untuk buat pilihan makanan utama yang korang inginkan macam menu Manager's Special ke (selalunya ada tawaran makanan dengan harga menarik seperti Nasi Goreng Kampung), Swedish Meatballs ke, Vegetarian Pasta with Tomato Sauce ke, Kepak Ayam Goreng ke dan lain-lain lagi. Terangkan makanan apa yang korang inginkan kepada pekerja Ikea yang berada di belakang kaunter makanan dan mereka akan sediakan dengan pantas.

8. Selesai buat pilihan makanan, korang bolehlah menuju ke kaunter bayaran. Untuk Ikea Friends, korang serahkan kupon diskaun dan kupon minuman percuma untuk menikmati ganjaran yang diberikan.

9. Dapatkan sudu, garfu, pisau dan tisu di penghujung kaunter bayaran.

10. Ambil minuman di mesin minuman yang disediakan di situ berdasarkan pilihan gelas yang korang ambil.

11. Cari tempat duduk kosong, duduk dan makan (yeay!!) Sesiapa yang ada anak kecil, kerusi bayi ada disediakan di sini.

Waktu operasi Restoran Ikea : bermula dari pukul 9:00 pagi hingga 9:30 malam setiap hari.


TIPS MEMBELI MAKANAN DI IKEA / RESTORAN IKEA

1. Bagi korang yang inginkan kuantiti kecil untuk menikmati hidangan di Restoran Ikea, i cadangkan korang ambil menu kanak-kanak (kid's menu). Harga yang ditawarkan jauh lebih rendah dan jimat.

2. Nak jimat lagik? Korang kongsi je gelas minuman sebab boleh refill berkali-kali. Jangan kongsi dengan orang yang tak dikenali sudah.

3. Ikea tak sediakan bekas untuk makanan yang kita ingin bawa pulang (take away). Jangan risau sebab korang kan berada di Ikea, korang beli je bekas makanan plastik yang berada di tingkat bawah (Market Hall). Yea! Masalah pun selesai.

Sekian, untuk kali ini. Harap dapat membantu Eita dan kawan-kawan semua.




















Muka gangster lapar makanan. Hehehe...

p/s : Tutup mata sambil taip entry sebab kelaparan pandang Meatball Ikea (memang tipu! Hehehe...)

Apr 13, 2012

Jom Bali

Jom Bali... Wah... Bila sebut macam gini umpama macam mengajak korang pergi Bali yang berada dekat sebelah rumah aje kan? Hehehe... Eh, siapa kata nak pergi Bali sekarang kena naik kapal terbang? Naik kereta pun dah boleh tau. Nak jalan kaki pun boleh. Uikss... Serius macam tak percaya. Memanglah tak percaya, kalau Jom Bali tu sebenarnya cuma nama restoran dekat area / kawasan Kuala Lumpur dan Selangor ni. Kihkihkih... (alaaa... frustnya).

Adakah restoran Jom Bali, memang membuat korang terasa macam feel dekat Bali bila makan dekat sini? Entahlah, memandangkan i pun belum pernah menjejakkan kaki dekat Bali. Jadi bila masuk ke restoran Jom Bali, rasanya sama je macam masuk restoran makanan lain yang sewaktu dengannya. Takdelah hiasan pokok kelapa ke, atau pasir-pasir pantai menghiasi dekat sekeliling restoran. Atau ukiran-ukiran macam dekat Bali tu. Cuma yang best pada i, kuantiti makanan dekat sini memang extra kenyang daripada makan dekat restoran lain. Kalau restoran lain berebut-rebut nak cedok nasi atau cukupkan makanan tu cuma satu senduk je dalam pinggan korang. Tapi dekat sini, makanannya sepenuh-penuh pinggan. Untuk pesanan air pun sama jugak, sebesar-besar gelas dibaginya kita minum. Mak aihh, kalau korang ada girlfriend yang cuma mampu makan 5 sudu nasi dan minum air dua tiga teguk je, i tak cadangkan untuk korang bawak dia ke sini. Menangis makanan dengan air tu sebab membazir kena masuk tong sampah. Silap-silap korang sendiri menangis sebab terpaksa bayar duit makanan dan minuman yang tak habis makan (ish-ish-ish tak elok tu... elakkan pembaziran ye kawan-kawan). Tak pun nak tunjuk romantik korang kongsilah makanan sama-sama (eceh... hehehe).

Selalunya setiap kali makan dekat Jom Bali i dah sediakan perut yang dah bergendang (hehehe... betul-betul lapar lah tu). Jadi bila tengok menu, takdelah macam orang serba-salah nak makan. Maklumlah menunya boleh rambang mata jugak jadinya. Semua makanan dengan minuman dalam menu bergambar tu korang nampak sedap je (bagus betul strategi pemasaran / marketing strategy dorang ni) Yang penting, i cuma buat satu pesanan untuk makanan dan minuman je sebab faham sangat bila habis makan gerenti terasa macam tak mampu lagik nak bergerak balik ke kereta. Agak-agak ada ruang kosong lagik dalam perut, barulah i berani buat pesanan tambahan. Setakat ni i dah pernah merasa makan dekat Tesco Mutiara Damansara dan Carrefour Wangsa Maju. Apa-apa hal untuk rasa makanan dekat Jom Bali i bagi 4 daripada 5 bintang. Kenyang dan berbaloi.

Menu istimewa dekat sini ialah Nasi Goreng 3 Rasa Ayam Goreng (Harga RM12.90), Nasi Goreng Ketam (Harga RM12.90), Ikan Pari Bakar (Harga RM12.90), Nasi Kebuli Ayam Goreng (Harga RM14.90) dan Kantonis Fried Sang Mee (Harga RM10.90). Nak tengok menu-menu lain yang ada dekat Jom Bali, korang klik sini ---> http://www.jombali.com.my/menu/

Alamat restoran Jom Bali ialah :-

SETAPAK PLATINUM PV128
No. 128, Jalan Genting Kelang
53300 Kuala Lumpur
Nombor Telefon : [012] 548 6499 (Faizal)
Waktu operasi : 11:00 pagi hingga 3:00 pagi

TESCO MUTIARA DAMANSARA
Ground Floor
No. 8, Jalan PJU7/4
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya
Selangor
Nombor Telefon : [012] 492 6498 (Ram)
Waktu operasi : 9:00 pagi hingga 10:00 malam

CARREFOUR WANGSA MAJU
No. 6, Jalan 8/27A
Seksyen 5, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Nombor Telefon : [012] 204 6536 (Mike)
Waktu operasi : 9:00 pagi hingga 10:00 malam

CARREFOUR SUBANG JAYA
Ground Floor
No. 3, Jalan SS16/1
47500 Subang Jaya
Selangor
Nombor Telefon : [012] 903 6398 (Naing)
Waktu operasi : 9:00 pagi hingga 10:00 malam

TESCO PUCHONG
Ground Floor
No. 148, Pusat Bandar Puchong
Jalan Bandar Off Jalan Puchong
47100 Puchong
Selangor
Nombor Telefon : [016] 384 4446 (Nilai)
Waktu operasi : 9:00 pagi hingga 10:00 malam


Nak tengok lokasi tepat untuk kesemua alamat dekat atas, korang boleh rujuk dekat sini ---> http://www.jombali.com.my/outlets/

Nak tahu sebarang berita atau status Jom Bali, korang boleh picit LIKE Facebook Jombali - Truly Malaysian Favourites


Jom tengok gambar i di Jom Bali dekat Tesco, Mutiara Damansara




Sago Melaka ni sedap tau. Harga RM6.90

Prawn Wantan Soup dengan Prawn Wantan Mee Soup. Nyam-nyam



Menu airnya semua mengancam tekak. Rasa macam nak order semua aje. Hehehe...

Dua gambar yang dekat bawah ni pulak, telah di'order' di Jom Bali, Carrefour Wangsa Maju




p/s : Balik-balik bila datang restoran Jom Bali mesti dia tayangkan cerita Mr Bean. Kenapa eh? Hehehe...

Mar 14, 2012

Waroeng Penyet

Apa itu ayam penyet? Kalau sebut nama ayam penyet, mesti korang dah boleh agak makanan ni sebenarnya berasal daripada Indonesia. Tapi i rasa nak tergelak bila perkataan Ayam Penyet ni disebut dalam bahasa inggeris / melayu. Apa taknya kalau sebut dalam bahasa inggeris maknanya Flattened Chicken, bahasa melayu pulak terus jadi Ayam Leper atau orang Johor panggil dengan ejaan Penyek. Takde nilai komersil langsung kan? Hehehe. Dengar nama je terus takde selera nak makan. Lagipun waktu first time (pertama kali) dengar nama Ayam Penyet, mati-mati i sangkakan ayam tu lepas goreng dikerjakan sampai penyek (tak pun, tah-tah sebelum goreng, ayam tu dah dipenyekkan pun. Uishh, kejam gila-gila! Hehehe). Kiranya habis patah riuk lah ayam tu waktu dihidangkan. Rupa-rupanya takdelah penyek mana pun. Sama je macam rupa ayam goreng biasa tu. Buat suspen je kan?

Kalau korang nak tahu, Waroeng Penyet ni lah restoran pertama yang perkenalkan i dengan dunia Ayam Penyet. Ni pun berkat mengikuti orang-orang yang kuat makan dalam twitter (elehh... Pandai je cakap orang lain kuat makan. Macamlah dia tak kuat makan jugak. Tihihi). Kalau tak, i pun tak tahu betapa best nya makan dekat Restoran Waroeng Penyet (memang terbaik tau masakan dorang!) I bagi 5 bintang untuk makanan dan sambal dekat sini. Slogan Waroeng Penyet, "Are U Hot Enough" tu memang kena sangat-sangat. Pedas habis! Tapi i belasah jugak berkali-kali sebab sedap.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Waroeng Penyet?

Ianya ditubuhkan sejak Januari 2007. Restoran makanan Indonesia ini menawarkan satu konsep makanan segera yang telah diiktiraf sebagai pembekal makanan berkualiti di negara Indonesia, Singapura dan Malaysia, terutama sekali menunya yang terkenal iaitu Ayam Penyet. Ianya menjadi penanda aras bagi restoran Indonesia di Malaysia. Dalam tempoh masa yang singkat, Waroeng Penyet telah berjaya mencipta jenama berdasarkan kepada nilai teras mereka yang berkualiti dari segi perkhidmatan dan kebersihan. Kebanyakan akhbar dan majalah di Singapura dan Malaysia, termasuk TV3 iaitu rancangan Jalan-Jalan Cari Makan juga telah mengiktirafkan Waroeng Penyet sebagai sebuah restoran yang perlu cuba (must try!).

sumber : http://waroengpenyet.com/my/

Alamat Waroeng Penyet di Malaysia ialah :-

Lot 131 & 132
1st Floor, The Curve
No. 6, Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya
Selangor

Waktu operasi :
Dibuka dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari.

No. Telefon Pejabat : [03] 7710 6761
No. Faks : [03] 7731 6132
Person In-Chage (Orang yang bertanggungjawab) : Riduan [016] 9200877

Kalau korang berjalan-jalan dekat Singapura dan teringin nak makan di Restoran Waroeng Penyet. Ini ialah alamat cawangan Waroeng Penyet di Singapura :-

BUGIS
1, Liang Seah Street #01-12
No. Telefon : 6337 1452

Waktu operasi :
Untuk hari Ahad hingga Rabu (bermula dari pukul 11:00 pagi hingga 11:00 malam)
Manakala dari Khamis hingga Sabtu, ianya dibuka dari pukul 11:00 pagi hingga 12:00 tengah malam.

MARINE PARADE
Blk 81, #01-638
Marine Parade Central
No. Telefon : 6344 1235

Waktu operasi :
Dibuka setiap hari dari pukul 11:30 pagi hingga 9:00 malam

JURONG EAST
Blk 134 Jurong East St13#01-309
Lokasi : Jurong Cafe Foodcourt
No. Telefon : 6344 1235


Waktu operasi :
Dibuka setiap hari dari pukul 11:00 pagi hingga 8:45 malam


Ada tawaran menarik setiap kali korang makan pada hari biasa / bekerja (untuk hari Isnin hingga Jumaat) bermula dari pukul 12:00 tengah hari hingga 3:00 petang. Di mana terdapat Lunch set (set makanan tengah hari) yang terdiri daripada beberapa pilihan hidangan termasuk air dengan harga setiap set tidak melebihi RM10.00. Untuk menu Lunch Set boleh rujuk gambar dekat bawah ok.

Klik pada gambar untuk tumbesaran dan keselesaan biji mata. Hehehe

Langkah-langkah atau cara untuk korang membuat pesanan (order) makanan di sini ialah :-

1. Tulis nombor hidangan yang korang inginkan pada kertas pesanan yang disediakan, dengan merujuk pada kertas menu yang akan diserahkan kepada korang.
2. Beratur di kaunter bayaran untuk menyerahkan kertas pesanan tadi dan terus membuat bayaran.
3. Korang akan diberikan nombor pesanan. Sementara menunggu makanan korang tiba, korang bolehlah layan video klip penyanyi Indonesia.
4. Tak sampai 15 minit makanan pun terhidang, apa lagi jangan lupa baca Bismillah sebelum makan.

Teringin nak makan lebih sambal HOT Waroeng Penyet yang sedap tu? Korang boleh ambil di satu sudut  bahagian hadapan restoran Waroeng Penyet. Jangan segan-segan, buat je macam rumah sendiri. Hehehe...

Ok, macam biasa. Sudilah tatap gambar i dekat Waroeng Penyet yang mengancam nafsu makan korang terutama sekali kalau tengok waktu-waktu nak makan tengah hari yang tinggal lagi sejam (gigil. Hehehe).

Comelkan logo ayam Waroeng Penyet?

Peta menuju ke Waroeng Penyet

Tengah fikir (dalam senyuman) nak makan apa. Hehehe

Hubby tengah tunggu giliran nak bayar.

Nombor pesanan yang dapat pun comel jugak. Siap ada peringatan lagik.

Yeay! Set Ayam penyet dah sampai!

Jemput makan korang semua.

p/s : I suka kerak garing yang ditabur dekat atas ayam tu. Krup-krap gitu bila makan.