Blogger templates

Apr 4, 2012

Tips Membeli di eBay

Dapat idea untuk buat entry berkaitan Tips Membeli di eBay bila i terima soalan daripada seseorang yang bernama Cik / Encik / Puan / Tuan Anonymous hihihi... (Dia pemalu orangnya kot sebab tu nama sebenar dirahsiakan) dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/kad-debit-maybank-dan-cimb-maybank-and.html. Sebelum tu nak bagitahu, makna anonymous ialah tidak bernama.

Cmne ea nk bli brg kt ebay.. If da sttle dbit card tu sume? Pllzz ajarkan ku....

Kalau sesiapa nak tahu, eBay adalah tempat di mana lelongan barang dilakukan secara online atau laman web yang membolehkan orang ramai membeli-belah serta melakukan transaksi perniagaan membeli dan juga menjual pelbagai barangan serta perkhidmatan di seluruh dunia.

 Setakat ni, i dah pernah buat beberapa kali pembelian melalui eBay daripada Amerika, Jepun, Hong Kong dan beberapa negara lain lagi tanpa sebarang masalah (alhamdulilah). Walaupun begitu pembelian yang i buat ni terhad untuk barangan yang jenis simple (barang saiz kecik je) dan tidak melibatkan kos penghantaran yang mahal. Maklumlah bila buat transaksi dengan negara luar, selalunya yang jadi beban untuk kita buat bayaran ialah bila harga barang ditambah dengan caj / kos penghantaran. Kadang-kadang tu pulak, ada sesetengahnya, harga barang murah je tapi bila tengok caj / kos penghantaran. Mak aihh... Dua kali ganda dari harga barang (adehhh... ni nak beli kos shipping ke nak beli barang ni?) Dekat sinilah, kepakaran korang dalam membuat perbandingan harga sangat diperlukan. Memandangkan barang yang i beli bukanlah barang yang ditahap kecemasan nak guna waktu tu jugak. Jadi i lebih suka pilih untuk penghantaran jenis biasa jeSebab apa? Sebab nak murahlah. Hehehe... Apa yang penting barang yang i nak, boleh sampai depan pintu rumah i dengan selamat. Yang best nya pulak, bila beli barang melalui eBay, ada antara barang yang ada dekat Malaysia ni korang boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah dekat luar negara (serius, tak tipu tau!). Tapi korang kenalah rajin membelek satu persatu barang yang ada. Kalau tak belek memanglah tak jumpa. Hehehe....


APA-APA HAL, JOM KITA TENGOK TIPS MEMBELI DI EBAY

1. Mula-mula register akaun atau buat pendaftaran baru di eBay. Lebih elok buat pendaftaran melalui eBay Malaysia sebab segala transaksi ditunjukkan dalam Ringgit Malaysia (RM) jadi tak payahlah korang susah-payah nak convert duit Dollar US kepada RM.

2. Taip nama barang / item yang ingin dibeli pada ruangan search.

3. Buat perbandingan harga untuk setiap barang / item yang ingin dibeli bagi memastikan barang / item tersebut adalah dalam kadar harga yang berpatutan dan berkualiti. Setelah menjumpai barang / item yang diinginkan, klik pada barangan tersebut untuk melihat butir-butir lanjut mengenai nama penjual, keterangan mengenai barang yang dijual dan komen / maklumbalas positif / negatif mengenai penjual tersebut. Pastikan korang membeli daripada penjual yang diiktiraf oleh eBay, ini boleh diketahui melalui logo Power Seller yang dipaparkan pada info penjual.


Anak panah biru menunjukkan harga barang, manakala anak panah pink menunjukkan kos / caj penghantaran

Macam mana rupa logo Power Seller? Tengok arah anak panah warna pink dekat gambar ini. Kalau tak nampak, klik je dekat gambar untuk tumbesaran melampau. Hehehe...

APA ITU POWER SELLER ?

Power Seller adalah satu komuniti penjual yang diiktiraf dan dihormati kerana usaha mereka menjual di eBay. Mereka adalah penjual contoh yang memegang kepada standard profesionalisme yang tinggi, sehingga berjaya mencapai dan mengekalkan 98% maklum balas positif serta memberikan perkhidmatan / servis yang cemerlang kepada pelanggan berdasarkan kepada rating / skor yang diberikan oleh pelanggan.  

4. Jangan takut untuk bertanyakan sebarang soalan kepada penjual bagi memastikan barangan yang ingin dibeli adalah sama seperti keterangan yang dinyatakan oleh penjual tersebut. Kebiasaannya, penjual yang baik akan memberikan maklum balas segera untuk soalan yang diberikan.

5. Pastikan transaksi pembelian di eBay dibuat dengan menggunakan PayPal. I cadangkan supaya korang memilih penjual yang menyediakan perkhidmatan PayPal. Paypal akan menjamin pembayaran yang dilakukan oleh pembeli adalah selamat samada dengan menggunakan kad kredit (credit card) , kad debit (debit card) dan akaun bank. Apa yang korang hanya perlu lakukan ialah dengan membuat pendaftaran / register di Paypal terlebih dahulu. Ikut arahan yang dinyatakan pada laman web Paypal dengan memasukkan segala butiran kad kredit atau kad debit. Jangan sesekali mendedahkan sebarang maklumat kad kredit / kad debit korang secara terus di eBay (maksud i jangan buat pembayaran secara terus di eBay dengan menggunakan kad kredit atau pun kad debit).

APA ITU PAYPAL ?

PayPal merupakan cara yang lebih selamat dan lebih mudah untuk membuat pembayaran. Anda boleh menggunakan kad kredit, kad debit atau akaun bank tanpa mendedahkan nombor akaun anda terus kepada pembeli.

 Tidak seperti institusi kewangan yang lain, PayPal tidak akan berkongsi maklumat kewangan anda atau menjualnya kepada peniaga.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai keselamatan PayPal, korang boleh klik ---> SINI

6. Setelah melakukan bayaran, penjual akan memaklumkan dari masa ke semasa mengenai proses / jadual perjalanan barang / item yang dibeli. Pembeli juga boleh mendapatkan info terkini daripada penjual dengan menghantar soalan kepada mereka.

7. Hantarlah komen / maklum balas positif kepada penjual tersebut sekiranya berpuas hati dengan servis dan barangan yang dibeli. Mana tahu daripada komen positif yang diberikan, korang akan membantu orang lain yang ingin membeli dengan penjual tersebut.

Nak tengok barang apa yang i pernah beli dekat eBay?
Klik dekat link ini untuk menimbulkan rasa geram dengan kecomelan i, eh, handphone i. Hehehe ---> http://www.reenaonline.com/2009/12/handphone-hello-kitty.html

Ok, tu je tips untuk hari ni. Harap dapat membantu korang semua dan Cik / Encik / Puan / Tuan Anonymous. Hehehe...


p/s : Terlambat pulak nak pos entry hari ni. Kononnya nak buat Wordless Wednesday. Nampak sangat i memang suka bercakap daripada Diam Membisu Tanpa Kata-Kata Pada Hari Rabu. Macam mana pun i suka hari Rabu sebab ada Pasar Malam dekat area rumah i (takde kaitan langsung... hehehe).

Apr 3, 2012

Idea dan Inspirasi - IKEA

Sekali pandang gambar dekat bawah ni macam rupa troli hospital je kan? Adehh... ini bukan troli hospital yang buat tolak makanan tu ye kawan-kawan. Hehehe... tapi troli yang i beli dekat IKEA sejak beberapa bulan yang lepas. Nama penuh troli ni ialah BYGEL Trolley. Kalau korang nak tengok berapa harga dan apa kegunaan troli ni, korang boleh klik dekat link ini ---> http://www.ikea.com/my/en/catalog/products/50177751/ Dekat link ni jugak, ada beberapa keping gambar lain yang IKEA tunjukkan untuk berikan korang idea cara menggunakan troli ni (yeay! Seronoknya). Inilah yang selalunya jadi sebab utama, kenapa IKEA jadi pilihan untuk kebanyakan perabot dalam susun atur rumah i. Walaupun perabot / barangan rumah tu ikutkan simple je rekabentuknya dan tujuannya, tapi IKEA selalu buatkan kita berfikir bukan hanya untuk satu tujuan sahaja tapi untuk pelbagai kegunaan lain. Dan yang paling best tu, kesemua perabot IKEA nampak serasi untuk disuai padan (mix and match) antara satu sama lain. Itulah yang jadikan barangan IKEA nampak menarik sangat. Terus-terang i cakap, IKEA jugaklah yang mempengaruhi i supaya jadi lebih kreatif sewaktu menghias rumah (eceh... mekasih IKEA).

Sebenarnya, masa beli troli ni, ada macam-macam idea bermain dalam kepala i waktu tu. Macam apa yang i perkatakan sebelum ni, i memang kurang gemar dengan susun atur rumah yang berserabut dan penuh dengan perabot. Seboleh-bolehnya i cuba kurangkan (minimize) perabot dalam rumah i tapi lebih tumpukan kepada keutamaan kenapa i kena beli perabot dan barangan untuk rumah i. I lebih sukakan suasana ruang rumah yang luas, memudahkan pergerakan untuk ke sana-sini dan setiap perabot yang i pilih boleh diguna pakai sampai bila-bila. Maksudnya sampai i dah ada cuculah nanti (mak aihhh... lebih kurang 22 tahun kemudian, waktu tu i dah jadi nenek dah. hehehe). Ok-ok tak nak cerita kisah 20 tahun kemudian. Nak cerita pasal idea i untuk troli IKEA yang dah jadi antara perabot kesayangan i. Kalau korang ada troli lain selain daripada IKEA pun boleh cuba idea i ni. Tak semestinya kena guna perabot IKEA je. Betul tak? Hehehe...


IDEA DAN INSPIRASI IKEA UNTUK BYGEL TROLLEY

Melalui gambar-gambar dekat bawah, korang boleh perhatikan yang BYGEL Trolley ni simple dan ringan sangat-sangat. Senang nak tolak ke sana-sini.


IDEA PERTAMA

Mungkin i boleh gunakan untuk letakkan lebihan atau stok barangan dapur yang i ada. Lebih kurang berfungsi sebagai pantry bergerak gitu. Lagipun memudahkan anak-anak i untuk ambil sendiri mana-mana makanan kegemaran dorang seperti biskut, cornflakes atau keropok.



IDEA KEDUA

Jadikan tempat untuk meletakkan barang permainan anak-anak i, buku, bekas pensel warna dan lain-lain lagi.




IDEA KETIGA

Boleh juga digunakan sebagai tempat menyimpan dan meletakkan barang-barang kerja tangan kraf (handmade craft) yang i lakukan. Maklumlah troli ni kan mudah digerakkan ke sana-sini, jadi i boleh hasilkan pelbagai kraf dekat depan tv tanpa perlu berulang-alik ke bilik untuk ambil mana-mana barang yang i perlukan.




IDEA KEEMPAT

Menjadikan troli ni sebagai ruang tambahan untuk i buat kek, pai atau pizza. Dengan troli ni, i tak perlulah nak sepahkan ruang meja makan i. Mana-mana barang / bahan-bahan yang i nak gunakan, i boleh capai je daripada tempat yang sama. Senangkan?




IDEA-IDEA LAIN

Boleh digunakan sebagai rak buku, ruang meletakkan pinggan-mangkuk, lauk-pauk dan bertindak sebagai tempat untuk serve / hidangkan air atau makanan bila ada tetamu datang.


Nak baca kisah IKEA yang lain dalam blog i, korang boleh picit link dekat bawah ni :-




Atau korang taip je perkataan IKEA dekat ruangan search this blog, semua kisah i dan IKEA ada dekat situ.


p/s : Rasanya, ini sahaja idea yang setakat ni muncul dalam kepala i. Agak-agak kalau korang ada idea lain yang menarik boleh kongsikan dengan i dan kawan-kawan i yang lain. Jangan segan-segan, picit je ruangan komen i.


Apr 2, 2012

Melatih Anak ke Tandas / Potty Training

Kalau dekat entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2009/09/potty-problem.html, i pernah ceritakan masalah potty atau senang cakap masalah belajar buang air kecil dan air besar (atau lagik best dalam bahasa pasarnya, kencing dengan berak lah tu. Hehehe) masa anak i yang sulung, Danish berumur 3 tahun. Alhamdulilah masalah tu selesai tak sampai sebulan lepas i pening kepala macam mana nak latih Danish ke tandas. Daripada pengalaman melatih Danish ni, sedikit sebanyak. I dah boleh kendalikan (handle) anak i yang kedua dan yang ketiga. Apa yang i belajar daripada pengalaman i sebelum ni, sebagai ibu bapa kita kena jangan putus asa (give up) dan yang paling penting kena banyak bersabar, sabar dan sabar. Hahaha... siapa yang belum kahwin bila baca entry ni, dah mula kerut-kerut dahi. Jeng-jeng-jeng, bukan senang nak jadi ibu bapa ni. Banyak tanggungjawab nak kena pikul bermula mereka dilahirkan ke dunia lagik tau (phewww...)

Sebenarnya i pernah dengar, ada sesetengah ibu bapa yang dah melatih dan ajar anak dorang buang air kecil / besar bermula dua minggu pertama dilahirkan. Eh, ye ke? Macam mana tu? Caranya ialah, setiap awal pagi, petang dan malam (bergantung dari kekerapan bayi korang minum susu), korang bukakan lampin /  diapers. Pegang bayi korang sambil dudukkannya di dalam timba atau tab mandi untuk beberapa minit. Dan biarkan bayi korang merasa selesa untuk buang air kecil / besar dengan sendirinya. Sekiranya bayi korang menangis dan tidak memberi sebarang tindak balas untuk buang air kecil / besar. Jangan paksa mereka dan cepat-cepat angkat mereka. Apa yang korang perlu ingat ialah jangan biarkan bayi korang terlalu lama tanpa pakaian, takut dikhuatiri selsema / batuk.

Walaubagaimanapun teknik ni tak pernah pun diguna pakai oleh i selama ni, sebab sepanjang waktu berpantang, i menguruskan sendiri anak-anak i dan diri i sendiri. Jadi rasanya, macam memenatkan pulak nak kena tunggu lama-lama dalam tandas ditambah dengan keadaan diri i yang tak berapa sihat lagik. Sebab tu lah, i fikir waktu yang paling baik melatih anak-anak i ialah bila mereka mula memasuki usia 3 tahun. Pada umur 3 tahun kebiasaannya kanak-kanak dah mula memahami apa yang kita perkatakan dan menerima tunjuk ajar. Apa yang kita perlu buat ialah menjadikan acara masuk ke tandas ni sebagai acara yang menyeronokkan (alahai... seronoklah untuk dorang tapi untuk mama papanya pulak... Pengsan nak kena cuci. Hehehe).

I paling tak suka nak latih anak i buang air kecil / besar dengan gunakan tandas latihan / training potty. Walaupun tandas training potty ni comel-comel warnanya. Suka jugaklah i belek tandas ni, bila pergi ke pasaraya / shopping complex. Apa yang buat i tak suka atau tak sanggup nak menghadapi tandas ni, bab nak cuci lepas dorang guna. Mak aihh... terus takde selera nak makan sebulan jadinya. Hehehe... Jadi latihan ke tandas untuk anak-anak i banyak melibatkan pengaruh psikologi, ganjaran (reward) dan emosi. Yelah... bila ada ganjaran barulah bersemangat sikit nak dengar cakapkan? (Seronok betul jadi budak kecik kan?)

NAK TAHU TIPS / CARA I MELATIH ANAK KE TANDAS? JOM BACA...

Pengaruh psikologi yang i maksudkan dekat sini ialah mencantikkan keadaan tandas, sediakan foot stool / bangku kaki, tempat gantung tuala yang senang dicapai, bib tap / pancur air paip yang mudah untuk dorang pegang dan gunakan serta bekas sabun yang mudah ditekan untuk mencuci tangan selepas menggunakan tandas. Nak tengok gambar / rupa tandas dekat bilik anak i selepas ditampal pelekat / sticker mickey / minie mouse, korang boleh belek dekat entry ini ---> http://www.reenaonline.com/2009/02/jom-tantekkan-toilet-anda.html.

Manakala untuk reward pulak, selalunya i akan belikan underpants / panties yang comel-comel untuk dorang pakai. Macam si abang, Danish, i akan belikan gambar kartun kegemarannya, Ben 10. Untuk Ariana pulak, tak lain tak bukan ialah Hello Kitty. Tapi terpulanglah untuk korang nak hadiahkan reward yang macam mana. Janji anak korang berbahagia. Hehehe...

Untuk emosi pulak, lebih tertumpu sewaktu di awal latihan dorang ke tandas. Waktu ni, korang kenalah kerap / berkali-kali ulang soalan yang sama kepada dorang, "nak kencing ke?" atau "nak berak ke?" atau "nak pergi tandas tak?" Bunyi soalan ni memang ringkas tapi cukup annoying kepada dorang. Bila dah kerap ditanyakan / disuruh untuk pergi ke tandas, secara automatik dorang akan terbiasa pergi ke tandas tanpa disuruh. Jangan korang pulak yang rasa tak larat nak ulang soalan yang sama, sudah. Hehehe... Malah i tunjukkan jugak cerita kanak-kanak macam Monster Inc sebagai contoh terbaik kalau dorang boleh pergi ke tandas sendiri (ada bahagian dalam cerita ini waktu Boo (kanak-kanak perempuan yang comel) pergi ke tandas dengan sendirinya. Selain tu, i explain / terangkan dekat dorang yang diapers hanya digunakan oleh bayi bukan untuk kanak-kanak yang nak pergi ke sekolah. Jadi kalau nak pergi sekolah, dorang kenalah belajar berdikari buang air kecil / besar di tandas.

Ikutkan tips ni simple je dan senang untuk korang apply / gunakan ke atas anak-anak korang. Cuma macam i katakan di awal entry, korang kena selalu banyak bersabar menghadapi kemungkinan yang tak dijangka. Contohnya kalau tiba-tiba carpet / permaidani korang basah gara-gara air hujan yang tak disangka-sangka. Huhuhu... Awal-awal memanglah macam tu, nak buat macam mana kan? Berilah dorang peluang untuk belajar daripada kesilapan sebab dari kesilapanlah dorang tahu mana yang baik dan mana yang buruk (tapi kalau dah tua bangka umur 17 tahun buat perangai macam gini, memang dah takde peluang dah ni. Eh, hehehe).

Gambar bawah, korang boleh tengok i dan hubby sediakan pancur air untuk mencuci dan foot stool untuk memudahkan anak-anak i turun dan naik sewaktu gunakan tandas dan cuci tangan di sinki. Bila dah sediakan segala kemudahan ni dekat tandas, anak-anak i boleh pergi ke tandas sendiri tanpa bantuan mama papanya (yeay!)





p/s : Jagalah kebersihan tandas. Teringat slogan dekat emel yang i pernah dapat "anak kucing, anak tikus, lepas kencing, tolong jirus". Kadang-kadang tu, i pelik jugak dekat perangai sesetengah orang yang tak reti bersihkan tandas lepas gunakan. Dekat rumah sendiri pun agaknya dia buat perangai macam gitu kot. Euwww...