Blogger templates

Jun 9, 2012

Mesin Jahit / Sulam Janome

I tak pernah lagik bercerita dekat korang pasal mesin sulam Janome Memory Craft 300E ni kan? Ikutkan mesin sulam ni dah lama i beli, sejak tahun 2009 lagik. Kira-kira dua bulan selepas i beli mesin jahit Janome Harmony 2049 (nak baca kisah mesin jahit Janome Harmony 2049, korang boleh klik dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2009/07/nihla-dia-toys-baru-aku-ahaks-oldies.html) Harga mesin sulam Janome ni ialah RM5,999.00 (phewww... mahalkan?) Tapi sebab fungsi yang ada pada mesin sulam Janome ni memang terbaik dan hasil sulaman yang super cantik, i taklah rasa terkilan sangat nak berbelanja lebih. Beli barang biar puas hati. Betul tak?

Sebelum i ambil keputusan nak beli mesin sulam Janome Memory Craft 300E, i dah survey mesin sulam dari jenama lain tapi tak tahulah hati macam dah jatuh cinta dengan jenama Janome jugak. Ni pun gara-gara i terpandang seorang kakak yang belajar dekat kelas Epal (Epal ni Pusat Latihan dan Kraftangan yang merupakan ejen tunggal menjual mesin jahit jenama Janome. Keterangan lanjut ada dekat sini ---> http://www.epal.com.my/index.php) tengah gunakan mesin sulam Janome Memory Craft 300E untuk buat sulam pada baju kurung yang akan dijahitnya.

Waktu kejadian terpandang kakak tu, i datang ke Pusat Latihan dan Kraftangan Epal yang terletak di Kompleks Kotaraya, Kuala Lumpur semata-mata nak ambil mesin jahit Harmony 2045 (nak tahu alamat / cawangan Pusat Latihan dan Kraftangan Epal di seluruh Malaysia, korang picit link ni ok ---> http://www.epal.com.my/index.php?option=displaypage&Itemid=41&op=page). Selepas dapatkan beberapa info daripada Kak Zura mengenai Janome Memory Craft 300E, i beranikan diri nyatakan hasrat hati dekat hubby. Yelah, sebelum buat keputusan kenalah berbincang dulu dengan hubby. Mana tahu, mungkin hubby ada idea yang lebih menarik. Alhamdulilah, hubby langsung tak membantah tapi menggalakkan i untuk teruskan dengan minat i (macih hubby *terharu* sebab selalu sokong apa sahaja yang i buat. Maklumlah minat i ni ada macam-macam. Hehehe).

Sebagai seorang amatur dalam dunia jahitan, i yakin sangat dengan produk Janome sebab tak sangka walaupun hanya belajar melalui buku panduan yang disediakan i boleh menjahit macam dah lama pegang mesin jahit. Orang yang pertama kagum dengan hasil jahitan i mestilah hubby i (hahaha... ikutkan i pun kagum sama jugak. Serius macam tak caya). Tujuan i beli mesin jahit ni selain daripada kepuasan diri sendiri nak menjahit pelbagai barangan, i ingat suatu hari nanti i nak berkecimpung dengan dunia yang melibatkan jahit-menjahit ni (insya-Allah, doakan i ye kawan-kawan). Cuma nak laksanakan impian i ni untuk masa terdekat rasanya memanglah tak boleh. Komitmen kerja di pejabat dan rumah dengan, hubby serta anak-anak yang perlukan perhatian i, i rasa macam tak mampu. Jadi bila i betul-betul bersedia, koranglah antara orang-orang terawal yang akan i bagitahu (yeay!)

Ciri-ciri / Fungsi pada Mesin Sulaman Bergaya Profesional Memory Craft 300E

1. Pengendalian mesin yang mudah dengan kawalan skrin sentuh.
2. Mengemaskan benang atas dan bawah dengan pemotong benang secara automatik.
3. Pemasang benang automatik.
4. Terdapat pemotong benang secara manual pada gelendung (tempat isi benang bobbin).
5. Perubahan saiz paten yang boleh dibesar dan dikecilkan dalam lingkungan 90% - 110%.
6. Perubahan pada paten yang boleh diputar 45 darjah - 90 darjah.
7. Keupayaan menggabungkan beberapa corak pada mesin menjadi satu paten yang baru.
8. Keupayaan menduplikasi corak.
9. Memori mesin yang menyimpan 100 paten pelbagai sulaman objek dan bunga-bungaan.
10. Terdapat 3 jenis corak tulisan yang menarik.
11. Keupayaan mesin yang mampu menyimpan memori ke dalam kad ATA.
12. Ruangan maksimum sulaman ialah 5.5'' x 7.9'' menggunakan Giga Hoop.
13. Kelajuan 650 mata jahitan per minit.
14. Kecanggihan mesin yang berfungsi tanpa memerlukan pengawasan.
15. Sensor akan berbunyi sekiranya benang terputus atau perlu menukarkan benang.
16. Kemahiran menjahit tidak diperlukan kerana anda hanya perlu mahir mengendalikan mesin sahaja.

Keistimewaan Memory Craft 300E mampu menghasilkan :-

1. Sulaman
2. Kerawang
3. Lace / Renda
4. Corak 3 Dimensi
5. Cross Stich
6. Jahitan Abjad / Perkataan
7. Seni Tampal
8. Brush-Out
9. Logo

Macam mana? Ada yang dah rasa tertarik menarik dengan mesin sulam Janome Memory Craft 300E ni. Hehehe... jemput-jemputlah tengok gambar mesin jahit Janome kesayangan i ni.

Mesin sulam Janome Memory Craft 300E dari bahagian depan.

Mesin sulam Janome Memory Craft 300E dari bahagian tepi.


Slot-in ATA card untuk memasukkan rekabentuk sulam pada Memory Craft 300E.

Antara sebahagian daripada design sulam yang i beli dekat internet.

Ada 3 pilihan hoop untuk Memory Craft 300E yang boleh dibeli di pusat Epal. Kalau beli Mesin Sulam Memory Craft 300E ni korang akan dapat percuma satu hoop yang dekat bahagian kiri.

Benang sulam.


Buku panduan Memory Craft 300E.

Sebahagian daripada koleksi rekabentuk sulam yang ada pada Memory Craft 300E.

Template sebagai rujukan pada hoop.

Dua buah mesin jahit Janome kesayanganku. Mesin Jahit Harmony 2049 dan Mesin Sulam Memory Craft 300E.

Apron bersulamkan nama teacher Danish.
Ini hadiah sempena Hari Guru 2011.

p/s : Nak tahu kenapa i minat bidang kraf? Kraf je satu-satunya cara i berkreatif tanpa rasa bersalah. Macam-macam idea i boleh ciptakan. Maklumlah kerja i dekat pejabat takde langsung peluang nak berkreatif. Balik-balik tengok Excel, tengok Word. Duhh... Hehehe...

30 comments:

  1. Nice Reena,semakin kak Anis kagum dan respect kat sis.
    Honestly if orang tak kenal Reena maybe ingat sis suka hu ha hu ha jer...
    Pls tell me if you decide to kick start your business so that I can give my full suport.
    Love you from far sis Reena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kak Anis :') Hahaha... huhahuha tu apa eh?

      Anyway lebiu too!

      Delete
    2. Ha ha...huhahuha tu Geng bersuka-ria aka young n happy je

      Delete
  2. best nyer mesin jahit sulam. teringin but the current sewing machine yg ada kat rumah ni pon belum digunakan sepenuhnya lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best, dun worry, bila-bila pun boleh beli kan? :)

      Delete
  3. HEHE..sis..agak2 kalu tmpah jahit sulam2 bole x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... boleh :) Tapi bukan sekarang kot.

      Delete
  4. Bila nak open order Reena..cantik la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Sekarang kita terlampau sibuk sangatlah awak :(

      Insya-Allah nanti k :)

      Delete
  5. hello laling..akak baru je sampai rumah ptg tadi..dah beberapa hari cuti update blog dan blogwalking..br sempat nk jengah blog kengkawan ni..

    adik akak sowang ni memang kreatif dan rajin..kagumsss akak tau..hehe..akak ni jahit2 mmg zero..kerastangan..huhu..sedeyyy..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... macih kak Teja ku cayang :)

      Kita pun terlampau sibuk sangat sekarang ni. Ni pun slow-slow jawab komen dan blogwalking rumah kawan-kawan :)

      Delete
  6. oh mesin sulam ...bonde pun ade jugak tapi skrg dah jrg2 gune sbb? asl gune je benang putuslah..jarum patahlah...pastu suh sya tgk2 kan? hurm surelah kan ank yg baek..beliau adalah tukang je..sambil kata..." opss sorry..sya reti tolong tgk ma (mak sebutan pendek),klu pc tu saya retilah repair2..."...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian dekat bonda, lenkali join bonda belajar jahit sekali :)

      Delete
  7. dah la rajin kreatif pulak tu..like byk2 kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai terharu.... macih-macih-macih kak :')

      Delete
  8. aminnn...semoga cita2 reena tercapai!
    nnt klu dah bukak order buat sulam kerawang roger2 tau!
    ada baju plain nak p hantar sulam ni :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin :) Macih mak encik... hamboi... dah ready kain nampak. Hahaha...

      Delete
  9. tahniah reena.. mesin canggih cenggini memang dah lama masuk list angan2.. bila la nak dpt..

    ehhh nak tanya berapa RM ni? (jap pecah tabung ayam, nk kita duit..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih RM5k, tapi memang berbaloi-baloi :)

      Anyway macih awak.

      Delete
  10. wahhhhhh....ni yg ras anak g tangkap sebijik gak nih.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tangkap jangan tak tangkap *ewah!* :)

      Delete
  11. assalamualaikum..sy nk tanya psl mesin jahit ni. adik saya ni dia agak amatur dlm bidang jahitan ni. dia pon baru juga mula belajar menjahit ni. mcm mesin jahit utk sulaman jenis apa yg mungkin murah dan senang utk dia belajar?? blh bg idea??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam :)

      Untuk soalan awak tu, saya tak sure ada ke tak mesin jahit sulaman yang murah sebab kebanyakan mesin jahit sulaman harganya cecah ribu-ribu. Tapi macam mana pun boleh cuba tengok dekat kedai Singer.

      Delete
  12. Assalamualaikum, nak tanya kalau kita ada design baru nk masukkan kt PC card tu macamana yer?ada jual ke dan ada ke software untuk masukkan design kita tu dijual.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    Tumpang tanya kalau kita ada design sendiri untuk buat sulam....ada tak jual PC Card kosong dan bagaimana cara nak masukkan image tu ada ke software dijual?

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Kalau nak buat design sulam sendiri, memang ada software khas untuk Janome ni sebenarnya. Tapi tak salah saya dekat RM500 satu software. Apa-apa hal pun awak boleh tanya dekat Pusat Jahitan Epal k untuk keterangan lanjut :)

      Delete
  14. Salam...dh ada mesin, masalah skrg cam ne nak upload photo dr laptop ke mesin? Perlu perisian khas ke?


    su, Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Su, iye... perlukan perisian khas. Cuba berhubung dengan pihak Epal k :)

      Delete
  15. Hii reena,saya ada mesin jahit janome harmony 2049,tapi xde buku panduan,nak mintak jasa baik awak,nak pinjam nak copy semua buku epal boleh?o kalo u rajin scan email ke.hihihihihi jasamu amatlah dihargai...tk :-) eikomiko@yahoo.com<<>> :-)

    ReplyDelete
  16. hye awk,sy nak tanya brapa harga mesin awk beli tuh ye?? single price for both of it..

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)