Telek punya telek dalam blog ni, rupa-rupanya saya terlupa nak uploadkan entry Daiso ni.
Nilah jadinya kalau terlampau 'busy body', entry yang dah taip terperam tak buat auto-publish *aiseyyy*. Nak tak nak saya buat story baru k. Hehe.
So, rasa-rasanya ramai dah tau pasal kewujudan kedai Daiso ni dekat Malaysia kan?
Especially orang-orang yang gilakan benda-benda kiut dan unik dari negara Jepun, mesti dah macam-macam items dah korang beli dekat Daiso dan kumpul *sayalah tu sayalah*
Walaupun sebelum ni pernah wujud Kedai RM2 yang cukup glamor di tempat korang dan kebanyakkan barang-barangnya imported from China *hehehe* tapi kualiti barang-barang ni tak boleh menandingi Kedai Daiso *tak tipu tau*. Untuk harga RM5 korang boleh beli macam-macam dekat sini dari alatan memasak, menghidang, pakaian, alatan menulis, alatan menjahit, mekap, pertukangan, hiasan rumah, alatan membersih rumah, berkebun dan macam-macam lagiklah *rasanya Astro pun kalah*. Korang boleh duduk berjam-jam telek semua barang-barang dekat sini sebab kebanyakkannya barang-barangnya memang takde jual pun dekat tempat-tempat lain. Dan kalau ada pun belum tentu dengan harga RM5.00.
Sebab seronok sangat bershopping dekat Kedai Daiso, Japan ni. Saya pernah berjaya merebut takhta menjadi mayor selama sebulan dekat Kedai Daiso, The Curve, Mutiara Damansara *fewittt*. Eh, apa cerita mayor pulak ni? Oh, mesti korang tak pernah main application Foursquare ye? Untuk sesape yang ada handphone iPhone atau Blackberry bolehlah download application ni. Nak tau lebih detail picit dekat nama Foursquare ni cara-cara nak guna.
Cawangan-cawangan Kedai Daiso, Japan ni pun rasanya dah bertambah. Kalau dulu cuma ada dekat The Curve, Mutiara Damansara dan IOI Mall, Puchong sahaja. Tapi sekarang ni dah ada dekat Sunway Pyramid, One Utama (Wing Baru) dan Sungei Wang Plaza. Bagi korang yang duduk area negeri Melaka dengan Johor Bahru pulak, location Daiso ni terletak dekat Dataran Pahlawan, Melaka dan Jusco Bukit Indah, Johor Bahru. Seronoklah korang sekarang ni, boleh shopping dekat mana-mana Kedai Daiso *yeay*.
Anyway inilah pic yang sempat saya rakam dekat Kedai Daiso, The Curve, Mutiara Damansara, Selangor. Ini tempat lepak wajib saya *peace*.
Kemaskini / Update terbaru : Daiso dah ada dekat Queensbay Mall, Pulau Pinang, Jaya Jusco, One Utama, Damansara (level bawah sekali) dan The Mines (hoorey!!)
Kemaskini / Update terbaru : Daiso dah ada dekat Queensbay Mall, Pulau Pinang, Jaya Jusco, One Utama, Damansara (level bawah sekali) dan The Mines (hoorey!!)
Entry lain berkaitan Daiso, korang bolehlah jenguk dekat link bawah :-
p/s: By the way, kawan blog saya Ida pun rajin datang sini jugak. Awak, bila kita nak jumpa face-to-face ni? *hehe*
last time sy pg daiso ni kat queensbay mall,penang..brg xde bnyk mcm ni..hehe..nk pg tmpat sis slalu pg ni lah..tgh mencari smthing...
ReplyDeleteUishh... jauhnya sampai carik dekat Queensbay Mall... memang orang sana ke ni?
DeleteI slu g daiso ioi mall puchg.... Heaven nye!!
ReplyDeleteA'ah, rasa macam duduk dalam tu berhari-hari pun takpe. Hehe...
Deletekat kedah xde ke sis
ReplyDeletekat kedah ada daiso x sis?
ReplyDeleteDekat Kedah takde Daisolah dear, tapi kalau dekat Queensbay Mall, Pulau Pinang ada Daiso :)
DeleteSis kt daiso queenbay tu de jual charcoal mask tak??
Deletexblh order kt sis ke?ehehehehe..jauhhh...
ReplyDeleteHahaha.. tunggu akak jadi penjual Daiso eh?
DeleteHari sempat pi sekali daiso yang baru bukak kat Mines. SUKA!
ReplyDeleteWah... dekat Mines pun dah ada Daiso ye :) Best-best!
Deletekt wangsa walk ad x?
ReplyDeleteRasanya takde kot dear :)
Deletemasih mencarik2 jelly mould hello kitty..payah nk dpt..ada info x ? nk guna time dh suntuk lak tu..hmm
ReplyDeleteCuba cari dekat ebay :)
DeleteIpoh ada kan? O.o
ReplyDeleteha ah , ipoh ada . dekat aeon station 18 :)
DeleteThanks Adibah :) Akak pun tak berapa pasti sebenarnya.
Deletepertama kali mendengarnya,bolehlah saya cari di melaka memang perlu nak cari brg kraft spt ini,tq reena kerana berkongsi info,okeh saya follow awak ya......
ReplyDeleteThanks Cik Ai :)
DeleteSelamat ber kraf ye...
thanks for the info !! nak kerja kat daiso tapi untuk awal tahun depan..kalu ambik borang mintak keja awal boleh tak..huhu teringin sangat nak kat daiso nih..boleh usha2 barang dia
ReplyDeleteHahaha... kita tak tahulah awak... :) Kita bukan Manager Daiso... Suka datang beli barang dekat sini je.
DeleteDaiso Japan adew dekat Mid Valley Megamall.... arghhh !!!!!!!!! syok nyer... :D
ReplyDeleteSerius????!!! Wahhh.... macih la bagitahu :)
Deletetak semua dari jepang la... bace betulx2... happy shopping...
ReplyDeleteMemang pun... sama jugak dengan barangan Malaysia tak semuanya dibuat dekat Malaysia kan? :)
Deleteselalu g doiso ... rm5 mmg murah. tapi bila dah total ... mau puluh2 jgk. rambang mata. hehehh
ReplyDeleteHahaha... memang pun selalu sangat terjadi dekat akak :)
Delete