Sebenarnya nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Pakcik Google.
Tanpa Pakcik Google mesti hidup saya jadi kelam-kabut.
Ok, korang pun kena appreciate jugak dengan Pakcik Google tau.
Sebab dia adalah superhero yang paling best pada masa kini!
*tetiba je kan? hehe*
Sebenarnya saya dah lama planning nak pergi ke Melaka bawa mak, ayah dan adik saya berjalan-jalan.
Dan dah jadi satu kebiasaan bila nak pergi mana-mana tempat saya akan start buat survey dulu.
Especially dekat mana nak tinggal? Tempat mana nak makan? *ini paling wajib google*, Dekat mana nak jalan-jalan? berapa budget perjalanan dan macam-macam lagiklah.
Segala blog habis saya terjah sebab nak dapatkan semua info-info ni.
Walaupun tak banyak tapi sekurang-kurangnya membantulah jugak.
Memandangkan nak berjalan dengan family sendiri dan keluarga saya,
jadi saya fikir macam tak sesuai pulak kalau nak duduk dekat hotel.
Lagipun tak best sebab kami akan tinggal lain-lain bilik dan tak banyak aktiviti boleh buat sesama.
Jadi pilihan yang terbaik, saya surveylah homestay yang berhampiran dengan bandar Melaka.
Dan akhirnya terjumpalah Melaka Perfect Homestay ni.
Kondominium/apartment yang dijadikan homestay.
Inilah link berkaitan Melaka Perfect Homestay yang saya jumpa
http://hotels.asiawebdirect.com/malaysia/malacca/others-_-city-centre/malacca-perfect-homestay/
http://hotels.asiawebdirect.com/malaysia/malacca/others-_-city-centre/malacca-perfect-homestay/
Tengok gambar dalam website tu je saya dah rasa tertarik menarik *eceh~tapi kadang-kadang tu takut terpedaya jugaklahkan. Al-maklumlah kecanggihan DSLR dengan photoshop ni memang kadang-kadang boleh buat kita terpukau*.
Bila dah pikir sehabis-habis masak/garing/rangup/hangus, saya email kepada Melaka Perfect Homestay untuk dapatkan keterangan lanjut. Tak sampai beberapa jam terus saya dapat balasan emel, siap dengan harga sekali (happy!)
Kalau korang nak tau untuk 3 hari 2 malam, harganya ialah RM190.00 x 2 = RM380.00
Wahh~oklah sangatlah tu kan?
Untuk tempat tinggal yang complete siap ada tv, dvd, ruang tamu, tempat makan, 3 bilik tidur, dapur dan 2 bilik air, harga macam ni kategori berbaloi-baloi! (hehe)
Dah tu perjalanan ke bandar Melaka pun tak sampai 10 minit.
Kiranya inilah tempat yang paling perfect untuk saya dan keluarga (gitulah). Dah-dah tak nak promote lebih-lebih pasal Melaka Perfect Homestay ni. Nanti bila saya nak pergi sana, asyik fully-booked memanjanglah pulak (haha~ kejam gile).
Inilah alamat sebenar Melaka Perfect Homestay:
Straits Court Condominium
(Pangsapuri Pasir Emas)
Jalan Ujong Pasir
75050 Ujong Pasir
Melaka
Takpun korang boleh contact terus dengan Chris (dia ni perempuan tau) untuk tanyakan pasal Melaka Perfect Homestay ni. Dia ni friendly user orangnya (eh.. hehe)
+6016-6260913
+6016-6260913
Dah habis cerita, jom layan gambar-gambar saya.
Living Area
Dining Area
Master Bed Room - Adehhh~ semua excited
Second Bed Room - Photographer nak ambil pic pun kelam-kabut sebab takut bebudak kecik terkam
Third Bed Room - ada meja study sekali sebenarnya
Cool gile condominium sebab siap ada playground bentuk ship!
Tempat jiran bertandang cerita dari hati ke hati *hehe*
Mini golf!!!
Bedding pool yang menjadi lokasi perlepakkan anak-anak aku -_-"
Swimming Pool
Lenguh-lenguh kaki bolehlah pijak batu-batu kat sini
Tiga orang budak bertuah
p/s: Jalan-jalan dalam Malaysia pun best jugak, tak membazir duit *sedapkan hati... haha*
kalo mandi kolam renang tu kena pakai swimming suit x?bkn apa biasanya condo nih straight sikit..
ReplyDeleteA'ah kena pakai swimming suit tapi hari tu pak guard dia ok je :)
Deleteberapa pax untuk 1 homestay?
ReplyDeleteApa kata awak contact direct dengan Chris :)
Delete