Blogger templates

Feb 24, 2012

Sup Gearbox Batu Pahat : Sup Sitam

Setiap kali balik kampung di Johor memang tak sah kalau tak buat aktiviti jalan-jalan cari makan sambil tembamkan pipi. Seronok jadi food tester tak bertauliah ni. Sebab boleh perkenalkan dekat kawan-kawan lain, mana tempat makan yang best untuk dicuba. Dan yang paling best bila dapat menikmati makanan yang sedap-sedap ni dengan keluarga tercinta (happy tau...).

Memang beruntung sebenarnya tuan punya kedai yang dapat review / ulasan dari blogger untuk tempat makan dia ni kan? (rezeki dorang). Sekurang-kurangnya apa yang blogger buat ni ialah sebagai satu penghargaan terima kasih sebab sudi kenyangkan perut mereka yang kelaparan dengan makanan yang sedap. Maklumlah sekarang ni kedai makan memanglah banyak tapi korang perasan tak? Nak jumpa yang betul-betul kena dengan tekak tu kemain susah lagik. Kedai makan yang mahal pun belum tentu sedap masakannya. Betul tak?

Jadi, kali ni i nak perkenalkan kedai makan Sup Sitam atau juga dikenali sebagai Sitam Sup Corner Delicious Kiosk yang terletak di Jalan Rahmat, Batu Pahat Walk, Batu Pahat, Johor (hamboii... panjangnya nama. Hehe). Korang ingat tempat lain pun takde nama walk-walk ni ke selain daripada Bintang Walk. Hehehe. Senang je nak cari lokasi Sup Sitam ni walaupun korang tak biasa dengan area / kawasan Batu Pahat. Yang penting, korang cari je landmark Pejabat Pos Batu Pahat. Betul-betul berseberang dengan Pejabat Pos Batu Pahat nilah wujudnya kedai makan Sup Sitam. Percayalah cakap i gerenti tak sesat punyalah!

Kalau korang nak tahu, Sup Sitam ni sudah terkenal sejak dari tahun 70-an lagi. Ianya menyediakan pelbagai jenis sup yang terdiri daripada sup lidah, ekor, ayam, daging, kambing, gearbox dan lain-lain lagi. Harganya pun ok pada i berbaloi dengan kesedapan supnya. Jadi takdelah sampai korang ternganga sampai sakit jantung bila dengar jumlah yang kena bayar. Hehehe. Macam i waktu makan dekat sini, i dan hubby order Sup Gearbox harga RM10.00 semangkuk (ada 3 ketul Gearbox dalam satu mangkuk siap ada straw lagik tu. Perghh!!), Ibu i order Sup Ayam harga RM6.00, Ayah i pulak order Sup Daging harga RM7.00 dan untuk Roti harganya ialah RM0.50 semangkuk. Nak jimat daripada bayar roti, korang bawaklah roti sendiri daripada rumah (hahaha... ada berani?!)

Waktu operasi Sup Sitam ialah dari pukul 6:30 petang hingga lewat malam.

Lokasi koordinat GPS : E 102 degree 55' 49.6" N 01 degree 50' 55.9"
(sumber GPS dari : kucingorengemok)

Banyak sebenarnya tempat makan best dekat Batu Pahat, tapi takpe i buat ulasan / review satu-satu dulu k.

Jom tengok gambar i yang rakus kelaparan. Hehehe....



Pejabat Pos Batu Pahat
Sup Gearbox yang mantap!
Anak siapalah yang makan penuh semangat ni... Hehehe

Hubby buat muka control makan... Hihi...
Danish, Tok Bak dan Mak Tok


p/s : Sup memang makanan kegemaran i. Lepas makan badan mesti rasa segar je. Especially bila makan waktu selsema, mesti cepat baik.

23 comments:

  1. hi reena..asal bp ke?
    mmg best mkn sup sitam ni..fames kan cicah lak ngn roti pehh..mabeles

    salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah dear... asal Johor dan family menetap dekat Kluang. Selalu datang Batu Pahat bawak family jalan-jalan bila bercuti :)

      Awak pun suka makan sup dekat situ eh? Wahh... kita ni baru 1st time tapi memang tak mengecewakanlah.

      Salam kenal jugak! Thanks sudi melawat kita

      Delete
  2. hish mcm sedap je. siap ada straw lg. tak penah lg sampai batu pahat. takpe kalau sampai sy cuba mkn kt sini ok ^_^V

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok awak! hehehe... Akak tahu awak mesti macam akak kan? Suka cuba-cuba makanan. Awak tahu tak akak dah pergi dah gerai burger bakar kaw-kaw. Nanti akak buat entry dia k.

      Delete
  3. kg akk kat bp ker?? jannah pon dulu selalu pergi sitam nie. tapi since dah jumpa kedai yang lagi sedap terus dah tak datang sini. hehe :)

    ReplyDelete
  4. kg akk kat bp ehh??hehe. sitam nie agak pemes gak kat BP. dlu jannah selalu gak mkn kat situ tapi since dah jumpa tmpt yg lagi sedap terus dah tak datang kat sitam nie. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah dear, family akak duduk dekat Kluang tapi akak selalu jalan-jalan BP bila balik kampung.

      Awakkk... introducela dekat akak tempat sup sedap tu... Akak memang pantang jumpa makanan sedap. Hehehe

      Delete
    2. cuba r datang at sup kambing batu pahat....search j at facebook atau at goggle...mesti jumpa punya...

      Delete
    3. Search J?? Nama kedai tu 'J' ke?

      Agak-agak ada tak nama penuh kedai Sup Kambing BP yg best tu. Bolehlah cuba kalau pergi sana :)

      Delete
  5. i tak pernah lagi seumur hidup makan sup gear box nie sis...
    cam tak caya kan...sila lah percaya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... saya pun je belajar makan sup Gearbox ni kak. Ini pun baru kali ke-2 *sila percaya*.

      Konon tak nak makan sebab takut tengok rupa tulang dia yang semacam tu. Tapi bila fikir balik, kalau tak cuba, rugi pulak. Nanti dah tua-tua ngidam nak makan, takde gigi pulak nak gigit. Hehehe

      Delete
  6. hai reena yg cantik <--cis mcm terpuji diri sendiri plak sbbkan ejaan nama i yg betul pon reena huahuahua.


    tp siyes sy suka tgk reena pakai shawl tu..awat kalau sy yg pakai nmpk huduh bebenau


    oh ya abah sy kampung kat bt pahat jugakk..nnt balik sana bolehlah i terjahhh ini warungg sitam


    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah.... oklah tu puji diri-sendiri *sape lagik nak puji kan* Eh, kita betul-betul seiring sejalan lah dear. Kalau nak tahu ejaan sebenar nama kita pulak Rina *eloklah tu kan?*

      Memang pakai shawl ni ada hari dia datang perangai serabut, serabut jugak jadinya. Hehehe... takpe cuba try pakai lagik sekali.

      Wahh... tak sangka awak pun orang Johor ye.. Seplah..

      Delete
  7. ni bf aku suke la sup gini
    kalau aku mmg xlyn sgt haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tahu!! Mesti kau ngeri kan tengok rupa sup ni kan Jue? ... Hehehe....

      Delete
  8. sedap jer nampak sup tu...thanx for visiting my blog....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap pun Posh... *tunjuk ibu jari... eh..* hehehe..

      Time kaseh jugak untuk awak sebab sudi bagi komen :)

      Delete
  9. sup kambing batu pahat..kat jalan pengkai..ni family mmbr aku jual ni..lagi power dari sitam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius??! Wah... boleh bagi landmark yang senang faham tak? Boleh cuba nanti :)

      Delete
  10. Salam perkenalan..

    Saya org batu pahat tapi tak pernah cuba.. mungkin balik bercuti next week saya gi cari sup ni.. tq for ur info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan awak :)

      Eee.. rugi tau kalau tak cuba, balik Batu Pahat nanti pergi tau :) Anyway your welcome.

      Delete
  11. jOHOR selamanya. From batu pahat. cool review. zamri

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)