Kalau sebut perkataan popcorn, tak sah kalau tak terfikirkan sekali panggung wayang kan? Yelah, selalunya popcorn ni paling laku kalau dekat panggung wayang atau tempat-tempat yang penuh kegembiraan macam dekat taman tema Genting Highlands. Cuba kalau pergi tempat lain, feel nak makan popcorn tu macam tak sampai langsung dekat tekak. Tapi kalau korang berdepan dengan Garrett Popcorn lain pulak ceritanya. Korang yang akan datang menyerah diri di depan kedai Garrett Popcorn gara-gara penangan bau popcorn caramel nya yang super sedap! Cuma kegembiraan nak membeli tu... macam ada sedikit perasaan serba-salah bila terpandang harga yang terpampang. Automatik, ayat korang akan berbunyi macam ni, "Gila kau, harga memang tak boleh blah!" Apa tidaknya makan popcorn yang kecil molek pun harga RM16.00, nak lagik sedap tambah bayar jadi RM19.00 (makan KFC pun harga tak sampai RM10.00 kan?... ish.... marah ni... marah). Kata-kata ni melantun-lantun dalam sanubari jelah. Nak cakap dekat situ jugak, confirm lah tak berani (ada berani?) Hehehe...
Orang kata kalau dah mengidam nak makan kena teruskan juga, nanti anak bila lahir air liurnya meleleh sebab hajat nak makan tak sampai (uikss... tu kalau orang mengandung!) Kalau orang tak mengandung, 'anak tekak' lah yang tension sebab kena telan air liur banyak-banyak kali. Hehehe... kesian anak tekak. Nilah antara situasi peperangan dengan diri sendiri yang akan korang alami gara-gara Garrett Popcorn (dahsyat-dahsyat). Sekali-sekala nak cuba, test, try, tengok, kunyah apa salahnya kan? Mampu nak beli hari-hari pun takde salahnya.
Ada macam-macam perisa / pilihan popcorn yang korang boleh dapati dekat Garrett Popcorn ni antaranya Buttery or Plain (ni biasa je... tak best! Hahaha), CaramelCrisp (ni best!), CheeseCorn (makan ni je cepat muak) dan Macadamia CaramelCrisp (super sedap!) Korang jugak boleh nak gabungkan antara perisa-perisa popcorn ni. Tapi macam i cakap awal-awal tadi, nak lagik sedap kenalah 'hulur' duit kertas tu lebih sikit. Harga popcorn yang kecil antara RM9.00 hingga RM19.00, saiz sederhana antara RM13.00 hingga RM36.00, saiz besar antara RM19.00 hingga RM46.00 dan untuk saiz jumbo yang paling mahal ialah RM229.00 (perghh... kau mampu? Pitam!)
Setakat ni cuma ada dua cawangan Garrett Popcorn di Malaysia.
Alamat Garrett Popcorn ialah :-
SURIA KLCC
Lot C151, Concourse Floor
Suria KLCC
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
ONE UTAMA
Lot G139B, Ground Floor
1Utama Shopping Centre
Lebuh Bandar Utama
47800 Petaling Jaya, Selangor
SURIA KLCC
Lot C151, Concourse Floor
Suria KLCC
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
ONE UTAMA
Lot G139B, Ground Floor
1Utama Shopping Centre
Lebuh Bandar Utama
47800 Petaling Jaya, Selangor
Nak tengok lokasi peta sebenar Garrett Popcorn, korang picit dekat sini ---> http://www.garrettpopcorn.com/malaysia-locations/
Nak tahu perkembangan terkini mengenai Garrett Popcorn sambil menikmati kelazatan popcorn yang super yummy! Jom kita LIKE ramai-ramai http://www.facebook.com/GarrettPopcornShopsMY
Nak tahu perkembangan terkini mengenai Garrett Popcorn sambil menikmati kelazatan popcorn yang super yummy! Jom kita LIKE ramai-ramai http://www.facebook.com/GarrettPopcornShopsMY
Teringin nak tengok rupa sebenar Garrett Popcorn, sudi-sudilah tengok gambar dekat bawah (nasib baik gambar ni semua tak boleh keluarkan bau best caramelcrisp popcorn, kalau tak... kecur air liur).
sumber gambar harga Garrett Popcorn dari EatDrinkKL.Blogspot |
Caramelcrisp Popcorn (oyeah!!) |
Model Popcorn berbayar popcorn. Hehehe... |
Love is Messy :) |
p/s : Sebab korang kawan-kawan i yang best (selalu jengah i dekat sini), i belanja korang sorang sebutir popcorn boleh? Hehehe...
sebutir je?
ReplyDeletemane cukup..hehe
klu popcorn msti nk caramel lah kan baru sedap je lalu kt tekak
Bagi banyak-banyak nak habis. Kehkehkeh...
Deletetula cite kt kazaa pn dia ckp ah popcorn je belas2 bkn kenyang pun haha. tp nak kene try jugakla nanti buat rasa je :p
ReplyDeleteKenyang taklah sangat Cha tapi akak rasa macam muak kot. Hehehe...
Deletewah...dah lama nak try, tp tak pernah sempat nak pegi..
ReplyDeleteTakpe... lepas ni pergi try k :)
DeleteAgak mahal jugak tuu heheh tapi sekali sekala apa salahnya. Reward utk anak2 dgn mak anak2. hehehe
ReplyDeleteA'ah betul tu awak :)
Deletehermm nasib baik kt SP xder garret ni..so takyah la susah payah pikir nak beli ke tak...huhuhu
ReplyDeleteHahaha... nasib baik eh kak? :)
Delete" saiz jumbo yang paling mahal ialah RM229.00 " Errr... beli yg rm9 tu je la..wuwuwuu~
ReplyDeleteTulah... pengsan! Erkk...
Deletemacam pernah dengar tapi tak pernah jumpa pulak. hehehe. lagi pon x berapa minat pop corn sangat. hehe
ReplyDeletePopcorn ni makan sekali-sekala best kan Wana. Tapi bila dah banyak rasa muak sebenarnya :)
Deleteahakz popcorn dgn movie mmg tak bisa dipisahkn reena oiit!
ReplyDeleteerk sebutir je? okeh bah klu ko..lagi pula sya kurg mamam popcorn tapi klu eksrim jgn ajak...pasti sepaket nda cukup,kurg2 3 pcs.. bhahaha :D
Eceh... kalau macam tu tak payah bagilah. Hahaha...
Deleteaku yg hari hari jg pengunjung tetap klcc ni slalu tak sempat nk beli. dah habis. dah ptg kan.
ReplyDeleteTula aku pun pelik, punyalah orang menggila sampai boleh sold out popcorn ni kan Hanie.... pheww...
Delete