Korang suka bergambar? I rasa kalau tanya mana-mana perempuan atau lelaki zaman sekarang ni confirm semua suka bergambar. Lebih-lebih lagik bila ada camera handphone yang boleh ambil gambar sendiri. Camwhore budget retis sampai handphone tu tengok korang pun rasa nak muntah (tunjuk hidung comel sambil berkata dengan malu-malu kucing, "sayalah tu").
I rasa teabiat suka bergambar ni dah muncul sejak umur i baby lagik. Ni pun gara-gara hobi ayah i yang suka mengambil gambar. So, model tetap tak berbayarnya ialah i lah. Takkan tiang lampu kot. Hehehe... Dan yang best, orang yang aturkan pose untuk i sejak kecil lagi ialah ibu i sendiri. Hebatkan? Kalaulah zaman dulu ayah dan ibu i bukak studio fotografi mesti sekarang ni dah canggih habis! Kalah Annas Easkey (ishh... Takde kaitan langsung dengan cerita i ni. Hehe). Walaupun i ni peminat setia siri America's Next Top Model (hamboi kau!), suka bergambar dan kategori pantang nampak kamera tapi i takdelah sampai nak jadikan hobi i ni kerjaya. Hakikatnya i memang malu gilos nak tengok muka sendiri terpampang dekat mana-mana (oh tidak!)
Entah macam mana baru-baru ni, i tergerak hati nak join satu photoshoot pencarian covergirl majalah anjuran Karangkraf sebagai ikon muslimah. Memandangkan majalah tu pun majalah muslimah jadi i rasa macam berkeyakinan sebab tak perlulah rasanya i nak bagi aksi atau pakai pakaian pelik-pelik waktu photoshoot (erkk! Takut... hehe). Alhamdulilah hubby i pun beri keizinan untuk i pergi. Ikutkan dia memang dah tahu, i dah lama simpan niat nak cuba tapi selalunya niat cubaan i tu mesti i reject sebab tak berani. Cuma kali ni je i nekadkan hati. Bukanlah nak jadi covergirl sangat pun tapi just nak kutip pengalaman untuk diri sendiri. At least i dah tahu situasi sebenar bila photoshoot.
Syarat-syarat yang majalah ini perlukan pun simple je. Bekerjaya dan berpenampilan menarik (smart casual), usia 23 hingga 35 tahun, tinggi 160 cm ke atas dan berkeyakinan tinggi (ok, checked! Semua memenuhi syarat. Ecehh... Hehe). So, pukul 10:00 pagi i dah tiba di Karangkraf lengkap dengan blazer gitu. Macam attend meeting dengan client pulak rasanya. Hehehe. Tapi... huhuhu... i kena tegur sebab muka plain sangat macam tak pakai mekap. Aduhai... I ingatkan mekap simple yang biasa i apply dekat muka ni ok je. Memanglah tak nampak hot tapi natural beauty hape?! (ceh-ceh). Bila tengok sekeliling i, semua orang berwarna-warni, baju dah macam nak pergi parti muda-mudi gitu. Mekap? Fuhh... Bulu mata panjang melentik hokeh. Pipi siap ada shading biar nampak ramping. Lipstick pulak, merahnya Mak Ngah. Serius, i macam nak cabut lari balik rumah je. Rasanya i lah yang paling tak cantik kat situ (adeh!) I kuatkan semangat, buat macam biasa je. Bagi senyuman dekat semua orang dan mulakan perkenalan. Takpelah, tak cantik pun takpe, yang penting i buat yang terbaik. Ada rezeki, adalah tu. Takde rezeki, i bukannya rugi apa-apa pun.
Jadi berdasarkan dari pengalaman i (yang tak seberapa ni), i nak bagi tips untuk korang yang pertama kali nak menghadiri photoshoot dan nak jadi model muslimah.
- Pastikan korang memenuhi kesemua syarat yang dikehendaki. Kalau dinyatakan ketinggian untuk 180cm sahaja. Jangan gatal-gatal nak pakai high heel tinggi melangit supaya dapat cecah 180cm. Hehe.
- Telefon penganjur atau mereka yang bertanggungjawab sebelum tarikh photoshoot diadakan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan sebelum menghadiri sessi photoshoot. Jadi korang lebih bersedia dan takkan kelam-kabut. Contoh soalan, adakah pakaian disediakan untuk saya atau bawa sendiri? Jenis pakaian? Contoh pakaian? Warna pakaian yang dicadangkan? Dan soalan penting ialah samada mekap disediakan atau pun tidak? (Inilah soalan yang i lupa nak tanya... huwaaa).
- Pilih pakaian berwarna terang dan bersesuaian antara satu sama lain. Jangan pulak pilih warna sedondon. Contoh: Tudung merah, baju kurung merah, kasut merah dan handbag pun merah (pengsan!)
- Pastikan pakaian yang dipakai longgar dan menepati ciri muslimah. Kalau nak senang pakai blazer atau pun kot (macam i. Hehe...).
- Pakailah kasut tinggi yang bertutup supaya nampak kemas dan menepati syarat muslimah.
- Mekap umpama pengantin memang digalakkan untuk menghadiri sessi photoshoot sebab cahaya dari lampu flash yang besar yang menghala ke muka korang tu boleh pudarkan warna mekap.
- Pakailah aksesori yang cukup simple dan tidak sarat. Cukup sekadar seutas rantai labuh dan gelang sebagai penyeri.
- Belajar bergaya di hadapan cermin rumah samada membuat rujukan melalui majalah atau pun internet. Jangan bergaya sambil juih-juih bibir depan jurukamera sudah! Hehe. Biasanya jurukamera jarang bagi direction sangat, dia nak korang terus-terusan bergaya. Jadi korang dah kena bersiap-sedia.
- Dapatkan serba sedikit info mengenai majalah, produk atau butik yang korang hadiri untuk photoshoot. Sekurang-kurangnya mereka tahu, korang memang serius dengan photoshoot yang dilakukan.
- Buangkan sifat malu, rendah diri, takut dan tak bergaul dengan orang lain. Cuba-cubalah beramah mesra dengan mereka yang lain, ringankan mulut dengan senyuman dan tunjukkan diri positif korang. Dengan cara ni, rasa berdebar korang berdepan dengan kamera akan berkurangan.
Ok, selamat maju jaya korang, i harap info i ni dapat membantu korang menjadi model muslimah yang berjaya (mana tahu kan?). Nanti dah berjaya jangan lupa belanja i makan pulak. Haha... Gurau je lah. Tapi kalau nak belanja betul-betul apa salahnya. I sudi je. Tihihi...
Nak tau i berjaya ke tak? Boleh pergi entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/dapat-keluar-majalah.html
Nak tau i berjaya ke tak? Boleh pergi entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/dapat-keluar-majalah.html
p/s : Muka model yang nervous. Kihkihkih...
Alhamdulillah dan trimass atas tips nie. Leh saya share kat talent2 yang saya kenal. Yang snap pon sedap mata memandang dari viewfinder.
ReplyDeleteCOngratz on ur article :)
Sama-sama... happy bila ada orang appreciate :) Hehe
Deleteteringin gak nk try tapi ketinggian tak mencukupi daa..orang rendang ni payah sket bole jd model..heheh
ReplyDeleteTapi sekarang ni rasanya dia orang dah tak kisah sangat pasal tinggi kot... yang penting ada keyakinan nak bergaya depan kamera.
DeleteTapi sekarang ni rasanya dia orang dah tak kisah sangat pasal tinggi kot... yang penting ada keyakinan nak bergaya depan kamera.
Deletenasihat yg bernas...^-*
Mekacih Uchi.... Hehehe
Deletebila tengok sis,
ReplyDeletetersenyum i sensorang ingatkan citer u hehehehehehe...
Kihkihkih... kelakar kan... dunia majalah hanya dunia rekaan semata-mata... Tettt.... hahaha
Deletesuka awak,bernas. Just opened ur blog. Same as u mother with 3 lovely kids. -nilams lee-
ReplyDeleteThanks nilams lee :) *such a unique's name. Nice!*
DeleteTeringin gak wat photoshoot...saja menggatal..test market...hehehe...tp selalu je tlps peluang..agak2nya bila lagi karangkraf nk wat photoshoot ek? Anyway, thx bg tips tu..mmg bguna sgt2
ReplyDeleteHahaha... takpe cuba-cuba kan. Kalau tak berjaya, boleh cuba lagik dan lagik. Jangan putus asa tau. Good luck :)
Deleteteringin nak jadi model sambilan...tapi xtau dari mana nak mula
ReplyDeleteKena rajin beli magazine je dear :) selalunya ada je iklan mengenai pencarian model ni.
Deleteteringin nak jadi model muslimah sambilan..tapi tak tau macam mana nak tonjolkan diri kat talent..
ReplyDeletesalam,, wah tahniah dapat menjadi apa yang awak impikan.. C=
ReplyDeletemaaf, saya nk tanya awak ada tawu apa2 contest pencarian model muslimah tak untuk remaja.. saya amat berminat.. harap awak dapat pm kat yayzeish1511@gmail.com... terima kasih