Blogger templates

Feb 10, 2012

Hadiah Menang Contest

Alahai dah nak masuk 4 bulan sebenarnya i menang pertandingan / contest untuk Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu anjuran Tengku Puteri dan Puan Kutu sendiri dan juga contest Mari bercerita anjuran Jue & Hanie. Tapi sebab kesilapan dan kesibukan diri sendiri (busy body memanjang. Duhhh), i tak sempat nak buat entry pun bagitahu mengenai kejayaan i nih (macam menang award retis fofular lah pulak. Hehehe... perasan... perasan... perah santan). Yang paling hampeh, i boleh pulak tu terlupa nak collect hadiah i dekat Tengku Puteri (memang hampeh habis!).

Nak tengok pengumuman pemenang contest yang dicipta oleh Tengku Puteri & Puan Kutu, bolehlah review sini :




I dapat hadiah saguhati untuk contest Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu iaitu satu doodle single pilihan hati sendiri. Eee... i terasa best menang dapat doodle ni sebab memang i target pun nak dapat doodle (uikss... Boleh pulak gitu? Orang lain sibuk nak dapat hadiah barang, i sibuk nak dapat saguhati doodle je?! Hahaha...) Sebabnya, i teringin nak belajar buat doodle sendiri tapi kesibukan tangan dan badan i yang penuh aktiviti dekat tempat kerja dengan rumah. Entah bilalah i boleh practice dengan hati yang kusyuk dan aman damai. Baiklah sekarang jugak, i pergi terjah blog Tengku Puteri untuk tuntut hadiah. Harap-harap takdelah tempoh tamat (expired date) Haiyarkk...

Apa itu Doodle?
Dengar nama pun dah cute kan? Doodle ni ialah satu lukisan ringkas yang dilukis tanpa berikan sepenuh perhatian. Contohnya, lukisan yang lahir secara tidak sengaja melalui cakaran ringkas di buku nota tapi selalunya paling banyak terjadi dekat buku teks sekolah (hehehe... itu kerja saya kalau ngantuk ngadap cikgu dulu-dulu).

Nak tahu maksud sebenar. Boleh pergi sini ---> http://en.wikipedia.org/wiki/Doodle

Untuk pengumuman keputusan retis budget fofular bagi contest Mari Bercerita pulak, korang tengok review sini :



Ada award gitu

Cuba cari betul-betul mana nama i? I menang hadiah utama untuk kategori perempuan gitu (fewit! Macam tak percaya hokeh... Hehehe). Tak sangka pulak idea merepek i memang hebat (kihkihkih... Lain kali boleh cuba lagik contest merepek yang lain). Untuk pemenang hadiah utama bagi contest anjuran Jue & Hanie, bukanlah dapat rumah, kereta hatta iPad sekalipun (kata-kata ni i copy daripada blog dorang). Tapi i dapat satu entry khas (special entry) yang akan dicipta oleh mereka sebagai mempromosikan i dan blog i (eh?!) Hahaha... i suka aje. Janji menang.

Inilah entry khas yang bersusah-payah dibuat oleh Jue dan Hanie. Fuhh... i boleh nampak helaian rambut dan titisan peluh bergelumang waktu nak siapkan special entry untuk i ni. Terima kasih ye korang! Jasamu ku kenang.


Hot Mamanya lah sangat... Tihihi

Akhir kata, i bersyukur sangat atas kemenangan untuk dua contest yang i masuk untuk suka-suka. Selalunya bila i yang beriya-iya nak join tak pernah pulak nak menang (alhamdulilah... tulah rezeki kan?).  Jadi, untuk siapa-siapa yang nak join contest anjuran blogger. Insya-Allah korang pun boleh berjaya macam i. Yang penting kena redha dengan keputusan judges. Hehehe...


p/s : I pernah tengok / jumpa sorang blogger yang blog dia hanya untuk join semua contest dalam internet. Wahh... kagum betul i. Rajin dia ni (sorry, i lupa pulak nama blog link dia). Tapi serius, orang ni sememangnya wujud. Hehehe...

4 comments:

  1. wah...smpai dua akak menang..sy nih kalau masuk contest susah nak menang...huhuhu.. nanti hadiah akak siap sy email ye...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay!! Mekasih Tengku Puteri... tak sabar nak tunggu tau. Eksaited sangat ni!! Hehehe

      Delete
  2. hehehhe..memang menitik nitik peluh jugak la nak buat lirik. lagu nya nak tunggu Joe Flizzo buatkan . tah betul ke tak aku eja nama si Joe tu. hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. adehhh jangan Joe Jambul sudah Hanie oii... :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)