Cuaca panas sepanjang perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari kampung i di Johor, buatkan i selalu terfikir pasal Klebang Original Coconut Shake atau lebih dikenali dengan nama Klebang Coconut Shake. Tapi sebab kesuntukan masa dan takut lewat tiba di rumah nanti. Nak tak nak, i terpaksalah pendam keinginan i tu dalam hati je (alahai sedihnya...) Cuma kali ni, kita orang bertolak balik awal dari Johor (ehemm... nampak macam ada peluang ni). Jadi, bila i suarakan pasal Coconut Shake dekat hubby. Hubby pun setuju tanpa banyak soal (yeay!) Nasib baiklah jugak negeri Melaka ni ditengah-tengah perjalanan antara Johor dan Kuala Lumpur. Kalau tak, uhh... lambat lagiklah nampaknya dapat merasa Klebang Coconut Shake yang best ni.
Kira punya kira punya kira (berapa banyak kira daa...) rasa-rasanya dah dekat setahun i tak datang ke sini. Lama kan? Sampaikan i dah tak cam gerai / warung Klebang Coconut Shake. Kalau dulu, tempat beratur order coconut shake untuk take-away (bawa balik rumah) atau untuk makan, memang di tempat yang sama. Iaitu di tepi Jalan Pantai Klebang (bersebelahan dengan Stesyen Minyak Caltex). Waktu tu, ruang untuk makan dan tempat letak kereta pun tak banyak. Sesiapa yang nak duduk makan atau nak menikmati coconut shake kenalah jadi macam mata burung helang nak tangkap mangsa. Kalau buat selamba, memang sampai sudah, kena berdiri je (huhuhu... nangis).

Cuma sekarang ni, apa yang bestnya, gerai Klebang Coconut Shake dah ada improvement. Masih lagik mengekalkan lokasi gerai yang sama tapi kali ni, gerai di tepi Jalan Pantai Klebang tu hanya dijadikan sebagai tempat untuk sesiapa yang nak take-away aje. Jangan salah faham pulak, bila i sebut pasal take-away ni. Mana tahu korang fikir dah jadi macam Mc Donald Drive-Thru pulak (wah... hebat sangat tu. Tinggi betul imaginasi korang ye? Hehehe). Yang sebetulnya, korang masih kena hantar wakil / diri korang sendiri untuk beratur jugak. Kalau tak sanggup nak beratur maksudnya takdelah coconut shake. Untuk korang yang nak duduk dan makan di situ, korang boleh terus drive masuk di lorong / jalan bersebelahan warung asal Klebang Coconut Shake. Jangan risau, kawasan tempat letak kereta dan warung barunya lebih luas. Tandas pun ada disediakan. Selesa sikitlah berbanding dulu.
Nak tahu serba ringkas mengenai sejarah Klebang Coconut Shake? Meh, i ceritakan sikit.
Nama pemilik gerai Klebang Coconut Shake ini ialah Shafie Ahmad. Beliau merupakan seorang pesara tentera dan mula menjual air kepala serta tebu secara kecil-kecilan sejak hampir lapan tahun yang lalu. Pernah mendapat keuntungan hasil dari jualannya sebanyak RM5.00 dan melalui pelbagai detik sukar sebelum gerainya dikenali ramai. Atas dorongan keluarga dan beberapa kali percubaan untuk mendapatkan rasa yang sesuai, akhirnya beliau berjaya mencipta coconut shake yang lazat dan membangkitkan selera sesiapa yang merasainya. Menurut Shafie, tiada resepi rahsia di dalam pembuatan coconut shakenya. Beliau hanya menggunakan isi dan air kelapa yang segar serta aiskrim berjenama. Malah beliau sentiasa mengingatkan ahli keluarganya supaya rajin bersedekah, mesra pelanggan dan tidak berkira dengan pelanggan. Selain itu, beliau amat menitikberat mengenai kebersihan gerainya supaya pelanggan berasa selesa untuk terus datang ke gerainya.
sumber : Utusan
Alamat Klebang Original Coconut Shake ialah :-
231-1, Batu 3 3/4
75250 Klebang
Melaka
(Tepi Jalan Pantai Klebang, bersebelahan Stesyen Minyak Caltex)
Koordinat GPS : 2.21551, 102.206132
No. Telefon :-
[013] 399 4061 - Shafie
Waktu operasi : Hari Isnin hingga Ahad dibuka dari pukul 12:30 hingga 6:30 petang, manakala untuk hari Jumaat pula, dari pukul 2:00 hingga 6:30 petang (cuti bila perlu).
Senarai harga minuman dan makanan di Klebang Original Coconut Shake (percaya tak? Harga ni tak pernah berubah dari dulu lagik. Kagum i) :-
Coconut Shake Biasa : RM1.50 (minum) dan RM1.80 (bungkus)
Coconut Shake Special : RM2.00 (minum) dan RM2.20 (bungkus)
Air Kelapa / Tebu 1 Gelas : RM1.00 (minum) dan RM1.20 (bungkus)
Air Tebu 1 Jug : RM5.00 (bungkus)
Air Tebu Tanpa Ais : RM1.20 (minum) dan RM1.50 (bungkus)
Nasi Lemak / Mee Goreng : RM1.20
Kuih 3 biji : RM1.00
Kuih 1 biji : RM0.40
Pulut Kuning : RM2.50
Dekat sini, i cuma suka minum air coconut shake je. Kalau tanya i untuk rasa makanan dekat sini pulak, pada i biasa-biasa je. Cuma anak i, Danish dan Ariana paling suka makan Donut bergula. Sampai tambah dua kali. Agaknya sedaplah tu. Hehehe... Ok, jom tengok gambar i sekeluarga yang happy dapat minum Coconut Shake.
p/s : Sekarang ni mana-mana tempat dah ada coconut shake. Agak-agak korang siapa agaknya orang pertama yang cipta coconut shake ni kan?

Bekas coconut shake kalau tapau bawak balik rumah. |
p/s : Sekarang ni mana-mana tempat dah ada coconut shake. Agak-agak korang siapa agaknya orang pertama yang cipta coconut shake ni kan?
haha klebang mmg pemesssss dgn coconut shake ni.
ReplyDeleteiqa ni nama je kg kt melaka,merasa pun xponah2 laie.haha
Hahaha... Standardla tu Iqa, selalunya org yg duduk dkt satu-satu tempat tu bukannya nak pergi pun kononnya bila-bila masa boleh dtg. Tapi org yg duduk jauh yg beriya dtg. Mcm akak sendiri, tak pernah lagik pergi ICT tau walaupun takdelah jauh mana dari rumah. Hehe
Deletecoconut shake ni dah dijual kat kelantan dalam 10 ke 15 tahun lepas..kat pasar2 malam sana biasa ada..tiba2 pemes kat melaka lak..:)
ReplyDeleteOhyeke? Dah lama ada dkt Kelantan eh? Maybe dulu takde org nak commercial kan tu yg takde sape tau. Skrg ni dah ada mcm2 teknologi cepatlah tersebar. Anyway thanks for your info :)
Deletewah sis smlm pon jannah minum coconut shake ni. tapi bukan kat melaka lah. sedap. dah minum sekali nak minum berkali2 pulak kan
ReplyDeleteJannah ceritalah dekat mana Jannah minum tu? Nanti balik kg boleh akak datang. Hehehe
Deletesalam...agak2 ade resepi power coconut shake klebang x???mane tau kot2 ade...
ReplyDeleteW'salam. So far saya takde resepi coconut shake ni. Tapi kalau saya jumpa, maybe saya akan try & pos dkt blog ok :)
Deletegreat moment utk si boy yg "mem" jari atas pinggan puteh tue..
ReplyDeleteHah?? Pelik-pelik tau bahasa kau ni Uchi. Hehehe...
Deletepasni try cocoz station @ alor setar lak.. coconut shake + laksa
ReplyDeleteBaik boss... hehehe
Deletedekat batu berendam pon ada satu lagi kedai coconut shake...terbaek....
ReplyDeleteTak pernah pergi lagik, maybe one day akan ke sana :)
DeleteThanks for your info.
orait.... =)
Deletecoconut shake setahu saya kalu kat malaysia ni asal kelantan la,,orang kelantan yang dok luar yang perkenalkan benda ni
ReplyDeleteYeke? Thanks :)
Deletenampak macam sedap tapi tak pernah pergi.dari kl masuk tol mana?
ReplyDeleteKeluar ikut Tol Alor Gajah, kemudian cari arah untuk ke Pusat Bandar Melaka :)
Delete