Antara Domino's Pizza dengan Pizza Hut Liat, i lagik suka / prefer makan Domino's Pizza sebenarnya. Sebab apa? Sebab doh Domino's Pizza memang best, tak liat dan bila gigit tu, takdelah macam makan roti yang penuh satu mulut. Inti dan roti pizza tu ngam je kuantitinya. Kiranya cukup je rasa pizza dekat Domino's ni. Kalau makan dekat Pizza Hut pulak, rasa macam cepat je muak sebab tak larat nak habiskan doh / rotinya yang tebal semacam. Kadang-kadang tu intinya takdelah banyak mana, harapkan saiz doh je yang besar. Serius tak best!
Alahai kesian Pizza Hut bila i cakap macam gini, macam underestimate gitu. Alaa... tapi betulkan apa yang i kata? Ke, ada sesiapa dekat sini memang peminat tegar Pizza Hut (hehehe... peace no war peminat Pizza Hut). Bukanlah nak kutuk Pizza Hut, tapi tulah pengalaman berkali-kali dan kali (hah.... dah banyak sangat kali dah ni) yang i alami bila makan Pizza Hut. Tapi yang kelakarnya bila makan Pizza Hut dekat Bandung, Indonesia. Sedaplah pulak rasa pizzanya. Kita orang sampai siap buat penghantaran pizza ke hotel tempat kita orang menginap lagik. Dua malam berturut-turut kita orang dinner dengan Pizza Hut. Pelik jugak ni, kenapa Pizza Hut dekat Indonesia lagik best daripada Malaysia? Adakah faktor perasaan teruja makan dekat luar negara? (eceh...) Apa-apa hal pun, Pizza Hut Malaysia sila buat sesuatu. Ni belum i sentuh isu pasal servis Pizza Hut yang serupa macam kura-kura pulang petang. Adehhh... tension tau. Lain kita mintak, lain yang dapat. Sabar je lah.
Daripada kita tension dengan restoran Pizza Hut yang dah makin merundum dari segi rasa dan servisnya sejak akhir-akhir ni. Apa kata kita cuba buat sendiri pizza dekat rumah. Sekurang-kurangnya hati terubat. Dah tu yang best, kos nak buatnya tak sampai RM20.00 untuk dua dulang (pan) pizza saiz sederhana. Maksudnya RM10.00 untuk satu pan je yang dipenuhi pelbagai inti? Wow... jimat habis!! Kenyang dua hari tu. Hehehe...
Memandangkan i pernah pos gambar pizza, buatan tangan i sendiri dekat Facebook. Ada di antara kawan-kawan pejabat i yang nak tahu resepi Soft Crust Pizza / Pizza Lembut yang i buat ni. Jadi i dengan berbesar hati nak kongsikan gambar dan resepi Soft Crust Pizza yang i cuba daripada blog Mat Gebu. Jangan risau resepi ni memang menjadi sangat tau. Kalau i boleh buat, korang pun mestilah boleh buat (yeay!) Dan ini merupakan antara resepi kegemaran i.
Bahan-bahan (untuk dua dulang pizza bersaiz sederhana) :
Bahan untuk Doh
250 gram tepung roti (high protein flour)
130 ml air
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil yis (instant yeast)
1 sudu besar madu
1 sudu besar lemak sayuran (shortening)
2 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu kecil oregano kering
Bahan Inti (terpulang pada kehendak masing-masing)
Sedikit sos lada hitam (i guna jenama Life)
Sedikit sos cili (ni pun jenama Life jugak)
Beberapa kiub nenas dari jenama Hosen
1 biji capsicum hijau - dipotong kecil
5 batang sosej / hot dog ayam jenama Ramly - dipotong nipis
6 batang crab stick (stik ketam) - dipotong nipis
2 keping meatloaf perisa ayam (i guna jenama Ayamas)
1 plastik parutan keju Mozarella jenama Bega
Cara-cara membuatnya :
Untuk Mencanai Doh Pizza Samada Menggunakan Tangan atau Mixer
1. Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan bawang putih yang dicincang. Gaul sehingga rata.
2. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul lagi hingga sebati dengan tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayuran dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
3. Kemudian bulat-bulatkan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan pembalut plastik (plastic wrap) dan biar selama 1 jam atau sehingga doh naik sekali ganda
Atau, Membuat Doh Pizza dengan BreadMaker
1. Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
Seterusnya, Cara Untuk Membuat Pizza
1. Keluarkan doh, uli selama 5 minit dan bahagikan doh kepada dua bahagian. Letakkan doh di atas dulang pizza (i gunakan dulang acuan pai sebenarnya) yang telah disapu dengan sedikit mentega.
2. Tekan doh dengan hujung jari sehingga doh memenuhi keseluruhan dulang pizza tadi.
3. Panaskan oven (preheat) pada suhu 200ºC dahulu dan bakar pizza selama 5 minit dengan suhu 200ºC jugak.
4. Keluarkan pizza yang dibakar tadi dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, sos cili serta bahan inti yang lain mengikut susunan seperti di atas. Di mana akhir sekali ditaburkan keju sehingga rata pada permukaan pizza.
5. Turunkan suhu dan panaskan oven (preheat) sekali lagi pada suhu 180ºC. Masukkan pizza dan bakar dengan suhu 180ºC selama 15 hingga 20 minit.
6. Dah siap apa lagik, potongkannya kepada beberapa slice / keping untuk dimakan bersama ahli keluarga yang lain (hoorey!)
Jom tengok gambar sepanjang sessi pembuatan pizza. Fuhh... adalah dekat dua jam i nak siapkan pizza ni. Kenapa lama sangat nak buat pizza? Sebab nak kena tunggu sejam doh tu jadi cantik, bulat dan gebu. Tapi bila dah siap, hilang terus rasa penat menunggu. Terus tukar jadi senyum lebar.
p/s : nyam-nyam-nyam
4. Keluarkan pizza yang dibakar tadi dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, sos cili serta bahan inti yang lain mengikut susunan seperti di atas. Di mana akhir sekali ditaburkan keju sehingga rata pada permukaan pizza.
5. Turunkan suhu dan panaskan oven (preheat) sekali lagi pada suhu 180ºC. Masukkan pizza dan bakar dengan suhu 180ºC selama 15 hingga 20 minit.
6. Dah siap apa lagik, potongkannya kepada beberapa slice / keping untuk dimakan bersama ahli keluarga yang lain (hoorey!)
Jom tengok gambar sepanjang sessi pembuatan pizza. Fuhh... adalah dekat dua jam i nak siapkan pizza ni. Kenapa lama sangat nak buat pizza? Sebab nak kena tunggu sejam doh tu jadi cantik, bulat dan gebu. Tapi bila dah siap, hilang terus rasa penat menunggu. Terus tukar jadi senyum lebar.
Kitchen Aid yang jadi tukang uli untuk i. |
I paling suka part taburkan keju atas pizza. |
p/s : nyam-nyam-nyam
Me too! Lg suka dominos dr pizza. Pizza mcm cepat muak. Dominos makan 3 slice pun maintain lg. Untung family sis dpt sis pandai masak. How i wish i pun pandai buat pizza T__T
ReplyDeleteTakpe dear... Akak awal-awal kahwin pun jarang-jarang jugak masak makanan yang lain dari yang lain ni sebab sibuk dengan study dan kerja. Sejak dah ada anak dan pandai request macam-macam makanan yang muncul dekat TV, barulah belajar buat kek lah, kuih lah, pizza lah... hehehe...
DeletePractice make perfect :) nanti lelama mesti Cha terror lah.
sekarang klu kami g pizza hut lebih kepada order menu2 lain bukan pizza ...hihihihi ...
ReplyDeleteHahaha... eh-eh tak sangka kita serupalah :) Tapi sekarang ni serius dah macam kecik hati dengan Pijahat sebab Pijahat Lem... bap... (oppss)
Deletebetoi.. betoi... dalam senarai nak dibuatler ni tapi tak terbuaat2. anak2 dh bising dah .. sebab janji dah lama ok...
ReplyDeleteTakpe... senang je resepi ni. Lepas buat pizza ni, kompom dorang senyaplah tu. Hehehe
Deletekelasss reena buat sendiri lagi puas makan.....tapi mmg betulkan pizza hut kurang kick berbanding dominos...camni boleh bukak kedai pizzala...hehe
ReplyDeleteHahaha... gitulah Posh.... Pizza Reena... agak-agak ok tak nama ni? Hehehe
Deletesetuju...klu u pg pizza kt bp mall lg la worst la service dier..lmbt..pizza smpai tp sejuk..apakah???
ReplyDeletemasak dgn 'gajet2' mmg sonok..x penat kan..hehe..btw npk sedap pizza tu..topping pn bley blasah mcm2 kan ikut tekak sndiri..
good job
Hahaha... betul tu dear walaupun gadget ni masa nak beli, macam semput jugaklah perasaan nak keluarkan duit tapi hasilnya memang memudahkan waktu nak memasak :)
Deletejannah pon suka dominos dr pizza hut. akk buat entry pizza nie buat jannah nak buat lg pizza. hehehe. puas kalau buat sendri. nak topping banyak mana pon lantak kau lah kan. heheh :)
ReplyDeleteEspecially kalau letak cheese banyak-banyak Jannah. Fuhh... meleleh gitu. Hehehe
Deleteakhirnye..
ReplyDeleteentryyg di tunggu sudah tibe..
patut la aku punya pizza tak menjadi..
rupenya kena bakar doh dulu ekk...
Iye Eita.... harap kau happy tau :) Sorry lambat nak post.
DeleteAnyway lepas ni cuba lagik buat pizza k. Lepas tu pos bagi aku rasa sikit.
sedapnya sis...huhu...balik umah nak cuba buat..skrg stay umah sewa xde mixer....
ReplyDeleteMemasak sendiri lagik sedap dan best kan dear? Buat tau, jangan tak buat. Hehehe
Deleteaduh sedap gila..dh lama tak buat piza.resepi nie nmpk agak complicated sikit barang2nya.tepung roti n shortening nie ken p beli kt pasaraya.selalu crik barang kt mini market je.hehe..for sure sedap kan?
ReplyDeleteMestilah sedap Puan Kutu. Tak percaya cuba buat nanti. Aiman mesti kata Terbaek!! Hehehe
Deletewahhhhhhhhh pandainye mak cik ni buat...opss mak cik plak...ai x gemar pizzax2 ni reena oiit...knp? " kamu tu lidah jawa"....bhahahah LOL...
ReplyDeleteOhhh... orang jawa tak suka makan pizza rupanya.
Deleteyis (instant yeast) & tepung roti mana nk cari? dan kenapa campur dengan madu????
ReplyDeleteRasanya dekat kebanyakan pasaraya / shopping complex dah ada jual yis instant & tepung roti. Kalau tak jumpa boleh pergi dekat Bakery Shop.
DeleteKenapa kena campur madu??? Maybe pemilik asal resepi nak elakkan dari penggunaan gula yang berlebihan kot :)
Salam.
ReplyDeleteAlahai...sedapnye! Ini kalau my children nampak, habislah i kena serang.
Sis, kalau i guna microwave oven boleh tak? Sebab kat rumah dah ada satu, warisan dari emak. Jadi malas nak beli oven baru.
Lagi satu, semalam i pergi satu kedai bahan2 kek. I cakap nak beli tepung high protien, tapi dia kasi tepung superfine. Dia cakap dua2 tu sama aje. Tapi yang i baca dalam internet..keduanya tak sama. Macamana ye?
Salam Aishah :)
DeleteThanks sebab sudi jengah blog i. I pun guna microwave oven je untuk buat pizza ni sebab microwave oven ada fungsi yang sama macam oven. Untuk tepung high protein tu memang payah sikit nak dapatkan dekat kedai-kedai biasa. I selalunya beli dekat Bakery Shop. Tak sure apa perbezaan antara Tepung Superfine dengan Tepung High Protein tapi since nak pastikan pizza yang i buat ni menjadi tak berani pulak nak guna tepung lain selain daripada tepung high protein. Hehehe :)
Thanks for the reciepe....
ReplyDeleteSalam beb... baru la nih aku baca blog ko nih Rina.. heheh.. best rupanya.. owh semedang aku baca entry pasal pizza nih.. terliur plak. Btw reason kenapa pizza hut kat bandung sedap tuh sebenar nya sebab tepung. Tepung kat each country lain2. Tepung di Indon ngan Malaysia pon lain. Aku tau pon coz one of the businessman dari ROtiboy pernah citer kat aku dulu. heeheh... Waallahualam..
ReplyDeleteSalam Leen... Hehehe... alaa... blog biasa-biasa je beb... ramai lagi blogger yang lagi best dari aku :) Anyway thanks sebab sudi singgah sini... Baguslah info kau ni, sekarang baru aku tahu kenapalah pizza hut Bandung lagi sedap dari dekat Malaysia :)
DeleteTerima kasih anda telah memberikan kesempatan untuk berkomentar. Artikel anda sangat bagus. Semoga bermanfaat untuk semua
ReplyDeleteAmin... sama-sama :)
Deletease nk try resepi nih ^_^.
ReplyDeleteAse trylah ye :) Hehehe
DeleteAslmkm Reena,akak nak tanya..Resepi doh pizza ni mmg lembut lah kan.Ni akak tengah masak pizza utk brekfes anak tp guna doh lebih yang akak dah frozen. Reena pernah frozen lebihan doh x,lembut lagi ke ?.Anyway,akak copy resepi doh ni..Tq.
ReplyDeleteWaalaikumsalam Kak :)
DeleteSaya tak pernah frozen kan lebihan doh untuk pizza ni kak. Maklumlah laris memanjang je. Hehehe... So far macam mana ye kak bila akak frozenkan still boleh buat pizza lagi ke atau dah jadi roti canai (eh! Hehehe). Tapi setahu saya doh untuk buat biskut takde masalah untuk kita frozen kan.
Silakan kak. Your welcome :)