Blogger templates

Apr 30, 2012

Cara untuk Naik Feri Penang / Penang Ferry

Assalamualaikum dan hai semua, mesti ramai yang bercuti kan hari ni? Maklumlah besok 1 Mei 2012, hari pekerja. Alang-alang hari Selasa memang dapat cuti free, kita straightkan cuti jadi 4 hari. Selalunya i pun buat macam gitu jugak cuma kali ni, rajin pulak rasanya nak bekerja (rajinlah sangat kan? Hehehe...) Yang best nya bila orang lain ramai yang pergi bercuti dan tinggal beberapa baki orang je yang bekerja hari ni, i tak payah nak pening-pening kepala nak tempuh jam (kesesakan lalu lintas) waktu pergi kerja. Kalau korang nak tahu, perjalanan i untuk sampai pejabat biasanya makan masa selama sejam setengah (pergh... macam nak pergi Melaka lah pulak), hari ni boleh pecah rekod cuma 40 minit je. Wah... kira hebatlah kan?

Bersempena feel ala-ala bercuti ni, i nak tunjuk korang gambar sepanjang perjalanan i ke Georgetown, Pulau Pinang / Penang dengan menaiki Feri Pulau Pinang. Memang ini antara pengangkutan pilihan i setiap kali nak menjejakkan kaki ke sini. Old-skool gitu. Maklumlah bukannya selalu dapat naik feri ni kan? Sambil-sambil tu, i nak bagi peluang dekat anak-anak i supaya dapat rasa keseronokan naik feri. Nanti bila pergi sekolah, bolehlah dorang buat karangan pasal naik feri pulak. Hehehe...

Ada sesiapa yang belum pernah naik feri pergi Pulau Pinang ke? Takpe, meh sini i ajar korang macam mana nak naik feri.

Cara untuk Naik Feri ke Pulau Pinang / Penang

1. Melalui lebuhraya / highway dari Selatan ke Utara, sampai sahaja di Tol Juru, korang cari arah laluan ke Butterworth. Kalau dari Utara ke Selatan pula, sama jugak korang terus cari arah ke Butterworth.

2. Kemudian korang akan lalu lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dan buat bayaran sebanyak RM1.30 di Plaza Tol Perai, korang akan jumpa mini jambatan Pulau Pinang dan dari situ korang cari papan tanda yang tertulis TERMINAL FERI.

3. Keluar di Exit 1703, ikut arah laluan yang dinyatakan pada papan tanda jalan dan korang akan sampai di Penang Port / Pelabuhan Penang Pangkalan Sultan Abdul Halim.

4. Sebelum memasuki Pangkalan Sultan Abdul Halim untuk menaiki feri korang dikehendaki untuk membayar tol sebanyak RM7.70. Beratur mengikut laluan kenderaan yang diarahkan. Kebiasaannya kawasan ini agak sesak dengan kenderaan sewaktu musim cuti sekolah dan hujung minggu. Jangan risau, banyak feri yang sudi membawa kenderaan korang ke Georgetown, Pulau Pinang.

5. Masuk ke dalam feri, tarik brek tangan / hand break dan matikan enjin kereta. Bila feri benar-benar bergerak, korang berpeluang untuk keluar dari kenderaan dan menikmati panorama / permandangan laut Selat Melaka. Kalau sesiapa ada anak kecil kena hati-hati ok sebab keadaan angin memang kuat dan sedikit beralun (waktu ni best sangat!)

6. Bila feri semakin menghampiri tambatan / atau kawasan mainland (tanah besar), korang boleh kembali ke kenderaan masing-masing, hidupkan enjin dan teruskan perjalanan berjalan-jalan di Georgetown, Pulau Pinang (hoorey!)

Nak dapatkan gambaran jelas perjalanan untuk menaiki Feri Penang ni, korang boleh tengok gambar yang i letakkan dekat bawah. Anyway, selamat bercuti korang!

Nilah mini Jambatan Pulau Pinang. Hehehe...











Angin punyalah kuat!

Anak i yang senyum happy dapat naik feri


Ehem... saya nampak Star Cruises yang Kak Emy naiklah. Hehehe...

p/s : Seronoknya bercuti, bilalah i nak cuti lagik ni? Huhuhu...

10 comments:

  1. As'salam Reena

    Miss you so much! mana k.ct pernah lupa hanya nama Reena sorang aje dalam list blog k.ct tau..hehehe. erima kasih ya sdi singgah blog Dapur CT. k.ct dah lama tak bukak dan update blog k.ct lagi satu. dah bersawang tebal macam hutan yang ditinggalkan ..hehehe

    Reena tr kasih perkongsian cara2 nak ke feri pulau penang tu. k.ct emang tak sampai lagi kesana. teringin gak nak merasa naik feri tu, harap2 tak mabuk lautlah nanti..hahaha

    Ehh..lawa lah sekarang sejak bertudung ni, lagi nampak ayu dan manissss. anak2 pun dah besar seuanya, dulu masa kenal reena kecik2 lagi anak2 tu kan :) ada FB x..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak CT :)

      Alahai excited nya akak datang jenguk saya. Rindu tau dekat akak. Lama dah tak sembang-sembang rasa-rasanya dah dekat 2 tahun kan? (taip sambil muka senyum excited gitu). Lepas ni saya singgah blog akak yang lagik satu jelah. Hehehe... Haritu ada cuba resepi Kastard berkuah yang akak buat. Sedap!! Terus jadi kemaruk buat kastard tiap-tiap minggu.

      Jangan risau kak, saya pun mabuk laut jugak. Sekejap je naik feri ni tak sampai 20 minit pun. Baru nak feel ala-ala Titanic sekali dah sampai Penang. Hehehe...

      Alahai mekasih kak (malu gitu). A'ah anak sulung saya dah 6 tahun pun kak. Tahun depan nak masuk darjah satu. FB saya Reena Onn.

      Eeee... harap one day kita dapat bertentang mata kak :) Siyes rindu dekat akak.

      Delete
  2. wow...akak pg penang..hehe...xpg mkn2 kew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... ada banyak lagik entry Penang ni Miza :) Nanti akak letak satu-satu k. Tapi sedihnya tak tahu nak makan apa yang best dekat sini :(

      Delete
  3. hehe i haven't been going to penang for years. hmm would love to be there someday soon. :) btw, your little daughter looking cute as well!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... not daughter la dear... that's my little boy. My daughter, susah sikit nak tangkap gambar suka elak-elak. Pemalu kononnya :)

      Delete
  4. Assalamualaikum..reena...ish..segaknyer anak teruna reena..hihi
    dah lama tak naik feri sbb sll ikut jambatan jer..best juga kan bw anak naik feri..nnt bl2 nk bw mia juga...dulu pergi pangkor..mia ok jer..kalau naik feri lagi best kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Izan :)

      Hahaha... kembang anak teruna ku dengar. Cubalah sekali-sekala naik feri, seronok tau tengok permandangan laut. Naik jambatan, kereta banyak sangat, nak berhenti tepi pun tak boleh. Huhuhu....

      Jangan risau, kejap je naik feri ni. Mia mesti ok. Hehehe...

      Delete
  5. info yg bagus....sesuai utk yg 1st time pi...tetiba windu nak pi Penang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, i pun macam tak puas nak pergi Penang lagik. Ni pergi sekejap je ni :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)