Blogger templates

May 2, 2012

Hari Sukan Q-dees 2012 / Q-dees Sport's Day 2012

Tarikh 28 April 2012 (Sabtu) hari tu telah diadakan acara Hari Sukan Q-dees bertempat di Dewan Gemilang Saujana. Dan kalau ikutkan pada hari yang sama jugak telah diadakan perarakan Bersih 3.0 (erk!) di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dekat sini, takde sesiapa pun yang nak buat kecoh atau rasa tak puas hati tak pasal-pasal walaupun ada group / kumpulan yang kalah. Kiranya semua orang gembira dan seronok termasuklah ibu bapa (kihkihkih... lain macam je ayat).

Iklan kejap : Cuma sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang i sayangi, hidup ini memang atas pilihan masing-masing. Tapi kena selalu beringat bila emosi menguasai akal fikiran, kita jadi hilang pertimbangan. Sebab tulah kalau kita marah macam mana sekalipun, cepat-cepatlah beristighfar, basuh muka ke, ambil air sembahyang ke atau cepat-cepat pergi tempat lain. Bila jadi sesuatu yang tak baik menyesal pun tak berguna (buat muka icon sedih).

Bila tengok satu-persatu muka anak-anak dekat Q-dees ni, serta-merta timbul rasa terharu dalam gembira gitu. Semua bagi komitmen dengan acara Hari Sukan yang dorang sertai. Walaupun ada dua-tiga orang yang menangis, mungkin sebab segan kot tengok ramai ibu-bapa yang perhatikan dorang. Hehehe... Tapi bila tengok kawan-kawan lain yang bersemangat, dorang ikut serta dalam takut-takut. Kalau korang tanya pasal anak i, dia memang enjoy sepanjang masa dengan kawan-kawan dia. Ada je aksi-aksi happy dorang especially bila i suakan kamera nak ambil gambar.

Acara Hari Sukan Q-dees tahun ni yang berjalan untuk tempoh 2 setengah jam (dari pukul 9:00 pagi hingga 11:30 pagi), i nampak macam ada perubahan sikit berbanding tahun lepas, dah ada makanan disediakan untuk ibu bapa dan anak-anak, ada persembahan tarian sebelum acara sukan diadakan dan banyak permainan baru. Kagum i tengok usaha semua cikgu di Q-dees yang mengawal suasana dekat sini. Yelah, nak jaga seratus orang budak yang tengah membesar (anggaran i je) bukan senang hokeh! Kena banyak-banyak-banyak bersabar. (I rasa kalau nak katakan tension, tension lagik dorang kot. Tihihi... Anyway, good job teacher!)

Tahun ni merupakan tahun terakhir anak i, Danish di Q-dees. Tahun depan anak i yang nombor dua pulak masuk sini (hehehe... dah macam main pass baton pulak). Jadi, tahun depan bolehlah datang tengok lagik Hari Sukan Q-dees (yeay!)

Rasanya macam baru je letakkan gambar anak i pergi Hari Sukan Q-dees 2011 (boleh picit link ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/hari-sukan-q-dees-2011.html). Tiba-tiba dah jadi Hari Sukan Q-dees 2012 pulak. Mak aihh... cepatnya dorang ni membesar. Ok, sudi-sudikanlah tengok gambar kami.













Principal Danish - Teacher Emy



Apa i pakai hari tu?
Tudung - Al-Humaira Contemporary
Cardigan - Uniqlo
T-Shirt - Esprit
Jeans - Uniqlo
Kasut - Crocs


p/s : I doakan semoga Malaysia aman damai selalu. Amin....

14 comments:

  1. iyelah sis...
    rasa cam baru baca stori pasal 2011 nye sukan...
    how time flies kan...
    dah besor dah anak teruna u nie...
    tapi maknya gak tetap maintainnnnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak kan? Kenapalah cepat sangat ni? Tension tau tengok umur sendiri. Hehehe...

      Maintain macam budak-budak eh kak? Hahaha... (perasan)

      Delete
  2. bessnyer....suker tengok cam adik dgn kakak jer...mummy muda & stylo!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Posh, alahai terasa diri cam baru masuk darjah 5 je ni. Hehehe... Mekasih :) Tapi taklah muda sangat dah pun. Kihkihkih

      Delete
  3. hensemlah anak bujang reena!
    mana anak2 dara?
    bagus buat sukan kat dewan macam tu...
    takde lah budak2 (mak budak) kepanasan tengah padang...hhihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... gambar dengan anak dara malu-malu je mak encik. A'ah tulah, kalau dekat padang ni, mak budak pakat ramai-ramai dok berkipas tepi padang. Hehehe...

      Delete
  4. bestnya hari sukan anak.. anak bujang nama danish jugak ye.. sama laa..

    tp danish sy baru 3 tahun.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh samalah pulak nama anak kita eh? Danish tu nama panggilan je. Hehehe... Takpe lagik 2 tahun Danish awak dah boleh pergi tadika jugak (yeay!)

      Delete
  5. best la buat kat dewan.tak panas. biasa acara sukan buat kat padang kan.
    cantek jam. hehehe..rasa nak pegi uniqlo beli jeans. dah lama tak shopping jeans. asyik beli baju je. hhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah tulah, rasanya principal Qdees tahu yang semua mak-mak dekat Qdees ni puteri lilin (eceh... puteri lah sangat kan? Hehehe).

      Hahaha... tu kan jam iPod Nano Hanie, nak ke? Pi beli sendiri. Hehehe... Nak beli seluar jeans Levi's macam dah kurang kemampuan dah Hanie, so beli seluar jeans Uniqlo ni pun waktu ada offer. Jimat tau!

      Delete
  6. Hi kak Reena!!! :)
    SIhat ke? Waaahh ceria sungguh muke si abang berposing ngn geng2 dia.. dh gaya mcm dlm iklan milo :) hikhik..

    Akak, semakin cun&kawaiii lah ngn imej baru ni.. [dh dpt agak, mesti attires drp uniqlo] =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Tny!!! Mana awak hilang hah? Hehehe...

      Akak sihat je :) Budak-budak kalau jumpa geng kan meriah habis, lebih kurang macam kita lah jugak. Hehehe...

      Alahai mekasih awak, memang dah cinta habis dengan Uniqlo ni. Suka sebab ada banyak design. Harga pun quite affordable :)

      Delete
  7. klu kita dah suka kt skolah tu performance pun ok maka anak sterusnya akan dihantar ke situ gak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu kak, lagipun dah kenal dengan cikgu-cikgu dekat sini. Senang nak tengok perkembangan dorang waktu sekolah :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)