Kalau tengok dekat entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/crochet-coasters.html i dah pernah mengait atau crochet dua pelapik / alas gelas (coaster) untuk diletakkan di pejabat. Tapi kali ni i nak buat crochet coasters untuk digunakan di rumah pulak. Kononnya nak padankan dengan tema ruang makan i yang baru. Comel, simple tapi berwarna-warni (jom intai, macam mana rupa ruang makan rumah i dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/interior-ruang-makan-dining-area.html)
Kali ni i gunakan tutorial percuma / free pattern flower coasters daripada http://www.yvestown.com/shop/pat-flowcoast.html (tahu tak korang, kali pertama i tengok pattern ni, i dah jatuh cinta tau!). Pattern ni bertepatan sangat dengan apa yang i nak. Ringkas dan cantik (yeay!) I pilih warna bright pastel sebab nak mudahkan untuk suai padan dengan pelbagai gelas / cawan i yang berwarna-warni. Lebih kurang 45 minit i berjaya siapkan enam coaster. Yang kelakar tu, lepas je siap, i terus senyum gembira sorang-sorang (eh! Hehehe).
Banyak kelebihan menggunakan coaster (pelapik / alas gelas) ni kawan-kawan. Selain daripada tujuan utamanya sebagai alas gelas, ianya jugak boleh mengelakkan meja korang daripada kotor terkena tumpahan air, mengurangkan haba panas daripada gelas (bila buat minuman panas) yang boleh rosakkan meja korang dan yang paling best boleh menambahkan keceriaan pada meja makan korang. Bertambah seronok bila tengok anak-anak i berebut-rebut nak pilih warna coaster untuk gelas masing-masing. Takpe, lepas ni mama cuba buat coaster bentuk binatang comel, ok. Hehehe...
Berminat ke nak ada pelapik / alas gelas bentuk bunga macam i punya? Silalah emel i di ---> reena_onn@yahoo.co.uk
p/s : Sejak ada flower coaster comel ni menghias meja makan rumah i, minum air masak pun rasa macam minum air Ribena (eceh!)
comel la reena.. rasa nak meng'crochet' lak bila tengok alas tu..
ReplyDeleteMekasih awak. Ape lagik jom crochet. Hehehe
Deletecomella....pandai u buat...I minat tapi tak pandai bley huhu
ReplyDeleteMekasih Posh... hahaha... tak pandai kenalah belajar Posh :)
DeleteWOW!!!!!!!
ReplyDeleteohsem lahhh
jait manik i reti jait gini tidak..mmg klu blajo pn x kan reti kot..heheh
suke la tgk alas gelas tu sgt2 comel
Hehehe... mekasih awak :) woww!! Jahit maniklah lagik ohsem! I pernah jahit manik suka-suka dekat sapu tangan dulu-dulu. Tapi tak tahan jari asyik kena cucuk jarum.
DeleteCantiknya..u mmg berbakat la dear:)
ReplyDeleteMekasih Atie :)
Deletecantiknye..
ReplyDeletemmg tengok aje terus jatuh cinta..
tapi sejak ada anak kecik nie,jgn nak nak mengait..
nak pegang jarum dia pun x dan..
Hahaha... ada anak 3 orang lah Ta baru chalengging. 2 orang tu ok lagik tau :)
Deletecantiknyee ! tangan seniii :)
ReplyDeletedtg follow awk :D
salam kenallll
Mekasih SuperGirl!! Kita pun dah follow dia. Selamat berkenalan :)
DeleteSis ambil order crochet lagi skrg?
ReplyDeleteAnis teringin nak order flower coaster mcm kat atas and maybe pencil case ?
Kalau ok inform me ok...
So far kalau setakat nak ambil order buat flower coaster bolehla Anis, kalau benda-benda rumit macam nak buat pencil case dan cantum bahagian-bahagian tertentu tu belum lagi kot *sorry ye :(* sebab bila balik kerja macam tak larat nak mengcrochet lama-lama *badan / otak letih dengan kerja opis* (nangis). Hujung minggu pulak, settlekan untuk rumah dan anak-anak.
DeleteOk understood...saya nak order flower coaster nanti saya email k?
DeleteFaham jer kesibukan ibu2 bekerja zaman skrg esp mcm kita yg tidak bergantung pd maid...weekends cam tak cukup masa jer nak buat sumer2 coz anak saya 4 org plus anak PIL lagi...
Anyway GAMBATTE utk kita semua working moms sedunia ha 3x
Ok, kita dah received emel Anis, jap lagik kita cuba reply k. Tulah beruntung sesiapa yang ada helper atau maid dekat rumah. Sekurang-kurangnya balik rumah tak banyak beban kerja nak kena settle. Tapi alhamdulilah walaupun takde helper / maid, hubby dan anak-anak banyak membantu. Satu kelebihannya, senang nak didik dan disiplin dorang sebab dorang lebih dengar cakap mama papanya dan lebih tolerate each other.
DeleteWahh... awak ada 4 orang anak Anis? Mesti meriah kan rumah? Budak-budak kecik ni macam-macam karenah yang boleh buat kita pening kepala. Tapi bila dorang pergi school ke atau tidur, baru terasa sunyi, mulalah rindu nak suruh dorang buat bising. Hahaha... Yang penting kita jangan stress-stress, layan je karenah dorang. Lepas ni bila dorang dah besar, for sure dorang dah tak nak layan kita. Tinggallah mama papa dia berdua dekat rumah. Huhuhu...
Gambatte!!! Hahaha....
Saya kawin awal tp sebab dua dua further studies so anak jarak2 mcm2 age ada...
DeleteEldest 17 youngest 4 ( coz I'm older than Sis Reena).Nasib kami agak baik coz dpt taska yg bagus so anak saya semua membesar di taska.
Masa 1st pregnant hubby study kat UK pastu balik kerja plak kat Spore masa baby kecik tp saya happy jer berdikari sorang2...jalan2 pn berdua jer dgn sikecik
That' s why Anis suka yr blog coz happy2 jer xde emo2 kan?I think yr have a very supportive hubby there and I hope we can be friend.
Ohh... kita panggil Kak Anis lah ye. Hehehe... Akak, kita siapkan dulu coaster tu k, then baru kita emel dekat akak. Insya-Allah kalau takde pape, next week dah boleh dapat :)
DeleteAkak kalau ada blog kan best, mesti macam-macam cerita akak, saya boleh baca. Hehehe...
Saya jarang emo-emo ni (susah sebenarnya), tapi nama pun perempuan kadang-kadang tu adalah jugak (time-time bulan mengambang haha!) Betul tu kak, saya bersyukur dikelilingi orang-orang yang positif. Mungkin ada yang suka, mungkin jugak ada yang tak suka dengan kita. Yang penting, jadi diri sendiri. Anyway mekasih sangat sebab sudi jengah-jengah blog saya ni kak.
Salam perkenanalan :) *eh, dah kenal pun kan? Hehehe*
Insyaallah klu dpt curi2 masa yg ala2 xnak kena curi tu...
DeleteSkrg ni cuma mampu blogwalking tempat org lain jer itupun bila boy kecik akak dah tido klu tidak asyik kena jawab soalan dia non stop...
Akak late 30's tp mmg ramai friends adik2 yr age,xtau kenapa mungkin sebab blom habis study dah get married so tumbesaran ckit tergencat...bole gitu ha ha
Hahaha... kelakarlah akak ni. Takpe kak, kawan dengan orang muda nanti muka pun muda selalu gitu :) Biasalahkan kak, budak-budak kecik ni nakkan perhatian. Ni saya sambil jalan-jalan blogwalking ni pun, mulut tak berhenti layan soalan bukan satu tapi tiga orang budak kecik serentak. Kadang-kadang tu, bila buang air besar pun sampai bergilir-gilir serentak tiga orang jugak nak kena cuci. Haishh... Sampaikan selalu cakap dengan dorang, ni kalau mama dah tua. Nak cucikan tak kalau mama poo poo? Dorang gelak sambil kata, mama poo poo ke? Hehehe... Kelakar kan?
Delete