I nak ceritakan mengenai dua aksesori / item yang i beli untuk Nikon D5100. Ini antara aksesori kamera yang terawal i beli lepas berjaya memiliki Nikon D5100 (nak baca kisah i beli Nikon D5100, boleh klik sini ---> http://www.reenaonline.com/2011/10/nikon-d5100.html). Aksesori ni ikutkan lebih kepada tambahan kegunaan kepada kamera DSLR korang. Maksudnya nampak macam benda ni tak penting, tapi bila korang gunakannya, korang akan lihat banyak kelebihan untuk kamera DSLR korang sebenarnya (eceh, cara cakap macam profesional gitu. Hehehe...)
Macam biasa nak beritahu korang dulu, yang i hanyalah peminat kamera dan tak pernah pun menghadiri apa-apa kursus mengenai fotografi. I suka mengambil gambar (dan diambil gambar. Hehehe...) Jadi tujuan buat entry ni pun sekadar nak berkongsi cerita dan ilmu ciput yang i ada melalui dari pembacaan, internet dan dari pengalaman sendiri. Kalau korang perasan, i takde teknik / cara / gaya tersendiri pun untuk mengambil gambar. Apa yang i tengok menarik melalui viewfinder, itulah gambar yang akan i tangkap. Cuma apa yang buat i gembira sebab minat atau hobi i ni sama dengan hubby i. Kami sama-sama belajar dan bertukar sebarang pendapat mengenai fotografi. Kadang-kadang dia bagi pendapat dari hasil gambar yang i ambil. Atau kadang-kadang (ikutkan selalu, tihihi...) i pulak yang complain bila tengok gambar yang dia ambil. Nilah namanya belajar sendiri-sendiri je. Kehkehkeh...
Kalau tengok dari gambar i dekat bawah ni, korang nampak macam besar tak lensa (lens) kamera Nikon D5100 ni? Kenapa boleh jadi macam ni? Sebenarnya, i pasangkan lens hood (hud lensa) pada bahagian hadapan lensa kamera. Sebab i ni pantang berjalan-jalan mesti nak ambil gambar tak kira masa dan waktu. I rasa leceh kalau terpaksa buka dan tutup penutup lensa setiap kali nak ambil gambar. Jadi, tujuan lens hood (atau nama sebenarnya ialah Bayonet Lens Hood) ni lebih kepada perlindungan (protection) kepada lensa kamera bila i tak gunakan penutup lensa. Lebih-lebih lagi kalau i terlanggar dinding atau mana-mana permukaan yang tak sepatutnya. Yang paling best, i tak ketinggalan untuk rakamkan segala detik menarik yang melibatkan keadaan sekeliling dan keluarga i. Lagipun, susah nak ambil gambar aksi candid terutama melibatkan anak-anak i. Budak-budak ni kalau disuruhnya bergaya buat kali kedua, takdenya dorang nak layan (duh...)
Selain daripada faktor nampak bergaya ala-ala profesional bila kamera korang dipakaikan dengan lens hood. Lens hood ni jugak berfungsi sebagai penghalang kepada lebihan cahaya daripada memasuki lensa sewaktu cuaca panas terik dan mengelakkan terjadinya lens flare sewaktu gambar diambil. Nak tengok contoh gambar yang disebabkan oleh lens flare dan keterangan lanjut mengenai lens flare. Korang boleh baca dekat sini ---> http://en.wikipedia.org/wiki/Lens_flare
Kalau korang tengok dekat kedai-kedai kamera, ada pelbagai pilihan bentuk lens hood yang korang boleh beli. Ada yang berbentuk circular hood, tulip-style hood, rectangular hood, chopped tulip hood dan chooped and capped tulip hood. Semua mempunyai fungsi masing-masing dalam menghasilkan gambar supaya kelihatan lebih menarik. Nak dapatkan keterangan lanjut untuk jenis-jenis lens hood, korang klik dekat sini ---> http://toothwalker.org/optics/lenshood.html. Cuma yang tak bestnya untuk original lens hood jenama Nikon, tak banyak pilihan bentuk yang korang boleh beli dekat Malaysia ni. Kebanyakannnya lebih kepada bentuk circular hood je. Tapi jangan risau, kalau korang tak kisah nak beli bukan dari jenama Nikon tapi bersesuaian untuk lensa Nikon, memang ada banyak sangat pilihan. Harga untuk original Nikon HB-45 Snap-On Bayonet Lens Hood yang i beli ni ialah RM85.00.
Kekurangan menggunakan lens hood ni, bila korang halakan kamera untuk ambil gambar secara makro di atas meja atau mana-mana permukaan. Contohnya : nak ambil gambar makanan. Adakalanya, lens hood ni akan menyebabkan timbulnya bayang di atas permukaan gambar. Tips atau cara untuk mengatasinya, jangan rapatkan kamera kepada objek yang korang nak ambil tapi gunakan zoom lens sebagai cara penyelesaian.
Manakala untuk aksesori atau item kedua yang i beli ialah wireless remote control (atau dalam bahasa melayu ialah alat kawalan jauh tanpa wayar). Remote control ni amat berguna kalau korang tak nak hasilkan sebarang gegaran sewaktu mengambil gambar dan mengelakkan gambar korang daripada blur (kabur) terutama sekali bila korang nak tangkap gambar pada waktu malam yang kurang cahaya, nak buat kesan aperture pada gambar atau nak ambil gambar yang bekelajuan tinggi.
Malah dengan adanya remote control ini, ianya turut memudahkan korang bergambar dengan mereka yang lain tanpa perlu terkejar-kejar berlari dihadapan kamera. Silap-silap gambar kaki korang je yang nampak. Tak pun dapat gambar kenangan korang tersungkur depan kamera sambil kena gelak (aduh!) Jadi bila ada remote control ni, korang akan rasa lebih relax (tenang) bila kendalikan kamera dan tripod. Selain tu, i perasan Hana Tajima pun suka ambil gambar dirinya sendiri dengan gunakan remote control. Kalau korang jenis orang yang segan nak bergaya depan kamera bila berdepan dengan orang lain. Rasanya bolehlah gunakan cara Hana Tajima ni. Lagipun i tahu, semua orang suka buat camwhore depan camera handphone sendirikan? Hehehe... Harga untuk Nikon ML-L3 Wireless Remote Controller (Infrared) yang i beli ialah RM59.00.
Lagi satu kelebihan menggunakan remote control ni, walaupun hanya menggunakan handheld (pegangan tangan). Korang masih boleh tangkap gambar dengan terang. Best kan?
Inilah gambar Nikon Lens Hood dan Nikon Remote Control milik i.
Danish bergambar dengan kotak Nikon HB-45 Bayonet Lens Hood Nikon |
Nilah rupa Lens Hood bentuk Circular Hood |
Dah ada lens hood tak payah lagik pakai penutup lensa |
Kotak Nikon ML-L3 Remote Controller (Infrared) |
Comel je kan? |
p/s : Kalau dulu, susah nak tengok orang bawa kamera DSLR besar gedabak ke sana-sini. Sekarang ni, sana-sini orang dah pakai DSLR kan?
ai pun sama..suke amik gambo..suke diambil gambo..hehehe..
ReplyDeletepon x pnah attend mana2 course
just try n error je la..pndai2 sndiri..ujikaji sndiri..tanye org..gitu je lah..
Hehehe... Seplah kita Neeza :)
Deletenikon d5100 best walaupun ada yang kata ia tak best...
ReplyDeleteUntuk orang amatur macam saya best aje. Tapi untuk orang profesional mungkin dorang tak heran kot. Hehehe
Deletehope bile ai kahwen adlh yg bagi camera ni...boleh gitu...ngee
ReplyDeleteHamboi sapelah yang baik hati nak hadiahkan dia tu. Hehehe...
Deletesaya pun baru pakai cam jenis ni..memang best untuk beginner macam saya ni..setakat la ni, teringin jugak nak cari hood n remote tu..tapi nak cari original nikon punya barang, susah ya amat dekat alor setar ni..disebabkan baru lagi dengan hobi ni, saya terbeli filter jenama keep yang cuma bernilai rm50 ja dengan harga rm150 dekat kedai tu..camera memang dah murah tapi macam dah bayar balik rm100 dekat kedai tu..hilang dah 'jualan murah' dia..
ReplyDeletekalau tak keberatan, buleh saya tahu dekat mana reena dapatkan barang2 tu...manala tahu, ada bajet buleh beli...nak jugak ada aksesori tambahan kan walaupun belum pandai sangat amik gambar...
oh ya, nama saya nany..hope reena sudi balas komen saya n sudi2 la kongsi tips yang reena tau pasal camera ni ye...
Assalamualaikum & hai Nany :)
DeleteMekasih sudi jenguk blog saya. A'ah memang bila jadi beginner ni senang sangat tertipu dengan penjual. Ikutkan ada barang yang lebih bagus dan boleh dapat dengan harga berpatutan, dorang pergi jual brand lain yang murah tapi atas harga yang mahal (saya rasa ni kes nak habiskan stok kot).
Takpe... jangan risau, lepas ni saya buatkan entry khas untuk awak k sebab dah ada beberapa orang kawan saya yang tanya soalan sama macam awak :)
ha kene tambah lg satu accesory nampaknye tuh.. battery grip..smlm baru beli..tokey bagi offer 399 plus dgn 1 extra battery original..
ReplyDelete