Blogger templates

Apr 21, 2012

Picnik / Photoscape / Senarai Photo Editor Online

Picnik ialah online photo editing yang dah banyak berjasa dekat i sejak dari awal i menceburi dunia blogger (tahun 2008) sampailah sekarang ni. Walaubagaimanapun genap 19 April 2012 hari tu, Picnik dah pun tutup dengan jayanya. Alahai, Picnik buat i nangis tau. Bacalah komen-komen peminat Picnik yang ada dekat sini ---> http://blog.picnik.com/2012/01/official-announcement-picnik-is-closing/. Nampak sangat semua orang frust dengan Picnik (menci-menci-menci!).

Sumber : Google

Pada pendapat i, inilah online photo editing yang paling terbaik setakat ni. Apa taknya dengan hanya picit pada butang auto, korang tak payah nak pening kepala nak edit bagai, sebab automatik gambar yang korang ambil, hasilnya terus jadi dua kali ganda cantik. Senang pulak tu nak faham kesemua fungsi butang yang disediakan. Pantas mengendalikan gambar untuk editing. Sebab kebiasaannya untuk 10 gambar, i dah boleh edit kurang daripada 10 minit. Menyenangkan tugas-tugas i untuk membuat watermark pada gambar (fungsi ni yang paling banyak i gunakan). Dan yang paling best, i tak perlu nak download / muat turun program Picnik ni masuk ke komputer. Jimat ruang dalam komputer gitu.

Sekarang ni, i masih tercari-cari online photo editing yang hampir sama dengan Picnik. Ikutkan boleh je gunakan program Photoshop gantikan ke semua tugas Picnik ni. Cuma i tak sanggup duduk depan komputer sampai 2 hingga 3 jam setakat nak buat tugas editing ringkas je. Yelah, gambar yang edit ni pun setakat nak masuk dalam blog je bukannya nak buat cover majalah pun. Hehehe....

Melalui google, i terjumpa satu website (http://moreofit.com/) yang berikan beberapa nama laman web / website yang boleh menawarkan online photo editor percuma seakan-akan / sama seperti fungsi Picnik. Nama-nama website tersebut ialah :-

1. FotoFlexer
2. Pixenate (boleh la...)
3. Pixer.us
4. Phixr
5. Picture2Life
6. Pixlr (i rasa ini yang paling ok!)
7. Citrify

*korang picit je nama yang tertera dekat atas ni sebab i dah buat link.*

Sebagai pengguna Macintosh (Mac user), i memang bergantung harapan dengan Picnik sebab tak banyak program yang boleh dimuat turun secara percuma untuk membuat editing kecuali yang berbayar. Lagipun macam i katakan sebelum ni, cuma Picnik satu-satunya photo editing yang pantas untuk dikendalikan. Manakala untuk pengguna Microsoft Windows (Windows user), korang boleh muat turun secara percuma editing photo program PhotoScape (klik sini ---> http://www.photoscape.org/ps/main/index.php) pada komputer korang. Ada pelbagai fungsi yang menarik di PhotoScape yang akan buat korang jatuh cinta. Ok, i sedih buat kali kedua, sebab program Photoscape ini tak boleh dimuat turun oleh Mac user (huwaaa!!)

Macam mana pun kalau korang ada cadangan senarai nama photo editor yang boleh i gunakan atau muat turun di MacBook Pro i ni. Silalah bagitahu ya!

Macih semua...

Kemaskini / Update terbaru :
Hati gembira sebab dah ada online photo editing yang gantikan Picnik. Nak tau apa? Jom tengok sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/ribbet-replace-picnik-ribbet-ganti.html


p/s : Mood nak edit gambar dah melayang walaupun berduyun gambar dah ready dalam folder.

15 comments:

  1. Haaaa xtau pun picnik dah kena tutup. Ruginyaaaaa. Sebab saya kalau malas nak guna photoscape selalu guna picnik je. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah... sedihkan? Dahla peminat Picnik memang ramai :(

      Delete
  2. takde cadangan sebab bukan pengguna cik epal ;p

    ReplyDelete
  3. sy skrg guna photoscape je. kazaa nk ajar guna photoshop ai sume tu tp pening tak paham haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah dear... ikutkan photoshop ni best tapi sebab dia layer by layer... jadi pening kepala nak edit. Senang pakai yang main buat auto je. Hehehe... takde masa pun iye jugak :)

      Delete
  4. mmg frust beb picnik nak tutup. tp nasib baik aku ada kawan blog macma ko. bole listkan siap siap backup app yang lain..ohhh...i luv u laaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... pandai kau yek??!! i luv u too lah!

      Delete
  5. pernah guna picnik dulu pastu tak guna sebab kadang2 loading lembab. hik hik. guna photoshop dengan photoscape now. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh... loading lembap?? Hehehe... akak rasa cam laju je loading picnik ni :) Jeleslah... dia terror pakai photoshop :)

      Delete
  6. samalah kita gambo berderet tunggu nak publish...tp nak ngedit gambo alahai...tp I suker guna photo bucket

    ReplyDelete
    Replies
    1. Photobucket selalunya i simpan mana-mana gambar comel icon je Posh. So far tak penah buat edit-edit dekat situ ;)

      Delete
  7. ala.. baru nak try da tutup kedai ek.. huhu... i guna paint je utk letak watermark.. hahaha...

    ReplyDelete
  8. tapi zai x brapa minat photo editing on9 T_T

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)