Picnik ialah
online photo editing yang dah banyak berjasa dekat i sejak dari awal i menceburi dunia blogger (tahun 2008) sampailah sekarang ni. Walaubagaimanapun genap 19 April 2012 hari tu, Picnik dah pun
tutup dengan jayanya. Alahai, Picnik buat i nangis tau. Bacalah komen-komen peminat Picnik yang ada dekat sini --->
http://blog.picnik.com/2012/01/official-announcement-picnik-is-closing/. Nampak sangat semua orang
frust dengan Picnik (menci-menci-menci!).
 |
| Sumber : Google |
Pada pendapat i, inilah
online photo editing yang paling terbaik setakat ni. Apa taknya dengan hanya picit pada butang auto, korang tak payah nak pening kepala nak
edit bagai, sebab automatik gambar yang korang ambil, hasilnya terus jadi dua kali ganda cantik. Senang pulak tu nak faham kesemua fungsi butang yang disediakan. Pantas mengendalikan gambar untuk
editing. Sebab kebiasaannya untuk 10 gambar, i dah boleh
edit kurang daripada 10 minit. Menyenangkan tugas-tugas i untuk membuat
watermark pada gambar (fungsi ni yang paling banyak i gunakan). Dan yang paling
best, i tak perlu nak
download / muat turun program Picnik ni masuk ke komputer. Jimat ruang dalam komputer gitu.
Sekarang ni, i masih tercari-cari
online photo editing yang hampir sama dengan Picnik. Ikutkan boleh je gunakan program Photoshop gantikan ke semua tugas Picnik ni. Cuma i tak sanggup duduk depan komputer sampai 2 hingga 3 jam setakat nak buat tugas
editing ringkas je. Yelah, gambar yang
edit ni pun setakat nak masuk dalam blog je bukannya nak buat
cover majalah pun. Hehehe....
Melalui google, i terjumpa satu
website (
http://moreofit.com/) yang berikan beberapa nama laman web /
website yang boleh menawarkan
online photo editor percuma seakan-akan / sama seperti fungsi Picnik. Nama-nama
website tersebut ialah :-
1.
FotoFlexer
2.
Pixenate (boleh la...)
3.
Pixer.us
4.
Phixr
5.
Picture2Life
6.
Pixlr (i rasa ini yang paling ok!)
7.
Citrify
*korang picit je nama yang tertera dekat atas ni sebab i dah buat
link.*
Sebagai pengguna Macintosh (Mac user), i memang bergantung harapan dengan Picnik sebab tak banyak program yang boleh dimuat turun secara percuma untuk membuat
editing kecuali yang berbayar. Lagipun macam i katakan sebelum ni, cuma Picnik satu-satunya
photo editing yang pantas untuk dikendalikan. Manakala untuk pengguna Microsoft Windows (Windows user), korang boleh muat turun secara percuma
editing photo program PhotoScape (klik sini --->
http://www.photoscape.org/ps/main/index.php) pada komputer korang. Ada pelbagai fungsi yang menarik di PhotoScape yang akan buat korang jatuh cinta. Ok, i sedih buat kali kedua, sebab program Photoscape ini tak boleh dimuat turun oleh Mac user (huwaaa!!)
Macam mana pun kalau korang ada cadangan senarai nama
photo editor yang boleh i gunakan atau muat turun di MacBook Pro i ni. Silalah bagitahu ya!
Macih semua...
Kemaskini / Update terbaru :
Hati gembira sebab dah ada
online photo editing yang gantikan Picnik. Nak tau apa? Jom tengok sini --->
http://www.reenaonline.com/2012/04/ribbet-replace-picnik-ribbet-ganti.html
p/s : Mood nak edit gambar dah melayang walaupun berduyun gambar dah ready dalam folder.