Blogger templates

Showing posts with label Photo Editor Online. Show all posts
Showing posts with label Photo Editor Online. Show all posts

Apr 22, 2012

Ribbet Replace Picnik / Ribbet Ganti Picnik

Sambungan daripada entry semalam http://www.reenaonline.com/2012/04/picnik-photoscape-senarai-photo-editor.html dan kisah penutupan online photo editing Picnik (yang best tu!) Rupa-rupanya ada satu website iaitu Ribbet.com bila-bila masa daripada sekarang akan melancarkan photo editing yang seakan-akan sama dengan Picnik (uikss... pelik jugak ni tak kena saman ke buat macam ni? Sebagai pengguna, mana yang best i ikut je, yang tak best tu, i tak layan lah... Hehehe...) Jadi untuk korang yang nak tahu, bilakah hari dan waktu pelancarannya. Korang pergi ke sini ---> http://www.ribbet.com/ dan masukkan alamat emel korang. Kemungkinan jugak, korang merupakan antara salah seorang yang berjaya memenangi 1 daripada 100 keahlian Ribbet Premium selama setahun. Jadi, apa lagik... cepat bertindak segera! (weee...)

I dah daftar dah!!

Picnik tutup, Ribbet yang muncul

p/s : I rasa Picnik mesti menyesal tutup kan? Tulah, lain kali buat keputusan fikir dahulu (eceh!) Tah-tah dah berjuta duit Picnik dapat daripada Google+ (hmmphh... )

Apr 21, 2012

Picnik / Photoscape / Senarai Photo Editor Online

Picnik ialah online photo editing yang dah banyak berjasa dekat i sejak dari awal i menceburi dunia blogger (tahun 2008) sampailah sekarang ni. Walaubagaimanapun genap 19 April 2012 hari tu, Picnik dah pun tutup dengan jayanya. Alahai, Picnik buat i nangis tau. Bacalah komen-komen peminat Picnik yang ada dekat sini ---> http://blog.picnik.com/2012/01/official-announcement-picnik-is-closing/. Nampak sangat semua orang frust dengan Picnik (menci-menci-menci!).

Sumber : Google

Pada pendapat i, inilah online photo editing yang paling terbaik setakat ni. Apa taknya dengan hanya picit pada butang auto, korang tak payah nak pening kepala nak edit bagai, sebab automatik gambar yang korang ambil, hasilnya terus jadi dua kali ganda cantik. Senang pulak tu nak faham kesemua fungsi butang yang disediakan. Pantas mengendalikan gambar untuk editing. Sebab kebiasaannya untuk 10 gambar, i dah boleh edit kurang daripada 10 minit. Menyenangkan tugas-tugas i untuk membuat watermark pada gambar (fungsi ni yang paling banyak i gunakan). Dan yang paling best, i tak perlu nak download / muat turun program Picnik ni masuk ke komputer. Jimat ruang dalam komputer gitu.

Sekarang ni, i masih tercari-cari online photo editing yang hampir sama dengan Picnik. Ikutkan boleh je gunakan program Photoshop gantikan ke semua tugas Picnik ni. Cuma i tak sanggup duduk depan komputer sampai 2 hingga 3 jam setakat nak buat tugas editing ringkas je. Yelah, gambar yang edit ni pun setakat nak masuk dalam blog je bukannya nak buat cover majalah pun. Hehehe....

Melalui google, i terjumpa satu website (http://moreofit.com/) yang berikan beberapa nama laman web / website yang boleh menawarkan online photo editor percuma seakan-akan / sama seperti fungsi Picnik. Nama-nama website tersebut ialah :-

1. FotoFlexer
2. Pixenate (boleh la...)
3. Pixer.us
4. Phixr
5. Picture2Life
6. Pixlr (i rasa ini yang paling ok!)
7. Citrify

*korang picit je nama yang tertera dekat atas ni sebab i dah buat link.*

Sebagai pengguna Macintosh (Mac user), i memang bergantung harapan dengan Picnik sebab tak banyak program yang boleh dimuat turun secara percuma untuk membuat editing kecuali yang berbayar. Lagipun macam i katakan sebelum ni, cuma Picnik satu-satunya photo editing yang pantas untuk dikendalikan. Manakala untuk pengguna Microsoft Windows (Windows user), korang boleh muat turun secara percuma editing photo program PhotoScape (klik sini ---> http://www.photoscape.org/ps/main/index.php) pada komputer korang. Ada pelbagai fungsi yang menarik di PhotoScape yang akan buat korang jatuh cinta. Ok, i sedih buat kali kedua, sebab program Photoscape ini tak boleh dimuat turun oleh Mac user (huwaaa!!)

Macam mana pun kalau korang ada cadangan senarai nama photo editor yang boleh i gunakan atau muat turun di MacBook Pro i ni. Silalah bagitahu ya!

Macih semua...

Kemaskini / Update terbaru :
Hati gembira sebab dah ada online photo editing yang gantikan Picnik. Nak tau apa? Jom tengok sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/ribbet-replace-picnik-ribbet-ganti.html


p/s : Mood nak edit gambar dah melayang walaupun berduyun gambar dah ready dalam folder.