Blogger templates

May 7, 2012

Machines Service Center

Wuhuhu... sedihnya i, iPod Nano yang i gunakan sebagai jam tangan dah seminggu rosak (nak tengok macam mana rupa jam tangan iPod Nano i, korang boleh picit link sini ---> http://www.reenaonline.com/2011/10/jam-ipod-nano.html) Bukan rosak sebab pecah atau terjatuh tapi button / butang tepi untuk picit-picit tu tak berfungsi, macam tersangkut. Nasib baiklah hubby i ada simpan rekod pembelian, dan nasib baik jugaklah warranty masih ada baki 3 bulan lagik. Jadi hubby tolong telefonkan Machines, The Gardens Mall, Mid Valley City (tempat i beli iPod Nano ni) dan tanya dekat mana boleh hantar untuk repair.

Mula-mula pekerja Machines tu bagitahu, kita orang kena datang balik The Gardens Mall untuk hantar iPod Nano tu dibaiki. Tapi setelah berpenat lelah sampai Tingkat 3, The Gardens Mall, pekerja tu bagitahu pulak kena pergi ke Machines Authorised Service Provider. Sabar ajelah makcik dan pakcik, semput tau naik escalator. Dahla kita orang parking kereta dekat Mid Valley Megamall. Bila tanya pekerja tu dekat mana lokasi sebenar Machines Authorised Service Provider ni? Dorang bagitahu dekat bangunan sebelah je (je lah sangat kan? Hakikat sebenar boleh lencun tau keti. Oppss... hehehe). Nak tak nak, i dan hubby kena jalan kaki masuk semula dalam Mid Valley Megamall, pergi tingkat 2 dan melintas ikut jejantas untuk ke bangunan sebelah (sama macam laluan ke Komuter). Haishh... cabaran betul, demi seketul iPod Nano.

Untuk korang yang mengalami masalah macam i atau sebarang gadget Apple yang korang beli dekat mana-mana cawangan Machines ada mengalami kerosakan. Ini alamat Machines Authorised Service Provider untuk korang hantar :-

MACHINES SERVICE SDN BHD
B-G-2, Ground Floor, Block B
Northpoint Office, Mid valley City
No. 1, Medan Syed Putra Utara
59200 Kuala Lumpur

No. Telefon : [03] 2289 5388

Waktu operasi : Hari Isnin hingga hari Sabtu, bermula dari pukul 9:00 pagi hingga 6:00 petang.
Tutup : Pada hari Ahad dan Cuti Umum

Nota : Percuma 30 minit Valet Parking (bergantung pada ruang kosong di tempat letak kereta Blok B)

Kaedah / Cara-cara sepanjang berada di Machines Service Center (Pusat Servis Machines)

1. Masukkan / taip nama korang di dalam komputer pada bahagian kanan pintu masuk untuk mengambil nombor giliran (ada dua komputer kecil disediakan di situ). Tiada kertas yang akan dikeluarkan tetapi nama korang akan dipaparkan pada skrin komputer di bahagian hadapan.

2. Setelah giliran korang tiba, nyatakan isu / masalah yang korang hadapi pada pekerja di situ dan mereka akan serahkan satu borang untuk korang lengkapkan.

3. Mereka akan maklumkan berapa lama tempoh barang korang untuk diperbaiki dan penyelesaian mengenai isu / masalah yang korang alami.

Kalau korang nak tahu, yang bestnya kata pekerja dekat situ, kemungkinan besar i akan dapat iPod Nano baru (hoorey! Tak sia-sia kita orang berjalan kaki ke sana, ke sini). Tapi ambil masa sikit sebab iPod Nano i tu, dorang akan hantar ke Singapura untuk dibedah siasat, eh, hehehe... untuk dorang periksa.

Nak tengok macam mana suasana / keadaan Machines Service Center / Pusat Servis Machines? Korang boleh tengok gambar dekat bawah ok.

Map / Peta arah ke Machines Service





Bye-bye iPod Nano yang banyak berjasa *sedih

p/s : walaupun nanti dapat iPod Nano baru, hati tetap rasa sedih jugak.

12 comments:

  1. ooo..gitu..mmg banyak tahu setelah baca entry nie..tq reena

    ReplyDelete
  2. teringin nak pakai ipod tapi tak terbeli-beli. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... insya-Allah ada rezeki lebih, bolehlah belikan? :)

      Delete
  3. wah teringin nak pakai ipod nie reen..mahal tak harga nya????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm... boleh tahan jugaklah tapi kalau tengok kegunaannya memang berbaloi sebab boleh buat macam-macam. Harga dia starting dari RM449.00 Mun :)

      Delete
  4. kita tak pakai jam hee jam kita iphone je :p

    ReplyDelete
  5. yg lama tu tetap jadi nostalgiakan...bnyk jasa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu Posh, siap rasa tersebak gitu bila nak pass dekat orang tu :')

      Delete
  6. Replies
    1. Hahaha... memang cool Hanie :) Macam-macam boleh buat.

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)