Eh, apa yang 3 tahun sebenarnya? Umur i ke? Hahaha... Sila jangan percaya. Sebenarnya tak lama lagi anak i yang nombor dua dah nak masuk usia 4 tahun. Ish-ish-ish... Sekejap je anak-anak papa mama semua ni makin membesarkan? Lepas ni dah tak dengar lagik suara baby / pelat yang kadang-kadang buat papa mama pening nak faham (hehehe...) Dah takde lagik orang nak mengekor papa mama ke mana-mana dalam rumah umpama kucing meow-meow kelaparan (alaa...). Dah boleh berdikari sendiri dan paling mama suspen, dah pandai nak sharing barang-barang mekap mama (adeh... habislaa...)
So far, i belum ada sebarang rancangan nak buat sambutan harijadi anak i macam mana. Teringin jugak nak buat parti harijadi bercirikan princess (budak kecik ni teringin nak pakai dress kembang. Kihkihkih) dekat rumah sendiri. Nak panggil kawan-kawan untuk raikan bersama-sama (termasuk kawan-kawan blogger yang rapat dengan i). Tapi memandangkan urusan nak buat macam-macam perkara ni melibatkan i dan hubby sahaja. Pheww... berpinar jugak kepala nak mulakan yang mana satu. Walaupun sekarang ni dah boleh hire je birthday consultant untuk uruskan macam-macam. Entahlah, i ni ada satu perangai pelik (hehehe... macam pelik sangat je bunyinya kan?) Perangai yang suka nak cuba sesuatu dan buat sendiri. Sebab i tak suka kalau i ambil sebarang consultant atau harapkan orang lain, i tak dapat hasil yang sama macam apa yang i nak. I lebih rela kepenatan dan puas hati daripada keluar duit senang-senang lepas tu ada je yang tak puas hati (eh, apa yang i cakap ni? Berbelit-belit. Hahaha... tak faham pun buat-buat faham jelah).
Lagipun i suka sangat dengan konsep parti harijadi D.I.Y (Do-it-yourself). Especially yang ada sticker / pelekat tanda nama comel-comel, ada banner, ada kek pelangi, cupcakes, ada bunga, suasana colorful, ringkas dan yang penting nampak ceria. I harap satu hari nanti i boleh adakan parti harijadi macam ni. Mesti meriahkan?
Untuk beberapa minggu ni, i nak belajar buat kek harijadi. Haishhh... berdebar-debar ni. Entah jadi ke tak first birthday cake yang akan i buat untuk anak i nanti. Korang doakanlah jadi ye. Nanti boleh i tayang-tayangkan dalam blog i ni siap dengan resepi sekali. Hehehe...
Anyway, inilah Ariana sewaktu dia berumur 3 tahun dulu (tak banyak berubah rasanya kan?) Bila dah sampai harijadi yang ke-4, barulah i letak gambar baru. Yang kelakar, kata papa, inilah klon mama yang sebenar-benarnya (mama tahu, papa nak cakap klon kuat merajuklah tu kan? Hehehe...) Takpelah, at least papa dah ada dua klon.
p/s : terima kasih untuk korang semua yang sudi baca dan singgah (sampaikan selalu dapat mesej dari Cha dan emel dari kawan-kawan lain minta i update blog). Terima kasih jugak untuk Kak Anis (silent reader i yang rajin singgah bagi komen) dan Kak Teja. Terima kasih jugak untuk semua kawan-kawan blog yang tak jemu-jemu beri sokongan melalui komen dekat i (terharu....).
tembamnye anak kau reena! camne nak bagi anak tembam macam nie ekk.. anak aku tu kurus keding! klu kata nak tgk baka.. i tgk u tak de la tembam macam ni dulu.. kan kan?
ReplyDeleteHahaha... Mungkin kena opposite kot. Maksudnya kau kenalah kurus, nanti kompom anak kau tembam. Yang penting cukup makan dan tido, kompomlah tembam. Tapi masa kecik-kecik aku pun tembam jugak sebenarnya. Dah besar je jadi kurus. Hehehe...
DeleteKak masa akak ckp nk buat birthday party cmtu sy dh bayangkan dh cmne. Mesti comel je. Pastu buatla fairy tales hihi.
ReplyDeleteYela kak dh lama x update blog sy rendula hihi. Jgn lama sgt senyap tau
Best jugak idea Fairy Tales tu, Cha :)
DeleteInsya-Allah akan diusahakan. Hehehe...
Mekasih byk sebab mention Kak Anis...
ReplyDeleteTu lar risau juga bila Sis tak update blog lama2...sakit ke apa ke tp alhamdulillah sihat2 jer.
Today birthday doter akak 10 thn cadang nak buat cake bear shape dah beli mold tp takut jadi bentuk katak puru plak...hi hi
Sis punya cake harus update dlm blog kasi semangat kat kawan2 yg takut2 lagi nak buat sendiri.
Sama-sama Kak Anis :)
DeleteKelakarlah akak ni, comel je baca perkataan katak puru tu tau. Tulah... tengok orang lain buat cake guna mold ni macam senang je, susah-susah saya buat cupcake jelah kak. Hehehe...
dah nk msk 4 taun yer..sebaya la dgn anak akak no.2
ReplyDeletedulu masa my doter baya2 gini bam2 camni jugak
tp bila masuk tadika je terus slim..hehe
Biasalah kan kak, budak bila dah besar kena banyak guna tenaga. Tu yang jadi slim agaknya. Hehehe...
Deletedah anak dara dah anak reena..
ReplyDeletememang pening bab nk buat birthday anak ni.. tp sy yakin reena kalau buat mesti superb punya..
dok tunggguuu jer reena update blog.. suka dengar reena membebel.. heheee..
Hahaha... ye ke suka dengar kita bebel FAR, terharu tau! Tulah... masalahnya tak buat-buat lagik birthday kek nya ni FAR. huhuhu...
Deletekalau buat sendiri mmg puashati.....mesti ariana exited nak sambut bday yer...comel sgt...
ReplyDeleteA'ah, jimat pun jimat kan Posh :)
Deletelicinnye kulit ariana. jeles akak ni. keh keh keh.
ReplyDeleteKahkahkah, akak gitu eh? :P
Deleteiye la..kejap aje kan dah besar ...wah boleh la buat tu reena mesti seronok...buat sendiri mesti puas hati..:)
ReplyDeleteHuhuhu... kan bagus dorang maintain kecik macam gini je. Nanti mama cepat sangat tua. Kehkehkeh
Deletealololo tomeiinyaa dia..peluk sedap ni reena..hehe..kejap je anak2 dh membesar kan..
ReplyDeleteA'ah, favourite umpama bantal peluk mama dia, kak. Hehehe...
Deletetembam gerammm tengok.....hopefully anak second nanti dapatlah girl....aminnnnn
ReplyDeleteAmin untuk Mun :)
Delete