Blogger templates

Aug 7, 2012

Jovian Mandagie

Mesti korang ingat lagi entry kekecewaan i sebelum ni dengan baju keluaran Radzuan Radziwill dekat Poplook ---> http://www.reenaonline.com/2012/08/radzuan-radziwill-for-thepoplook.html. Kalau ingat balik kisah baju ni automatik i teringat kisah MIRC #kampung. Eh, korang tahu ke apa benda MIRC ni? Hehehe... Sesiapa yang lahir tahun 70-an hingga 80-an rasanya mesti tahu kan? MIRC ni glamour waktu i bersekolah dulu. Tak salah i, dalam tahun 1997.

Kalau korang nak tahu sebelum Facebook dan Twitter berleluasa, budak-budak sekolah zaman dulu-dulu ambil peluang berkenal-kenalan dalam MIRC. MIRC ni sebenarnya adalah satu aplikasi yang membolehkan  kita ber'chatting' dengan ramai orang. Tapi hanya melibatkan satu pihak dengan ramai pihak yang lain. Alaa... contohnya macam kita main chatting dalam Facebook tu.

Macam mana pun kekurangan MIRC ialah kita takkan tahu dengan siapa kita ber'chatting'. Gila kan? Sebab i tak pernah ambil serius, malah i sendiri pun sebenarnya suka menyamar jadi 'lelaki' dalam MIRC untuk tengok reaksi orang lain (kihkihkih). Kadang-kadang i tergelak besar dengar cerita kawan-kawan i (terutama sekali senior i waktu belajar dekat ITM - oh, rindunya i dekat dorang!), bila dorang aturkan sendiri sessi blind date. Yang kelakarnya, kata senior i, tengok dari gambar memang dah cukup perfect untuk dijadikan boyfriend idaman. Tapi bila orang sebenar muncul dekat depan mata, perasaan teruja dorang terus bertukar jadi ter'kujat'. Hambik kau! Bukan kelu lidah lagik dah, terus rasa macam nak lempang diri sendiri 50 kali. Hahaha... Jadi kisah i dengan baju Radzuan Radziwill ni lebih kurang samalah. Ok, patut ke i lempang diri sendiri sekarang ni? Hehehe....

Macam mana pun, i ni bukan jenis yang putus asa. Bila baca komen dekat Facebook ThePopLook, i dapat tahu yang design baju raya JM lagi super duper cantik dari Radzuan Radziwill. Mula-mula i pelik jugak, JM? Apa benda JM tu? JM Bariani House macam dalam entry i yang ini ke? ---> http://www.reenaonline.com/2011/08/jm-bariani-house.html. Takkanlah owner JM Bariani House dah beralih arah jadi designer pulak kot. Hehehe... Rupanya JM tu singkatan bagi Jovian Mandagie. Ohh... nama orang rupanya. Baju rekaan dari Jovian Mandagie ni boleh didapati dekat ZALORA. So, apa lagik, kenalah bergerak cergas terjah laman web Zalora. Seronok tak terkata, bila i tengok semua gambar rekaan baju kurung moden dari Jovian Mandagie ni. Kenapa cantik sangat ni? I nak semua please!!!

Tapi bila tengok harga yang ditawarkan paling rendah pun cecah RM280.00 dan paling mahal ialah RM400.00, terus i jadi sedar diri. Slow-slow (telan air liur) tanya hubby, boleh tak kalau i nak baju raya dari Jovian Mandagie. Rasa macam nak meloncat bila hubby kata, pilihlah nak yang mana satu. Hoorey!!! Gigih i masukkan detail peribadi semua untuk pendaftaran dekat Zalora. Bila dah dapat emel pengesahan, serta-merta tekan perkataan BUY untuk baju pilihan yang i nak. Hati berdegup-degup kencang gitu (eceh!) Tapi sekali lagi i frust sebab tiba-tiba keluar perkataan ERROR. Besok paginya, i tak putus asa lagi cuba berkali-kali dan kali picit perkataan BUY. Emel yang i hantar kepada Zalora pun tak dapat jawapan yang meyakinkan. Mungkin sebab kesian dekat i yang berusaha nakkan baju keluaran Jovian Mandagie, hubby pun tolong telefon pejabat Zalora untuk dapatkan status baju berkenaan. Kata orang di Zalora, kalau i tak dapat teruskan pembelian baju tu di laman web mereka. Maksudnya baju tersebut dah SOLD OUT. Lorrr... dah tahu sold out kenapa tak kemaskini status cepat-cepat dekat laman web. Lepas dari kejadian ni, i dapat tahu ramai yang dah pernah kecewa dan tak puas hati dengan perkhidmatan Zalora. Memang patut pun kecewa. Slow sangat.

Entah macam mana, waktu i belek-belek komputer cari info lanjut mengenai Jovian Mandagie menerusi laman webnya ---> http://www.jovianmandagie.com/. Rupa-rupanya selain daripada Zalora, korang juga boleh dapatkan baju keluaran Jovian Mandagie daripada butik First Lady yang terpilih antaranya seperti di :-

Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur
Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Tesco Melaka
Danga City Mall, Johor Bahru
Tesco Sg 2, Penang
Tanjong Katong, Singapura

Untuk alamat lengkap ke semua butik First Lady di atas, korang picit sini ---> http://www.jovian.com.my/outlets.html

Hah, butik First Lady dekat Jalan TAR ada jual baju Jovian Mandagie??!! Semangat luntur i kembali melantun-lantun balik (keh-keh-keh kemain kan?) Macam biasa, orang pertama yang akan i kongsikan berita gembira ni mestilah hubby i (terima kasih papa sebab selalu menerima karenah i seadanya. Kalau orang lain ni, hampeh. Hahaha...) Apa lagik, ke First Lady lah kita jawabnya. Tak sabar i nak belek baju-baju keluaran Jovian Mandagie secara live gitu. Siap terfikir-fikir lagi, entah-entah bila sampai butik First Lady, baju ni semua dah sold out sama macam dalam laman web Zalora. I dah nekad dalam hati, kalau sold out jugak, maksudnya memang bukan rezeki raya i untuk tahun ini.

Debaran hati makin kencang, bila kaki i dah melangkah masuk ke dalam butik First Lady. Eh, mana Jovian Mandagie ni? Cepatlah muncul, suspen nya i rasa (hahaha.... ye-ye je kan?) Bila terpandang banner J for Jovian, terasa macam bunga kembang setaman dalam hati i. Yeay!! Masa untuk membelek. Percaya tak korang dari baju pertama sampai baju terakhir di penghujung rak yang dikhaskan untuk baju keluaran Jovian Mandagie, takde satu pun yang menarik perhatian i. Ish, pelik pulak i rasa. Nak kata pattern / gaya baju ni tak sama. Untuk kesemua batch 1 hingga 3 dalam laman web Zalora (yang dah sold out tu) ada tergantung dekat sini. Hubby sampai tegur dua, tiga kali dekat i. "Kenapa macam ni rupa baju Jovian Mandagie? Teruknya..." I pun jawab secara berbisik sambil buat muka serius cute, "Hepp... Jangan main-main Pa, RM400.00 sepasang tau". Hubby tahan gelak dengar jawapan spontan dari i.

Cuba korang bayangkan, kalau harga baju dari RM280.00 hingga RM400.00 macam mana hasil yang akan korang dapat? Mestilah korang nak yang terbaikkan? At least, bukan setakat pada rekaan baju je tapi dari segi kualiti material mestilah menggambarkan ciri-ciri sempurna / perfect keluaran pereka terkenal Jovian Mandagie. Setakat saiz kain ketat tu takdelah jadi masalah sangat. Tapi nak tahu macam mana keadaan sebenar baju keluaran Jovian Mandagie. First word yang keluar dari mulut i ialah "menyedihkan". Material kain untuk baju keluaran Jovian Mandagie sendiri nampak murah. I tak pasti kain jenis apa yang digunakan tapi kain ni jenis berkilat dan keras macam kertas. Sekali tengok, i perhatikan baju ni dah macam baju untuk buat persembahan tarian pulak. Aksesori tambahan pada baju seperti manik berkilat, diamond besar yang bertaburan pada dada, bahu dan lengan serta bulu rambu-ramba simple bukanlah dari kualiti yang baik. Ada antara manik tu dah pudar dan longgar (macam nak tertanggal pun ada) menjadikan baju ni double sedih (ish-ish-ish kesian betul baju Jovian Mandagie ni kan?) Akhirnya, i keluar dari butik First Lady dengan tangan kosong. Dalam hati lega sebenarnya (nasib baik aku tak kena tipu lagik. Ces!)

Kesimpulan yang i dapat pintalkan, sold out bukan bermakna hebat pun. Hehehe... Apa-apa hal i dah simpan semua rujukan gambar baju keluaran Jovian Mandagie ni. Eh, i nak buat tuntutan saman dekat mahkamah ke? Hahaha... taklah. Kalau teringin nak melaram baju ala-ala Jovian Mandagie, i beli je kain 'mahal-mahal', diulang sekali lagi kain mahal-mahal yang bukan keras macam kertas ye. Hehehe... Lepas tu, i hantar pergi tempah dekat tukang jahit. Yeay!! Bijak tak i? Kihkihkih...

Ok, jom tengok gambar i bershopping tangan kosong dekat butik First Lady.

Kelakar je bila kawan pejabat i confident sebut nama butik ni Lady First. I pun confident ajak dia pergi Lady First waktu tu. Hahaha...
I kagum dengan teknik penggambaran untuk baju Jovian Mandagie ni. Bila tengok gambar, automatik korang akan terpukau nak picit perkataan BUY. Nasib baiklah bukan i orangnya (hahaha... iyola tu kan?)
Nampak tak muka i yang tension tengah belek baju Jovian Mandagie satu-persatu. Tengok dekat Zalora kemain lagik sold-out. Cuba datang First Lady, nampak sangat takde siapa pun yang heran. Eh? Hehehe...
Nak tangkap gambar dekat-dekat kononnya nak tunjuk korang macam mana rupa sebenar material baju Jovian Mandagie ni tapi serba-salah pulak bila pekerja First Lady (yang tudung biru tu) ada je dekat dengan i. Geram betul! Hehehe... Nak tak nak kena berlakon posing-posing dengan baju ni. Haishh...

p/s : Dah takde mood nak cari baju raya dekat internet lagi especially dari designer yang terkenal. Sampai hati dorang jual baju-baju macam gini. Tak nak kawan!

29 comments:

  1. Yeke teruk kak. Nasib baik sistem kt zakora error kalau tak mesti akak kecewa kan. Eh yg RR tu tgk mcm ok je entry akak hr tu kak. Ke sy salah tgk? Haha

    Tp memang baca twit blog sume update pasal baju JM ni. Hee. Rupanya indah khabar dr rupala ye hihihi :p

    ReplyDelete
  2. btul sy pun dh tgok dkt first lady.kain keras xsedap xdela hebat mne tp dlm gbr sgtla cntik.huhu nsib baik sy pon xbeli on9..l B

    ReplyDelete
  3. I dh belek material baju ni aritu. Mmg tak berbaloi beli dgn harga tu. Nasib baik la tak terjebak membeli sama hihuhu

    ReplyDelete
  4. alamak... bkn semua brg boleh beli online, takut jadik mcm ni lah, indah gambar dari rupa... hu hu hu...

    ReplyDelete
  5. antara penyebab i sangat kureng utk beli online...
    sbb takmo frust bila product sampai, tup tup tengok...hampeh...
    sib baik keluar 'error' kan...
    selamat duit u....

    ReplyDelete
  6. sib baik baca review ni

    kagum la, gigih u mencari baju raya.

    ReplyDelete
  7. sabar je la reena.. itu la hikmahnya tak dpt beli kat zalora tu.. kalau tak rugi duit pos nk pulang balik.. ;)

    cian.. nnti cari kat jln TAR la ye.. heheee

    ReplyDelete
  8. alamak ye ke? saya kat jepun skrg ni..hari tu tangan ni mmg dh gatal beli RR kat poplook. saya beli yg Ruched Jersey Tunic - Coral. xsure la material tu mcmana sbb lg 2 mggu baru saya balik Msia untuk belek baju tu.

    baju JM pun, saya sempat beli yg design Jovita, tu pun beli online jugak. tp bila baca awak cakap material keras terus rasa susah hati ni.

    btw, boleh tak send gambar2 design JM ni kat e-mel saya supaya saya pun boleh tiru idea awak, beli kain mahal2 sendiri dan tempah kat tailor sendiri je hehehe. e-mail saya dasar_chomeyl[@]yahoo.com. Thanks in advanced :)

    ReplyDelete
  9. yg marketing strategi diorang pun bagus juga. buat kolobarasi dengan pihak yang biasa online business dan retail business. lesson learned, lepas ni, baju2 designer ni jgn terus beli online. pencahayaan, model semua memainkan peranan kn

    -ku rus-

    ReplyDelete
  10. apa2 je lah diorg ni guna nama pereka gah tp yg dijual dr material yg murah..jgn igt kita hadap sgt ngn nama pereka tk pentingkan kualiti kan..agak2 der

    ReplyDelete
  11. Hari tu pun saya ada baca org komplen psl service zalora.

    Ala...baju tu mahal just because of the designer jer. Kan dia glamor. Amik kesempatan di atas kemashoran nama ler tew. Baik kita beli kain yg lbh bagus & tempah sebijik mcm design dia.

    ReplyDelete
  12. Reena,
    Nasib baik tak terjebak tekan BUY. Sure nanges !!!

    ReplyDelete
  13. la...betul ke dear..aduh, sadis la cenggini..baru nak verangan g tgk baju J...i crk rizalman punye kat tesco pun xjumpe...

    ReplyDelete
  14. poplook punya dress gak yg terbaik.. so far laaa.. huhuh

    ReplyDelete
  15. aku punada rasa nak beli tp fikir seploh ribu kali bila tgk harga.tanpa menyambung usaha aku terus terfikir idea yg sama mcm ko, since mak aku tailor..muahahahhaha...

    ReplyDelete
  16. Nasib baik Reena x boleh nak beli dalam Zalora tu..kalau tidak mesti lagi double frust slps baju RR tu..apa la designers tu..dah ada nama sepatutnya kualiti mesti tip top la..ni memburukkan imej sendiri gak..hehe Alhamdulillah sy tak terjebak nak beli baju mereka..

    ReplyDelete
  17. heee.....mula2 tgk dia punya design..huhu...jatuh chenta sis...especially rizalman punya baju..then pg membelek kat tesco,xberminat lngsung..err...sorry to say(ada kebaya hitam lace tu,kain mcm curtain jew)..heee..

    ReplyDelete
  18. hahahaha saya pun nasib tak terbeli dekat zalora. Lepas tu survey lagi ada dekat first lady. Bila tengok memang super duper menyedihkan. Nasibbb baik tak beli.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. alkesah. bru tahu. dorang gembar gembur dalam instagram bukan main lagi. berpusu2 org kat 1st lady. hanger2 tuh semua licin sapu bersih in 1hour gituh! kerlassss propa. sabar je la. but alhamdulillah u kecewa kat zalora :) kalau tak tertipu if baju sampai depan pintu. isk.

    ReplyDelete
  22. Hummm..i mmg x penah dgr jm o rr bagai b4 my close fren sbut nm tu..i nk sebut pon lidh tergeliat...x sgka kualiti mcm yg u all tulis.dgrny arini ad boxing day jm..berpusu2 mrk prgi..adakah taste mrk yg pergi lbh dr kita yg dh sadis x puas hti..x tau la nk byg..sbb diorg byk $$$ kot..tp mahal2 low quality wat pe..i rela g gulatis o jackel then bw g tailor yg superbbb...slmt hr raya.
    *Nisa ank kampung*

    ReplyDelete
  23. huhu... ye ke kualiti dia teruk? saya pernah order kat zalora bj jovian ni tp order tak lepas sebab ramai yg order masa tu, ada hikmah disebaliknya....

    re: saya duk kat ganu, tu pasal beli on9 je...kalau dok kat kl senangla nak bershopping sakan hehehe....

    ReplyDelete
  24. I pun nk wat cm u..bli kain mhl2 n besh2 then mtk tailor buat..ekot design sndri pun lg baik..kot2 taste kiter better lgi dr designer yg popules tu..

    ReplyDelete
  25. kadang2 kite pon pelik dorang ni pereka terkenal tapi pakaian macam pelik. hari tuh kite tengok kat tesco yang 20 by sape tah tu. bila tengok dekat2 eh eh apesal macam tak cantik pon. hahaha

    ReplyDelete
  26. seronok bila i baca blog u..hope i boleh jadi blogger yg baik like u..serius..
    anyway betul ckp my sis.. jgn beli kat zalora ker.. first lady ker..semua tue menyedihkan..lebih baik beli kat butik yg kite biasa pergi even butik tue dekat ngan rumah kite hehe..

    ReplyDelete
  27. i tengok design jm utk 2013 sangat cantik.. especially cutting kain dia.. wow! tapi tak pastilah mcm mana materialnya.. nampak mcm crepe.. tapi bila tengok rizalman punya design very simple giler.. it look nice in zalora.. tapi tak tahulah mcmna materialnya.. i go thru design lepas tu nak pegi tempah sendiri.. kan.. lagi puas hati.. tapi bukan dgn jm lah.. berapa hinggit plak di nak caj i nanti.. tapi memang sngt cantik kali ni punya design by jm.. hmmm.. ada improvement dari last year rasanya..

    ReplyDelete
  28. Semoga saja Zalora Indonesia belajar dari pengalaman ini dan memberikan layanan terbaik buat customer.

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)