Blogger templates

Showing posts with label Tips Shopping. Show all posts
Showing posts with label Tips Shopping. Show all posts

Jul 22, 2013

Jelly Bunny

Dengar nama pun dah cute kan? Hah, apa kata korang cuba jenguk shop / kedai Jelly Bunny pulak. Mesti mata korang bertukar jadi galak sambil hati jerit cute ulang-ulang dan automatik terloncat-loncat macam bunny (hahaha!). Apa taknya, semua kasut yang dipamerkan dekat Jelly Bunny memang sweet umpama gula-gula. Warna kasutnya yang ceria dengan corak yang menarik terus rasa feel jatuh cinta pandang pertama (ewah!) Paling best, harganya kurang daripada RM50.00 sepasang. Macam i sendiri dapat beli kasut ni waktu ada diskaun 30%. Terus rasa tak tentu arah nak pilih yang mana satu. Hahaha! Punyalah teruk... Tu baru dapat diskaun. Cuba kalau dapat free. Mahu tak nak balik rumah jadinya sebab nak pilih yang betul-betul berkenan dengan hati.

Apa yang uniknya pasal kasut Jelly Bunny ni ialah buatannya yang lain dari yang lain. I panggil kasut ni, kasut plastik. Hehehe... Sebab bila sarung dekat kaki dan pakai untuk berjalan dia jadi licin dan macam nak tertanggal. Mungkin sebab ianya plastik, kuasa grip pada kaki jadi kurang tak macam kasut-kasut yang lain. Oleh itu, i cadangkan untuk korang yang teringin nak beli kasut ni pastikan korang cuba dekat kaki korang dulu. Jangan sekadar cuba yang tester punya takut saiz kasut tester dah mengembang dan takkan sama dengan saiz kasut baru. Cuma satu je kekurangan pada kasut Jelly Bunny ni ialah kaki senang melecet bila pakai terlalu lama untuk bergerak. Jalan terbaik, bawalah kasut spare bila korang nak bergaya dengan kasut Jelly Bunny ni ye. Hehehe... tapi so far apa yang i perasan bila dah pakai selalu, kejadian melecet macam dah takde pulak sekarang ni. Agaknya kaki i dah immune kot dengan kasut Jelly Bunny. Wahhh... lepas ni bolehlah i tambah koleksi lagi (hamboi-hamboi-hamboi!)

Lokasi kedai Jelly Bunny yang berada di Malaysia boleh didapati di Suria KLCC, Mid Valley Megamall, One Utama, Sunway Pyramid, Dataran Pahlawan Melaka dan Queensbay Mall Penang. Nak tahu lokasi tepat kesemuanya, bila sampai dekat shopping complex i nyatakan tu. Korang carilah directory sebagai panduan ye. Jangan malas-malas... nanti rugi tak dapat melaram dengan kasut Jelly Bunny untuk Hari Raya (saje je kan sebut perkataan Hari Raya sebagai pembakar semangat... hehehe).

Nak tengok pattern kasut Jelly Bunny yang lain (selain dari kasut i yang dekat bawah ni), korang bolehlah melawat website Jelly Bunny atau LIKE kan aje page Jelly Bunny dekat sini ---> https://www.facebook.com/jellybunnyshoes

Happy shopping you all! Toink... toink... (buat gaya lompatan bunny sambil dua jari telunjuk letak atas kepala).






p/s : Psssttt... Tudung Aidijuma tengah buat sale 50% sekarang ni. I dah selamat dah borong dalam website. Jom serbu sini ---> http://www.aidijuma.com .... Heehuuu....

Sep 16, 2012

Plaza Angsana

Dua, tiga hari sebelum raya kebiasaannya i akan bawa ibu dan ayah cari persiapan untuk hari raya last minute di Johor Bahru, Johor. Lokasi kegemaran i ialah Plaza Angsana. Walaupun Plaza Angsana ni bukanlah kategori shopping complex moden dan baru dekat Johor Bahru (korang bayangkanlah dari i bersekolah menengah tahun 90-an sampai sekarang ni, suasana dalam Plaza Angsana ni langsung tak berubah). Tapi i tetap suka datang ke sini untuk cari baju raya atau aksesori tambahan sebab banyak sangat pilihan dan harga pun berpatutan. Ya, i tahu ada antara kebanyakan kawan-kawan i selalu sangkakan i ni kaki barangan branded / berjenama (sebenarnya sikit-sikit tu suka jugaklah. Hahaha!) Silalah percaya, selagi barangan tu cantik, kualiti memuaskan dan harganya pun murah. Serius i tak kisah langsung pasal jenama.

Lagipun apa yang best nya dekat Plaza Angsana sepanjang bulan puasa ni ialah memang banyak Bazaar Ramadhan yang dibuka. Dalam shopping complex ada bazaar, dekat luar pun ada bazaar. Mak aihh... banyaknya! So, Plaza Angsana waktu ni bukan saja sesak dipenuhi dengan barang-barang dan manusia tapi jugak kereta. Hah... nak tahu tips untuk dapatkan parking bila waktu sesak macam gini, korang masuk je parking dalam bangunan dekat tingkat atas. For sure memang ada parking dekat situ. Cuma yang tak best nya penat sikit kena berjalan lebih jelah (hamboi... bulan puasa semua malas jalan eh? Patutlah parking sesak dekat keliling Plaza Angsana. Hehehe...)

Lepas tu untuk korang yang pertama kali jejakkan kaki ke Plaza Angsana, jangan terkejut atau panik pulak tau kalau terjumpa sorang lelaki ber miming penuh perasaan lagu-lagu dekat Kedai CD tingkat bawah (kes ni, merujuk kepada wajah pelik hubby i. Tihihi). Kebanyakan orang-orang JB memang dah familliar dengan lelaki ni, kita orang gelarkannya Awie. Yang kelakarnya, dah dekat 20 tahun i jadi pengunjung Plaza Angsana, bermula dari i budak sekolah, masuk U, bekerja, duduk KL, kahwin dan ada anak. I tak sangka yang Awie tetap maintain menyanyi dekat Plaza Angsana. Hahaha! Cayalah, salute betul i dengan Awie ni.

ALAMAT PLAZA ANGSANA

Jalan Skudai, Pusat Bandar Tampoi
81200 Johor Bahru, Johor

Nombor telefon : [07] 2391631

Koordinat GPS : 1.495472°N 103.705861°E

Lepak bawah pokok emas sebelum sambung shopping balik.

I dan adik pilih baju raya untuk Ibu dekat dalam Euro Moda Gulatis
Yang lain-lain rest dekat sofa dalam Gulatis
Wehehe... kantoi Abang Long tak puasa.
Abang Long sempat main playground dekat McDonald.

p/s : haishhh... cepat je dah habis bulan puasa dan raya kan? (sedih...)

Aug 7, 2012

Jovian Mandagie

Mesti korang ingat lagi entry kekecewaan i sebelum ni dengan baju keluaran Radzuan Radziwill dekat Poplook ---> http://www.reenaonline.com/2012/08/radzuan-radziwill-for-thepoplook.html. Kalau ingat balik kisah baju ni automatik i teringat kisah MIRC #kampung. Eh, korang tahu ke apa benda MIRC ni? Hehehe... Sesiapa yang lahir tahun 70-an hingga 80-an rasanya mesti tahu kan? MIRC ni glamour waktu i bersekolah dulu. Tak salah i, dalam tahun 1997.

Kalau korang nak tahu sebelum Facebook dan Twitter berleluasa, budak-budak sekolah zaman dulu-dulu ambil peluang berkenal-kenalan dalam MIRC. MIRC ni sebenarnya adalah satu aplikasi yang membolehkan  kita ber'chatting' dengan ramai orang. Tapi hanya melibatkan satu pihak dengan ramai pihak yang lain. Alaa... contohnya macam kita main chatting dalam Facebook tu.

Macam mana pun kekurangan MIRC ialah kita takkan tahu dengan siapa kita ber'chatting'. Gila kan? Sebab i tak pernah ambil serius, malah i sendiri pun sebenarnya suka menyamar jadi 'lelaki' dalam MIRC untuk tengok reaksi orang lain (kihkihkih). Kadang-kadang i tergelak besar dengar cerita kawan-kawan i (terutama sekali senior i waktu belajar dekat ITM - oh, rindunya i dekat dorang!), bila dorang aturkan sendiri sessi blind date. Yang kelakarnya, kata senior i, tengok dari gambar memang dah cukup perfect untuk dijadikan boyfriend idaman. Tapi bila orang sebenar muncul dekat depan mata, perasaan teruja dorang terus bertukar jadi ter'kujat'. Hambik kau! Bukan kelu lidah lagik dah, terus rasa macam nak lempang diri sendiri 50 kali. Hahaha... Jadi kisah i dengan baju Radzuan Radziwill ni lebih kurang samalah. Ok, patut ke i lempang diri sendiri sekarang ni? Hehehe....

Macam mana pun, i ni bukan jenis yang putus asa. Bila baca komen dekat Facebook ThePopLook, i dapat tahu yang design baju raya JM lagi super duper cantik dari Radzuan Radziwill. Mula-mula i pelik jugak, JM? Apa benda JM tu? JM Bariani House macam dalam entry i yang ini ke? ---> http://www.reenaonline.com/2011/08/jm-bariani-house.html. Takkanlah owner JM Bariani House dah beralih arah jadi designer pulak kot. Hehehe... Rupanya JM tu singkatan bagi Jovian Mandagie. Ohh... nama orang rupanya. Baju rekaan dari Jovian Mandagie ni boleh didapati dekat ZALORA. So, apa lagik, kenalah bergerak cergas terjah laman web Zalora. Seronok tak terkata, bila i tengok semua gambar rekaan baju kurung moden dari Jovian Mandagie ni. Kenapa cantik sangat ni? I nak semua please!!!

Tapi bila tengok harga yang ditawarkan paling rendah pun cecah RM280.00 dan paling mahal ialah RM400.00, terus i jadi sedar diri. Slow-slow (telan air liur) tanya hubby, boleh tak kalau i nak baju raya dari Jovian Mandagie. Rasa macam nak meloncat bila hubby kata, pilihlah nak yang mana satu. Hoorey!!! Gigih i masukkan detail peribadi semua untuk pendaftaran dekat Zalora. Bila dah dapat emel pengesahan, serta-merta tekan perkataan BUY untuk baju pilihan yang i nak. Hati berdegup-degup kencang gitu (eceh!) Tapi sekali lagi i frust sebab tiba-tiba keluar perkataan ERROR. Besok paginya, i tak putus asa lagi cuba berkali-kali dan kali picit perkataan BUY. Emel yang i hantar kepada Zalora pun tak dapat jawapan yang meyakinkan. Mungkin sebab kesian dekat i yang berusaha nakkan baju keluaran Jovian Mandagie, hubby pun tolong telefon pejabat Zalora untuk dapatkan status baju berkenaan. Kata orang di Zalora, kalau i tak dapat teruskan pembelian baju tu di laman web mereka. Maksudnya baju tersebut dah SOLD OUT. Lorrr... dah tahu sold out kenapa tak kemaskini status cepat-cepat dekat laman web. Lepas dari kejadian ni, i dapat tahu ramai yang dah pernah kecewa dan tak puas hati dengan perkhidmatan Zalora. Memang patut pun kecewa. Slow sangat.

Entah macam mana, waktu i belek-belek komputer cari info lanjut mengenai Jovian Mandagie menerusi laman webnya ---> http://www.jovianmandagie.com/. Rupa-rupanya selain daripada Zalora, korang juga boleh dapatkan baju keluaran Jovian Mandagie daripada butik First Lady yang terpilih antaranya seperti di :-

Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur
Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Tesco Melaka
Danga City Mall, Johor Bahru
Tesco Sg 2, Penang
Tanjong Katong, Singapura

Untuk alamat lengkap ke semua butik First Lady di atas, korang picit sini ---> http://www.jovian.com.my/outlets.html

Hah, butik First Lady dekat Jalan TAR ada jual baju Jovian Mandagie??!! Semangat luntur i kembali melantun-lantun balik (keh-keh-keh kemain kan?) Macam biasa, orang pertama yang akan i kongsikan berita gembira ni mestilah hubby i (terima kasih papa sebab selalu menerima karenah i seadanya. Kalau orang lain ni, hampeh. Hahaha...) Apa lagik, ke First Lady lah kita jawabnya. Tak sabar i nak belek baju-baju keluaran Jovian Mandagie secara live gitu. Siap terfikir-fikir lagi, entah-entah bila sampai butik First Lady, baju ni semua dah sold out sama macam dalam laman web Zalora. I dah nekad dalam hati, kalau sold out jugak, maksudnya memang bukan rezeki raya i untuk tahun ini.

Debaran hati makin kencang, bila kaki i dah melangkah masuk ke dalam butik First Lady. Eh, mana Jovian Mandagie ni? Cepatlah muncul, suspen nya i rasa (hahaha.... ye-ye je kan?) Bila terpandang banner J for Jovian, terasa macam bunga kembang setaman dalam hati i. Yeay!! Masa untuk membelek. Percaya tak korang dari baju pertama sampai baju terakhir di penghujung rak yang dikhaskan untuk baju keluaran Jovian Mandagie, takde satu pun yang menarik perhatian i. Ish, pelik pulak i rasa. Nak kata pattern / gaya baju ni tak sama. Untuk kesemua batch 1 hingga 3 dalam laman web Zalora (yang dah sold out tu) ada tergantung dekat sini. Hubby sampai tegur dua, tiga kali dekat i. "Kenapa macam ni rupa baju Jovian Mandagie? Teruknya..." I pun jawab secara berbisik sambil buat muka serius cute, "Hepp... Jangan main-main Pa, RM400.00 sepasang tau". Hubby tahan gelak dengar jawapan spontan dari i.

Cuba korang bayangkan, kalau harga baju dari RM280.00 hingga RM400.00 macam mana hasil yang akan korang dapat? Mestilah korang nak yang terbaikkan? At least, bukan setakat pada rekaan baju je tapi dari segi kualiti material mestilah menggambarkan ciri-ciri sempurna / perfect keluaran pereka terkenal Jovian Mandagie. Setakat saiz kain ketat tu takdelah jadi masalah sangat. Tapi nak tahu macam mana keadaan sebenar baju keluaran Jovian Mandagie. First word yang keluar dari mulut i ialah "menyedihkan". Material kain untuk baju keluaran Jovian Mandagie sendiri nampak murah. I tak pasti kain jenis apa yang digunakan tapi kain ni jenis berkilat dan keras macam kertas. Sekali tengok, i perhatikan baju ni dah macam baju untuk buat persembahan tarian pulak. Aksesori tambahan pada baju seperti manik berkilat, diamond besar yang bertaburan pada dada, bahu dan lengan serta bulu rambu-ramba simple bukanlah dari kualiti yang baik. Ada antara manik tu dah pudar dan longgar (macam nak tertanggal pun ada) menjadikan baju ni double sedih (ish-ish-ish kesian betul baju Jovian Mandagie ni kan?) Akhirnya, i keluar dari butik First Lady dengan tangan kosong. Dalam hati lega sebenarnya (nasib baik aku tak kena tipu lagik. Ces!)

Kesimpulan yang i dapat pintalkan, sold out bukan bermakna hebat pun. Hehehe... Apa-apa hal i dah simpan semua rujukan gambar baju keluaran Jovian Mandagie ni. Eh, i nak buat tuntutan saman dekat mahkamah ke? Hahaha... taklah. Kalau teringin nak melaram baju ala-ala Jovian Mandagie, i beli je kain 'mahal-mahal', diulang sekali lagi kain mahal-mahal yang bukan keras macam kertas ye. Hehehe... Lepas tu, i hantar pergi tempah dekat tukang jahit. Yeay!! Bijak tak i? Kihkihkih...

Ok, jom tengok gambar i bershopping tangan kosong dekat butik First Lady.

Kelakar je bila kawan pejabat i confident sebut nama butik ni Lady First. I pun confident ajak dia pergi Lady First waktu tu. Hahaha...
I kagum dengan teknik penggambaran untuk baju Jovian Mandagie ni. Bila tengok gambar, automatik korang akan terpukau nak picit perkataan BUY. Nasib baiklah bukan i orangnya (hahaha... iyola tu kan?)
Nampak tak muka i yang tension tengah belek baju Jovian Mandagie satu-persatu. Tengok dekat Zalora kemain lagik sold-out. Cuba datang First Lady, nampak sangat takde siapa pun yang heran. Eh? Hehehe...
Nak tangkap gambar dekat-dekat kononnya nak tunjuk korang macam mana rupa sebenar material baju Jovian Mandagie ni tapi serba-salah pulak bila pekerja First Lady (yang tudung biru tu) ada je dekat dengan i. Geram betul! Hehehe... Nak tak nak kena berlakon posing-posing dengan baju ni. Haishh...

p/s : Dah takde mood nak cari baju raya dekat internet lagi especially dari designer yang terkenal. Sampai hati dorang jual baju-baju macam gini. Tak nak kawan!

Aug 31, 2010

Selamat Hari Kebangsaan 2010

Woww! Hari ni Independence Day gitu!! Korang sambut dekat mana? Aku sambut sambil tidur je *tihihi~gila semangat patriotik habis* Tapi, tak kisahlah apa pun story korang pasal merdeka ni. Yang penting pandai-pandai jaga diri *chewahh~ akukan concern :)* Macam mana pun apa yang aku tau, aku suka hari Merdeka ni sebab dapat cuti FREE ekekeke~ Dapat spend time lebih sehari dengan family aku :) Dapat pergi shopping-shopping *wow wee*~ Dan yang best dapat tidur lama sikit.

Tapi pelik pulak hari ni sepatutnya cuti-cuti macam ni, at least pukul 8:00 pagi aku baru bangun tidur tapi hari ni dari pukul 4:00 pagi aku dah start berjaga, kononnya nak buat sikit kerja-kerja pertukangan. Apataknya dalam 2 minggu ni aje, dah 5 kali aku berulang-alik pergi Ikea. Takde maknanya aku pergi sana sebab nak tukar perabut baru ke atau nak tukar langsir baru *mentang-mentanglah hari tu aku cakap tak shopping langsung baju raya ekekeke~*. Tapi sebenarnya aku pergi sana sebab nak cari idea, kononnya nak tukar mood/suasana rumah aku. Memang setiap 3, 4 bulan sekali perangai menggubah-gubah rumah aku ni menjelma tiba-tiba *agaknya terkena rasukan Eric Leong kot haha~* Alaa~ apa salahnya kan? Nama pun rumahku, syurgaku so mestilah nak bagi suasana yang terbaik sikit untuk rumah sendiri. Kalau tambah barang-barang pun dekat Ikea biasanya aku beli mana-mana barang yang penting aje. Tak nak banyak-banyak nanti menyemak aje jadinya. Selalunya barang yang jadi pilihan aku kalau membeli dekat Ikea ni ialah Bookshelf a.k.a 'Para Buku' yang orang melayu kita panggil tu. Hamboii~banyak betul buku aku yek? Nama pun orang bijak-pandai, so kenalah rajin membaca *kuwang-kuwang jangan percaya tang buku tu, tang bijak-pandai korang boleh percaya muahaha~*

Bookshelf ni sebenarnya banyak kegunaannya tau. Selain sememangnya digunakan untuk meletakkan buku. Aku biasanya beli bookshelf ni untuk letakkan toys anak aku, tak terkecuali toys aku sendiri hihi~, balang kuih, periuk belanga, pasu bunga, frame gambar, DVD, dan macam-macam lagiklah. Maklumlah rumah kecik jadi kenalah organise sebaik mungkin. Kelebihan pakai bookshelf ni selain senang untuk menyimpan barang, ianya turut memberi kesusahan sikit untuk anak-anak kecik korang dari mencapai apa-apa yang tak patut. So, kan senang kerja korang mengcontrol barang-barang berharga korang. Cuma part yang lemah sikit pakai bookshelf ni bila nak start proses menebuk lubang dekat dinding. Kalau korang tersalah tebuk, perghh~nayalah jawabnya -_____-" huhuhu~

Anyway, jom tengok antara barang yang aku borong dekat Ikea :) *antara tu.. hihi~ meaning ada lagiklah tu :P*

Damien dengan wajah serius sedang menguji ketahanan fizikal kayu yang aku beli. Amacam, lulus tak Damien?

Draft lukisan sebelum pergi beli *tihihi~well-planned hokeh*


Catit nama-nama perabut yang nak pergi beli. Catit je lebih, belinya tak tentu lagik :P




Sekian sahaja untuk makluman tuan-puan. By the way apa aktiviti sebenar-benarnya aku hari ni? hihi~ aku sekeluarga pergi Ikea lagik, so sessi pertukangan nampaknya kenalah dipostponekan :P Dan yang syioknya, highway LDP 'Lebuhraya Damansara-Puchong' siap bagi toll free gitu sempena hari merdeka ni. Kalaulah highway PLUS pulak bagi toll free sempena Hari Raya *ohh~ alangkah bahagianya* Maklumlah akukan penyumbang terbesar untuk PLUS selama ni. Dah tu, kedai gunting rambut Kwik Cut yang dekat Ikano tu pun bagi potongan special. Sape-sape potong rambut dekat kedai dia orang, bayaran yang dikenakan cuma RM 1.00 saja *walawehh~*. Inilah baru dinamakan Merdeka.. merdeka!!

p/s : kan bagus kalau semua tempat boleh contohi macam Highway LDP dan Kedai Kwik Cut ni. Barulah rakyat Malaysia happy duduk di Malaysia :) *err~ selama ni tak happy ke? Tettt*


Sep 16, 2008

:: Trip :: Bandung, Indonesia

Sape penah pegi Bandung? angkat tangan... Best kan pegi sini? Shoppin' heaven gitu (especially untuk orang yang gile shoppin' mcm aku nih). Maklumlah bila pegi sana, aku jadi orang kaya, duit ada juta-juta, tuh yang jadi lupa daratan sekejap *hehe*. Rasanya macam nak pegi lagikla next year nak borong baju sejuk yang ada bulu-bulu dekat leher tuh *ngada-ngadanya* - masa pegi dulu tak sempat nak borong so sampai hari ni dok teringatkan baju bulu-bulu tuh *sadis*.

Masa pegi bandung aku tengah pregnant 4 bulan, jadi beli baju dan seluar pun main agak-agak je. Yang banyak aku borong time tuh brand Esprit, Zara, Victoria Secret, Tommy Hillfiger, Guess dan adalah 3, 4 brand yang lain (dah tak ingat dah). Tapi sesape yang blom penah pegi dinasihatkan tengok-tengok jugak brand yang dia orang jual sebab ada sesetengah brand yang tiruan. Contoh, Moschino jadi brand Mossino *ahaks*. Senang aje kalo nak tau tiruan atau tak. Biasanya kalo original dia potong tag brand baju tuh (kenapa dia potong? sebab baju tu original tapi ada defect). Yelah mana ada baju original yang seori-orinya jual harga rm20-30 jek (tol tak?). Kalo pandai pilih kadang-kadang ada jugak yang dia terlupa nak buang/potong tag baju tuh (bab memilih nilah yang selalu jadi lama dekat sana *ihik*).

Sebenarnya banyak tempat-tempat shoppin' yang menarik, tertarik dekat sana. Maklumlah ada berlambak-lambak factory outlet yang nak kena cover. Tapi dalam berlambak-lambak tu, tak semuanya best tau. So, kalo tak mau bazirkan masa korang yang berharga tuh. Meh aku bagitau mana tempat/factory outlet store (FOS) yang best yang korang kena/patut pergi. Ready?
  1. Rumah Mode dekat Jl. Setiabudhi 41F - the biggest FOS, has various type of cloth mostly branded cloth (sampai 2 kali aku pegi, sebab best bangat)
  2. Up Town Factory dekat Dago Street - branded cloth
  3. Heritage dekat Riau Street - branded clothes
  4. Cascade dekat Riau Street - branded clothes, bags, shoes etc (orang lelaki sesuai shoppin' dekat sini sebab banyak kasut kulit lelaki yang cun-cun)
  5. Grande dekat Dago Street - ada GAP dan Esprit shirt yang cantik-cantik
  6. Diaz - various type of branded bags (mostly the best quality)
  7. Rich & Famous dekat Jl. Dago 14 - branded clothes
  8. Summit dekat Dago Street - kita orang beli jean levi's untuk Danish
  9. Blossom dekat Dago Street - beli Quiksliver shirt
  10. Episode dekat Setiabudhi Street - ada Zara shirt, branded handbags etc
  11. Gazebo dekat Setiabudhi Street - various type of branded luggage bags
  12. Pasar Baroe - ni untuk sape-sape yang nak beli kain cantik-cantik (especially orang-orang yang nak kawen) memang sesuai pegi dekat sini.
Mostly jalan-jalan dekat sana, aku tahan teksi je sebab rasanya lebih murah dan selesa. Make sure korang naik teksi Bluebird atau Gemah Ripah aje tau sebab confirm korang takkan kena tipu (sebab dia orang ni pakai meter).
  • No. tepon Bluebird - (62) (22) 7561234
  • No. tepon Gemah Ripah - (62) (22) 4234848
Tapi yang penting tanya dulu sebelum naik teksi k. Macam aku sendiri, kita orang siap beli prepaid dekat sana untuk mudahkan kita orang call teksi bila terdesak. Jadi takdelah kelam-kabut sangat kalau waktu hujan.

Untuk orang-orang bujang plak, aku rasa kalo nak save budget better korang naik 'angkutan kota' je. Angkutan kota tuh ape? Angkutan kota ni kalau kat sini panggil teksi sapu sebab dia main sapu aje ambik orang dekat mana-mana. Murah je tambang angkutan kota ni, suka hati kita nak bagi berapa tapi biasanya dalam rp2000. Kalau nak berhenti korang kena jerit kuat-kuat 'kiri!', maklumlah angkutan kota ni bukannya ada loceng yang boleh picit suruh berhenti.

Cuaca dekat sana pon best. Sejuk aje, bila berjalan takdelah rasa penat sangat. Jadi makin giatlah aktiviti shoppin' dijalankan *ihik*. Bab makan pulak. Hmm... bab nilah yang paling payah sikit pada aku dekat Bandung ni. Selera aku tak berapa kenalah dengan Nasi Padang ni (walaupun aku tengok hubby aku berselera makan termasuklah Danish). Cuma yang boleh aku recommend tu pun satu tempat aje, Dapur Sankuriang dekat Jalan Setiabudhi. Menu utama dekat sini ialah seafood. So, nilah tempat yang paling banyak aku makan *ahaks*. Sambil-sambil makan tuh korang bolehlah dengar live band. Sedap-sedap suara orang Indonesia ni tau. Selain daripada Dapur Sankuriang ni, kita orang ada jugak makan dekat Pizza Hut (siap order delivery ke hotel lagik). Pizza Hut dekat sini lebih sedap dari dekat Malaysia (lembut sangat-sangat roti dia). Kalo tak caya cubalah korang try.
  • No tepon Pizza Hut (Istana Plaza) - 600 1444
:: note pasal makan :: please seboleh-bolehnya, jangan makan makanan yang dijual dekat kaki lima sebab tak terjamin kebersihannya even buah-buahan sekalipun.

Cerita pon dah banyak. So, mehla tatap gambar-gambar percutian aku yang tak seberapa ni (camera tertinggal da... terpaksa amik gambar pakai handphone).


Date : 6th - 11th February 2008
Location : Husien Sastranegara Airport, Bandung, Indonesia
Flight : AirAsia GoHoliday
(Package inclusive flight & accomodation booked on September 2007)
Total Package (after tax) : RM 1,416.71
Persons : 2 Adult and 1 infant
Currency Exchange : rp10,000 = rm3.57
Tax Departure : rp60,000/person

Subject : Hotel Mutiara
Location : Jalan Kebun Kawung
Taxi Fee : From Airport to Hotel - rp30,000

Subject : Various Type of Factory Outlet Store
Location : Jalan Dago, Riau and Setiabudhi

Subject : Dapur Sankuriang
Location : Jalan Setiabudhi

Subject : Pasar Baroe

Subject : Angkutan Kota
Fee : rp2,000/person

Subject : Scenery of Bandung Town taken from Pasar Baroe