Blogger templates

Sep 13, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Orang lain awal-awal lagi dah sibuk bagi ucapan hari raya dekat blog masing-masing. I pulak baru terhegeh-hegeh nak bagi ucapan 'Selamat Hari Raya' kan? (alamak... teruknya dah nak habis bulan Syawal pulak tu. Hehehe). Sepanjang 2012, nilah buat pertama kalinya i pecah rekod bila dah dekat sebulan berehat panjang dari berblogging (gaya sebut perkataan berehat panjang dah macam retis lah kononnya - eceh! Korang layankan ajelah. Kui-kui-kui).

Ikutkan takdelah busy mana pun. Biasalah rutin harian dengan kerja pejabat (huhuhu... rasanyakan sepanjang lebih 10 tahun i bekerja. Nilah penderaan kerja paling havoc i rasakan sebelum dapat bercuti panjang selama 10 hari. Ok, sila nangis sambil nyanyi lagu Dendang Perantau), lepas tu busy sediakan barang-barang nak bawa balik kampung lagik (untuk pengetahuan korang, kampung i dan hubby umpama cerita Kutub Utara dengan Kutub Selatan), berhappy sakan dengan keluarga sendiri dan keluarga hubby (maklumlah jarang-jarang dapat lepak kampung lama-lama) dan macam-macam aktiviti sosial yang dijalankan (sosiallah sangat. Hahaha!) Takpe nanti i cerita dekat korang apa aktiviti yang i buat sepanjang bercuti raya hari tu.

Yang penting korang tunggu entry i tau. Janji eh! Lepas tu confirm i mesti dapat mesej dari korang "awak, mana entry baru awak?" sebab tuan blog sendiri lambat nak update (Ish, geram kan dekat tuan blog ni? Dush-dush-dush sama dia). Yang paling terharu, bukan setakat kawan-kawan yang i kenal melalui blog atau twitter yang selalu ingatkan i untuk update blog. Kawan-kawan dekat pejabat pun ada jugak yang tertanya-tanya. Hohoho! Macih ye korang. Tiba-tiba rasa malu dengan kawan pejabat sendiri (sorok muka bawah bantal). Maklumlah dekat pejabat, kehidupan i sama je macam korang (tak best pun! Kahkahkah). Tapi kehidupan luar waktu pejabat. Jeng-jeng-jeng itu yang i jarang share dengan siapa-siapa. Macam mana pun korang jangan risau i bukan superhero yang ada dua identiti tu eh. Hahaha!

Agak-agak korang ingat lagik tak entry i yang bersusah-payah nak dapatkan baju raya dekat PopLook (http://www.reenaonline.com/2012/08/radzuan-radziwill-for-thepoplook.html) dan First Lady (http://www.reenaonline.com/2012/08/jovian-mandagie.html). Untuk korang yang tertanya-tanya macam mana rupa sebenar baju raya i untuk tahun 2012 ni dan dekat mana i beli? Korang bolehlah tengok gambar dekat bawah. Ikutkan i dan hubby jarang tetapkan (dan tak pernah rasanya) buat tema warna sedondon untuk raya. Biasanya i dapatkan baju raya untuk i dulu, kemudian barulah i cari baju raya hubby yang warnanya seiras atau berdekatan dengan baju raya i. Jadi tahun ni warna baju raya kami ialah peach, pink dan merah (hamboi! multi-color gitu. Hehehe). Paling best, i dapat diskaun hampir 50% untuk baju raya i ni. Harga sebenar ialah hampir RM300.00. Walaupun lepas diskaun sepatutnya cuma jadi RM180.00 je. Tapi i cuba nasib untuk tawar sampai jadi RM150.00 dan korang nak tahu, misi tawar-menawar i berjaya pulak tu! Tak tahulah samada tuan kedai ni tertekan sebab takde pelanggan yang datang dekat situ ke (biasanya bila bulan puasa kalau dekat Jalan TAR a.k.a Jalan Tuanku Abdul Rahman ni, kebanyakan orang lebih suka tertumpu dekat Bazar Jalan TAR daripada masuk ke kedai-kedai dalam shopping complex atau butik). Tak pun mungkin juga penjual tu tak sampai hati tengok muka kesian i hari tu (hihihi... yes! Alhamdulilah). Kalau korang nak tahu, lokasi baju raya ni i dapatkan dekat dalam Shopping Complex Semua House, Jalan Tuanku Abdul Rahman. Nilah tempat biasa yang akan i pergi, kalau dah tak jumpa mana-mana baju raya yang i berkenan.

Manakala untuk baju raya hubby pulak dari jenama John Master. Agak-agak untuk para jejaka, suami dan lelaki yang letih nak bersesak-sesak nak dapatkan baju raya untuk tahun akan datang. Korang pergi je dekat Jaya Jusco dan Parkson memang banyak pilihan baju raya dari jenama John Master ni. Yang paling penting ada diskaun. Hahaha! Sampin baju melayu hubby pulak, kita orang dapatkan dekat kedai Omar Ali, Wisma Yakin berdepan dengan Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Dan untuk anak-anak, tahun ni mama papa tak shopping baju melayu dan baju kurung sebabnya tak jumpa langsung baju siap yang bersesuaian (alahai... apataknya kebanyakan baju raya kanak-kanak yang i jumpa semuanya tak menepati citarasa i). Takpe, tahun depan mama papa usahakan untuk cari baju raya yang comel-comel ok.

Akhir kata, i nak mengambil kesempatan sempena bulan Syawal yang mulia ini dengan mengucapkan,

"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk semua kawan-kawan yang mengenali i di dunia realiti mahupun melalui blog, Twitter, Instagram dan pembaca-pembaca blog yang sudi tinggalkan komen, berkongsi pandangan dan cerita dengan i serta kawan-kawan yang lain tak kira di mana pun korang berada. Terima kasih yang tak terhingga sebab sudi luangkan masa korang untuk membaca blog i. Sekiranya ada entry i yang menyinggung perasaan, blog yang masih belum sempat i singgah dan komen-komen yang belum berjawab. I minta maaf banyak-banyak. I sedaya-upaya cuba penuhi hutang-hutang soalan dan lawatan. Mungkin tak boleh jadi secepat Mee Maggi Cepat Dimasak, Sedap Dimakan tapi Insya-Allah i tetap akan tiba ke 'rumah' korang. Semoga Hari Raya kali ini membawa sejuta erti untuk kita semua. Amin."








I terlupa nak beli tudung yang matching dengan baju kurung i. Last-last dapat idea, combine kan dua warna tudung. Pheww... nasib baik nampak ok.

p/s : Soalan yang confirm korang akan tanya dan jawapan yang akan i jawab. I tak buat open house. Tapi kalau sesiapa yang sudi nak datang. Bolehlah bagitahu i ye. Nanti i masak sedap-sedap. Hehehe...

30 comments:

  1. mun sekeluarga memang akan sedondon reena....rasa mcm tak feeling pulak kalau tak pakai sedondon..heheheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... takpe Mun, lain orang lain taste nya kan? :)

      Delete
  2. Awak pakai pesen apa pun nampak cantik & cute :-)

    Nasib baik Ikea takde jual baju raya, klu tak confirm ada jenama Ikea jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul².. i tolong jawabkan utk reena! ^_^

      Delete
    2. Tulahhh... mana Kak Hami tahu ni? Hehehe... Anyway thanks kak!

      Delete
  3. lama tak tengok anak bujang and anak dara dia...dah besarrrrrr....
    hensemmmm cuteee semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, macih Cik Anie. Kejap je kan masa berlalu...

      Delete
  4. emm.. lamanya tunggu entry u reena..

    apa pun 'selamat hari raya & maad zahir batin' ye..

    pasal baju raya kalau hujung2 pose tu memang payah nk cari baju sedondon.. tahun ni sy pun lebihkan baju anak je.. baju sendiri main tibai je apa yang ada.. mcm kurang berkenan pulak bershopping sakan tahun ni.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Far tertungu-tunggu jugak ke? Alahai terharu sangat tau :')

      Hahaha... tapi kita terbalik pulak, pening cari baju untuk diri-sendiri dengan hubby, anak-anak kita orang shopping baju jalan-jalan je.

      Delete
  5. baru nak tanya mana entry.. tup tup ari nie dah update! selamat hari raya reena!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai bertambah terharu, bila bespren lama cakap camgini tau :')

      Cakk!! Dah muncul kan?

      Selamat Hari Raya Eita!!

      Delete
  6. amboi dia..lamanya x update blog..raya sakan nu..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali dah bercuti, terus pulun cuti blog sekali. Terukkan? Hehehe...

      Delete
  7. salam aidilfitri maaf zahir batin...windu dgn blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri untuk Pos sekeluarga, maaf zahir batin. RIndu blog aje? Tuannya rindu tak? Hehehe...

      Delete
  8. Selamat hari raya kak. Maaf zahir batin ye. Maaf kita pn br dpt dtg blog akak. Busy jugak hehe. Cantik bajuuu rayaaaa. Love the color.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Cha, wahhh... dah pandai busy jugak eh? Cepatlah datang melawat. Rindu tau!!

      Anyway macih Cha :)

      Delete
  9. renaaaaa...selamat hari raya maaf zahir batin......:)

    lawa r baju......heee pandai tawar menawar ye....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Lela!!!

      Hahaha... tak reti tawar-menawar pun, saje cuba nasib. Sekali berjaya rupanya. Anyway macih Lela :)

      Delete
  10. Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin Reena.

    sampin tu memang matching dengan baju raya reena tapi baju melayu nya tak.... hahahah.... "ada aku kesah" kan reena, raya pun dah lepas... hu hu hu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin Kak Ni :)

      Ishh... kita mana suka matching sedondon pun Kak Ni. Hehehe... Sampin tu je beli seakan-akan ikut color baju kita. Tapi ikutkan baju hubby kita tu color seakan-akan peach, tapi bila ambil gambar entah macam mana bertukar jadi gold pulak. Hehehe...

      Delete
  11. wah..dah 3 orang anak da rupanya.hehehehe

    ReplyDelete
  12. dear...u guna kamera apa ye untuk snap pic..???

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)