I rasa sejak Astro upgrade dan perkenalkan Beyond kepada pelanggannya untuk merasai kehebatan rancangan TV dengan suasana HD (nak baca entry i sewaktu kali pertama gunakan Astro Beyond, korang klik dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2010/10/astro-byond.html). Inilah perkara terbaik yang astro lakukan, lebih-lebih lagi i tak perlu bersusah-payah nak menambahkan kos duit membeli DVD Blu-Ray cetak rompak bila nak tengok filem-filem terbaru dekat pasaran (walaupun cerita filem dalam astro ni takdelah latest mana pun dan selalu berulang-ulang). Sekurang-kurangnya untuk orang yang macam i, yang jarang-jarang sangat dapat keluar tengok wayang so i rasa dengan tengok channel HBO HD (431) atau FMP HD (434) pun perasaan tu dah berbaloi sangat tau.
Bertambah best untuk sesiapa yang melanggan Astro Beyond, korang akan menikmati tambahan channel HD lain yang super wow! (serius i cakap, channel tambahan HD pun semuanya best-best, memang sengaja nak suruh korang melekap dekat depan TV. Hehehe). Contohnya macam Mustika HD (cerita drama Adam dan Hawa yang korang suka tengok tu ada tayang dekat sini. Jangan jelous hehehe...), FX HD (ada drama-drama inggeris / omputih yang terbaik macam Scrubs) , One HD (drama terbaru Korea yang confirm buat korang nak jatuh cinta lagi dan lagi. Oppa!!) dan yang paling-paling i suka tengok ialah Life Inspired (channel ni untuk mereka yang gemarkan hiasan dalaman rumah dan exercise, macam i lah ni. Eceh!) dan Food Network HD (channel masak-masak yang buat korang sentiasa lapar. Aumm!!) Ni i baru ceritakan sebahagian je channel HD yang ada untuk Astro Beyond, belum kesemuanya lagi. Silap-silap sekarang juga korang call Astro minta upgrade kepada Astro Beyond (harap maklum, statement i ini tidak dibayar oleh Astro pun. Sadis... hahaha!)
Macam mana pun baru-baru i telah ditawarkan oleh Astro untuk tambahan PVR secara percuma termasuk dengan kos pemasangan sekali (hoorey!!! Inilah yang i tunggu-tunggu). Dengan hanya bayaran tambahan RM50.00 setiap bulan, i akan ada dua Astro decoder (satu Astro Beyond i yang sediada dan satu PVR percuma yang i dapat ni) dan buat i teruja, channel yang i ada sekarang ni pun tetap dapat ditonton dekat Astro Beyond PVR. Maksudnya i tak perlu kurangkan channel atau nak bayar lebih untuk Astro Beyond PVR. Semua channel yang i subscribe untuk Super Pack 1 pada Astro Beyond i yang terdahulu ada dekat Astro Beyond PVR i yang baru ni (yeay!!) Jadi tak perlulah i berebut TV lagi dengan anak-anak especially bila nak tengok channel Life Inspired. Sekarang ni bolehlah tengok TV dengan perasaan tenang. Maklumlah mama sekarangkan dah ada Astro Beyond PVR (kihkihkih... eksyen!)
Apa yang bestnya mengenai Astro Beyond PVR ni? Eee... banyak bestnya korang. Contoh macam situasi harian i dekat rumah. Kebiasaannya bila i tengah bersenang-lenang tengok channel i suka, muncullah macam-macam permintaan istimewa daripada anak-anak i, contoh, "Mama, i want to drink Ribena please", "Mama, please help me take this book. I can't reach", "Mama, adik poo-poo". Aiseyman... korang bayangkanlah betapa banyaknya distraction waktu i nak tengok TV. Kadang-kadang rancangan tu setengah jam je, penyudahnya 10 minit pertama je i dapat tengok. Untuk baki 20 minit i terpaksa bersusah-payah search untuk rancangan yang sama pukul berapa ianya akan repeat sekali lagi. Kalau bernasib baik dapatlah i tengok ulangan rancangan yang sama nanti. Kalau tak terpaksalah redha aje. Apa taknya kalau ulangan yang ada cuma pukul 3:00 pagi. Silap-silap bukan i yang tengok TV, TV yang tengok i.
Jadi semenjak ada Astro Beyond PVR ni, perkara pertama bila balik kerja. I dah siap-siap record mana-mana rancangan yang i suka sebelum i terlepas. Untuk pengetahuan korang, hanya dua channel / rancangan sahaja dapat direkodkan dalam masa yang sama. Itu pun kalau korang buka antara salah satu channel yang ingin korang rekodkan tu. Tak faham? Ok, meh i ceritakan dengan lebih lanjut. Sebagai contoh, korang tengah tengok channel HBO HD, dalam pada masa yang sama korang nak rekodkan channel HBO HD dan FMP HD secara serentak untuk masa yang berlainan. So, takde masalah untuk korang rekod dua channel tersebut sebab korang pun memang tengah menonton salah satu antara dua channel yang korang rekodkan itu iaitu channel HBO HD.
Tapi berbeza untuk situasi macam ni pulak di mana kalau korang nak rekodkan channel HBO HD dan FMP HD tapi entah macam mana ada cerita menarik yang anak korang nak tengok dekat Disney XD HD, so secara automatik bila anak korang tekan channel Disney XD HD akan ada arahan pada TV korang yang akan memaparkan bahawa salah satu antara channel HBO HD dan FMP HD yang korang rekodkan akan dibatalkan / cancel. Kalau korang nak tahu, sebelum ni pun, i sangkakan dengan adanya Astro Beyond PVR, i boleh rekodkan sebanyak mana pun channel yang i suka secara serentak. Rupa-rupanya silap sangkaan i tu. Untuk membuat tambahan rekod, korang kena pastikan rancangan yang korang rekodkan tu dah tamat, barulah korang boleh rekod untuk cerita lain pula (gitulahhh...).
I harap akan datang pihak Astro bolehlah upgrade untuk Astro Beyond PVR ni. Manalah tahu, daripada boleh rekod dua sahaja. Lepas ni boleh rekod 10 channel terus-menerus (al-maklumlah Astro kan kayakan? Hehehe....)
Oklah korang i nak siap-siap balik kampung ni (yeay-yeay besok raya Haji), sep sikit dekat sesiapa yang pakai Astro Beyond dan Astro Beyond PVR. Bye!
Channel Life Inspired HD ni memang best!! Memang memberi inspirasi gitu! |
Antara senarai cerita yang i rekod dan tengok secara berulang tanpa henti. Bila dah bosan, bolehlah delete. Hahaha! |
p/s : Selamat hari raya korang, hati-hati di jalan raya.
Alaa bestnya kak. Kt rumah sy ambik astro yg basic je haha sbb jarang tgk tv hihi
ReplyDeleteSelamat hari raya aidiladha kak
Akak pun mula-mula dulu ambil basic jugak kononnya sebab jarang tengok TV. Tapi bila sekali-sekala nak tengok cerita best, macam tak banyak sangat pulak pilihan. Tu yang upgrade tu :)
Deletebetul tu sis...
ReplyDeleteastro beyond nie nak soh kita melekapppp jer kat tv kan hehehehehehe....
tapi tu lah kita nie lak...
citer sejam ada lah 10-20 minit jer dpt tgk...
lelainnya kita ada 'iklan' tak berbayar kan sis hehehehehehe
Hahaha... sama eh kak :)
Deletemcm best jek PVR nie.. tapi poket ni ckp beli cd cetak rompak jek.. jimat! hahahaaa
ReplyDeleteHahaha... tak kisahlah mana-mana pun Eita janji dapat tengok :)
Deletehari ni baru tukar ke Astro Beyond...hihi
ReplyDeleteYeay!! Sep sikit :)
DeleteGambar memang superb lah. Blackheads kat hidung pun boleh nampak jelas! Hehehee
ReplyDeleteKan? :) Kalau muka sendiri berHD macam mana lah agaknya. Huhuhu...
Deletewah bestnye....dlu amik yg basic..pastu amik sports....stopkan sbb bosan dah abis world cup..skang ni tambah mestika.....x upgrade lg pada astro beyond so..xdela channel tmbahan hd tu.... plus..jrg kat umah..so rasanye x worth it....
ReplyDeleteIshhh... tak rugi tau ambil HD, memang puas hati sebab mata jadi terang-benderang. Hehehe...
Deletearghhh jelesnyeee !!
ReplyDeleteArghhhh!!! Hehehe
Deletehehe..reena mmg suka jadi duta tak berbayar:) but tq for the good info. ayu pun fikir nk ambik pvr tu, boleh rekod cite korea tu..hehe.
ReplyDeleteHahaha... takpelah janji kawan-kawan happy :) Tang cerita Korea tu memang best Ayu. Hehe
Deletethat means akak kena bayar overall berapa ringgit sebulan? hehe, teringin lah pulak. ~sheeda
ReplyDeleteSetiap bulan akak kena bayar RM185.50. Hmm... mahal kan? Tapi puas hati :)
Deletenak upgrade ke pvr ni makan berpa $$$????
ReplyDelete