Kalau korang nak tahu CoolBlog bukanlah seorang blogger yang terkenal ye tapi secawan minuman untuk disedut... Hehehe... Sebenarnya i dah lama tahu kewujudan CoolBlog sebelum kemunculan Heliza Helmi sebagai Duta CoolBlog lagik (eee... suka betul tengok gaya Heliza beliak-beliakkan mata jadi comel. Kalau mata i yang sepet nak buat beliak-beliak macam ni confirm jadi tah hape-hape. Hahaha!) Tempat pertemuan pertama di antara i dan CoolBlog ialah dekat Kawasan Rehat Jejantas Sungai Buloh (ewahhh... Macam story kisah cintalah pulak. Hihi...) Tapi tak tahulah kenapa, i takde keinginan langsung nak rasa minuman jenis bebola hitam waktu tu. Mungkin juga sebab i ni jenis orang yang kurang minum minuman sejuk atau berais, nafsu nak merasa tu takdelah membuak-buak sangat. Walau macam mana pun, i akui i tertarik sangat dengan kombinasi warna pink dan purple yang digunakan dekat outlet CoolBlog (serius cute! Pandai... orang yang pilih warna tema untuk CoolBlog).
Tapi semenjak-dua-menjak dah terjatuh cinta dengan minuman Chatime (macam yang i ceritakan dekat entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/11/chatime-malaysia.html), i jadi addicted nak cuba semua minuman yang jenis ada bebola hitam. Kononnya senang i nak buat perbandingan mana satu minuman yang paling best. Lepas tu boleh buat suggestion untuk korang pulak (baik tak i? Hehehe). Sebelum i ceritakan pengalaman i bersama CoolBlog, jom kita baca dulu latar belakang CoolBlog ni.
Sejarah CoolBlog
CoolBlog pertama kalinya dilancarkan di Singapura pada tahun 2005. Ianya adalah satu jenama antarabangsa yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan hidangan pencuci mulut dan minuman di bawah satu konsep kiosk yang boleh dibawa pulang. Matlamat CoolBlog ialah menggabungkan rasa buah-buahan semulajadi dengan ais. Produk CoolBlog kini adalah merupakan perintis pertama di Singapura dan Malaysia yang memperkenalkan hidangan pencuci mulut serta minuman dengan 25 perisa bersama-sama 300 jenis produknya yang lain.
Sumber : Laman web CoolBlog
Olahan oleh : Reenaonline
CoolBlog Halal Ke?
Syarikat minuman segera yang mengambil konsep dari Singapura itu telah beroperasi di negara Malaysia sejak 2008 dan kini mempunyai 220 cawangan di seluruh negara. Bagi mengekalkan status halal tersebut terjamin, Muhammad Daniel berkata pihaknya akan membuat ujian makmal terhadap setiap produk yang dipasarkan dan memastikan setiap proses kerja dilakukan dengan kemas."Pihak penguatkuasa akan membuat pemantauan berkala, jadi syarikat perlu memastikan semua perkhidmatan diuruskan dengan baik sebagaimana yang telah digariskan oleh Jakim dalam menentukan kriteria produk halal.
Artikel penuh melalui Utusan Malaysia
Pendapat / Ulasan / Review mengenai CoolBlog berdasarkan pengalaman i
1. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada Chatime iaitu bermula dari harga RM1.80 hingga RM3.50 (fuhhh... jimat habis!)
2. Tak payah nak tambah topping bagai, harganya yang dinyatakan dah termasuk dengan pearl / bebola hitam (ni kalau Chatime dah kena caj tambahan RM1.00 untuk pearl).
3. Minuman yang i cuba ialah Yam Milk Tea (harga RM1.80). Tak sure samada rasanya memang tawar ke atau CoolBlog sendiri amalkan kempen kurangkan gula untuk menjaga kesihatan (tak berapa kick sangat laa...).
4. Rasa Yam nya pun kurang power gara-gara campuran antara ais yang banyak dan gula yang kurang.
5. Kesimpulan yang dapat i putuskan, kalau teringin nak kunyah-kunyah pearl dengan penjimatan harga dan rasa ekonomi, CoolBlog adalah jawapan yang bersesuaian (gitu...)
6. Keseluruhan i bagi 3 bintang daripada 5 bintang. Agaknya kalau i pilih CoolBlog harga RM3.00 dan ke atas, rasa dia bertambah best kot. Takpe, next time i cuba minum CoolBlog yang 'mahal' sikit daripada sebelum ni k. Hehehe...
7. So far, Chatime masih mengekalkan tangga teratas untuk minuman jenis bebola hitam kategori pilihan tekak i.
Lokasi CoolBlog untuk gambar dekat bawah ialah di Tesco Setia Alam (berhampiran dengan food court). Kalau ada antara korang pernah minum CoolBlog yang best dan mantap, janganlah malu-malu kucing bagitahu i lokasinya ye. Kalau sempat, bolehlah i terjah ke sana.
p/s : Alololo... Heliza buat gaya beliak mata sambil nganga mulut pun nampak comel. Kalau i buat macam gini, umpama mintak pelempang je.
uishh addicted dah. tapi best kan kunyah2 pearl tu, sini kalau tak sejuk tahap gaban mmg hari2 i telan pearl tu hehehe.
ReplyDeleteAsiah suke minum cool blog ni, yg perisa tembikai susu tp skag kn stop dl minum ais coz bb meenyusu & br 6bln...hihi
ReplyDeletekak reena.. jaja tak suke coolblog kat tesco setia alam ni.. tak besh..slalu order coolblog choclate ..rase yg kat setia alam ni lain.. tak sedap mcm slalu..kalu coolblog tesco shah alam baru beshhh.. hihi ;)
ReplyDeleteYang, ko dah boleh jadi co-ambassador cool blog bersama Heliza Helmi..Hehehe!!~ Aku tak pernah try lagi..Pertemuan pertama aku ngan cool blog ni pon kat blog ko yang.. Nnt aku nak carik la..Gigih ni!!~ Setakat ni, carta aku pun Chatime masih teratas.. Strawberry Pudding Au-Liat...Nyum Nyum!!~ Anyway thanks sayang ku sbb sharing cool blog
ReplyDeletebanyak betul org bukak coolblog ni..kat mane2 leh jumpe hehe
ReplyDeleteini cool blog adalah paberet cik abe ku...
ReplyDeletekalo nampak kiosk dia messsstti nak singgah beli...
penggemar CB jugek!
ReplyDeletetry chocolate blog with double pearl.. kehkehhh.. harga dia kalau tak silam Rm.3.6++.. anak aku, Dania paling suka.. selalu pesan beli air biji².. *cool blog la tu*
ReplyDeleteCool Blog akan dibuka di Saujana Utama, sederet dgn Klinik Balqis oleh mak classmate Ariana.
ReplyDeletememang tawar la reena.. tuhari minum pun rasa tawar dan tak kick..
ReplyDeletekedekut gula la..
nice! www.dresslover84.blogspot.com
ReplyDeletei penah beli kat the store sg buloh..i n hubby suka yg perisa winter melon ke water melon ke gitu la..sedap !
ReplyDelete:)
coolblog la chatime la abc jugak sedap haha :p
ReplyDeletemang cute sngt gbungan warna outlet CB uh..lgpon mang warna kgmaran sy <3..i like it like it like it more!*
ReplyDeleteHehe..kita serupa..cha time tangga teratas..tapi kini Gong Cha tetap no 1..kalau tak dapat Gong Cha, baru la saya cari Cha Time..takde cha time, baru la Coolblog..cubalah Gong Cha, baru tau kehebatannya..hehe (try salted caramel chocolate at Gong Cha, Green Tea Plum pun sedap)
ReplyDeleteKita pun suka jugak Gong Cha ni awak :) tapi cuma Gong Cha ni tak banyak outlet macam Chatime tu yang susah sikit nak beli bila tekak teringin sangat nak minum.
Delete