Blogger templates

Jan 17, 2013

Lego City Police Dog Van - 4441

Ada sesiapa antara korang (yang rajin jengah i dekat sini) yang minat dengan Lego tak? Kalau sebelum ni, i dah pernah tunjukkan permainan Lego Friends Emma's Horse Trailer Playset - 3186 milik Kak Ngah. So hari ni, i nak kongsikan entry mengenai Lego City Police Dog Van - 4441 milik Abang Long. Al-maklumlah, ada tiga orang anaklah katakan. Kalau sorang nak Lego, yang lagi dua pun join nakkan benda yang sama (alahai dah macam ada anak kembarlah pulak. Hehehe...) Kiranya kalau part kita orang membeli buy 1, kena get 2 more pay (kan syok kalau buy 1, get 2 free. Kihkihkih).

Walaubagaimanapun untuk permainan Lego, biasanya i dan hubby memang mengalah untuk belikan. Kalau agak-agak harga tu tak menepati budget belanjawan kita orang waktu tu. I down grade kan lah sikit spesis lego yang dorang nak. Walaupun Abang Long biasanya pandai buat ayat, "please papa mama, Abang nak satu saja...." Masalahnya 'satu saja' yang Abang nak tu, bukannya harga bawah RM50.00 tapi atas RM500.00. Tersangkut air liur mama jadinya. Daripada situ, kejadian tawar-menawar terpaksa dijalankan. Dan macam biasa, korang agak-agak siapa yang menang? Of course lah mama menang kan? Hehehe...

Lego City Police Dog Van - 4441 ni ialah sebahagian daripada group / kumpulan di bawah genre / tema Lego City. Maksudnya kalau korang berjaya kumpul keseluruhan Lego di bawah tema Lego City ni, korang dah boleh cipta satu bandar besar Lego dengan pelbagai kenderaan dan situasi di dalam bandar (best kan?) Tapi nak mengumpul semua tema Lego City memerlukan 'ongkos' yang banyak (erk!!!) Nampaknya Lego City Abang Long lambat lagilah boleh membangun. Hehehe... Setakat ni, mama papa baru belikan 3 jenis Lego City je. Takpe... slow-slow nanti banyaklah tu kan?


Apa yang ada dalam kotak Lego City Police Dog Van - 4441

1 penjahat dengan crowbar, 1 polis hutan bertopi dengan gari, 2 ekor anjing garang, gua lombong emas / gold mine, beberapa ketulan emas (wow!!), 1 kereta sport penjahat dan 1 van polis yang siap ada lokap.


Ringkasan / Kisah Lego City Police Dog Van - 4441

Anggota polis hutan secara diam-diam mengekori perompak ke lombong emas di mana perompak sedang berusaha menyembunyikan emas yang dicurinya. Setelah menyedari kehadiran polis hutan, perompak cuba melarikan diri tetapi dikejar oleh anjing polis. Kemudian, anjing polis membawa perompak kepada polis hutan untuk digari. Polis hutan akhirnya mengunci perompak di belakang van polis sebelum perompak melakukan sesuatu yang tidak dijangka.

Olahan oleh : Reenaonline

Agak-agak kalau ada antara korang yang hilang instruction book / buku arahan menyambung semua part / bahagian Lego City Police Dog Van - 4441. Jangan risau, korang boleh dapatkan daripada laman web ini ---> http://www.brickinstructions.com

Selamat berlego semua!






Jangan jadi orang jahat, kan dah kena tangkap. Ish-ish-ish...
Harga RM159.90

p/s : Untuk lego ni Abang Long siapkan sendiri. Happy sangat dia. Good job sayang!

4 comments:

  1. wah best best. kak satu set ni harga berapa? atas rm500 ke? gulp telan air liur hoho

    renduuuu

    ReplyDelete
  2. reena 1 set berapa RM?

    sy suka gak semenjak kumpul lego shell tu.. rm 12 kot kalau tak silap.. punya la sayang.. anak2 sy sesuka hati je pecah2, main langar2.. nk pasang balik tetiba cari manual dia hilang pulak.. tensen mama tau.. last2 main bedal je janji ada rupa kereta.. hahha..

    ReplyDelete
  3. Its good that he is interested with this, practise untuk jadi engineer mungkin ;). takpun rocket designer haaaa. takper la papa mama berhabis sikit kan.

    ReplyDelete
  4. Sy collector Lego gak....ank perempuan sy suka lego friend...sy kumpul lego city..yg terbaru helikopter police yg besar.kira byk gakla sy dh kumpul....utk suka2 display saja.Skrg nk cari lego airport.

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)