Blogger templates

Jan 13, 2013

Hari Pertama di Tadika Q-dees

 Pembuka tirai tahun 2013 bukan saja merupakan hari pertama untuk Abang Long bersekolah di Sekolah Rendah tapi juga permulaan pertama untuk Kak Ngah (Anak i yang kedua) memulakan hari persekolahan dekat Q-dees (huhuhu... kenapa cepat sangat dorang ni besar? Tak puas tau, mama papa nak manja-manja. Eh, siapa nak manja dengan siapa ni? Hehehe...)

Memandangkan sessi persekolahan untuk Abang Long bermula awal pagi iaitu pukul 7:40 pagi, jadi i bawa sekali Kak Ngah ronda-ronda sekolah Abang Long. Sekurang-kurangnya boleh bagi Kak Ngah semangat nak masuk Q-dees lepas ni. Lagipun dekat sekolah Abang Long, adegan ratapan raungan pilu budak-budak yang baru first day nak masuk sekolah takde langsung berlaku (wahhh... bagus kan? I salute betul dengan budak-budak zaman sekarang ni). Jadi, senanglah nanti i nak explain dekat Kak Ngah bila dia tiba dekat Q-dees. Sebelum daripada tu pun dah berkali-kali jugak i ingatkan anak-anak i, "crying is for baby. Budak-budak yang pergi school tak boleh crying sebab dah big." Yang kelakarnya, bila anak-anak i terserempak dengan mana-mana budak yang menangis (tak kiralah dekat shopping complex atau tempat makan), anak-anak i boleh selamba sound setepek budak-budak menangis ni sambil cakap dekat i, "eee... look mama. She / He's crying like a baby. Tak malu," sambil tunjuk-tunjuk budak tu. Adeh... terpaksalah mama menampilkan muka innocent cute konon-konon tak tahu apa-apa (kah-kah-kah hambik kau!) Takpe, itu menandakan anak-anak mama papa mendengar cakap (heee...)

Kemudian, lepas perhatikan Abang Long di Sekolah Rendah, akhirnya tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Pukul 8:30 pagi kami bawa Kak Ngah pula ke Q-dees (i pulak yang rasa kecut perut. Sambil-sambil tu doa dalam hati, harap Kak Ngah ok). Manalah tahu kan, karektor budak perempuan dengan budak lelaki ni lain sikit. Budak perempuan biasanya dekat mulut kata ok, dalam hati macam nak pecah menangis (ewahhh... cakap melalui pengalaman ke? Hehehe). Sampai je dekat Q-dees, i dah terdengar ada suara 2-3 budak (lelaki dan perempuan) tunjukkan bakat 'nyanyian'nya (alamak, mampuih!) I jeling-jeling Kak Ngah yang mula tunjuk muka panik. Dengan gaya ignorant yang tertinggi (dah macam ada kuasa psikik pulak... hehehe) i fokuskan Kak Ngah ke arah budak-budak yang happy ikut teacher menyanyi dan menari. Walaupun i nampak mata Kak Ngah duduk menjeling je dekat budak belakang yang mula macam nak buat tarian guling (Kak Ngah please... tarian guling serius tak menarik hokeh). Alhamdulilah, 20 minit berlalu, Kak Ngah dah mula nak join the crowd dalam malu-malu. Dan, mama papa pun dah boleh tersenyum lega (phewww... we know, you can do it, sayang!)

Untuk sesiapa yang tertanya-tanya fees / yuran / bayaran permulaan untuk masuk ke Q-dees bolehlah tengok senarai dekat bawah. I tak pasti samada bayaran ni semua sama untuk setiap Q-dees atau berbeza. Tapi sekurang-kurangnya bolehlah dijadikan sebagai rujukan untuk korang nanti.


Bayaran Permulaan Masuk ke Q-dees

Melibatkan Pendaftaran, Q-dees Uniform 2 pasang, Q-dees Gymwear (sepasang), Q-dees Level Kit, Insurance / Insuran, Memories to Cherish Album, Pendidikan Islam, Yuran Sekolah / School Fees (Januari dan November), Termly Material dan Fliptec @ Q-dees

JUMLAH SEMUA SEKALI LEBIH KURANG RM SERIBU.
*kalah bayaran mama papa masuk UiTM dulu-dulu. Hehehe...*

Oh, anyway... Kak Ngah dah ada kasut baru untuk pergi Q-dees (sambungan dari entri yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/12/persiapan-anak-masuk-sekolah.html). I beli dekat Bata je (brand Bubblegummers), yang penting kasut ni comel dan menepati kelulusan Kak Ngah (hehehe... pergi tadika pun nak bergaya eh?)






I can see you!

p/s : huhuhu... bilalah i boleh melawat korang-korang ni. Hidupku busy-body.

4 comments:

  1. cantik rambut kak ngah.
    ramai pminat nnti ni kak.
    hehe

    ReplyDelete
  2. bagus nyer Kak Ngah cool jer gi school. mahal nyer la hai fees skang ni kan. tapi tu la, untuk anak2.

    ReplyDelete
  3. mak ai.. tercekik dgr fees Q-dees.. tp tgk mcm best.. nasib si abang belum sekolah lg.. hihii..

    ReplyDelete
  4. btul la org ckp yuran tadika lg mahal dr sekolah rendah fuhhhh

    comel la kak ngahhh

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)