Blogger templates

Jan 11, 2013

Hari Orientasi Tahun 1

1 Januari 2013 (Selasa), adalah hari orientasi buat Abang Long (anak sulong i). Kebiasaannya tahun-tahun sebelumnya mama papa dapat cuti free bersempena tahun baru, tapi kali ni hari menikmati tidur berlebihan dah berlalu pergi walaupun pada hari cuti (huwaaa...) Awal-awal pagi lagi i dan hubby dah bangun (sama je macam hari kerja) untuk siapkan Abang Long ke sekolah rendah. Sebelum tu kita orang hantar kedua-dua adiknya ke rumah pengasuh terlebih dulu. Bukan apa, takdelah i kelam-kabut nak uruskan macam-macam perkara dekat sekolah Abang Long nanti. Manalah tahu, kalau bawa semua sekali silap-silap jadi drama swasta pulak bila ada yang menjerit nak balik rumah sebab boring (huhuhu... pitam mama nak handle...)

Lagipun bila tiba awal di sekolah rendah Abang Long, kita orang tak perlu nak bersesak dengan kenderaan ibu bapa lain untuk dapatkan parking. Boleh ronda-ronda tengok macam mana keadaan sebenar sekolah Abang Long. Boleh survey dekat mana toilet dan kantin untuk Abang Long. Dan boleh ambil gambar Abang Long puas-puas dekat sekolah baru. Maklumlah first experience nak masuk sekolah rendah... Kiranya hari bersejarah gitu. Hah... tips ni mungkin juga berguna untuk korang-korang yang mungkin akan lalui pengalaman yang sama macam i nanti.

Di bawah ni merupakan panduan proses orientasi dan aturcara yang disediakan oleh sekolah Abang Long bersempena dengan Program Hari Orientasi Murid Tahun 1 / 2013


Prosedur / Panduan Proses Hari Orientasi Murid Tahun 1 / 2013

1. Semak nama dan kelas anak di depan pejabat atau di papan kenyataan berhampiran dengan tempat perhimpunan.
2. Menghantar anak ke tempat perhimpunan untuk berbaris mengikut kelas yang ditetapkan.
3. Murid-murid dibawa ke kelas untuk ujian diagnostik.
4. Ibu bapa atau penjaga membayar yuran PIBG dan mengisi borang tanda nama serta mengambil buku teks daripada guru kelas di kaunter yang disediakan.


Tentatif Program Hari Orientasi Murid Tahun 1 / 2013

8:00 pagi
- Pendaftaran di tempat perhimpunan.
- Murid beratur mengikut kelas.
- Guru Kelas memastikan murid mengikut senarai kelas yang betul.
- Guru pembantu membawa murid ke kelas untuk ujian diagnostik.

8:30 - 9:30 pagi
- Ujian diagnostik Bahasa Melayu untuk murid-murid tahun 1.
- Taklimat diberikan kepada ibu bapa murid Tahun 1 di tempat perhimpunan.

9.30 - 10.30 pagi
- Ujian diagnostik Matematik.

10:30 pagi
- Ibu bapa boleh mengambil anak dari kelas dan berurusan dengan guru kelas di kaunter yang disediakan.
- Mengisi borang tanda nama.
- Pembayaran yuran PIBG.
- Pengambilan buku teks.

Bersurai.


Macam mana pun selepas selesainya hari orientasi Abang Long, i dan hubby terpaksa bergegas pergi ke Tesco sebab nak dapatkan beberapa keperluan / barangan lain untuk Abang Long (adeh... ingatkan dah settle dah rupanya ada lagi beberapa benda penting yang kita orang tak sangka kena beli). Ni pun lepas semua ibu bapa kena sound setepek dengan Guru Disiplin pasal peraturan berpakaian dekat sekolah rendah (haiyooo... dulu-dulu pakaian sekolah rasanya takdelah strict mana pun. I relax je pakai pinafore atas lutut siap dengan stokin panjang paras lutut lagi masa darjah 1. Kih-kih-kih). Bab pakaian perempuan tu mungkin i fahamlah jugak kalau sekarang ni quite strict tapi tak sangka pulak sampaikan pakaian lelaki pun strict jugak. Takpelah, mungkin sekolah sekarang nak pastikan budak-budak lelaki sentiasa nampak handsome dan smart dari darjah 1 sampai bila-bila (ehem!)


Peraturan Pakaian untuk Murid Lelaki di Sekolah Rendah

1. Lencana sekolah kena jahit / lekatkan di bahagian atas poket. Manakala untuk tanda nama pula betul-betul dekat poket (phewww... nasib baiklah i jahit di tempat yang sahih lagi benar. Rasa nak terkencing bila dengar Cikgu Disiplin nak koyakkan lencana sekolah kalau maknya salah jahit. Takutnya! Terasa macam sama-sama masuk sekolah jugak ni. Huhuhu).
2. Hanya seluar panjang sahaja dibenarkan pakai ke sekolah. Sekolah pendek, harem...
3. Singlet perlu dipakai pada bahagian dalam baju kemeja.
4. Seluar kecil a.k.a underpants wajib pakai (haishhh... mengarut betul kalau ada sesiapa tak ajar anak dia pakai sepentot pergi sekolah. Eee... tak malu! Shame-shame).
5. Tali pinggang mesti / wajib pakai (asyik wajib je, sunat takde ke? Hehehe...)
6. Stokin hendaklah melebihi atas buku lali.
7. Seluar trek / track suit panjang berwarna hitam atau biru tua sahaja dibolehkan bagi aktiviti jasmani.

Barang-barang yang i tak beli lagi untuk Abang Long cuma singlet dan tali pinggang. Nasib baiklah even last minute, semua barang-barang ni kita orang berjaya dapatkan dekat Tesco (macih Tesco). Kalau tak... confirm, mama yang over kecut perut besok (cikgu disiplin tolong jangan garang sangat boleh tak? Hehe... Cak!) Selain tu, kita orang tambah belikan Abang Long barangan lain macam wallet, jam tangan dan pencil case Hot Wheels Battle Force 5 (sepatutnya kalau dekat entry yang ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/12/persiapan-anak-masuk-sekolah.html, i dah ceritakan yang kita orang tak nak belikan pun pencil case baru sebab pencil case Abang Long waktu dekat Q-dees pun elok je lagi. Tapi bila kawan-kawan Abang Long semua pakat tayang pencil case baru. Mama papa terus rasa bersalah mencengkam perasaan. Duhhh...)

Anyway jom kita saksikan hari bersejarah Abang Long dekat Sekolah Rendah. All the best sayang!











 p/s : Alhamdulilah, sejuk perut tengok bila Abang Long happy pergi sekolah. Suka tengok Abang Long communicate dengan teacher tanpa rasa takut. Dan paling mama bangga bila Abang Long nak jadi yang pertama je dalam kelas. Mama papa selalu doakan kejayaan Abang Long. Jangan nakal-nakal tau. Amin...

8 comments:

  1. wiiieee abang Long hensem!! hehehe comel bila ibu yg menggelabah pasal sekolah anak, skang ni first day pun dah kena ambik exam yr, canggih. tapi i paling suka part "bersurai" tu heheh.

    ReplyDelete
  2. nampak relax dan happy je abg long tu ye..semoga jadi pelajar yg baik dan cemerlang nanti ye..:)

    ReplyDelete
  3. Sempat jugak mama ambik gambar dalam kelas ye. Anak ai tak nak ambik gambar. Ibu ni tak habis habis ambik gambar katanya..

    ReplyDelete
  4. amboi..encemnya abang long... berdiri tegap penuh semangat..kekekke

    ReplyDelete
  5. terujanya nk tunggu anak sekolah.. mesti bangga kalau tgk anak kita boleh berdikari kan..

    tgk gaya anak reena tu mesti bijak.. budak yg berani selalunya bijak.. beratur depan sekali, dalam kelas pun duduk depan.. kalau berani cepat menonjol, mesti cepat fofular.. hihihi..

    ReplyDelete
  6. waaa ramainya parents huhu abis parents mmg duduk luar kelas la kak tengok anak-anak? hihi bestnya :D

    ReplyDelete
  7. steady ja abg long ya..dah berpengalaman pergi sekolah:)

    ReplyDelete
  8. cantik gambar2 tu..memang iPhone 5 terbaik!!!

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)