Blogger templates

Jan 13, 2013

Ujian Diagnostik Tahun 1

Kalau korang nak tahu, sekarang ni bukan senang nak jadi kanak-kanak especially bila dah masuk Darjah 1. Eh, apa pulak yang susahnya? Yelah, kalau dulu-dulu (tahun 70-an dengan awal 80-an) bila masuk Darjah 1 tapi tak tahu membaca dengan mengira dianggap standard, takde yang peliklah waktu tu. Kadang-kadang tu, ada jugak yang masuk Darjah 2 pun terkial-kial lagi nak mengeja. Kejadian ejek-mengejek pun takkan berlaku sebab semua orang anggap benda tu biasa / common. Mak Ayah sure takkan tertekan, siap relax boleh terima kenyataan lagik. Nanti-nanti anaknya pandailah jugak membaca dengan mengira.

Ok, itu kisah zaman dulu. Macam mana pun zaman sekarang, kalau kita dengar budak-budak umur 6 tahun still lagi tak reti membaca, mulalah kita nak buat kerut-kerut dahi pelik. Bertambah rasa kesian kalau budak tu langsung tak kenal ABC. Kiranya bila budak-budak dah cecah umur 6 tahun, automatically otak kita dah set yang budak tu mesti dah terror baca simple word, menulis dan boleh buat latihan matematik tambah tolak. Maklumlah bukan je teknologi yang kena bergerak pantas ke hadapan, budak-budak pun dah kena kejar sama (alahai... kesian budak-budak zaman sekarangkan? Duhhh... What to do). Beginilah kehidupan kalau lambat kejar nanti tercicir. Mak Ayah pun join sama stress (nangis...)

Jadi macam sekarang ni, mana-mana kanak-kanak yang memasuki Darjah 1 dah kena ambil Ujian Diagnostik LINUS tak terkecuali Abang Long pada Hari Orientasinya baru-baru ni. Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Ujian Diagnostik LINUS? Meh, i terangkan dengan jelas dan terperinci (gitu....)


APA ITU LINUS?

LINUS ialah singkatan bagi "Literasi dan Numerasi Saringan" iaitu penguasaan Literasi dan Numerasi (3M - Membaca, Menulis dan Mengira). Melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Sub-NKRA LINUS telah diwujudkan bagi mencapai sasaran KPI yang telah ditetapkan. Setiap kanak-kanak kecuali berkeperluan khas* perlu menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.

*Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Didefinasikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

LINUS merupakan satu program intervensi pendidikan bagi mengukuhkan penguasaan asas literasi dan numerasi, khusus bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) di sekolah rendah.

OBJEKTIF LINUS

National Key Result Areas (NKRA's) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.

RASIONAL

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal tahap 1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan dan melanjutkan pelajaran serta kerjaya.

Literasi
Merupakan kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung 'dan') serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Numerasi
Merupakan kebolehan untuk melakukan operasi asas Matematik serta memahami idea Matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran Matematik dalam kehidupan seharian.

sumber : Daripada brochure sekolah Abang Long.


Alhamdulilah, keputusan Ujian Diagnostik LINUS Tahun 1 untuk Abang Long dah keluar. I bersyukur sangat sebab Abang Long berjaya dapat kelas kedua. Risau betul mama papa dengan Abang Long, maklumlah Abang Long ni kalau boleh semua benda yang dia buat nak cepat jawab je. Takut jugak kalau dia cuai ke. Daripada keseluruhan 500 murid-murid Tahun 1, ada 15 kelas (bermula dari huruf A hingga O) dan Abang Long berjaya tempatkan dirinya dalam kelas B iaitu kelas nombor dua, mama papa dah boleh tarik nafas lega. Takpe, lepas ni Abang Long kena berusaha lebih sikit untuk duduk kelas nombor satu pulak ye. Mama papa sentiasa doakan yang terbaik untuk Abang Long. Jangan sekali-kali mengalah ok.



p/s : Semua ujian bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6 diambil kira. Maksudnya semua kanak-kanak Tahun 1 kena kekalkan prestasi cemerlang setiap tahun untuk keputusan keseluruhan sewaktu penghujung Tahun 6 sebab UPSR dah takde lagik. Zaman main-main dah berlalu dah. Zaman sekarang, zaman belajar rajin-rajin. Huhuhu... pitam...

6 comments:

  1. what? dah takder UPSR? Ala....

    kesian la zaman ni semua stress, kanak2 pun dah kena stress awal2. dulu sempoi jer riang ria jadi kanak2, baca tak baca lain kira, yg penting rajin gi skolah hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah dah takde dah awak.... I yang mengarang entry ni pun dah rasa stress... Hehehe....

      Delete
  2. tahniah to him & parents...

    rasanya untuk kids agak mudah coz benda nie bukan benda baru...
    kita ni yg dari ol school lah yg payah skit kan sis...
    cara kita wif them berbeza....

    sama-samalah kita learn to adapt :)

    ReplyDelete
  3. Salam Rena, :)

    happy schooling utk your kids... :) my Khadeja dah darjah 2, so ibu dia senang hati sket...buku sekolah pun dah boleh beli sendiri...ibu malas nak beratur..ahaks ;P

    ReplyDelete
  4. kan sy dh agak, along mesti budak bijak.. :).. mesti mama terlebih happy kan..

    ReplyDelete
  5. woahh dh mcm tu eh skrg. kita dulu camne eh tak ingat dh huhu

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)