Royal Joust? Apa ke bendanya Royal Joust ni? Royal tu maknanya Diraja, kalau Joust / Jousting pulak ialah Perbalahan, bila gabungkan kedua-dua nama dalam Bahasa Malaysia jadilah Perbalahan Diraja (ohhh.... macam tu ke? Hehehe).
Tapi kalau tengok dari suasana Royal Joust dekat Legoland Malaysia. Korang jangan risau sebab semua berada dalam keadaan amai damai dan tenteram gitu. Tarik-tarik rambut pun takde. Hehehe... Lagipun ride untuk naik Royal Joust ni hanya dibenarkan untuk kanak-kanak berketinggian dari 92 cm hingga 150 cm. Mak ayah kepada kanak-kanak dan yang sewaktu dengannya jangan pulak buat kelakar nak join naik sekali (alololo... tak mampu i nak bayangkan kecomelan korang tu).
Anyway Royal Joust ni berada di dalam jajahan Lego Kingdom. Korang akan jumpa bila nampak banyak kuda-kuda night berwarna-warni dengan penunggang comel bertebaran ronda-ronda keliling kawasan.
Eh, kenapa tiba-tiba muncul balik entry Legoland Malaysia? Hehehe... saja nak mengimbas kenangan 26 Oktober 2012. Besok 25 Januari 2013 kalau takde apa-apa, kita orang akan berada di sini lagik (maklumlah... annual pass holder lah katakan? Seboleh mungkin kena berusaha keluar masuk Legoland Malaysia banyak-banyak kali. Hehehe...) So, kalau sesiapa datang ke Legoland Malaysia besok, kita sep sama-sama ye.
Untuk kisah-kisah lain Legoland Malaysia, korang boleh picit dekat link sini ---> http://www.reenaonline.com/search/label/Legoland%20Malaysia
Untuk kisah-kisah lain Legoland Malaysia, korang boleh picit dekat link sini ---> http://www.reenaonline.com/search/label/Legoland%20Malaysia
p/s : Selamat bercuti semua, minggu ni best sebab ada cuti free (cuti Maulidur Rasul dan cuti Thaipusam) yeay!
I lepas la nak naik kalau gitu hek hek hek. Salam maulidur Rasul dear, selamat bercuti.
ReplyDeletewhaa..akak..bestnya..huhu..lg untungkan klau beli annual pass..bole pg slalu..hihi
ReplyDelete