Blogger templates

Jan 24, 2013

Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW

Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul untuk semua (selawat ke atas Nabi junjungan kita yang dikasihi, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم ). Semoga kita semua memperolehi keberkatan pada hari yang mulia ini (amin ya rabbal alamin).


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ
أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ
أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ
يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ
مَنْ رَّأَى وَجْهَكَ يَسْعَد يَا كَرِيمَ الوَالِدَينِ
 حَوْضُكَ الصَّفِى الـمُبَرَّد وِرْدُنَا يَومًا النُّشُورِ
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى مُسْتَجِيبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ اِرْحَمْنَا جَمِيعًا بِجَمِيعِ الصَّالِحَاتِ
وَصَلاَةُ اللهِ عَلَى أحْمَد عَدَّ تَحْرِيرِ السُّطُورِ
أَحْمَدُ الهَادِى مُحَمَّد صَاحِبُ الوَجْهِ الـمُنِيرِ


KELEBIHAN BERSELAWAT DAN KEBERKATANNYA

1. Para Malaikat berjanji, sesiapa yang membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari sebanyak 10 kali :

- Jibril akan membimbing tangan bawa melintasi titian seperti kilat menyambar.

- Mikail akan memberi minum dari telaga Rasulullah SAW.

- Israfil akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni orang itu.

- Malaikat Izrail akan mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh nabi-nabi bila mati kelak.


2. Dalam beberapa hadis, sabda Rasulullah SAW :

- Sesiapa membaca selawat untukku sekali saja dengan tulus ikhlas dari hatinya, maka Allah akan memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa.

- Sesiapa berselawat 11 kali setiap lepas solat fardu, segala dosa kecilnya diampuni Allah serta tenteram hati dan jiwanya.

- Sesiapa membaca selawat kepadaku 100 kali sehari, maka Allah akan menyampaikan 100 hajatnya iaitu 70 hajat akhirat dan 30 lagi hajat dunia.

- Sesiapa berselawat ke atasku pada Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan baginya dosa selama 80 tahun.

Rasulullah SAW bersabda lagi :
“Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan terus kepada ku.”


3. Antara hadis-hadis lain yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah SAW ialah :

“Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat Tabrani).

“Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).

“Sesiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada Ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” (Riwayat At-tabrani).

“Sesiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

“Sesungguhnya orang yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”

Untuk keterangan lanjut boleh didapati dari ---> Shafiqolbu


p/s : Teringat waktu sekolah dekat Johor dulu-dulu, Maulidur Rasul adalah hari yang cukup meriah, mesti ada perarakan besar-besaran dan makan-makan. Bertambah syahdu bila baca selawat ke atas nabi, semua orang ambil peluang bersalam-salaman antara satu sama lain *miss those days*

3 comments:

  1. yup².. Kat sini sentiasa meriah bila datangnya Maulidur Rasul

    ReplyDelete
  2. salam maulidur rasul kak

    p/s : kak td sy tgk entry lama kt blog sy rupanya dh lama eh kita kenal? akak komen blog sy tu masa 2010 huhu

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)