Blogger templates

Feb 18, 2013

Balai Nobat, Alor Setar, Kedah

Tadi pagi i baru je letakkan entri mengenai Masjid Zahir yang cantik. Sekarang ni i nak cerita pulak pasal Balai Nobat, Alor Setar, Kedah. Wah... macam tak percaya je kan, tiba-tiba i minat pulak dengan sejarah. Dah kenapa??!! Hahaha... Jangan korang tertidur depan komputer gara-gara baca entri i bersejarah ni sudah. Maklumlah buku teks subjek sejarah waktu dulu dah umpama macam ubat tidur je pada i. Berpinar-pinar baca, lama-lama nampak huruf 'z' memanjang (terus wassalam!) Kan ke best kalau setiap kali belajar subjek sejarah tak payah pakai buku teks tapi pergi buat field trip dekat tempat bersejarah yang kita belajar tu. Confirm subjek sejarah jadi antara favourite subject i dulu-dulu (ewah!) Cerita dah berlalu kan, dah jadi sejarah dah pun. Huhuhu...

Kalau korang nak tahu Balai Nobat ni terletak berhampiran dengan Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Masjid Zahir,  Bangunan Wisma Negeri dan berada di dalam kawasan yang dikenali dengan nama Dataran Mini i-City (malam-malam dekat sini penuh dengan pokok-pokok berlampu ala-ala macam dekat i-City, Shah Alam). Bezanya Dataran Mini i-City, Alor Setar, Kedah free je, tak payah bayar. Best kan? Jimat duit. Hehehe...


Serba Sedikit Sejarah Mengenai Balai Nobat, Alor Setar, Kedah :

Menjelang pembukaan Bandar Alor Setar pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778), beberapa bangunan awal yang siap dibina termasuklah Istana Kota Setar, Balai Besar, Balai Nobat dan Masjid Negeri. Reka bentuk Balai Nobat yang asal tidak dapat dikenal pasti tetapi jelas ia diperbuat daripada kayu.

Pada Zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-24 (1854-1879), Balai Nobat yang baru setinggi lima tingkat telah dibina. Seluruh bangunan ini dibina daripada kayu dan beratapkan zink.

Manakala pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943), Balai Nobat baru didirikan sekali lagi dengan diperbuat daripada batu dan logam. Rekabentuknya sama seperti binaan kayu sebelumnya. Ia mempunyai tiga tingkat dan kubah yang terletak di kemuncaknya mencerminkan unsur keislaman seperti pada binaan masjid. Bangunan baru ini siap dibina pada tahun 1906.

Pada hari ini, Balai Nobat Kedah dijadikan tempat menyimpan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang hanya dimainkan pada upacara-upacara DiRaja seperti hari pertabalan, perkahwinan dan persemadian DiRaja. Alat muzik Nobat terdiri daripada tiga rebana besar, dua rebana kecil, satu gong dan satu serunai ini mampu menghasilkan satu gabungan bunyi yang mengasyikkan yang dikenali sebagai muzik nobat, satu bentuk lagu kebudayaan negeri Kedah.

sumber : Wikipedia


Mengikut kata hubby i, alat-alat nobat ini ada antaranya diperbuat daripada kulit perut perempuan mengandung (what-the-tutttt??!!) Ok, i boleh agak macam mana reaksi muka korang, sebab macam tulah reaksi muka suspen yang i tunjukkan depan hubby. Gila scary! Dan dengan bersemangatnya i google untuk meng'confirm'kan lagi statement misteri nusantara yang hubby perkatakan. Ya, rupanya memang statement ni benar, sahih dan nyata (teruk betulkan orang Johor ni? *iye, sayalah tu* Lagi tak nak percaya kata-kata hubby yang memang keturunan orang Kedah. Hehehe... sorry sayang). Anyway eeee... takutnya! Cuma dekat website yang i google ni, dia tak tambah perkataan 'mengandung' je (kenapa eh?)


Antara Pantang Larang Nobat :

Dalam pancaragam Nobat DiRaja ini, banyak pantang larang mesti dipatuhi bukan sahaja oleh pemain-pemain Nobat tetapi juga orang ramai. Sesiapa yang melanggar pantang larang ini dipercayai akan menerima bala atau bencana. Oleh itu, para pemain Nobat sangat berpegang teguh kepada pantang larang ini, lebih-lebih lagi mereka yang telah melihat sendiri bencana yang menimpa mereka yang melanggar pantang larang itu.

1. Alat-alat Nobat ini tidak boleh disenda oleh sesiapa pun dan kedudukannya mestilah tetap pada sesuatu tempat yang telah ditentukan dan tidak boleh diubah ke sana sini.

2. Semasa alat-alat Nobat ini dibawa turun dari Balai Nobat untuk dimainkan di Balai Besar sesiapa pun tidak boleh melintas di hadapannya. Mahaguru merupakan ketua atau penunjuk pada alat-alat Nobat yang lain dan dia mestilah dihormati. Para pemain Nobat sendiri akan ditimpa bencana seperti sakit perut sekiranya dia bersikap kurang tertib. Kesakitan yang dialami itu akan terus menjadi-jadi sehinggalah dia menyesal di atas perbuatannya itu.

3. Alat-alat Nobat juga tidak boleh dimainkan untuk upacara temasya atau pesta-pesta seperti ronggeng atau silat. Biasa terjadi, orang yang telah meminjam gong untuk bermain di sesuatu temasya itu telah ditimpa sakit perut akibat menggunakan gong itu.

4. Orang-orang Nobat dilarang mengajar semua lagu yang diketahuinya kepada keturunannya. Sebab itulah lagu-lagu Nobat itu menjadi semakin berkurangan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Contoh yang paling ketara ialah lagu 'Anak-anak' yang sekarang ini tidak dimainkan lagi.

5. Sesiapa pun tidak dibenarkan memegang atau mengusik alat-alat Nobat ini. Biasa terjadi ketika Nobat Kedah dijemput bermain di Kuala Lumpur sempena menyambut istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama, seorang kanak-kanak telah bermain alat-alat Nobat itu semasa keretapi yang membawa alat-alat Nobat itu berhenti sekejap di Bukit Mertajam. Dia telah kehilangan akal dan sakit telinga serta menangis tidak berhenti-henti. Setelah pemain Nobat yang ada di situ menjampi dan menyapu air ke seluruh muka budak itu dengan serta-merta budak tadi sembuh semula.

6. Semasa Nobat hendak dimainkan, pemain Nobat itu mestilah mengikut jalannya ke tempat letak alat-alat itu dan kemudian barulah boleh duduk. Misalnya, pemain gendang anak mestilah berjalan melalui belakang serunai manakala pemain gendang ibu akan berjalan mengikut belakang nafiri.

7. Sesiapa pun tidak dibenarkan melihat permukaan bawah gendang mahara kerana ia dipercayai diperbuat daripada kulit perut perempuan.

Ada berani?? Dah macam cerita Jangan Pandang Belakang Congkak pulak. Oppss...

Untuk info penuh mengenai Pantang Larang Nobat, korang boleh pergi ke laman web MyKedah2.


Meh lah, kita tengok gambar (tapi gambar nobat takdelah ye. Hehehe).



Bangunan Wisma Negeri Kedah


"Papa look, princess!" Kata adik.

p/s : Bila dah tahu sejarah pasal sesuatu tempat buatkan kita jadi respect dengan kewujudannya.

3 comments:

  1. cantik..saya balik kedah dulu ada lalu depan balai nobat ni..memang cantik..dapat juga la snap sekeping dua gambar balai n..

    ReplyDelete
  2. nape tak amik gambar nobat? tak dipamerkan ke reena? nk tgk sgt..

    seram pulak dengar pantang larang dia, dari kulit perut perempuan mengandung? OMG.. sambil buat muka seram..

    kesiannya tuan punya perut, mcm zalim je dengar.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. tetiba terang bijik mata dan scoll balik ke atas repeat baca sebab macam tak percaya. scary sangat. and hancur hatiku mana gambar nobat nyer? Baru nak citer kat hubby huhuhu.

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)