Blogger templates

Feb 17, 2013

Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah

Hari ni kita mengenali lebih dekat mengenai Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah nak? Lokasi dan kedudukan masjid ni yang terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar menjadikannya antara tumpuan menarik orang ramai yang berkunjung ke Kedah. Ditambah pula dengan reka bentuk yang cantik. I tengok memang ramai photographer yang mengambil peluang mengabdikan kecantikannya dekat lensa masing-masing (termasuklah i yang amatur ni). Automatik terasa bertuah kahwin dengan orang Kedah. Eh! Ada kena-mengena ke? Hehehe...


Serba Sedikit Sejarah Mengenai Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah :

Masjid Zahir telah dibina pada 22 Rabiulawal 1330 Hijrah (11 Mac 1912). Pembinaan masjid ini adalah atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah dan mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan. Reka bentuk bangunan masjid Zahir adalah ilham daripada Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini mempunyai keluasan tapak kira-kira 39 x 39m dengan ruang induk seluas 19.50 x 19.50m yang dikelilingi oleh ruang serambi selebar lapan kaki yang mengandungi empat buah anjung dan lima kubah utama sebagai simbol kepada Rukun Islam. Tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821).

Perasmian masjid ini telah disempurnakan oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada hari Jumaat 6 Zulhijjah 1333 bersamaan 15 Oktober 1915. Tunku Mahmud sendiri telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat (sejuk hati baca kenyataan ni kan?)

Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak. Bangunan ini juga terletak berhadapan dengan Dataran Mini i-City, Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.

sumber : Wikipedia dan Arkid Negara Malaysia

Anyway, i juga ada letakkan gambar Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah pada entri i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2013/01/kelebihan-selawat-ke-atas-nabi-muhammad.html







Kak Ngah dan Adik happy bergambar berlatar belakangkan Masjid Zahir.

p/s : Kalau kira dari mula pembinaan Masjid Zahir sampailah sekarang, dah 101 tahun dah masjid ni kan? Perghhh...

6 comments:

  1. Cantik gambar masjid ini. Mesti guna kamera mahal ni. hehe

    ReplyDelete
  2. sweetnya tgk jalan berpimpin tangan.. hihiii

    ReplyDelete
  3. Sakan posing no.
    Bangunan yg lagi lama, lagi kukuh.

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)