Blogger templates

Mar 28, 2013

Cute Collection Items / Koleksi Barangan Comel #2

Wah... Semenjak i perkenalkan dekat korang dengan Kedai Perhiasan Rumah bernama Kaison, tak sangka rupa-rupanya bukan i sorang je yang dah jatuh hati dengan Kaison. Ramai antara korang yang dah pergi ye? Best kan? Maklumlah untuk sesiapa yang teringin nak adakan majlis-majlis tertentu (samada birthday party ke, majlis pertunangan ke, perkahwinan ke...) dan perlukan goodies untuk diberikan sebagai gift / hadiah kepada tetamu yang hadir. I rasa inilah antara tempat wajib yang korang boleh terjah dan duduk bertapa lama-lama (jangan tak balik rumah terus... sudah! Hehehe...)

Tapi macam untuk i yang takde buat sebarang occasion ni, tujuan utama i ke Kaison lebih kepada nak grab benda-benda comel je (hehehe... alah korang ni macam tak kenal dengan perangai i yang addicted dengan benda cute). Hari tu, sempatlah i singgah ke Kaison, Paradigm Mall, Kelana Jaya. Best jugak rupanya shopping complex Paradigm Mall ni kan? (Ida / Glazsliper, kita dah sampai dekat sini jugak dah. Siap bungkus Chatime bawa balik rumah lagi. Hehehe).

Kononnya nak beli barang-barang untuk kegunaan i di pejabat dan menayang-nayang di atas meja office (cemburu tak? cemburu tak? Hahaha!) Dan dalam pada masa yang sama, nak bagi tambah semangat bila buat kerja dekat office (iyolatu kan?) Tapi sampai hari ni barang-barang comel yang i beli, masih lagi ada dekat rumah. Entah kenapa tiba-tiba rasa macam tak sanggup pulak nak berpisah. Tapi hakikat sebenarnya i dah kena brainwash dengan hubby sendiri, especially bila hubby kata, "aik... beli barang-barang comel setakat nak letak dekat office je? Sayangnya... baik mama letak dekat rumah." Errr... ye ke? Alamak... Office? Rumah? Office? Rumah? Office? Rumah?

Papa... apa kata, kita beli semua barang ni lagi sekali dekat Kaison, boleh? Eh, hehehe...

Nak tengok apa yang beli? Jom!






Description / Keterangan gambar dari atas ke bawah :

1. Mouse Pad (RM3.90) dan Sticker Ribbon (RM1.90)
2. Craft Punch Set of Four (RM9.90)
3. Paper Pencil Box (RM4.50)

10 comments:

  1. Hahaha tetiba ada namaku di sini. Hihi. Bes bes yg plg bess ada patung helo kity bapak besau kat situ hahaha

    ReplyDelete
  2. comelnya mouse pad muka amoi tido tu.. kikii..

    ReplyDelete
  3. comelnye mouse pad tue hehehe....geram tgk

    ReplyDelete
  4. pitam tengok barang² cute n murah macam nie... nak hantar email dkt kaison mintak dia orang bukak cawangan dekat Jb....

    ReplyDelete
  5. kat mana pulak kedai kaison ni reena...hehehe...ari tu dah terjah Typo ...reena memang tauu!!!terpengaruh aiii

    ReplyDelete
  6. kat maa pulak kedai Kaison ni reena...ari tuh dah terjah Typo..huhu..tak tahan menegoknyerrr

    ReplyDelete
  7. org yg suka menda2 comel ni cute tau..
    mcm u jugak reena.

    ReplyDelete
  8. Comel gitu tak berebut ngan Kak Ngah ker? Apa kata usung bawak ke office, angkut bawak balik rumah. hahaha, sayang nak tinggal la.

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)