Blogger templates

Sep 9, 2016

KECOH PASAL SAFIEY ILIAS DAN UQASHA SENROSE

Wah-wah-wah dramatik sangat bunyi tajuknya kan? Terasa diri ini dah macam antara kipas-susah-mati (die-hard-fan) dorang pulak. Eh, mana ada... Tah-tah korang kot... Tihihi...

Please, jangan salah sangka please. Sebenarnya terus-terang cakap i ni jenis yang tak berapa nak ambil tahu pasal orang lain tak kiralah artis ke, dato' ke, atau orang-orang yang cukup popular ni. Kadang-kadang kawan rapat sendiri pun i tak sempat nak ambil tahu (ish-ish-ish... sedih betul kan?) Terambil tahu pun bila ada antara kawan i yang share dekat Facebook dan waktu tu pulak i ter'baca'. Bila dah ter'baca', hati pun merontalah nak tahu siapa dorang ni (dah, tak pasal-pasal i kena ambik tahu jugak... Hahaha!) Alhamdulilah, baguslah kan bila orang dah berubah ke arah kebaikan ni. Siapa yang tak suka. Betul tak?

Ikutkan sebelum ni pun, i pernah melalui fasa perubahan ni. Tak tahu nak cerita macam mana sebab waktu i ambil keputusan untuk berubah ni pun bukan atas dorongan keluarga, suami atau kawan-kawan tapi lebih kepada satu perasaan yang cukup kuat dalam hati yang i inginkan perubahan yang lebih baik dalam hidup. Bila ingat-ingat balik rasa istimewa sangat waktu pertama kali i nekad untuk berhijab. Apataknya sehari sebelumnya (Khamis) i jadi orang lain, keesokannya harinya (Jumaat) i bertukar jadi orang lain. Hehehe... Macam magic pulak rasa.

Ingat lagi waktu pagi Jumaat tu sebelum pergi kerja, i bagitahu suami yang i nak kenakan tudung. Suami tak berikan sebarang jawapan. Mengiyakan pun tidak, membantah pun tidak tapi dia buat muka blur takde perasaan (duhhh... Sabar jelahkan. Geram je rasa. Hahaha). Mungkin dia sendiri pun macam, percaya tak percaya je dengan penjelasan i. Maklumlah selama ni pun i tak pernah timbulkan cerita untuk berhijab ni. Dalam keadaan keterujaan pagi Jumaat tu, i tetap nekad teruskan niat dan takde terfikir langsung tentang kata-kata orang sekeliling ke. Alang-alang dah menyeluk pekasam kita bagi biar sampai pangkal lengan (ewah! Sambil gayakan skill lengan... Kehkehkeh). Sampai je kat pejabat i tahu ramai yang terkejut dan berikan respond positive. Alhamdulilah, terima kasih sebab buat i rasa dihargai.

Daripada berhijab nilah, i perlahan-lahan cuba perbaiki mana-mana kelemahan yang ada. Tak pernah rasa perfect pun sampai sekarang. Tak reti pun nak bagi komen ala-ala Ustajah mee segera ke (eh! Hehehe). Banyak lagi kot kekurangan yang ada. Tapi takpelah yang penting kita cuba. Paling-paling utama nak penuhkan solat 5 waktu.

Hmmm... Tak pasti samada perlu ke tak i nak ceritakan macam mana timbulnya niat nak berubah ni. Ish... takdelah korang... takde kaitan pun dengan dapat mimpi ke, terlekat kepala dekat sejadah ke (opsss), didatangi suara misteri ke (astaghfirullah) atau lain-lain lagi. Tapi ada satu perkara je yang selalu berlegar-legar dalam fikiran i - kematian - Siapa yang tak takut mati kan? Itulah yang jadi dorongan kuat untuk i berubah dan sediakan bekalan (walaupun tahu tak banyak mana pun lagi). Alhamdulilah, banyak perkara baik yang berlaku selepas perubahan yang i buat. Tak tahu nak cakap macam mana. Yang paling kuat i rasakan ialah jadi lebih tenang (lebih sikitlah sabariah berbanding dulu) dan selalu fokuskan diri untuk keluarga. Sebab i tahu, bila dah takde nanti, doa anak-anak dan ahli keluarga je yang akan sentiasa ada bersama i. Doa dari kawan-kawan belum tentu lagi (huhuhu...)

Dan kalau ingat balik tentang penerimaan keluarga i, keluarga mertua, suami dan kawan-kawan rapat yang mengenali i dari dulu sampai kini. Serius... rasa terharu sangat sebab selama ni Allah hadiahkan i, orang yang terbaik antara terbaik untuk berada disisi i. Tak kiralah macam mana sekalipun penampilan i, macam mana keras kepala nya i, macam mana lalainya i, mereka tak pernah mempersoalkan sekalipun mempersendakan diri i. Kasih sayang mereka, cukup untuk buat i bertambah kuat dan berubah jadi yang lebih-lebih-lebih baik lagi. Terima kasih ya Allah, besar sangat nikmat yang dikurniakanNya selama ni.

Jadi kalau yang berubah baik dan bertukar untuk kembali sebelum dia baik, entahlah i tak tahu nak bagi nasihat apa... Nak kata kurang kasih sayang. Mungkin taklah kot... Hehehe! So, apa kata try lah lempang diri laju-laju, lepas tu tanya dekat diri sendiri, aku ni nak enjoy sampai bila? Hiks! Okbye.



0 Say (s):

Post a Comment

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)