First time ni nak guna aplikasi dalam iPhone untuk update blog. Direct hokeh! Terasa sangat berteknologi gitu. Hahaha! Kalau dekat kampung atau tengah on the move, biasanya aplikasi macam ni i gunakan untuk edit mana-mana posting yang i rasa perlu atau bila dapat komen dari kawan-kawan yang kata ada ayat yang i taip macam terawang-awang, maksudnya tak sampai ke lubuk minda dorang. Haishhh! Yela-yela... Tak syok pulak kalau kita taip tapi orang yang baca tak paham apa yang kita nak explain.
Lagi tension bila kita dah bantu terangkan dengan jelas siap bersuluh HD, boleh pulak dia tanya lagi berkaitan posting kita. Contohnya, 'saya nak tahu boleh tak awak sediakan blablabla, tanyakan pada pihak blablabla, macam mana saya boleh dapatkan barang blablabla dan etc etc'. Waktu ni bukan setakat mak ko tukar colour jadi ijo, mak ko kuning, pink, purple semua keluar tau! Hahaha! Aduhh... Mak ko ni jugak bukan KAUNTER receptionist bergerak sayang oi! Menangis dalam gelak bila baca soalan-soalan korang yang diluar dari kapasiti daya 'membantu'. Sayang-sayang sekalian, nama pun blogger, dah tentulah i lebih kepada share pengalaman sendiri. Kalau nak tahu details kenalah tanya orang yang bersesuaian ye. Tak pun susah-susah, pakcik Google sedia je membantu korang dengan rela hati sebab dialah sebenarnya KAUNTER receptionist bergerak, bukan i... Kehkehkeh.
Ok, aplikasi yang i tengah gunakan sekarang ni ialah aplikasi Blogger (contoh tengok gambar bawah ni) dan lagi satu ialah aplikasi BlogPress. Kedua-duanya pada i sama je fungsi dan penggunaannya. Simple, easy and straight forward especially kalau korang just nak update macam i tengah buat sekarang ni.
Macam mana pun untuk handphone lain selain daripada iPhone bolehlah share dengan i ye, apa applikasi yang korang guna untuk update blog di henpon. Anyway enjoy blogging tak kira di mana pun korang berada. Tata-titi-tutu
Salam..waahhh kak Reena masih blogging..Follow blog kak reena dari zaman2 duduk u lagi dlm tahun 2007,2008..Hari ni saja buka2 blog..Dah bersawang pun blog kita 😂😂..
ReplyDeleteFarincess.blogspot.com
DeleteSalam awak... Hahaha! Dah bersawang dah pun... Ni pun kemas, sapu-sapu balik... Sayang pulak nak biarkan macam tu je sebab tiap-tiap tahun dok bayar domain... Tapi zaman blogging ni memang dah tak meriah macam dulu kan? Zaman tahun 2007, 2008 hihihi... Kalau dulu semangat lain macam je... Tak taip sehari tak sah... Anyway salam Aidiladha awak... Rindu dekat awak dan kengkawan blogger lain tau.
aah kak..tak berapa main dah blog..niat asyik nak update nya..tapi sampai ke sudah tak update2..kaaannn..rinduuu zaman2 blogging dulu..ada ja story...ni HTML pun dah ke laut..hehehee...Salam Maal Hijrah buat akak...
DeleteAkak pun sama wak! Pening kepala hari tu nak tambah satu lagi blogspot sebab banyak coding dah lupa. Adehhh... Sementara akak dah rajin update balik ni, jenguk-jenguklah akak selalu ye. Tihihi... Tq awak... Salam Maal Hijrah untuk awak jugak. Muah!
DeleteAssalam kak reena... Kita selalu stalk blogger akak dlu... Masa zaman blogger now dah tak aktif blogger... Seacrh cara2 rebus telur separuh masak.. And guess what terkeluar post kak reena.. Baca2 eh mcm knl kak reena online yg comey ni.. Lupa dah link blogger akak.. Akak ada facebook.. Nak add 😊
ReplyDeleteKita liyana mgkn akak dh lupa kot. Dlu selalu juga kita keep in touch sbb suka koleksi hello kitty 😍
Waalaikumsalam awak... mestilah ingat dekat awak... orang yang rajin tinggalkan komen dekat blog akak. Rasanya lama dulu kan tahun 2008-2009 gitu kan. Fb akak - Reena Onn awak search k, nanti add akak tau. Tq awak sebab sudi singgah blog akak lagi hehehe... Muah!
Delete