Blogger templates

Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Dec 4, 2012

Tesco-RHB Cards Supermarket Sweep

Seawal 7:00 pagi pada 5 Oktober 2012 (Jumaat) i dan hubby berkumpul untuk menyertai pertandingan / contest Tesco-RHB Cards Supermarket Sweep yang diadakan di Tesco Manjalara. Excited sangat nak join sampaikan i dan hubby sanggup ambil cuti pada hari tu. Hehehe... Sebenarnya yang terpilih untuk pertandingan ini ialah hubby i sebab dialah pengguna tegar kad kredit RHB. I pulak lebih suka pakai kad debit, kononnya perbelanjaan lebih terjamin (kihkihkih... bab hutang kita serahkan kepada suami sebab kalau isteri yang pegang bahaya!)

Lagipun setiap kali hubby gunakan kad kredit, i selalu remind dia untuk bayar terus. Kiranya kad kredit tu lebih berfungsi untuk tujuan kecemasan. Kalau untuk kegunaan biasa tu, tujuan guna hanya sebab nak collect point banyak-banyak. Yang penting habis guna, cepat-cepat cari RHB Cash Deposit untuk clear kan kredit kad. Ikutkan boleh je guna cash money untuk beli barang. Tapi kalau korang nak tahu, banyak kelebihan bila berbelanja dengan kad kredit RHB ni, point yang korang kumpul tu boleh bertukar jadi voucher Tesco (best kan?) So dari situ, kita orang dah jimat beli barang-barang rumah sebab pakai kupon je. Yang kelakar tu, kadang-kadang kita orang cuma belanja RM2.00 je beli barang dekat Tesco, selebihnya pakai voucher. Sampaikan orang yang beratur belakang kita orang pun buat muka pelik. Apataknya barang penuh satu troli, duit yang keluar RM2.00??!! Memang pelik. Hehehe... 

Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai kredit kad RHB. Korang klik sini ---> http://www.rhb.com.my/cards/credit-card/cc_main.html

Ok, berbalik pasal pertandingan yang kita orang sertai. Pertandingan ni memerlukan setiap peserta menghadiri dengan pasangan masing-masing (maksudnya berdua-duaan). Tak kiralah kawan ke, isteri ke, suami ke, adik-beradik ke, anak ke atau lain-lain. Memandangkan hubby i yang terpilih, mestilah isteri dia yang comel ni dibawanya (eceh... perasan! Hahaha...) Setiap peserta dikehendaki mendapatkan 5 barangan / items wajib yang tertulis pada kertas arahan yang berada di dalam sampul (alaa... lebih kurang macam pertandingan Amazing Race tu). Macam mana pun lepas dapatkan kesemua barangan wajib yang dikehendaki tu, korang boleh tambah barangan lain di dalam troli (kecuali barangan elektronik). Yang penting jumlah harga setiap barangan hendaklah tidak melebihi RM2,000.00. Kalau lebih dari RM2,000.00 automatik disqualified / terkeluar dari pertandingan ini.

Untuk setiap pasangan hanya satu troli sahaja yang diberikan. Tapi kalau nak tambah troli boleh jugak, cuma kena pastikan troli yang diberikan tu penuh dan di bawa ke bahagian cashier. Dan part yang paling mencabar, tugasan untuk mendapatkan barangan wajib serta barangan lain berharga kurang dari RM2,000.00 cuma boleh dilakukan dalam masa 5 minit. Apa 5 minit???!!! Iya kawan-kawan 5 minit je. Jadi, korang boleh bayangkan betapa struggle nya i dan hubby aturkan strategi untuk menang. Bertambah tension sebab kita orang ialah dalam kumpulan yang pertama. Nasib baiklah setiap pasangan diberikan seorang marshal untuk menjaga masa dan menemani kita orang. Lega, sekurang-kurangnya kalau tak tahu apa-apa i boleh refer terus dekat marshal i. Macam mana pun i rasa inilah pertandingan yang cukup happening dan meriah dengan kamera (kihkihkih... glamour sekejap dek non!) Paling best sebab dapat berkenalan dengan peserta-peserta dari Johor, Perak, Selangor dan Pulau Pinang.

Terima kasih untuk kawan-kawan Facebook dan Instagram yang sudi ucapkan good luck dekat kita orang waktu tu. Dan disebabkan doa korang, i dan hubby berjaya merangkul tempat ketiga (alhamdulilah... syukur). Setiap peserta yang memenangi tempat pertama hingga tiga, berjaya memenangi voucher dari Tesco dengan nilai yang berbeza, dapat tambahan point dan yang buat kita orang paling happy, semua barang-barang yang kita orang angkut dalam troli waktu pertandingan tu boleh bawa balik (hoorey!) Inilah antara moment manis yang i takkan lupakan. I harap RHB sudi-sudilah pilih hubby i lagi untuk pertandingan tahun depan ye? Hihihi...

Ok kawan-kawan, semua gambar dekat bawah diambil dengan iPhone 4. Nak heret DSLR Nikon D5100 memang tak berlarilah i jawabnya. Hehehe... Enjoy!

Peserta Group A2 Tesco-RHB Swipe & Sweep Contest 
Kusyuk dengar ucapan dari pihak RHB.

Sarapan dan makan tengah hari disediakan. Alhamdulilah... kenyang.
Hubby terpilih untuk Grand Finale. Muah!
Ready nak bawa lari troli. Eceh! Hehehe...
Nilah senarai barangan wajib yang kita orang kena dapatkan.
Pengacara majlis untuk Tesco-RHB Cards Supermarket Sweep. Comel kan?
Hubby berkongsi kemenangan dengan peserta dari Perak, pemegang kad debit. Akak dan husband dia ni memang sempoi!
Nilah marshal kita orang. Comel sangat!
Nilah rupa troli kita orang. Angkut jangan tak angkut. Hehehe...

p/s : Anyway semalam (3 Disember 2012) wedding anniversary i dan hubby yang ke 8 tahun. Alhamdulilah.

Feb 10, 2012

Hadiah Menang Contest

Alahai dah nak masuk 4 bulan sebenarnya i menang pertandingan / contest untuk Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu anjuran Tengku Puteri dan Puan Kutu sendiri dan juga contest Mari bercerita anjuran Jue & Hanie. Tapi sebab kesilapan dan kesibukan diri sendiri (busy body memanjang. Duhhh), i tak sempat nak buat entry pun bagitahu mengenai kejayaan i nih (macam menang award retis fofular lah pulak. Hehehe... perasan... perasan... perah santan). Yang paling hampeh, i boleh pulak tu terlupa nak collect hadiah i dekat Tengku Puteri (memang hampeh habis!).

Nak tengok pengumuman pemenang contest yang dicipta oleh Tengku Puteri & Puan Kutu, bolehlah review sini :




I dapat hadiah saguhati untuk contest Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu iaitu satu doodle single pilihan hati sendiri. Eee... i terasa best menang dapat doodle ni sebab memang i target pun nak dapat doodle (uikss... Boleh pulak gitu? Orang lain sibuk nak dapat hadiah barang, i sibuk nak dapat saguhati doodle je?! Hahaha...) Sebabnya, i teringin nak belajar buat doodle sendiri tapi kesibukan tangan dan badan i yang penuh aktiviti dekat tempat kerja dengan rumah. Entah bilalah i boleh practice dengan hati yang kusyuk dan aman damai. Baiklah sekarang jugak, i pergi terjah blog Tengku Puteri untuk tuntut hadiah. Harap-harap takdelah tempoh tamat (expired date) Haiyarkk...

Apa itu Doodle?
Dengar nama pun dah cute kan? Doodle ni ialah satu lukisan ringkas yang dilukis tanpa berikan sepenuh perhatian. Contohnya, lukisan yang lahir secara tidak sengaja melalui cakaran ringkas di buku nota tapi selalunya paling banyak terjadi dekat buku teks sekolah (hehehe... itu kerja saya kalau ngantuk ngadap cikgu dulu-dulu).

Nak tahu maksud sebenar. Boleh pergi sini ---> http://en.wikipedia.org/wiki/Doodle

Untuk pengumuman keputusan retis budget fofular bagi contest Mari Bercerita pulak, korang tengok review sini :



Ada award gitu

Cuba cari betul-betul mana nama i? I menang hadiah utama untuk kategori perempuan gitu (fewit! Macam tak percaya hokeh... Hehehe). Tak sangka pulak idea merepek i memang hebat (kihkihkih... Lain kali boleh cuba lagik contest merepek yang lain). Untuk pemenang hadiah utama bagi contest anjuran Jue & Hanie, bukanlah dapat rumah, kereta hatta iPad sekalipun (kata-kata ni i copy daripada blog dorang). Tapi i dapat satu entry khas (special entry) yang akan dicipta oleh mereka sebagai mempromosikan i dan blog i (eh?!) Hahaha... i suka aje. Janji menang.

Inilah entry khas yang bersusah-payah dibuat oleh Jue dan Hanie. Fuhh... i boleh nampak helaian rambut dan titisan peluh bergelumang waktu nak siapkan special entry untuk i ni. Terima kasih ye korang! Jasamu ku kenang.


Hot Mamanya lah sangat... Tihihi

Akhir kata, i bersyukur sangat atas kemenangan untuk dua contest yang i masuk untuk suka-suka. Selalunya bila i yang beriya-iya nak join tak pernah pulak nak menang (alhamdulilah... tulah rezeki kan?).  Jadi, untuk siapa-siapa yang nak join contest anjuran blogger. Insya-Allah korang pun boleh berjaya macam i. Yang penting kena redha dengan keputusan judges. Hehehe...


p/s : I pernah tengok / jumpa sorang blogger yang blog dia hanya untuk join semua contest dalam internet. Wahh... kagum betul i. Rajin dia ni (sorry, i lupa pulak nama blog link dia). Tapi serius, orang ni sememangnya wujud. Hehehe...

Oct 13, 2011

Mari Bercerita!

Yeaa, i join contest lagik (menangnya tak jugak. Haha). Tarikh tutup contest: 16hb Oktober 2011.
Comelkan header dekat atas ni. Pink pulak tu, warna kesukaan i (i likeee) hehe. Actually secara tetiba terjumpa link contest dekat blog Uchi, si kumbang yang rajin bebeno tinggalkan komen dan melawat blog i ni (mekasih dik oiii..) So, bila tengok gaya contestnya yang simple macam contest Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu yang i pernah join sebelum ni. Di mana korang hanya perlukan idea-idea merepek untuk menyedapkan cerita. So, mulalah terasa cam nak mencuba nasib. Dahlah tu tuan punya blog contest : Mari Bercerita iaitu JUE & HANIE pun sudi singgah ke sini tinggalkan komen, lagiklah buat i rasa bersemangat nak menceburkan diri ke contest dia orang ni. Syaratnya dalam setiap penceritaan yang korang nak buat kena selitkan unsur-unsur tajuk filem dekat bawah ni. Sebab i dah kering idea nak bercerita (pengsan nak karang), i belasah buat pantun je (boleh ye tuan blog Jue & Hanie *kelip mata comel*). So, terimalah pantun dari mak budak ni. Haha. Join contest macam bebudak remaja. Belasah!
Nasi Lemak 2.0. | Karipap Karipap Cinta | Congkak | Flat 3A | Al-Hijab | Buli | Libas | Bini Biniku Gangster | Cicakman | Adnan Sempit | KL Gengster | Gerak Khas The Movie | Hikayat Merong Mahawangsa | Geng : Pengembaraan Bermula | Jangan Pandang Belakang | Hantu Kak Limah Balik Rumah
Makan Nasi Lemak 2.0 bikin perut maju ke depan,
Dibedal bersama-sama dengan karipap-karipap cinta,
Majulah congkak demi masa depan,
Supaya Flat 3A jadi kebanggaan negara.

Siapa suruh kau pergi bukak Al-Hijab kau,
Sekarang membebel dekat aku asyik kena buli,
Sekali aku libas siku hitam kau, baru kau tau,
Tu belum panggil bini biniku Gangster join sekali.

Hensem sungguh si Cicakman bila melekat dekat dinding,
Tak pasal-pasal Adnan Sempit segan nak tengok cermin,
Tapi bila KL Gengster datang sergah, Cicakman dah terkencing-kencing,
Nak tak nak kena panggil Gerak Khas The Movie buat gaya ultraman.

Tak payah buat cerita Hikayat Merong Mahawangsa kaulah dekat situ,
Aku dah tau kau tu Geng: Pengembaraan Bermula,
Dah tau salah, jangan pandang belakang nak sorok muka tu,
Kang aku suruh Hantu Kak Limah Balik Rumah kau, baru padan muka.

-HABIS-

p/s: jadi mak budak kena enjoy selalu, baru nampak mak dengan anak macam sebaya. Hamboii.. Haha.

Oct 10, 2011

Contest: Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu

Ini adalah sticky note untuk memberi laluan kepada contest yang i join sehingga 17hb Okt 2011. Sila  turunkan cursor ke bahagian bawah entry ini untuk entry-entry terbaru ya. Mekacih!

Pada suatu masa dahulu, disebuah negara yang diberikan nama Negara Doodle, tinggallah seorang Raja dan Permaisuri bersama puteri mereka yang comel bernama Tengku Puteri dengan aman damainya.

Namun masa demi masa, tahun berganti tahun, menginjaknya usia Tengku Puteri menjadi 20 tahun. Tengku Puteri membesar menjadi seorang yang bergetah, rupawan dan jelita sehingga memukau sekalian alam . Lirikan tajam matanya yang menggoda umpama Ziana Zain, rambut mengerbang lurus bak Aishwarya Rai, mulut mungil tak kalah seperti Angelina Jolie, hidung mancung tercucuk bagaikan Jennifer Aniston dan body melentik 75 degree mengalahkan Paris Hilton. Menjadikan nama Tengku Puteri famous amous seantero dunia. Serba-serbi cukup perfect sehinggakan Negara Doodle yang dulunya tak terkenal, menjadi kecoh dek kemantapan body dan wajah Tengku Puteri

Mulalah nama Tengku Puteri mengambil tempat sebagai topik utama oleh makcik-makcik mesyuarat tingkap di laman-laman sembang mereka. Bahkan Facebook Tengku Puteri juga di LIKE hampir 2,900,765,733 orang . Ada yang nak jadi kakak angkatlah, adik angkatlah, isteri angkatlah dan segala macam angkat . Sampaikan pergerakan dan gambar-gambar Tengku Puteri juga turut menjadi mangsa kepada ruangan blog gossip dan disapu oleh blog-blog jualan sebagai tujuan pelaris . Dahla disapunya gambar Tengku Puteri sedikit share mahupun royalti langsung tak diberikan kepada Tengku Puteri (ish-ish-ish). Mentang-mentanglah Tengku Puteri anak Raja.

Meletupnya kisah kecantikan Tengku Puteri ini menyebabkan ramai jejaka-jejaka yang hidung mancung berdarah, pipi tersorong-sorong juga mengenepikan keadaan jerawat batu mereka untuk menyerahkan nasib mereka di'tackle' oleh Tuan Puteri . Dorongan kuat dari ibu bapa mereka yang berkeinginan bermenantukan Tengku Puteri menjadikan semangat mereka tak pernah luntur seperti clorox . Malah mereka sanggup beramai-ramai mendirikan rumah 'seting garden' dihadapan istana Tengku Puteri hanya untuk menunggu Tengku Puteri keluar ke shopping complex

Kehidupan Tuan Puteri kini tidak lagi aman. Pergerakan Tengku Puteri sering sahaja diintip oleh Papa Jahat a.k.a Paparazzi. Demi membendung gejala yang tidak sihat, Raja dan Permaisuri telah melarang Tengku Puteri daripada menghirup udara luar. Jika mahu sekalipun Tengku Puteri hanya dibenarkan menghirup kopi cap Power Root bagi menghilangkan rasa keboringan yang melanda.

Berita permasalahan dan kesedihan Tengku Puteri akhirnya sampai ke pendengaran Puan Kutu melalui burung Tweet-tweet . Puan Kutu berasa simpati dengan Tengku Puteri dan teringin membantu Tuan Puteri memandangkan selama ini beliau tidak pernah melepak di mana-mana kepala manusia. Mesti syok agaknya kan? Fikir hati kecik Puan Kutu yang memang sedia kecik. Yelah, bukan calang-calang kepala yang dia dapat lepak. Kepala Tengku Puteri tu! Selepas meminta keizinan dari Encik Kutu, maka Puan Kutu pun memulakan langkah perjalanan yang panjang yang memakan masa hampir 15 tahun 7 bulan 49 hari untuk tiba ke istana Tengku Puteri. Pelbagai onak, ranjau berduri dilalui oleh Puan Kutu sepanjang perjalanan menuju ke istana Tengku Puteri . Tetapi itu semua small matter je pada Puan Kutu. Mujurlah juga stok bekalan makanan tidak pernah putus sepanjang perjalanan yang dilaluinya itu. Puan Kutu juga tak perlu meminta-minta, ada sahaja insan yang sudi mendermakan darah sebelum Puan Kutu membuka mulut . Sebenarnya mereka lebih rela menderma darah mereka setitik dua daripada membiarkan Puan Kutu melepak di badan dan kepala mereka (haishh..)

Perjalanan Puan Kutu bukan setakat berhenti di sini sahaja. Apabila tiba di istana Tengku Puteri, Puan Kutu terpaksa mencari pula kedudukan Tengku Puteri di dalam istana. Bayangkanlah betapa besarnya istana Tengku Puteri sehingga Puan Kutu terpaksa menambah destinasi budget eh, perjalanannya menjadi 9 bulan lamanya. Akhirnya, berkat ketabahan dan kesabaran Puan Kutu berjaya menjumpai Tengku Puteri. Dari jauh Puan Kutu dapat melihat Tengku Puteri yang sedang meratap kesedihan  (alahai, kesian dia.) Kecantikan Tengku Puteri juga masih tak lapuk dek zaman walaupun dah 17 tahun berlalu. Perlahan-lahan Puan Kutu bertenggek di bahu Tengku Puteri. Alangkah terkejutnya Tengku Puteri kerana ada makhluk lain bersama-samanya di dalam kamar tidurnya. Hampir sahaja Tengku Puteri menjerit histeria. "Siapakah gerangan Tuan Hamba?" Tengku Puteri bertanyakan soalan. "Nama saya Puan Kutu, wahai Tengku Puteri." jawab Puan Kutu.

Setelah menceritakan maksud kedatangan dirinya ke istana bagi tujuan mengurangkan populariti Tengku Puteri . Tengku Puteri dengan senang hati menerima kehadiran Puan Kutu. Dalam pertemuan yang singkat itu mereka menjadi teman tapi mesra. Walaupun kemesraan sudah terjalin, Puan Kutu tak bagi chance langsung untuk negotiate syarat-syarat yang beliau ditetapkan (hamboi Puan Kutu ni, nak tolong pun bersyarat-syarat pulak tau. Nampak sangat tak ikhlas). Ada Empat syarat yang terpaksa Tengku Puteri patuhi untuk memastikan semuanya sukses. Iaitu pertama, Tengku Puteri hendaklah membenarkan Puan Kutu makan, minum, tidur, mandi, berak, cangkung atas kepalanya (euww). Kedua, tidak dibenarkan menggunakan sebarang jenis shampoo pada kepala Tengku Puteri. Ketiga, Tengku Puteri dilarang menggunakan sebarang jenis sikat even sebatang pen sekalipun untuk menyikat rambut ala-ala Aishwarya Rai nya itu walaupun gatal menusuk kelbu dan sanubari. Keempat, jangan pepandai Tengku Puteri mengikut trend-trend fesyen rambut terkini especially skin head . Tengku Puteri juga hendaklah memastikan rambutnya sentiasa dalam sukatan 5 meter panjang bagi memastikan keselesaan Puan Kutu bergolek-golek di atas kepala Tengku Puteri terjamin dan selesa. Sekiranya Tengku Puteri gagal menunaikan syarat-syarat yang dinyatakan oleh Puan Kutu, seluruh keturunan Tengku Puteri akan dijangkiti keturunan Puan Kutu selama-lamanya .

Mendengar permintaan yang simple itu, Tengku Puteri terus mengangguk-angguk setuju dengan pantasnya tanpa menoleh ke belakang lagik. Pada pemikiran Tengku Puteri setakat Puan Kutu nak lepak atas kepala, apalah sangatnya. Lagipun bukan orang boleh nampak pun Puan Kutu disebalik rambutnya yang ikal mayang itu. Yang penting kegiatan shopping beliau di KLCC dan The Garden dapat diaktifkan semula . Setelah bersetuju, Puan Kutu dengan senang hati melanding di atas kepala Tengku Puteri dan memulakan hari-hari indah bersama Tengku Puteri  (oh...).

Kini kehidupan Tengku Puteri kembali menjadi tenang dan normal seperti yang diidamkan. Jejaka-jejaka yang dulunya sanggup menunggunya dihadapan istana kini tiada lagi. Semua cabut lari semenjak Puan Kutu bermastautin di kepala Tengku Puteri . Ke mana sahaja Tengku Puteri pergi tiada siapa mengekori. Tiada siapa yang sanggup pandang sebelah mata, inikan pula bertentang mata . Dan tiada siapa pun yang nak berlaga bahu dengan Tengku Puteri. Semuanya get ready nyanyi lagu angkat kaki bila Tengku Puteri berada di situ   Blog-blog dan laman sosial pula, tidak lagi memaparkan Tengku Puteri yang cantik jelita tetapi gambar seorang Puteri yang dah sipi-sipi macam nenek kebayan (50 tahun lebih tua dari umur sebenar yang dirahsiakan). Ditambah dengan aroma bau perfume semula jadi dari kepala Tengku Puteri (lebih sikit dari bau kambing) menyebabkan Tengku Puteri mempunyai pakej lengkap bagi memastikan sesiapa yang berada pada jarak 10 meter dengan dirinya mengalami muntah hijau .

Demi menjaga sebuah persahabatan dan ikatan perjanjian di antara Puan Kutu dan Tengku Puteri. Maka Tengku Puteri dan Puan Kutu menjadi BFF selama-lamanya . Mereka gemar menghabiskan masa shopping, berFacebook, mandi water park dan bergambar bersama-sama. "Friendship never dies!" Kata, Tengku Puteri bila disoal oleh wartawan Melodi, kenapa beliau memilih Puan Kutu berbanding kehidupan gila glamour sebelum ini.

The end.
Contest ini adalah anjuran  Tengku Puteri & Puan kutu dan hadiah utama di taja oleh tetikusrusak.net


p/s: Dah lama tak join contest dan merepek camgini. Suka contest ni sebab lain dari yang lain. Hehe. So, kengkawan , jom join reramai. Detail contest sila click dekat sidebar i k.

Dec 19, 2009

Black & White Photo Contest



Tantekkan gambar pic kaki kat atas nih...
*nanti ingat nak amek pic kaki bebudak kecik kat umah aku nihla.... haha... kompom kiut...*

Tuan rumah kepada pic kaki kat atas nih... buat contest gambo hitam & putih...
So, tetiba aku terase cam besh plak nak join....
sebab... dianye contest simple ler bebeno....
cume attach gambar sendiri yang berkaler hitam putih..
*bukan conteng muke anda untuk jadi hitam putih k... ahaks...*
Moh... ler kite join ramai-ramai... 
*sape nak join click kat pic kaki atas nuh yek... jangan plak korang click muke haku... hahaha*

so, silalah adili pic saya ini yek wahai tuan penganjur...
 




Nov 24, 2009

Baby in Romper Contest



Walopun last minute terjumpe contest nih...
aku harap tuan tanah untuk blog http://aslindaa.blogspot.com/ dan http://3ascollections.blogspot.com/ sudila menerima penyertaan aku yek...
Manela tau ade rezeki untuk Ariana tombam nih... hihi...

~ Sedikit info pasal doterku ~

Name : Ariana
D.O.B : 29.07.2008
Age : 1 Year

p/s : Pic gegar sebab Ariana dok bawak lari Crocheted Hello Kitty yang aku tengah dok siapkan tuh... duhh..


Nov 19, 2009

Vogue Pregnant Mummy Give Away


Jenjalan dekat blog mamaelly tadi, ternampak ler dia dok join kontes pasal vogue pregnant mummy nih.
Penganjur dia ialah cik puan Notti Netti.
Wahhh... tetiba hati gatai ku teringin plak nak join sekaki... maklumla aku pon dah lame tak try join kontes-kontes cam gini.
Wish me luck k... everybody...

Memandangkan term & condition dia sempoiii ler sesangat & yang penting mesti nampak VOGUE walopun dialam uwek-uwek gitu...
Maka, gigihla aku menggodek-godek external hard disk hubby aku carik pic peknen yang konon-konon paling vogue pada pandangan mata aku. Yezza... akhirnye jumpe jugak...
Fuh.. fuh... bangga giler aku.. ahaks...

So, untuk makluman cik puan Notti Netti..
Nama aku Reena Onn... tapi sebenarnya takde kena mengena dengan Linda Onn k...
Walopun kita orang nih same-same kurus *eceh... perasan...ahaks*
Sekarang nih aku tengah dok pantang anak no. 3... still dalam proses slim-melimkan body gitu.
Waktu pic nih diamek aku tengah dok preggiekan Danish 5 bulan *my 1st baby*. Tapi sekarang nih Danish dah pon masuk umo 3 tahun dah.
Kalo korang perasan muke aku kat pic nih nampak pucat sket sebab
aku baru je tamat proses uwek-uwek, baru je ade selera nak makan macam biase balik dan baru je ade mood nak melaram-laram.
Mesti ade yang kompiuskan... kenapela aku malaram tak hingat time nih...
Haha... sebenarnye ade invitation open house oleh big boss aku dekat Shang Ri La Hotel, Putrajaya.
Nak pakai baju kebaya, kompomla dah takde shape...
Tah cane yang ade cume baju dress nih je...ikutkan dress nih sepatutnye aku pakai waktu nikah
tapi tak menjadi gara-gara pak andam aku kate
"Sexy sangat ko nanti depan Tok Kadi"
So, seb baekla dress nih aku buat jenis loose...
Dan penyut aku pon still chumey lagik...
Tuh yang jadinya aku...
pompuan peknen yang paling vogue kat majlis open house tuh....haha...
dasat... dasat...

Jan 18, 2009

my-alia.com contest....

Intai-intai blog mummy alia arini, skali trus ternampak my-alia.com contest.
Tetiba hati aku terus berkata : Nak join... boley?? hehe
Dun worry k, kengkawan semua...
Contest nih terbuka untuk semua orang... *bukan tuk' aku sorang-ahaks!*
So, sesape yang nak join tuh, bleylah... melawat blog mummy alia yang kiut-miut nih.
Kalo menang bleh dapat prezen tau...
Taknak torai ke??... hehe...

Ekceli... aku kenal dengan mummy alia through saujanautama.net...
Maklumla kita orang nih neighbour setaman....
Tapi tak penah pon jumpe *ahaks*...
Blog my-alia.com nih kalo korang nak tau mostly semuanya cite pasal alia yang kiut-miut nih tau...
Dari alia kecik sampailah sekarang nih...
Besh kan..??
Kiranya nanti alia dah beso, mesti dia rase cam terharu sangat bile tau camne sayangnya mummy dia kat dia slame nih...
Owhhh...
Kalo sesape nak kenal dengan alia... inilah alia...
*ihik* pic nih telah dirembat oleh aunty... sowiii mummy alia...
Tengok... alia dah kena kiss dengan aunty...

Okiela story pasal contest nih...
Standardla kan.. dah name pon contest, kenala mematuhi undang-undang yang ditetapkan...
Undang-undangnye, kena ketuk ketampi 100 kali...
Eh.. bukan.. bukan.. hehe... tuh undang-undang aku buat...
Haha... nampak sangat tak nak bagi orang lain menang nih...

Okie.. okie.. nih real punye undang-undang :

1. Write an entry (in your blog) about this contest.. Use your creativity!
~ ohoo... dah siap dah... nilah entry spesel untuk my-alia.com contest.

2. Tell us what that you like about my-alia.com (it could be the posts, the widgets.. anything!)

~ ehemmm... suke tengok gelagat baby alia... same kiut macam aunty... oppss..
~ suke jaga tepi kain nak tau ape yang baby alia buat hari-hari...
~ kalo baby alia suke, aunty pon suke... kalo alia sakit atau sedey... aunty pon sedey... uhhh... sensitip btol aunty nih kan?...
~ kekiranya aunty suke baca semua post yang mummy alia tulih pasal alia lah... thanks mummy alia!

3. Tell us what you don't like about my-alia.com and how to improve our blog!

~ takde ape pon yang tak suke... suke... suke.. aje... *haih.. bape banyak suke da...*

4. Tell us what you'd like me to write in my-alia.com in the future!

~ emmm... apa saja pasal alia in the future... of-course kite baca yang... dan yang penting mummy alia hepi berbloggin'....