Blogger templates

Showing posts with label IKEA. Show all posts
Showing posts with label IKEA. Show all posts

Apr 14, 2013

Everyday is a Blessing - Setiap Hari Adalah Rahmat #5









Sebelum tu nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Ameris sebab sudi jemput i ke majlis Aqiqah anaknya. Alahai terharu tau, macih awak... tapi sedihnya kita tak berkesempatan nak pergi rumah awak (sorry tau). Harap majlis awak berjalan dengan lancar dan kiss-kiss sikit dekat budak comel lote tu ye. Next time, kalau ada jodoh boleh kita jumpa face to face (ewah! Hehehe).


Aktiviti i pada hujung minggu ni :

1. Minggu ni selain sibuk dengan rutin harian, i temankan kawan baik i, SuteraMaya pergi cari langsir baru di Ikea. I dah macam penasihat Ikea dah ni (Ikea tak sudi nak hire i ke? Hahaha).

2. Anak-anak i bergembira sakan sebab dapat jumpa geng baru. Mula-mula malu-malu kucing. Lepas tu Ikea dah macam 'rumah' sendiri dah. Habis kertas Ikea dorang kerjakan buat kapal terbang. Tukang buat kapal terbang ialah mama (huwa! Mama tak bersalah).

3. Hubby ambil gambar bukti tumbuhnya jerawat cute dekat muka i (kahkahkah).

4. Ada banyak items baru yang muncul dekat Ikea. Suka sangat sebab ada banyak warna yang menarik. Tak sukanya bila i kena buat pilihan mana satu warna yang i nak beli (duhhh...)

5. Q-dees Kak Ngah adakan hari Parent-Teacher's Day tapi papa je sorang yang dapat attend. Alhamdulilah daripada cerita papa, teacher bagi respond yang cukup baik pasal perkembangan Kak Ngah (sejuk hati mama dengar). I know you are doing well dear.

6. Ingat lagi tak kisah kaktus yang i ceritakan dekat entry ni ---> http://www.reenaonline.com/2013/04/pokok-kaktus-cactus-1.html? Best nya... salah satu dari kaktus yang i beli dekat Cameron Highlands ni dah keluar bunga (yeay!)

So, macam mana pulak korang habiskan cuti hujung minggu (Sabtu dan Ahad) korang baru-baru ni? Mesti sibuk settle kan macam-macam urusan kan? Apa pun yang korang buat. I doakan korang semua happy-happy selalu.

Thanks for reading and your comments.


p/s : Minggu ni tak sempat nak hadap Macbook lama-lama. Abang Long dah banyak homework yang nak kena pantau. Macam mana pun i cuba curi-curi masa singgah jenguk korang pulak k.

Oct 20, 2012

Smales Ikea Malaysia

Dekat entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/smaland-ikea-malaysia.html, i dah pernah bercerita mengenai keseronokan taman permainan di Ikea yang dikenali sebagai Ikea Småland. Macam mana pun untuk entry kali ini, i nak ceritakan bagaimana caranya untuk korang eh, anak-anak korang yang berumur antara 4 hingga 10 tahun (alooo... anak i yang kecil tak cukup umur lagi) mendaftar untuk jadi salah seorang warganegara Småland dan menyertai Sara (eh, siapa pulak si Sara ni?) di dalam Hutan Ajaib Småland (huhuhu! Apesal orang tua tak boleh join ni. Arghhh, tension la...)

SIAPAKAH SARA?

Kalau korang nak tahu, Sara ialah maharatu yang bertakhta dalam Hutan Ajaib Småland (hah... jangan main-main korang). Dia merupakan penjaga Hutan Ajaib Småland dan memang cukup pantang dengan orang yang tak suka pelihara pokok (eee... takut tak? Takut tak?) Umur Sara telah melebihi seribu tahun (dah tua dah rupanya Sara ni. Aik, tapi kenapa dia elok-elok je boleh tinggal dekat Hutan Ajaib Småland? "Orang tua lain" tak boleh pulak masuk sini. Marah i tau. Hehehe). Walau macam mana pun korang jangan risau, Sara ni lemah lembut orangnya, baik hati, bertimbang rasa dan suka membantu orang (macam ye-ye je Sara ni kan?). Untuk korang yang nak berkenalan dengan Sara lebih lanjut, bolehlah picit sini ya (manalah tahu berkenan buat bini ke? Eh! Hehehe) ---> http://www.smales.com.my/bm/about/sara.asp.

BAGAIMANA CARANYA MENDAFTAR SEBAGAI WARGANEGARA SMALAND?

Senang je sebenarnya. Pendaftaran hendaklah dilakukan di Bug House, Tingkat Bawah, Ikea Damansara. Pertama sekali, anak korang mestilah berumur di antara 4 hingga 10 tahun (untunglah, jadi budak kecik. Aik, nada cemburu nampak? Hahaha). Pastikan semasa pendaftaran tu, korang bawakan sekali sijil kelahiran atau MyKid. Masukkan butir-butir peribadi anak korang di Smales Shroom (tak kenal apa itu Smales Shroom boleh tengok gambar i dekat bawah ok?). Kemudian, gambar anak korang akan diambil oleh petugas Bug House untuk dimasukkan ke dalam passport. Selesai pendaftaran korang pergi ke Small Shroom sekali lagi untuk dapatkan pelekat / sticker kecil berwarna kuning untuk dilekatkan pada buku passport. Yeay, Siap dah! Dan yang bestnya pendaftaran ini adalah PERCUMA. Untuk sesiapa yang mendaftar sebelum 30 September 2012, korang akan terima satu landyard percuma.
Untuk keterangan lanjut, korang boleh dapatkan dekat sini ---> http://www.smales.com.my/bm/about/rights-of-a-smale.asp


Jom tengok gambar anak-anak i yang happy jadi Prince dan Princess Småles (rakyat Småland dikenali dengan nama Småles. Haihh... dah macam Smurf pulak. Hahaha!)



Kisah Småland / Story of Småland
"Oh... macam ni cara nak mendaftar rupanya", kata Kakak kepada Adik.
Budak kecik yang tak sabar nak tambah warganegara. Rupa-rupanya tak cukup umur. Huhuhu...

Inilah Small Shroom / Mesin kupon. Daftar jom!
Yeay! Passport dah siap.
Saya sekarang warganegara Småland. Awak macam mana?
Passport Småland dan landyard kami. Hoorey!!

p/s : Untunglah budak-budak sekarangkan? Hehehe...

Sep 22, 2012

Giveaway from Reenaonline 2012


Rasanya sepanjang berblogging dari tahun 2008 lagik, dah lama sangat i tak buat sebarang Giveaway untuk kawan-kawan i yang rajin singgah ke sini kan? (ish-ish-ish). First time, dulu i pernah anjurkan Giveaway untuk 2 Top Pengomen (Commentator). Pemenangnya ialah Sis Rasp dan Cik Manis (weee... seronoknya dorang!) Dan untuk kali ni, ehemmm... kita tengok siapa yang kena! (jeng-jeng-jeng).

Untuk segmen Giveaway i kali ni simple sangat-sangat. Hadiahnya pun simple jugak iaitu 2 buah Katalog Ikea 2013 kesayangan i (rasanya korang pun tahu kan? I ni peminat tegar Ikea. Hehehe... Nak baca apa yang menarik mengenai 2013 Ikea Catalogue / Katalog Ikea 2013 ni, korang klik sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/09/2013-ikea-catalogue-katalog-ikea-2013.html). Lepas tu, tak perlulah korang jenguk blog i hari-hari pun takpe (tapi kalau nak jenguk jugak, i pun suka je. Kehkehkeh). Cuma ada sikit kerja sekolah yang korang kena buat untuk join Giveaway ni (bolehkan?)

Syarat-syaratnya ialah :-

1. Terbuka kepada semua blogger.
2. Buat satu entry baru bertajuk "Giveaway from Reenaonline".
2. Salin / Copy gambar di atas ini tanpa menukarkan unsur-unsur asal seperti nama fail gambar ini dan saiz gambar ini serta tepekkan / paste pada entry yang korang buat tadi.
3. Kemudian, jangan lupa letakkan sekali entry link ini dekat entry korang tu.
4. Ceritalah sikit (sikit je tak payah panjang-lebar pun. Hehehe) Kenapa korang nak join Giveaway ni? Contohnya sebab nak hadiahkan katalog ni dekat mak korang ke, nak cuba nasib ke, sebab suka-suka ke atau korang memang suka baca blog i ke (unsur-unsur ampu pun i redha aje. Hahaha!) Maklumlah, i pun nak jugak berkenalan dengan korang.
5. Dah siap, letakkan link entry kerja sekolah korang ni dekat bahagian komen di bawah, nanti senang cikgu besar nak datang singgah.
6. Pemenang untuk Giveaway ini ialah dua orang dan i akan gunakan jasa baik Random Number Generator untuk membantu i buat pilihan. Maksudnya siapa pun berpeluang untuk menang bergantung dari segi luck / tuah korang (yeay!!)

7. TARIKH TUTUP PENYERTAAN IALAH 22 OKTOBER 2012

Akhir kata, terima kasih untuk yang sudi join dan memeriahkan blog i. Good luck semua!!

Sep 18, 2012

2013 Ikea Catalogue / Katalog Ikea 2013

Sebagai antara berjuta peminat susah mati / die hard fan Ikea diseluruh dunia, I mestilah teruja nak tengok apa koleksi terbaru yang akan muncul dalam 2013 Ikea Catalogue / Katalog Ikea 2013. Sepanjang bulan Julai 2012 ini, Ikea dah mewar-warkan mengenai kemunculan sesuatu yang besar di gedung mereka. Eee... tak sabarnya nak tahu apa benda yang hebat dan besar sangat yang akan muncul di Ikea nanti? Katil Ultraman ke? Atau Kerusi Raksasa ke? (ok, serius tak lawak!)

So, setiap hari, i menghitung detik-detik yang berlalu sambil mengharapkan seseorang gantungkan Katalog Ikea 2013 yang baru depan pagar rumah i (hahaha... macam tunggu Santa Claus Ikea pulakkan?) Hah... kalau korang nak tahu, nilah kelebihannya kalau duduk area / kawasan Lembah Klang (macam mana pun untuk sesiapa yang duduk Lembah Klang tapi tak terima Katalog Ikea 2013 errr... tu i tak pasti kenapa. Mungkin Santa Claus Ikea tak larat nak jalan jauh-jauh kot. Hehehe...). Seronoknya i tak perlu rebut-rebut nak ke Ikea untuk dapatkan Katalog Ikea yang terbaru, Katalog Ikea yang datang sendiri ke rumah i (ecehhh... eksyen la tu. Hehehe).

Untuk pengetahuan korang, tepat tarikh 9 September 2013, Ikea Malaysia dah mula mengedarkan katalog barunya. Jadi untuk korang yang pergi ke Ikea dan nak dapatkan sendiri Katalog Ikea 2013, cepat-cepatlah berlari ke bahagian Customer Service / Pusat Khidmat Pelanggan Ikea sebelum kehabisan stok. Katalog Ikea 2013 mengandungi 328 muka surat berwarna-warni dan disertakan dengan aplikasi menarik untuk smart phone. Di mana korang boleh unlock pada bahagian tertentu muka surat Katalog Ikea ni untuk dapatkan extra content / kandungan tambahan. Seronokkan? Cuma i perasan saiznya dah dikecilkan sikit berbanding dulu.

Bagi pengguna Android dan iOS (iPhone / iPad) pula, korang boleh muat turun / install secara terus Ikea Catalogue Application melalui aplication store masing-masing. Lepas ni dalam bas ke, kereta ke, atau sambil berjalan-jalan ke rumah jiran tetangga ke, korang tetap boleh belek Katalog Ikea di mana-mana sahaja (walaweh!) Sambil-sambil tu show-off la barang-barang Ikea yang baru dekat kawan-kawan korang yang lain.

Manakala untuk korang yang belum berpeluang dapatkan Katalog Ikea 2013 dan juga tak boleh nak muat turun aplikasi Katalog Ikea, korang janganlah sedih-sedih ye. Apa kata korang melawat terus ke laman web / website Ikea ---> http://www.ikea.com/my/en/. Malah pelbagai info menarik juga akan korang perolehi dekat situ tau (hah... dah tak sedih lagikkan?) Lepas tu korang duduklah termenung sorang-sorang sambil membayangkan rumah korang dipenuhi dengan barang-barang Ikea (eh-eh... macam i je ni).

Kepada kawan-kawan instagram i, mesti korang dah tengok gambar produk terbaru Ikea yang i letakkan dekat bawah ni kan? Kalau korang nak tahu kesemua produk baru / new product ni diberi nama IKEA PS 2012. Dan dalam banyak-banyak produk IKEA PS 2012, i paling berkenan dengan glass-door cabinet yang pintunya bentuk frame gambar tu. Tapi sayangnya harga glass-door cabinet ni buat i fikir 5 juta kali nak membelinya (duhhh... nampak gayanya, lamalah i nak kena menabung). Apa yang menarik dan tertarik untuk produk IKEA PS 2012 ni ialah ciri-ciri multi-function, save space (jimat ruang) dan kreativitinya (satu barang tapi boleh buat macam-macam). Jadi, untuk sesiapa yang berkemampuan bolehlah korang rembat cepat-cepat mana-mana produk IKEA PS 2012. I nak tunggu sampai Ikea turunkan harga boleh? Hehehe...

Taraa!!! Katalog Ikea 2013


NEW IKEA PS 2012 COLLECTION

Bench with shoe storage RM149.00 / setiap satu
Chest of 5 drawers RM1,199.00 (Bahagian bawah yang pintu besar tu)
Glass-door cabinet RM1,499.00
Plant stand with 3 plant pots RM129.00

p/s : Ikeaku, Rumahku (slogan tak boleh blah! Hahaha).

Aug 8, 2012

Ikea Textile Campaign / Kempen Tekstil Ikea

Yeay-yeay minggu depan raya. Apa?!! Minggu depan dah raya? Bukan lagi dua minggu ke? *Cepat-cepat check kalendar* A'ah la korang hari Ahad minggu depan kan dah raya. Kiranya minggu depanlah kan? Alahai macam mana ni? Dahlah persiapan baju raya untuk i, hubby dan anak-anak pun tak siap lagi. Huhuhu... Susah-susah i beli kain dekat Ikea terus jahit sendiri buat baju raya. Kain dekat Ikea pun kebanyakannya cantik-cantik coraknya. Tapi ish... peliklah pulak. Apa tak nya, nanti kalau pergi beraya rumah orang, tak pasal-pasal baju raya kita orang sama pulak dengan langsir dorang. Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka. Hahaha...

Macam mana pun, kalau korang nak tahu bermula dari 26 Julai hingga 26 Ogos 2012 ini, Ikea sekarang mengadakan Kempen Tekstil / Textile Campaign yang mengetengahkan tema / slogan Little Fabric Big Difference atau dalam bahasa melayunya ialah Sedikit Fabrik Banyak Kelainan. Apa maksudnya tu? Maksudnya korang boleh cipta suatu kelainan pada ruang dalam rumah, barang atau apa sahaja dengan hanya membuat sedikit perubahan / penambahan melalui penggunaan fabrik. I rasa kempen yang dilakukan oleh Ikea ini bertepatan dengan kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi. Yelah, inilah masanya korang boleh cantikkan rumah melalui pelbagai pilihan fabrik yang ada dekat Ikea. Yang menariknya sepanjang kempen ini diadakan korang juga berpeluang menikmati ganjaran 15% diskaun untuk servis / perkhidmatan jahitan di Ikea apabila korang membeli fabrik Ikea. Wah, bestnya kan? Nak buat sarung kerusi baru best. Nak buat alas meja makan baru best. Nak buat pot holder pun best. Eee... Semuanya best lah! Hehehe.

Jadi bersempena dengan Kempen Tekstil Ikea, i nak tunjukkan korang "wajah terbaru" ruang makan / dining area rumah i melalui pelbagai penggunaan tekstil Ikea (nak tengok keadaan ruang makan i sebelum ni, korang klik sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/interior-ruang-makan-dining-area.html). Ruang makan i yang simple dulunya, tiba-tiba nampak ceria dan colorful gitu. Kata hubby i, macam ni punya gaya, kalau kita panggil kawan-kawan datang rumah beraya, silap-silap dorang tak nak balik pulak. Hahaha. Takpelah kan, bila kawan-kawan happy, tuan rumah lagik double happy jadinya. I harap idea hiasan ruang makan i ni menjadi inspirasi untuk korang semua. Barulah semangat nak sambut raya kan? Hehehe... Nak dapatkan lebih semangat / inspirasi melalui pelbagai pilihan tekstil di Ikea, korang picit link ni ok ---> http://www.ikea.com/my/en/catalog/categories/departments/Textiles/.












p/s : selamat menghias rumah kawan-kawan. Jom Ikea. Hehehe



Aug 5, 2012

Langsir Bidai / Blind Curtain

Setiap tahun sepanjang bulan puasa ialah merupakan hari-hari yang penuh kesibukan. I rasa bukan i sorang je yang akan cakap macam ni kot. Setiap orang pun mesti berfikiran sama dengan i. Untuk yang berniaga, nilah masanya mengerah tenaga untuk dapatkan keuntungan. Macam i yang bukan peniaga ni (tapi kerja mengadap komputer dekat pejabat) kerah tenaga cantikkan rumah, testing buat kuih atau masakan baru dengan shopping je kot (keh-keh-keh.... kemainkan?). Yang seronoknya, di mana pun kita atau siapa pun kita. Semua orang excited nak sambut hari raya. Mungkin kemeriahan hari raya tu dah kurang sikit dengan bunyi-bunyi mercun dan bunga api. Tapi nilah masanya kita mengeratkan silaturrahim, bermaaf-maafan, sedekah duit raya, jalan-jalan pergi open house / rumah terbuka dan makan makanan yang best-best. Mana ada hari lain yang seronok macam ni. Hari rayalah satu-satunya hari kita lupakan segala masalah. Betul tak? Bila cakap macam ni, serta-merta perasaan excited semakin bergelora gitu (eceh!)

Kalau korang nak tahu, projek raya tahun ni, tak banyak perubahan pada dekorasi rumah yang akan i buat. Lebih kepada spring cleaning menghalau segala habuk yang bermastautin, buang mana-mana permainan (dekat playing area) anak-anak i yang dah rosak, derma baju-baju lama yang ada (untuk bagi ruang kepada baju-baju baru. Eh! Hehehe), set-up untuk family area yang jarang digunakan, mengecat dining area / tempat makan (hah... yang ni nanti i cerita) dan macam tajuk entry dekat atas, i tukarkan langsir / curtain lama kepada blind / bidai untuk semua ruang bilik (akan datang mungkin melibatkan semua kawasan / area rumah kot). Eh-eh, peliknya... orang lain sibuk tukar pattern / corak langsir, i pulak terus tukar jadi blind / bidai kan? Hehehe... pelik ke? Ish, tak peliklah.

Sebenarnya, banyak kelebihan bila kita menggunakan blind / bidai tau kawan-kawan. Salah satunya, mesti korang dah nampak dari segi faktor nak mencuci curtain / langsir. Ianya dapat dikurangkan berganda-ganda tau. Apa taknya sekali pasang langsir sampai dua layer (paling hebat, tiga layer. Hehehe). Manalah tak banyak kerja-kerja mencuci kena buat. Dari segi pencahayaan dalam rumah pun jadi lebih terang. Maklumlah rumah-rumah dekat Malaysia ni mana ada banyak tingkap sangat. Kalau ada tingkap, confirm tak besar mana pun saiznya (kecualilah kalau memang duduk rumah sebuah-sebuah. Keliling rumah semua ada tingkap). Even hari siang pun ada ruang-ruang tertentu atau bilik yang kita kena buka lampu (haishhh... bertambah kos elektrik).

Lepas tu, bila cahaya dapat masuk banyak, automatik ruang bilik tersebut akan nampak luas. Tekstur blind / bidai yang tegak (lebih simple) dan takde berliku-liku macam curtain / langsir (yang nampak berat dan besar) juga antara penyebab menjadikan ruang lebih luas. Rumah pun jadi lebih sejuk sebab angin dapat masuk tanpa gangguan dari curtain / langsir yang menghalang. Hah... kan seronok bila rumah nampak lebih luas dan sejuk. Takdelah nampak serabut dan hot je memanjang. Hehehe... Lagipun kalau korang nak tukar dekorasi rumah (maklumlah hari-hari tengok pattern bidai yang sama pun boring jugak) dan tambah langsir di hadapan bidai pun tak jadi masalah. Ikutkan banyak idea yang korang boleh buat walaupun hanya menggunakan blind / bidai ni. Tak semestinya biarkan ianya statik macam tu (jeng-jeng-jeng, tiba-tiba dalam kepala i ada muncul mentol. Hehehe...)

Di bawah ni antara gambar-gambar roller blind yang diletakkan dalam rumah i. Dua antaranya adalah dari jenama Ikea (hehehe... semestinyalah kan. Especially untuk yang warna kelabu dan warna biru). Nak tengok harga dan corak blind / bidai yang menarik dekat Ikea, korang klik dekat sini ---> http://www.ikea.com/my/en/catalog/categories/departments/living_room/10654/. Dan yang lagi satu pulak dari jenama Felton (warna putih) - sorry, i tak ingat harga.

Sebelum proses pemasangan roller blind. Clearkan mana-mana patut.
Detail instruction / arahan lengkap untuk memasang roller blind Ikea. Senang je kan?
TUPPLUR Roller Blind dari Ikea (warna kelabu)
Dah siap, tapi melengkung lagi sebab baru keluar dari gulungan kan. 
Yang ni warna biru. Rasanya Ikea dah tak keluarkan lagi untuk warna ni. Dah lama beli tapi baru pasang sekarang. 
Ini dari jenama Felton (warna putih).

p/s : Selamat menghias rumah kawan-kawan.

Jul 22, 2012

Ikea Malaysia Sale July 2012 / Jualan Murah Ikea Julai 2012

Assalamualaikum. Korang apa khabar? Sihat tak semua? Sempat tak pergi shopping dekat Ikea sempena jualan murah / sale pada 5 hingga 22 Julai 2012? <--- soalan wajib ni. Keh-keh-keh. (Hamboi... bulan-bulan puasa pun gagah aje, kalau ada perkataan sale dekat mana-mana gitu kan? Hehehe). Hari ni hari terakhir Ikea buat sales, so kalau tak sempat shopping lagik tu, boleh lah kejap lagi terjah pergi Ikea. Lepas tu buka puasa dekat sana. Best wooo... Ikea buat buffet promotion price (harga promosi buffet) untuk 21 dan 22 Julai 2012. Harga untuk Dewasa cuma RM19.90 je (harga biasa RM39.90). Manakala untuk Kanak-kanak ialah RM9.90 (harga biasa RM19.90). Murah kan? I sempat merasa berbuka puasa dekat Ikea lama dulu (tak ingat dah, tahun berapa waktu tu). Sekarang ni, semenjak ada anak-anak comel ni, i lebih suka buka puasa dekat rumah. Walaupun penat mengemas tapi seronok bila tengok anak-anak 'kecoh' waktu buka puasa (gaya dorang excited, ngalahkan orang yang berpuasa sehari pulak. Hahaha).

Dalam sibuk-sibuk pergi outstation bagai awal bulan Julai ni (dan antara sebab utama i hilang sekejap dekat dunia blog ni). I memang dah simpan satu hari untuk pergi Ikea Sale ni. Terasa rugi, kalau tak pergi sini walaupun sekadar cuci-cuci mata. Lagipun apa yang menarik pasal barangan Ikea ni, setiap satu barangnya mempunyai fungsi multi-purpose. Maksud i, walaupun barangan tu tujuannya sebagai bakul sampah. Korang boleh bertindak kreatif tukarkan jadi tempat simpan barang ke, jadi stool ke atau lain-lain lagi. Best kan? Nak tengok contoh? Boleh selak entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/idea-dan-inspirasi-ikea.html.

Lagi satu, kalau korang nak tahu. Bila Ikea buat sale / jualan murah. Harga yang ditawarkan memang betul-betul murah tau. Memang penjimatan berganda gitu untuk wang ringgit korang (chewah! Hehehe). Bukan macam sesetengah tempat yang buat sale. Nama je jualan murah tapi bila kira-kira balik, harga sale tu sama macam harga sebenar. Tak pasti samada harga sebenar tu dinaikkan kemudian nak nampak murah, dibaginya diskaun. Jadi untuk korang yang kurang bagi perhatian (atau senang cakap, addicted dengan perkataan sale), nampaklah macam ada jualan murah gitu. Rupa-rupanya Tipah dah kena tipu. Tempat-tempat yang selalu i perasan kejadian macam gini dekat Tesco dan Jaya Jusco (bukan untuk semua barangan, untuk barangan tertentu sahaja). Yang penting kita sebagai pengguna dan pembeli kena selalu berhati-hati. Kalau boleh, korang buatlah perbandingan harga sebelum beli dan simpan semua data pembelian korang tu dalam handphone, senang untuk korang semak semula. Hah... i bagi tips membeli-belah ni untuk korang. Al-maklumlah kaki shopping (waktu sale) katakan. Hehehe...

Ok, jom tengok gambar i bersuka-ria dengan family dekat Ikea.



Kemain anak mama ber'posing'. Warna kuning, warna kegemaran i sekarang ni.

APA YANG I PAKAI?

Shawl - VSnow
T. Shirt - Cath Kidston from Uniqlo
Skirt - Cuba cari dekat Majalah Hijabista yang gambar depan Maria Elena.
Anak lelaki i sibuk main masak-masak. Kelakar kan?


Selamat dirembat untuk projek rumah. Hehehe...
Seksyen kegemaran i. Seksyen barangan dapur.
Ok, dah masuk dalam troli. 
Nampak moden gitu bila hidang air untuk tetamu. Jangan tumpah, sudah.
Suka betul tengok lampu bulat-bulat tu. Macam spaceship. Hehehe...


p/s : Selamat berpuasa dan berbuka puasa semua. Hari ni makan mana?