Blogger templates

Showing posts with label Indahpura. Show all posts
Showing posts with label Indahpura. Show all posts

Mar 25, 2012

Johor Premium Outlets

Sebagai anak kelahiran Johor, i bangga tau bila tengok negeri kelahiran i dah semakin berkembang maju. Tak sangka banyak tempat-tempat yang menarik dah muncul di Johor sekarang ni. Dan salah satunya ialah Johor Premium Outlets (juga dikenali sebagai JPO) yang terletak di Indahpura (tengok tu, nama-nama kawasan dekat Johor sekarang ni pun dah nama baru. Klasik gitu. Hehehe). Lokasinya betul-betul bersebelahan dengan lebuhraya Utara Selatan, kalau dari arah Kuala Lumpur boleh nampak JPO di sebelah kiri sebelum tol keluar Lapangan Terbang Senai (Senai Airport exit toll).

Alamat Johor Premium Outlets ialah :-

Jalan Premium Outlets
Indahpura
81000 Kulaijaya
Johor, Malaysia

Koordinat GPS : 1º 36’31” N 103º 37’59” E

Waktu operasi : Setiap hari dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam


APA SEBENARNYA JOHOR PREMIUM OUTLETS?

Ianya adalah sebuah pusat membeli-belah yang menawarkan 80 rangkaian jenama terbaik dalam persekitaran terbuka dan unik. Antara barangan berjenama terkenal yang ada di Johor Premium Outlets ialah seperti Coach, Burberry, Canali, Gap, Ralph Lauren dan lain-lain lagi. Apa yang menariknya diskaun sebanyak 25% hingga 65% boleh diperolehi di sini setiap hari melalui harga penjimatan terus daripada kilang (factory-direct savings). Keadaan susun atur kedai / butik, pelbagai kemudahan disediakan dan persekitaran yang luas memberikan keselesaan kepada pengunjung yang hadir.

Johor Premium Outlets telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Najib Razak pada 11hb Disember 2011.

Johor Premium Outlets mempunyai dua aras. Satu bahagian terletak di aras bawah jalan dan satu bahagian lagi di aras atas jalan.

Nak tengok senarai kedai / butik jenama lain di Johor Premium Outlets, korang bolehlah klik di sini ---> http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/store-listing

Adakalanya penjimatan tambahan ada ditawarkan pada masa-masa tertentu, jadi sebelum pergi ke JPO, korang bolehlah periksa di sini ---> http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/sales-events


CARA UNTUK PERGI KE JOHOR PREMIUM OUTLETS

Terdapat pelbagai pilihan laluan yang korang boleh ikuti untuk pergi Johor Premium Outlets. Bagi yang tak biasa, rasanya korang mungkin akan tersesat (i lah, antara orang yang tersesat tu. Hehehe). Walaupun ikutkan sebenarnya lokasi JPO ni takdelah susah mana sebab terletak betul-betul di tepi lebuhraya Utara Selatan. Jadi untuk memudahkan korang, sesiapa yang datang dari arah Utara / Kuala Lumpur, i cadangkan korang keluar di Exit 302A (Lapangan Terbang Senai). Dari situ, korang akan nampak papan tanda arah ke Johor Premium Outlets. Ikut arah papan tanda tu dan tak sampai 10 minit, korang akan tiba di Johor Premium Outlets. Untuk sesiapa yang datang dari arah yang berlainan atau dari Singapura (Singapore), korang boleh rujuk peta di bawah atau klik pada link ini ---> http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/directions

Peta lokasi Johor Premium Outlets

I suka dengan suasana di Johor Premium Outlets ni sebab lain dari yang lain. Kawasan untuk istirehat, tandas, surau, tempat makan, kemudahan mesin ATM (untuk Maybank sahaja) dan lain-lain lagi ada disediakan dekat sini. Harga diskaun yang ditawarkan pada i, sama je macam dekat Kuala Lumpur bila waktu sales / jualan murah. Kalau tanya i mana best antara shopping dekat sini atau dekat Kuala Lumpur. Sorry korang, i terpaksa jawab shopping dekat Kuala Lumpur kot sebab kebanyakan design / rekabentuk dan saiz yang i nak lagik banyak stok yang menarik di Kuala Lumpur berbanding di JPO. Lagipun i nak ingatkan korang yang harga diskaun bukanlah untuk design yang latest / terbaru. Kalau design terbaru yang turun harga, fuhh... mau tak tentu arah i jadinya. Heheheh... Sebab harga latest design macam tak mampu nak rembat walaupun macam dah berkenan aje dekat butik Ralph Lauren tadi. Jadi i hanya cuci-cuci mata je.

Untuk pengetahuan korang lagik, beberapa butik yang terkenal (macam Coach dan Burberry) tak terima kunjungan yang ramai dalam satu-satu masa. Jangan pelik, kalau korang perasan ada yang kena beratur waktu nak masuk butik nanti. Makanan di sini pula, pada i macam tak banyak pilihan. Rasanya lagik elok kalau korang penuhkan perut dulu sebelum tiba dekat sini. Caj / harga parking (tempat letak kereta) ialah RM3.00 (untuk 3 jam pertama).

Nak tengok lokasi cawangan lain Premium Outlets di luar negara seperti di Jepun, Korea, USA dan Mexico boleh klik di sini ---> http://www.premiumoutlets.com.my/worldwide

Ok, jom tengok gambar.



















p/s : Kalau tengok daripada gambar i semua ni, korang percaya tak yang ini dekat negeri Johor?