I rasa sekarang ni kebanyakan tempat dah ada bangunan Jusco atau AEON kan? Dan yang kelakar tu, tak kira mana-mana Jusco atau AEON Shopping Centre yang korang pergi, korang akan rasa feel yang sama. Cara tempat parkingnya sama, interior dalam shopping centrenya sama, kedai tenant yang ada dalamnya pun lebih kurang sama. Jadi tak kira dekat mana negeri yang korang singgah untuk shopping Jusco atau AEON, korang akan rasa macam tak pergi mana-mana sebab sama je dengan tempat korang. Hehehe. Cuma kelebihannya bila satu-satu barang yang i nak dekat Jusco atau AEON dekat dengan area rumah i dah takde. I takdelah panik sangat sebab i boleh pergi mana-mana Jusco atau AEON lain untuk dapatkan barang yang i nak tu. Takpun i minta tolong keluarga dekat Johor untuk belikan dulu (senang kan?).
Terdapat lebih kurang 18 Jusco atau AEON Shopping Centre kesemuanya di seluruh Malaysia (i rasa macam dah makin bertambah je). Jadi, untuk mengetahui lokasi yang berhampiran dengan rumah korang, korang boleh dapatkan alamat, kedudukan (map) dan nombor telefon melalui link dekat bawah :-
Dekat Johor Bahru sendiri je dah wujud 3 Shopping Complex jenis Jusco atau AEON ni. Dan yang terbaru sekali ialah di AEON Bukit Indah Shopping Centre. Kalau korang nak pergi alamatnya ialah :
1st Floor, No. 8, Jalan Indah 15/2
Bukit Indah
81200 Johor Bahru
Johor
No. Telefon : [07] 236 8071
So, macam biasa bila ada je shopping complex yang baru buka, i akan menjalankan survey dulu. Mana tau ada kedai-kedai yang menarik ke atau barang-barang i minat ke, kalau berkenan i boleh singgah sini bila-bila masa. Lagipun seronok layan anak-anak i berjalan-jalan. Muka ceria je semua. Cuba suruh dorang duduk lepak rumah atok bila balik kampung, confirm semua buat mulut muncung mintak kena ikat (ish-ish-ish).
Untuk pengetahuan korang, gambar ni di ambil pada 29hb Ogos 2011 (apa?!! Gambar lama? Hehehe) Alahh... takde lah lama sangat kan? Belum pun sampai setahun lagik. Layannn..
p/s : tahukah korang salah satu cara untuk menghilangkan perasaan stress ialah melalui shopping. Tapi kalau takde duit tu, korang window shopping jelah, tu pun pun ok jugak. Hehe










