Semenjak Danish (anak i yang sulung) masuk ke Q-dees dari tahun 2011 (masa umur 5 tahun), i tengok dalam jangkamasa setahun ni, banyak perubahan dari segi pembelajaran yang dia dah dapat. Setakat ni, Danish dah mula tahu membaca buku bahasa inggeris / bahasa melayu, tahu membaca doa, tahu membuat kira-kira (matematik), tahu menulis dan lain-lain lagi (alhamdulilah). Hasil daripada sikap dia yang suka belajar macam-macam perkara, adik-adik dia (Ariana dan Damien) pun dah mula belajar sama-sama untuk kenal huruf dan nombor. Ariana jugak dah fasih cakap bahasa inggeris. Kadang-kadang i rasa nak tergelak bila perhatikan Ariana membebel dekat abangnya dalam bahasa inggeris. Ngalahkan mama dia pulak. Hahaha...
Macam mana pun, walaupun Danish dah banyak menguasai mata pelajaran dekat Q-dees. I perasan dia masih ada sedikit kelemahan terutamanya untuk pengiraan matematik. Kadang-kadang dia keliru antara addition (tambah) dengan subtract (tolak). Bila i cuba terangkan perbezaan kedua-dua cara pengiraan, dia mula faham. Tapi selang dua atau tiga soalan, dia jadi keliru semula. Sejak tu, i mula fikir macam mana cara untuk Danish kuasai subjek matematik (yang merupakan subjek kegemaran i waktu sekolah dulu-dulu). Kalau tengok dari umurnya yang baru 6 tahun (bulan April nanti), sepatutnya i tak perlu risau apa-apa. Tapi i tak nak kelemahan Danish ni dibiarkan macam tu aje. Waktu umur macam nilah, kita kena selalu bagi galakan dan sokongan supaya dia tak putus asa.
Melalui perbualan i dan beberapa kawan, i dapat maklumat mengenai KUMON. Mula-mula i sangkakan KUMON ni ialah tempat tuisyen untuk budak-budak sekolah rendah dan menengah. Bila baca melalui internet, barulah i tahu KUMON sebenarnya ialah program pembelajaran matematik dan bahasa inggeris bermula dari usia kanak-kanak 4 tahun hingga ke atas. Banyak jugak komen di dalam blog yang i jumpa pasal kehebatan KUMON ini.
Ini serba-sedikit info yang i dapat melalui website KUMON sendiri.
APAKAH SEBENARNYA KAEDAH PEMBELAJARAN KUMON?
Kumon adalah satu kaedah pembelajaran secara individu. Titik permulaan bagi setiap pelajar Kumon ditentukan secara individu. Pelajar bermula dengan tahap di mana mereka boleh mencapai skor yang sempurna melalui pembelajaran secara sendiri. Lembaran kerja yang disediakan oleh KUMON telah direka bagi membolehkan pelajar memikirkan bagaimana cara menyelesaikan masalah mereka sendiri. Sekiranya pelajar terus belajar pada kadar keupayaan mereka sendiri, mereka akan lebih berupaya untuk mengejar pembelajaran yang ditentukan oleh sekolah mereka. Malah mungkin dapat pergi lebih jauh.
NAK TAHU MENGENAI SEJARAH KUMON?
Pengasas KUMON iaitu Toru Kumon yang merupakan guru Matematik sekolah tinggi, telah membangunkan prototaip Kaedah Kumon pada tahun 1954. Pada waktu itu, isteri Toru Kumon, Teiko, meminta beliau melihat pada pelajaran aritmetik gred kedua anak sulungnya, Takeshi kerana dia tidak berpuas hati dengan keputusan ujian yang diambil oleh Takeshi.
Matlamat Toru Kumon pada mulanya ialah untuk mencipta satu koleksi kepada permasalahan Matematik asal agar Takeshi dapat menyelesaikannya secara progresif, sendiri dan membenarkan beliau untuk membangunkan kemahiran beliau secara beransur-ansur. Selepas banyak percubaan dan kesilapan, dia telah menghasilkan satu siri bahan pembelajaran ditulis pada kertas bersaiz A5.
Ciri utama bahan pembelajaran ini ialah fokus kepada pengukuhan kemahiran dari segi pengiraan. Ini membolehkan Takeshi memajukan dirinya dengan lebih pantas berdasarkan pembelajaran Matematik yang lebih tinggi. Melalui pengalaman beliau sebagai guru sekolah Matematik tinggi, Toru Kumon yakin bahawa menguasai cara pengiraan adalah kunci untuk membolehkan anaknya mempelajari konsep Matematik yang lain.

Pada bulan Julai 1954, ketika di gred dua, Takeshi mula mengkaji hasil bahan pembelajaran yang dilakukan oleh bapanya. Beliau berjaya menyelesaikannya secara sendiri. Dan apa yang menariknya sewaktu beliau di dalam gred 6, beliau telah dapat menguasai kalkulus bagi pelajar gred 11.
Hasil daripada kejayaan yang dilakukan oleh Takeshi, Toru Kumon terus mencipta bahan-bahan pembelajaran setiap hari. Melalui proses ini, falsafah di sebalik Kaedah Kumon mula muncul iaitu, setiap individu tanpa mengira usia dan gred berpotensi untuk mencapai kejayaan. Toru Kumon percaya bahawa apa yang mungkin dilakukan oleh seorang kanak-kanak adalah mungkin dilakukan oleh kanak-kanak yang lain. Oleh itu, beliau telah menawarkan peluang kepada ramai kanak-kanak untuk mempelajari kaedah ini.
Sumber : http://my.kumonglobal.com/page.jsp?id=715&version=sg
Olahan oleh : Reenaonline
Untuk mengetahui harga / caj / yuran pembelajaran di KUMON (KUMON fees), korang bolehlah klik dekat sini ---> http://my.kumonglobal.com/page.jsp?id=724&version=my
Manakala untuk mengetahui alamat pusat pembelajaran KUMON yang berhampiran dengan rumah korang, korang boleh tengok dekat sini ---> http://my.kumonglobal.com/page.jsp?id=736&version=my
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai KUMON, korang boleh hubungi melalui nombor telefon ini
1800-88-1010
(dari pukul 9:00 pagi sehingga 5:30 petang pada hari bekerja)
Walaupun dah tahu serba lengkap info mengenai KUMON, i masih tak masukkan Danish ke mana-mana pusat pembelajaran KUMON sebenarnya. I rasa macam tak sampai hati nak bebankan Danish banyak waktu untuk pergi belajar ke sana-sini. Sehinggalah satu hari tu, i pergi ke POPULAR Book Store, Sunway Pyramid untuk cari buku latihan matematik Danish. Dan apa yang buat i bertambah happy sebab i terjumpa pelbagai buku latihan untuk kanak-kanak, keluaran KUMON sendiri (yeay!) Maksudnya Danish boleh belajar dan buat ulangkaji matematik bila-bila masa dengan kaedah KUMON tanpa perlu pergi ke KUMON (jimat tu... hehehe). Tapi sayangnya waktu tu, buku latihan Matematik KUMON (KUMON Math Workbooks) dah kehabisan stok. Habis semua kedai buku i cuba dapatkan buku latihan ni. MPH, Borders, POPULAR Book Store, Ikano dan macam-macam cawangan kedai buku lagi. Sampailah satu hari tu akhirnya i jumpa dekat Kinokuniya Book Store, KLCC (fuhh... demi masa depan anak punya pasal. Sanggup susah-payah tau).
Harga kesemua jenis buku latihan KUMON di Kinokuniya ialah RM27.58. Rasanya kalau beli di MPH atau di POPULAR, harganya berbeza iaitu RM28.90.
Kalau korang nak dapatkan buku latihan KUMON melalui MPH online, korang boleh klik DI SINI
Atau pun terus ke website yang ini ---> www.kumonbooks.com. Cuma untuk website ni atas harga luar negara tak berapa pasti berapa caj penghantaran dikenakan. Tapi kalau korang nak tengok nama-nama senarai buku latihan KUMON yang lain. Memang sesuai rujuk di sini.
Nak tengok macam mana rupa sebenar buku latihan matematik KUMON ni. Jom tengok gambar dekat bawah.
p/s : Sesiapa yang tengah cari buku latihan untuk anak-anak, i memang cadangkan supaya korang beli je buku latihan KUMON. Latihan yang ada dalam buku ni memang padat dan lengkap.

![]() |
| Senarai buku latihan KUMON yang lain |
p/s : Sesiapa yang tengah cari buku latihan untuk anak-anak, i memang cadangkan supaya korang beli je buku latihan KUMON. Latihan yang ada dalam buku ni memang padat dan lengkap.