Hai korang, buat apa tu? (Mestilah tengah baca blog i kan? Takkanlah tengah berjogging pulak. Hehehe). Hari ni i nak cerita dan tunjukkan gambar i sekeluarga sekali lagik dekat Setia City Mall, Setia Alam (again?!! Hahaha). Harap-harap korang tak boring ye? Shopping Complex ni antara yang dah termasuk dalam senarai shopping complex yang wajib i singgah bila tiba hujung minggu dan bila tiba waktu SALE! (perempuan kan, bila nampak perkataan SALE atau Clearance Stock memang perasaan teruja tu over sikit. Hehehe).
Kalau nak dapatkan info lengkap pasal Setia City Mall, nak tahu alamat ke, peta untuk ke sini ke atau lain-lain info korang jemputlah singgah dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/06/setia-city-mall.html.
Menariknya kali ni, i sempat tengok fountain berwarna-warni dekat sini (nak sebut dalam bahasa melayu. Serius terasa macam kurang sopan. Eh. Hehehe). Cuma tak best nya, i tak boleh datang dekat dengan fountain ni untuk ambil gambar sebab kawasan park / tamannya masih belum siap 100%. I dah boleh bayangkan, akan datang nanti, kawasan ni mesti cantik dan meriah pada waktu malam dengan lampu dan orang ramai. Taman / park ni akan jadi satu kawasan rekreasi yang menarik dengan adanya tasik, tempat bermain basikal, taman permainan, padang bola sepak, tempat ber picnic dan lain-lain lagi Haishh... tiba-tiba rasa tak sabar nak tengok rupa sebenar park ni bila dah siap.
Untuk menuju ke bahagian fountain dan park dari arah dalam shopping complex Setia City Mall. Korang pergi ke tingkat LG (lower ground) dan cari arah ke East Entrance. Agak-agak kalau kelaparan sebelum nak jalan-jalan tu, jangan risau tingkat LG memang dipenuhi dengan pelbagai kedai makan / restoran. Paling i suka sebab ada Nando's dan Subway kegemaran i. Hehehe...
Apa lagik, jom jalan-jalan dekat Setia City Mall, Setia Alam nak?
Apa lagik, jom jalan-jalan dekat Setia City Mall, Setia Alam nak?
![]() |
| Fountain yang boleh bertukar warna. Cantik! |
![]() |
| Sempat bershopping dalam Uniqlo. Lepas tu, Ariana mintak mama ambilkan gambar. Nampaknya mama ada pesaing terdekat yang suka bergambar jugak ni. Adeh! Hahaha. |
![]() |
| Ada nampak i tak? Fuhh... nasib baik tak nampak. Kiranya takde bukti i bershopping sakan dalam Mango. |
![]() |
| Tengok iklan belakang hubby i tu. 50% di sana-sini. Kopaks! |
![]() |
| Macam biasa, pilihan tempat makan mestilah Nando's. Nyam-nyam |
![]() |
| Ok, nak balik dah. Kedai pun dah tutup. Bye! Apa yang i pakai? Pashmina / Shawl - Jalan TAR Cropped Denim Jacket - Esprit T. Shirt and Jeans - Uniqlo |
p/s : Agak-agak kalau korang jumpa i dekat sini. Tegur-tegurlah ye. I tak makan orang, makan Nando's je. Hehehe...









