Blogger templates

Showing posts with label Setia City Mall. Show all posts
Showing posts with label Setia City Mall. Show all posts

Feb 5, 2013

Typo Shop Setia City Mall

Sebelum ni, i dah pernah tunjukkan dekat korang hiasan wooden alphabet letters A & R yang i beli dekat Kedai Typo kan? (suka gila dengan alphabet kayu ni!) Hari tu (takdelah baru sangat, 2-3 minggu lepaslah jugak. Hehehe) i ada datang buat lawatan lagi (entah yang dah ke berapa kali tah) dekat Kedai Typo ni. Perghhh... rasa macam nak angkut semua alphabet bawak balik rumah sebab tiba-tiba stok alphabet berlambak ada macam-macam warna. Tapi hubby yang bersikap cool dan faham sangat dengan perangai wife dia ni, suka buat soalan yang menyebabkan otak i terpaksa bekerja keras lima kali ganda berfikir samada perlu ke tidak benda ni semua dekat rumah. Membuatkan i terpaksa pejam mata konon-konon alphabet tu semua dah sold out. (Huwaaa... sampai sekarang terkenang-kenang dekat alphabet tu semua. Bye-bye alphabet!)

Kalau Kedai Typo ni pulak wujud waktu i bersekolah dulu-dulu. Lepas tu i datang dekat sini bersama ayah dan ibu. I dah boleh agak apa jawapan spontan yang ayah akan jawab, especially bila i minta ayah belikan alphabet ni, "alaa... setakat alphabet kayu macam ni. Takpe... ayah pun boleh buatkan, bukannya susah pun." Hakikatnya, sampai sudah alphabet tu pun tak muncul-muncul. Hahaha! I rasa kebanyakan orang lelaki memang malas nak fikir benda-benda yang berkaitan dengan decoration kot. Pada dorang, bukannya penting sangat pun. Takpelah, kita lupakan dulu kisah alphabet. Mana tahukan, tiba-tiba datang nafsu shopping i secara membara. Tiba-tiba muncul pulak entry baru menayang-nayang semua alphabet kesukaan i tu. Eh! Hehehe... (tengok tu... tengok tu...well perempuanlah katakan).

Anyway sebenarnya i suka sangat kedai yang gunakan konsep bercirikan DIY (Do it yourself) ni tau kawan-kawan. Setiap kali masuk je dalam kedai macam ni, i mesti pasang angan-angan mat jenin one day bila i ada kedai nanti (tak kiralah apa jenis kedai sekalipun), i nak terapkan konsep DIY untuk kedai i. Lepas tu nak hias comel-comel (berangan pun kira dianggap macam doa jugakkan? So, korang... tolonglah amin ramai-ramai ye. Hehehe). Selain daripada dekorasi Kedai Typo, i suka jugak dekorasi macam dekat Wondermilk Cafe yang i pernah ceritakan dekat korang dulu. Sumpah comel gila!

Teringin nak jenguk macam mana keadaan rupa dekorasi Kedai Typo / Typo Shop Setia City Mall. Jom  ikut i.

*Untuk alamat dan nombor telefon cawangan Typo ada dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/11/typo-malaysia.html*







iPhone 4
Typo Shop Setia City Mall | 10 Dec 2012 | Photo by Reena


p/s : Be creative and it's fun!

Jul 13, 2012

Setia City Mall, Setia Alam

Hai korang, buat apa tu? (Mestilah tengah baca blog i kan? Takkanlah tengah berjogging pulak. Hehehe). Hari ni i nak cerita dan tunjukkan gambar i sekeluarga sekali lagik dekat Setia City Mall, Setia Alam (again?!! Hahaha). Harap-harap korang tak boring ye? Shopping Complex ni antara yang dah termasuk dalam senarai shopping complex yang wajib i singgah bila tiba hujung minggu dan bila tiba waktu SALE! (perempuan kan, bila nampak perkataan SALE atau Clearance Stock memang perasaan teruja tu over sikit. Hehehe).

Kalau nak dapatkan info lengkap pasal Setia City Mall, nak tahu alamat ke, peta untuk ke sini ke atau lain-lain info korang jemputlah singgah dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/06/setia-city-mall.html.

Menariknya kali ni, i sempat tengok fountain berwarna-warni dekat sini (nak sebut dalam bahasa melayu. Serius terasa macam kurang sopan. Eh. Hehehe). Cuma tak best nya, i tak boleh datang dekat dengan fountain ni untuk ambil gambar sebab kawasan park / tamannya masih belum siap 100%. I dah boleh bayangkan, akan datang nanti, kawasan ni mesti cantik dan meriah pada waktu malam dengan lampu dan orang ramai. Taman / park ni akan jadi satu kawasan rekreasi yang menarik dengan adanya tasik, tempat bermain basikal, taman permainan, padang bola sepak, tempat ber picnic dan lain-lain lagi Haishh... tiba-tiba rasa tak sabar nak tengok rupa sebenar park ni bila dah siap.

Untuk menuju ke bahagian fountain dan park dari arah dalam shopping complex Setia City Mall. Korang pergi ke tingkat LG (lower ground) dan cari arah ke East Entrance. Agak-agak kalau kelaparan sebelum nak jalan-jalan tu, jangan risau tingkat LG memang dipenuhi dengan pelbagai kedai makan / restoran. Paling i suka sebab ada Nando's dan Subway kegemaran i. Hehehe...

Apa lagik, jom jalan-jalan dekat Setia City Mall, Setia Alam nak?


Fountain yang boleh bertukar warna. Cantik!


Sempat bershopping dalam Uniqlo. Lepas tu, Ariana mintak mama ambilkan gambar. Nampaknya mama ada pesaing terdekat yang suka bergambar jugak ni. Adeh! Hahaha.
Ada nampak i tak? Fuhh... nasib baik tak nampak. Kiranya takde bukti i bershopping sakan dalam Mango.
Tengok iklan belakang hubby i tu. 50% di sana-sini. Kopaks!
Macam biasa, pilihan tempat makan mestilah Nando's. Nyam-nyam

Ok, nak balik dah. Kedai pun dah tutup. Bye!

Apa yang i pakai?
Pashmina / Shawl - Jalan TAR
Cropped Denim Jacket - Esprit
T. Shirt and Jeans - Uniqlo

p/s : Agak-agak kalau korang jumpa i dekat sini. Tegur-tegurlah ye. I tak makan orang, makan Nando's je. Hehehe...

Jun 20, 2012

Setia City Mall

17 Mei 2012 merupakan pembukaan baru bagi shopping complex / pusat membeli-belah Setia City Mall. Hoorey! Nampaknya bertambahlah pilihan tempat yang i bershopping bila tiba hujung minggu sekarang ni. Hamboi! Kemain kau bershopping setiap minggu gitu. Takde shopping mananya pun lah, hehehe... jalan-jalan terapi minda dan cuci-cuci mata sambil menggembirakan anak-anak i je. Seronok tengok dorang berlari kesana-sini. Cuma jangan dorang minta yang pelik-pelik untuk belikan barang, sudah. Hahaha... jenuh mama papa nak memujuk.

Walaubagaimanapun kita orang takdelah pergi ke Setia City Mall bersempena dengan pembukaannya. Sebab masa tu terfikir mungkin banyak kedai-kedai yang ada dekat situ belum dibuka. Maklumlah kan shopping complex baru, mesti banyak yang tak siap. Selang tiga minggu kemudian, barulah kita orang datang ke sini. Mula-mula waktu nak sampai ke Setia City Mall, pening juga kepala nak cari arah untuk pergi. GPS pun tak berapa banyak membantu, i cari landmark yang berhampiran iaitu Setia Eco Park dan Tesco Setia Alam. Kemudian, lihat sekeliling untuk banner / papan tanda yang menunjukkan arah tepat ke Setia City Mall. Alhamdulilah, nasib baiklah jumpa walaupun kawasan Setia City Mall ni sebenarnya belum ada sebarang pembangunan / development dekat sekelilingnya. Kiranya kalau korang pergi, korang akan nampak ada satu-satunya shopping complex yang wujud di tengah-tengah padang jarak padang terkukur. Lepas ni confirm penuh kawasan perumahan yang naik dekat area sini. Wah, siapa beli rumah dekat sini. Untunglah dapat jalan-jalan pergi Setia City Mall hari-hari.

Apa yang buat i rasa Setia City Mall ni menarik perhatian i untuk datang lagik dan lagik dan lagik ialah kedai-kedai yang ada di dalam Setia City Mall semua memang senarai kedai favourite i (walaweh!). Ada Machines Apple Store, MPH Bookstore, Uniqlo, Daiso, Nando's, Guess, ZARA, Mango, Cotton On, Esprit, Timberland, Secret Recipe, FullHouse Lifestyle Store & Cafe, Crocs, Living Cabin, Subway, Krispy Kreme (kisah entry Krispy Kreme, korang boleh baca dekat link sini --->  http://www.reenaonline.com/2012/06/krispy-kreme-malaysia.html) dan macam-macam lagik. Untuk tenant utamanya pulak ialah Parkson. Dahlah kebanyakan kedai-kedai dekat sini adakan jualan murah / sales / tawaran menarik sepanjang pembukaan hingga 30 Jun 2012. Rambang mata i jadinya. Tak sangka shopping complex yang pada pendapat i cukup simple, sebab cuma ada tiga tingkat sahaja boleh cover macam-macam kedai yang best (best untuk i jelah. Untuk korang i tak tahulah best ke tak? Hehehe...)

Bertambah double best, Setia City Mall cuma 15 hingga 20 minit je perjalanan dari rumah i. Agak-agak nak shopping barang keperluan rumah, i boleh lari pergi Tesco atau Giant Setia Alam pulak (planning baik punya! Hahaha).

Alamat pengurusan Setia City Mall ialah :-

Level 2, Setia City Mall
No. 7, Persiaran Setia Dagang
Bandar Setia Alam, Seksyen U13
40170 Shah Alam
Selangor

Nombor Telefon : [03] 3375 8788
Nombor Faks : [03] 3375 8799

Koordinat GPS : 3.109963, 101.459212

Lokasi / Peta Setia City Mall


Nak dapatkan keterangan lanjut, nak tahu apa lagik kedai-kedai yang best, kerja kosong ke, tempat yang menarik dekat sini, korang boleh jugak melawat di laman web / website Setia City Mall ---> http://www.setiacitymall.com/default.aspx

KEMASKINI / UPDATE TERBARU
Nak baca lagik kisah Setia City Mall yang terbaru, bolehlah pergi link sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/07/setia-city-mall-setia-alam.html

Ok, jom kita tengok gambar-gambar i, macam manalah agaknya rupa dekat dalam Setia City Mall ni kan? Oh, sebelum terlupa, harga tempat letak kenderaan / parking rate dekat sini pun murah je. Tiga jam pertama untuk hari biasa ialah RM1.00, tambahan jam seterusnya ialah RM1.00. Manakala untuk hujung minggu / weekend pulak, tiga jam pertama ialah RM2.00, tambahan jam seterusnya ialah RM1.00 jugak (kira murahlah kan?) Tak puas hati nak murah lagik (senang cakap, free), korang parking je lah dekat tepi-tepi jalan kawasan luar Setia City Mall tu (kena saman, i tak bertanggungjawab. Haha!)



Timberland pun ada sale!!
Yea-yea ada ZARA.



Budak kecik mengamuk nak balik. See-see tak beli barang pun kan? Ok bye.

Apa i pakai hari tu?
Tudung / Shawl - Jalan TAR
Jaket jeans - Tommy Hilfiger
Skirt labuh - Old Blossom Box
Buku / Passport Setia City Mall
Macam nilah gambaran ilustrasi bila Setia City Mall dah complete nanti.
Wah... Michael Learns To Rock (Michael Belajar Untuk Rock) datang Setia City Mall 23 Jun 2012 laa... Jom!
Buku / Passport ni tunjukkan details mana-mana kedai yang adakan tawaran menarik.

p/s : Kalau pergi shopping complex hari-hari pun gagah (kenapa eh?)

Jun 13, 2012

Krispy Kreme Malaysia

Korang teringin makan donut yang lembut di dalam tapi rangup di luar? Hah... i cadangkan supaya korang cuba makan Krispy Kreme Doughnuts. Feel makan donut dekat sini lain dari yang lain tak macam makan donut jenama lain yang kadang-kadang rasa macam sedikit muak (tu i yang rasa, hehehe... tapi bergantung atas lidah dan perut masing-masing. Kalau lapar semua makanan pun sedap. Betul tak?) I pernah cover cerita berkaitan Kripy Kreme Doughnuts sebelum ni dekat entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2009/08/krispy-kreme-nyam-nyam.html. Waktu entry lama ni ditaip, i tengah mengandungkan anak i yang ketiga, Damien. Selera orang mengandung memang boleh tahan, pukul 1:00 petang dah makan nasi, pukul 3:00 petang nak makan manis-manis pulak. Tulah kelebihan orang mengandung, boleh makan tanpa ada perasaan bersalah gitu (seronoknya!!!)

Disebabkan lokasi Krispy Kreme tak berapa bersepah banyak macam restoran Big Apple Doughnuts dan J.Co Doughnuts jadi rasanya setakat dari tahun 2009 sampai tahun 2012 adalah 4 kali je i makan dan singgah di Krispy Kreme Doughnuts (mak aihhh... purata lebih kurang setahun sekali je?!! Duhh...) Nak buat macam mana, kedudukan Krispy Kreme bukan berada dalam lingkungan tempat-tempat yang i selalu datang. Kalau pergi pun dekat kawasan yang berhampiran dengan Krispy Kreme, i dah tak nampak lagik kesedapan Krispy Kreme Doughnuts sebab perut keluarkan bunyi minta makanan yang lagik besar kuantitinya (heppp... pelahapnya betul perut ni kan? Hehehe....)

Jadi, entah macam mana waktu berjalan-jalan dekat Setia City Mall (shopping complex ni baru je sebulan bukak dekat Shah Alam, cerita lebih lanjut. Tunggu entry i seterusnya ok). Tak sangka i boleh terserempak dengan Krispy Kreme (bunyi macam terserempak dengan bekas kekasih hati aje. Hamboi-hamboi-hamboi). Apa lagik terus emosi rasa excited ajak hubby minum petang dekat sini. Serius, kita orang rindu betul nak menikmati donut Krispy Kreme yang super best dan sedap ni. Harga sebiji donut Krispy Kreme ialah bermula dari harga RM2.50 hingga RM2.80. Atau kalau nak jimat, korang boleh beli setengah dozen (6 biji) RM15.00 untuk pelbagai perisa donut pilihan. Manakala untuk harga minuman pulak dari serendah RM5.50 (Hot Tea) hinggalah yang paling mahal iaitu RM12.00 (Delicious Mocha). Oklah kan harganya, tak mahal dan tak murah pun (hehehe...)

Alamat Krispy Kreme Doughnuts :-

SETIA CITY MALL
LG-K01, No. 7, Persiaran Setia Dagang
Bandar Setia Alam, Seksyen U13
40170 Shah Alam
Selangor

Nombor Telefon : [03] 5631 1298

BERJAYA TIMES SQUARE
Ground Floor, Lot G-08A
Berjaya Times Square
No. 1, Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur

Nombor Telefon : [03] 2119 7373

Waktu Operasi :
Dari hari Ahad hingga hari Khamis bermula dari pukul 8:00 pagi hingga 12:00 tengah malam.
Untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pula, dari pukul 8:00 pagi hingga 1:00 pagi

MID VALLEY MEGAMALL
Lot LG-074A, Lower Ground Floor
Mid Valley Megamall
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Setiap hari dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam

SUNWAY PYRAMID
LG2 Floor, Sunway Pyramid Shopping Mall
No. 3, Jalan PJS 11/15
Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya
Selangor

Untuk dapatkan keterangan lanjut mengenai sejarah Krispy Kreme Doughnuts, nak buat pertanyaan atau nak tahu sebarang berita baru, korang bolehlah pergi ke laman web Krispy Kreme ---> http://www.krispykreme.com.my/history.html atau LIKE Facebook Krispy Kreme Malaysia dekat sini ---> http://www.facebook.com/KrispyKreme.Malaysia

Jemput-jemputlah tengok gambar i yang tak seberapa. Macih semua.


Tengah tunggu order.


Senarai harga donut dan minuman dekat Krispy Kreme.
Jenis-jenis donut yang ada dekat sini. Sumber gambar dari Facebook Kripsy Kreme.
Donut nombor 12. Apa nama? Pergi cari sendiri. Hehehe... 
Yeay yeay! Dapat belon. 

Ada kerja kosong tu, siapa suka makan donut bolehlah apply. Hehehe...

p/s : Sorry sebab macam terabai nak jawab soalan korang dalam blog i ni. I jengah rumah korang dan jawab soalan slow-slow takpekan? Thanks for reading :) Agak-agak siapalah orang yang ke-700 kan?

*Huwaa... kerja pejabat selambak sekarang ni... balik rumah otak dah penat.