Korang ada kad ATM (automated teller machine card) Maybank dengan CIMB? Hah... Kalau korang memang pengguna kad ATM jenis ni. Korang berkelayakan untuk menukar kepada Debit Card / Kad Debit. Bagus tau, ada kad debit ni sebab fungsinya pun sama macam kad kredit. Bezanya, kalau kad kredit, korang kena berhutang dahulu, lepas tu bayar bulan-bulan kemudian. Tapi kad debit ni penggunaannya berdasarkan kepada baki simpanan akaun Maybank atau CIMB korang. Duit takde dalam akaun simpanan janganlah berangan nak berbelanja (peringatan untuk diri sendiri. Hehehe). Selain itu, dengan adanya kad debit ini, korang dah boleh membeli-belah secara terus melalui internet. Maklumlah sebelum ni semua transaksi internet guna kad kreditkan (tension aje i). Macam i dulu pun, kononnya tak suka berhutang dengan kad kredit jadi takde langsung buat permohonan kad kredit untuk diri sendiri. Bila sampai waktu nak beli barang dekat eBay, huhuhu... kena jugak masukkan butir-butir kad kredit untuk Paypal. Tak pasal-pasal, hubby i jadi mangsa keadaan (tihihi...) Sekarang ni tidak lagi, i dah ada kad debit. Boleh berdikari sendiri beli barang dekat internet hokeh! Hehehe...
Paling bestnya kelebihan pasal kad debit ni, saat korang urgent sangat-sangat nak beli barang tapi entah macam mana kawasan dekat situ takde pulak mesin ATM nak keluarkan duit. Hah, inilah masanya korang menayang-nayang kad debit korang depan cashier sambil dalam hati berkata, "i mampu tau". I rasa lagik bangga bila guna kad debit ni berbelanja sebab i keluar cash money / duit sendiri. Daripada i berbelanja guna kad kredit, lepas tu pengsan sebab nak kena bayar hutang setiap bulan (ish... tak best... tak best).
Dulu-dulu pun kalau nak buat / apply untuk kad debit ni biasanya bank akan minta korang masukkan deposit atas amaun tertentu (amaunnya boleh tahan besar jugaklah) dan ada caj tahunan yang akan dikenakan sekali. Tapi bila bank seperti Maybank dan CIMB buat tawaran dengan kemudahan macam gini, i rasa baik korang jangan lepaskan peluang untuk tukar kepada kad debit. Terus-terang i cakap, mudah sangat-sangat-sangat bila ada kad debit ni. Oh, lupa i nak cakap, kad debit yang korang tukar jugak sebenarnya berfungsi sama macam kad ATM. Jadi, korang tetap boleh keluarkan duit melalui ATM seperti biasa (yeay!) Sebarang caj untuk penukaran jugak tidak dikenakan (free!) macam kad-kad debit yang lain-lain tu (fuhh... selamat!)
Nak tahu butir-butir atau keterangan lanjut mengenai kad debit Maybank dan CIMB, klik nama mereka dekat bawah :-
KAD DEBIT MAYBANK
KAD DEBIT CIMB
Cara untuk membuat penukaran kad ATM kepada kad debit pun senang sangat. Korang cuma perlu, bawa kad pengenalan dan kat ATM masing-masing untuk bank CIMB atau Maybank. Dan kemudian, beritahu kepada pegawai di situ, yang korang ingin membuat penukaran kad ATM kepada kad debit. Isi borang yang diberikan untuk tujuan pengesahan, tunggu beberapa minit dan yeay! Dapat kad debit yang diidam-idamkan. Walau macam mana pun, untuk penukaran bagi kad ATM CIMB (CIMB je tau!) kepada kad debit, korang akan menerima nombor pin sementara yang baru. Lakukan penukaran nombor pin tersebut serta-merta di mesin ATM iaitu nombor pin bagi kad debit Ini untuk mengelakkan korang dikenakan denda caj sebanyak RM12.00 apabila kad anda lambat diaktifkan / diblock (lebih daripada 24 jam). Jangan lupa untuk create e-Pin baru bagi tujuan transaksi online banking di mesin ATM. Kemudian, pergi ke internet untuk memasukkan data nombor kad debit anda yang baru. Manakala untuk kad debit Maybank pula, anda hanya perlu melakukan penukaran nombor pin pada mesin ATM juga dalam masa 24 jam dan tiada sebarang penukaran pin untuk transaksi online banking.
Kini, CIMB ada menawarkan pelbagai ganjaran bagi pengguna kad debit seperti :-
Perlu diingatkan di sini, setiap tawaran ini walaubagaimanapun bergantung kepada TERMA DAN SYARAT yang ditetapkan.
http://www.cimbbank.com.my/debitcard/promo/pdf/DebitCard_Benefits_Privileges_T&C_Eng.pdf
Teringin nak tengok hadiah penebusan mata ganjaran kad debit CIMB bolehlah intai sini :-
http://www.cimbbank.com.my/debitcard/catalogue-small.pdf
Akhir sekali, i nak ingatkan korang yang JANGAN sesekali swipe kad debit korang dekat mana-mana pam petrol. Sebab, automatik kad debit korang akan dicaj sebanyak RM200.00 sebagai tujuan deposit. Jalan yang paling selamat untuk korang gunakan kad debit di stesyen minyak ialah korang pergi ke kaunter bayaran dan beritahu cashier tersebut korang ingin buat bayaran dengan kad debit.
KEMASKINI / UPDATE TERBARU : Nak baca mengenai cara-cara atau tips membeli di eBay dengan menggunakan kad debit, bolehlah rujuk dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/tips-membeli-di-ebay.html
Inilah rupa kad debit milik i.

- tambahan 300 bonus mata untuk transaksi pertama.
- mendapat rebat wang tunai 1% bagi setiap perbelanjaan barangan dapur / groceries dan petrol.
- berpeluang memenangi Ford Fiesta.
- berpeluang menerima jemputan bagi Blockbuster Movies dengan hanya membuat transaksi perbelanjaan sebanyak RM500 sebulan.
- layarilah Facebook CIMB setiap hari bagi mengetahui sebarang promosi yang diadakan bagi pengguna kad debit CIMB.
- mendapat diskaun daripada mana-mana kedai / peniaga yang mengambil bahagian (klik sini ---> http://www.cimbbank.com.my/debitcard/merchant/ untuk senarai kedai / peniaga).
Perlu diingatkan di sini, setiap tawaran ini walaubagaimanapun bergantung kepada TERMA DAN SYARAT yang ditetapkan.
http://www.cimbbank.com.my/debitcard/promo/pdf/DebitCard_Benefits_Privileges_T&C_Eng.pdf
Teringin nak tengok hadiah penebusan mata ganjaran kad debit CIMB bolehlah intai sini :-
http://www.cimbbank.com.my/debitcard/catalogue-small.pdf
Akhir sekali, i nak ingatkan korang yang JANGAN sesekali swipe kad debit korang dekat mana-mana pam petrol. Sebab, automatik kad debit korang akan dicaj sebanyak RM200.00 sebagai tujuan deposit. Jalan yang paling selamat untuk korang gunakan kad debit di stesyen minyak ialah korang pergi ke kaunter bayaran dan beritahu cashier tersebut korang ingin buat bayaran dengan kad debit.
KEMASKINI / UPDATE TERBARU : Nak baca mengenai cara-cara atau tips membeli di eBay dengan menggunakan kad debit, bolehlah rujuk dekat sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/04/tips-membeli-di-ebay.html
Inilah rupa kad debit milik i.
![]() |
| Kad debit Maybank ialah VISA |
![]() |
| Kad debit CIMB pulak ialah Mastercard |
p/s : alang-alang dah bagi free untuk buat penukaran kad ATM kepada kad debit. Terus i tukar kedua-dua kad sekali. Lagipun seronok, sebab dah tak pening kepala shopping online lagik (eceh! Shopping aje yang dia fikir... hehehe...)