Dah lama i tak jejakkan kaki dekat Dataran Merdeka. Kali terakhir i datang ke sini rasanya pada tahun 1990. Waktu tu i kecik lagik, datang jalan-jalan pun dengan ibu dan ayah i sempena cuti sekolah. Kalau dulu bila tiba musim cuti sekolah, i rasa excited je nak datang jalan-jalan dekat Kuala Lumpur. Yelah, bila sebut perkataan KL zaman dulu-dulu, dah terasa metropolitan habis dah umpama macam pergi London gitu. Semua tempat i rasa nak jelajah dekat Kuala Lumpur ni. Kagum sangat tengok bangunan-bangunan tinggi dan cantik yang ada dekat Kuala Lumpur. Siap pernah berangan nak tinggal dekat sini bila i dah dewasa. Dan yang buat i tak sangka sangat rupa-rupanya impian i dari kecil jadi kenyataan (alhamdulilah). Macam mana pun bila dah 10 tahun menetap dan bekerja dekat Kuala Lumpur, takde pulak i terfikir nak melawat tempat-tempat menarik yang ada dekat Kuala Lumpur ni macam Jambatan Gantung KLCC, Planetarium, Muzium Negara dan lain-lain lagi. Tapi peliknya shopping complex larat pulak diredahnya taip-tiap minggu. Hehehe... Alaa... kira tempat menarik jugaklah tu kan?
Takpe, memandangkan anak-anak i pun dah semakin membesar rasanya aktiviti berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur ni boleh i mulakan bila-bila masa. Korang pun bolehlah ikut i jalan-jalan sama. Jalan-jalan dalam blog i jelah sambil tengok gambar yang i ambil. Nak bawak naik kereta i, alahai kereta i kecik je. Tak muat nak masukkan korang semua yang comel-comel belaka. Hehehe...
Sebelum i tunjukkan korang gambar i sekeluarga yang habiskan masa hujung minggu berjalan-jalan dekat Dataran Merdeka dan jenis-jenis bangunan yang ada di sekitar Dataran Merdeka. Apa kata korang baca dulu sejarah Dataran Merdeka / Merdeka Square dekat bawah. I pun sebenarnya dah terlupa mengenai beberapa fakta menarik mengenai Dataran Merdeka ni selain daripada laungan "Merdeka" yang dilakukan oleh YAM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah, turut dikenali sebagai BAPA MALAYSIA atau BAPA KEMERDEKAAN. Jadi marilah kita tambahkan ilmu pengetahuan bersama-sama (chewah!) Hehehe...
 |
| Bendera Malaysia megah berkibar. |
 |
| Belakang i tu Bangunan Dayabumi. |
 |
| Berlatar belakangkan Televisyen Gergasi |
 |
| Cantikkan permandangan Kuala Lumpur dari Dataran Merdeka. |
 |
| Bangunan Sultan Abdul Samad. |
 |
| Muzium Tekstil Negara. |
 |
| Mural berhadapan dengan Galeri Kuala Lumpur. |
 |
| Perpustakaan Kuala Lumpur. |
 |
| Restoran Warisan - Orang kahwin ramai adakan resepsi dorang dekat sini. |
 |
| I LOVE Kuala Lumpur. Yes i do. |
p/s : Menarikkan semua gambar bangunan dekat sini?
Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang di mana orang-orang penting Kuala Lumpur sering bertemu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan yang dibina 1909, kathedral St Mary's Anglican, bangunan bercirikan Gothik yang berusia lebih seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan.