Blogger templates

Showing posts with label SDMC. Show all posts
Showing posts with label SDMC. Show all posts

Nov 14, 2009

SDMC Labor Room






Teringin nak tau macam mane ngupe labor room dan ape yang ade kat dalam labor room.
Hah... ginilah ngupe labor room kat SDMC (known as SJMC before)... bilik dia simple je...
tak same pon macam operation theatre dan takdela se'suspen' mane pon dok kat dalam nih...
ahaks... eksyennye aku...
Cume kalo korang perasan pic katil je aku tak ambik... sebab haha... ade mak buyung tengah terbaring time nih...
...maluuu aku woiii...

Oct 4, 2009

Kenapa Aku Suke Dengan SDMC @ SJMC?


Pic kat atas nih ditangkap oleh Danish semalam... gegar-gegar gitu...
*takpela kan... budak umo 3 taun tangkap pic... kira hebat la tuh*

time nih aku dan hubby tengah buat pre-admission dekat SDMC (Sime Darby Medical Centre sebelom nih known as SJMC *Subang Jaya Medical Centre)

Ikutkan banyak gak pic kat dalam henpon aku nih ditangkap oleh Danish... tapi
slalunye pic tangan dia aje... haha...
maybe dia slalu tengok mama dia nih... asek-asek tangkap pic aje..
tuh yang dia pon nak ikut jejak langkah aku tuh...
*dasatnye pengaruh mama nih.... hihi*

Actually start dari ngandungkan Danish & Ariana lagik, aku dah buat check-up & deliver dekat SDMC.
Dan untuk 3rd baby nih pon aku masih setia gitu.... dengan SDMC.
Kenape ekk??
Aku rase selesa sangat bersalin atau terime treatment dekat sini...
Sebabnye bukan setakat doktornye je yang baik-baik...
nurse, trainee nurse, staf kat mane-mane bahagian pon frenly & baik-baik sangat.
Dan servis yang dorang bagi pon bagus sangat.
Tuhla yang buat kite rase happy & selesa...
Kalo ade kekurangan pon aku rase takla major sangat...
contohnye aku penah dapat bilik yang aircond dia ade problem
atau siaran tv dia tak kuar langsung...
tapi lepas buat komplen, tak sampai 10 minit... semua problem tuh
dorang fix balik.
Ikutkan banyak sangat experience yang aku lalui dan aku rase semua hospital sepatutnye contohi dalam melayan patient...
*bukannye marah-marah patient tak tentu pasal*

Situation 1 : Aku penah masuk hospital gara-gara demam panas mase tengah preggie Ariana, jadi setiap kali hospital hidangkan aku makanan, aku slalu makan sikit aje sebab takde selera.
Sampaikan ketua bahagian beverage dia datang jumpe aku personally bertanyakan makanan ape yang aku selera nak makan. Bile aku cakap aku cume selera makan biskut, roti dan minum air 100 Plus je, trus dia orang belikan untuk aku.
Walopun makanan tuh takde pon dalam senarai dorang.

Situation 2 : Aku penah muntah trok sampai abes terkena cadar, dan macam biasa aku akan press button untuk panggil nurse. Dorang tanpa banyak soal trus salinkan cadar aku, bawa aku ke toilet dan sediakan aku baldi kecik kalo aku rase tak larat nak muntah dekat toilet.

Situation 3 : Kulit Ariana trok mengelupas dan aku risau kalo muka dia ade parut *waktu nih Ariana masuk hospital sebab dia ade penyakit skin sepsis ~ alah pada susu lembu*. So, aku bagitau doktor yang merawat Ariana *Doktor Ali* kalo ade any cream yang bole Ariana apply untuk hilangkan parut dekat muke dia.
Doktor Ali tanpa mempersoalkan permintaan aku tuh, trus je referkan kes Ariana ke doktor pakar kulit. Tak sampai sejam doktor pakar kulit tuh datang melawat Ariana.
Dan hari tuh jugak trus dia bagi medicine untuk kulit Ariana.
Aku rase kalo hospital kerajaan nih maunye dorang laserkan aku yang banyak songeh nih... hihi...

Situation 4 : Slalunye 6 hours lepas delivery *normal delivery* nurse akan suruh kite pegi toilet untuk "shee...shee" atau pon buat investment.
Pengpaham jela... sakit kena jahit tuh still kite rase lagik & kompomla kite jadi takut.
Tapi yang buat aku terharu sangat tuh, nurse yang jaga aku tuh sanggup temankan aku kat dalam toilet,
pegang tangan aku, papah aku turun & naik katil dan selimutkan aku lagik...
comfort sangat aku rase...

So, disebabkan situation-situation cam ginilah, aku rase hepi sangat stay dekat SDMC.
Hidup SDMC.... chewahh... hihi
Tapi aku tak taula experience orang laen cane plak...

Sep 1, 2008

Ariana affected by Eczema (Dermatitis)

Aku baru je tiba di rumah dalam pukul 2.00pm tadi setelah duduk berkampung di SJMC hampir seminggu lamanya. Letih sangat-sangat sebenarnya ialah duduk di hospital bukan macam duduk dekat hotel. Dah tu kena tidur himpit-himpit dengan dua orang anak aku yang comel tu - Ariana dan Danish. Nak tinggalkan Danish dekat rumah baby sitter aku kesian pulak dekat dia. Takpelah kan susah sikit, janji anak aku ada dekat dengan mama dan papanya. Nasib baiklah ada aircond plus tv (even tv nya kecik yang penting ada macam-macam siaran... so takdelah boring sangat). So, aku nak cerita macam mana Ariana boleh masuk hospital ni.

25/08/08 (Monday) - Mula-mula aku tak perasan sangat perubahan kulit dengan ragam Ariana malam tu. Cuma bila hubby aku bertanyakan pasal luka yang tiba-tiba timbul di hidung Ariana, barulah aku terasa pelik dan tertanya-tanya. Aik! Tadi luka tu takde pun. Tapi nak sedapkan hati punya pasal aku cakap dengan hubby aku mungkin Ariana scratch mukanya kot tak pun Danish terlukakan hidung Ariana. Daripada luka di hidung tiba-tiba timbul luka di leher pulak. Aik! Lagilah bertambah-tambah pelik, panas sangat ke cuaca sekarang ni sampai Ariana terluka sana-sini. Walau macam mana pun, aku dah ada perasaan lain macam time tu. Hubby aku tiba-tiba bersuara, "Eh, Ariana ni lain macam aje. Kenapa kulit dia merah satu badan ni? Kena denggi ke?" Tapi aku pulak tak rasa Ariana kena denggi sebabnya kulit dia takde macam kena gigit nyamuk. Nak kata demam, taklah panas pun badan Ariana ni. Memandangkan time tu pun dah pukul 12.00 tengah malam dan klinik yang berhampiran dengan rumah kita orang pun dah tutup. Kita orang terpaksa keluar dari kawasan perumahan kita orang untuk cari klinik 24 jam. Ikutkan aku sebenarnya tak suka pergi klinik yang aku tak biasa pergi. Tapi nak buat macam mana kan, memandangkan sekarang ni emergency, suka atau tak aku kena jugak hantar Ariana pergi klinik sebab based on experience dengan Danish, doktor pediatrician kita orang selalu nasihatkan for baby below one year, anything happen to them, you need to take fast action. Sebab kalau lambat take action anything worst could be happen to them (uhuhh... taknaklah kan?). Cari punya cari jumpalah satu klinik 24 jam ni. Tengok dari gaya dan cara doktor tu, aku tahu dia bukannya tahu apa-apa pun pasal baby. Yang aku bengang tu siap nak salahkan aku pulak menyebabkan Ariana jadi macam tu (hei... come on lah aku dah dua orang anak tau). Takkanlah parent sendiri nak buat something wrong dekat anak sendiri (idiot!) Geram betul aku dengan doktor tu. Apatak geramnya, dia ingat aku mandikan Ariana dengan brand cikai-cikai agaknya. Bila aku kata aku guna brand Sebamed. Ceh... terus tukar topik mana awak dapat Sebamed tu? Pandai sangatlah soalan dia tu. Ikut hati geram aku nak aje aku cakap, aku jumpa dekat tepi jalan. Muka aku waktu tu, tak payah cakaplah dah membara satu badan. Agaknya dia macam tak puas hati dengan aku sebab tak boleh nak salahkan apa-apa. Terus dia tanya aku pakaikan Ariana lotion apa. Again, aku bagi nama brand yang sama. Hai... aku nasihatkan dekat sini, lain kali kalau anak/baby korang sakit better jangan pegi klinik ni (nanti aku paste gambar klinik tu). Bukan anak aje yang sakit, mak ayah pun jadi sakit dengan gelagat doktor macam ni. Sah-sah dia doktor, patutnya dia bagitau jelah Ariana kena penyakit apa, ini tak dok pusing-pusing tanya soalan (Nampak sangat takde kepakaran). Akhirnya doktor (tutt...) buat kesimpulan Ariana kena heat rash. Heat rash??!! Dalam hati aku doktor ni memang sah tak boleh pakai. Ariana bukannya berjemur atau berpeluh-peluh dekat dalam rumah (kita orang siap beli air cond semata-mata tak nak Ariana kena heat rash macam Danish). Lagipun Danish sebelum ni pun dah selalu juga kena heat rash so aku dah tahu perbezaan heat rash dengan penyakit kulit. Malas nak memanjang-manjangkan cerita dan aku nak cepat balik rumah so kita orang terima ajelah penjelasan doktor tu. Lagi satu yang buat aku bengang dekat doktor tu, bila dia nak tentukan sukatan ubat untuk Ariana. Siap boleh cakap macam ni, "awak bagi dia makan ubat ni 1ml ok, tapi rasanya kalau nak bagi 1.5ml pun boleh jugak". Amboi... habis kalau apa-apa jadi dekat anak aku, engkau nak tanggung ke. Pening betul aku dengan perangai doktor tu. Memang lepas ni aku takkan jejak lagi kaki ke klinik dia ni sampai bila-bila. Sebelum tu, bukan main explain dengan kita orang untuk baby, dia takkan sediakan apa-apa ubat macam antibiotik ke, kecuali ubat sapu. Tapi aku tengok bukan setakat ubat antibiotik, ubat tahan gatal dengan krim poison tu pun dia bagi sekali. Kalaulah tak kerana requirement office yang perlukan reference letter daripada klinik untuk masuk hospital, dah lama aku hantar Ariana ke hospital tadi. Hai... sabar ajelakan?

26/08/08 (Tuesday) - Pagi-pagi lagi aku dan hubby berkemas untuk pergi ke SJMC. Ariana pun aku tengok asyik merengek aje dari semalam. Maybe pedih agaknya luka tu. Kalau semalam cuma ada luka dekat hidung dan leher kiri tapi hari ni dah ada luka dekat pipi kirinya. Aku minta-minta janganlah penyakit yang pelik-pelik kena dekat anak aku. Kesian dekat Ariana. Lepas check-up dengan pediatrician (doktor Ali), tanpa banyak soal doktor Ali terus minta untuk Ariana dimasukkan ke wad. Sebabnya Ariana dah terkena jangkitan kulit. Dan doktor Ali juga minta aku berhenti dari bagi Ariana cow's milk tapi digantikan dengan soy's milk. Ikutkan baru seminggu ni je aku bagi Ariana susu formula (tu pun campur-campur, kadang-kadang aku bagi breast feed, kadang-kadang aku bagi susu formula). Sedih aku tengok Ariana menangis-nangis bila kena pasang tiub (tiub ke?? Aku pun tak sure apa term doktor panggil benda tu) dekat tangannya. Tapi nak buat macam mana kan, janji Ariana cepat sihat. Lagipun doktor Ali yang pasangkan benda tu so aku takdelah risau sangat. Sementara duduk tunggu untuk proses masuk ke wad, aku tengok luka dekat muka Ariana makin merebak ke bahagian pipi kanan dan sekeliling leher. Hai... Lambat betul proses nak masuk ke wad hari ni, dekat sejam aku duduk tunggu. Tak tahulah apa sebabnya sesak sangat hospital hari ni. Bilik single room yang kita orang minta pun dah penuh so terpaksalah kita orang duduk dekat bilik double-bed dulu.

Bersebelah katil dengan Ariana, ada seorang budak lelaki 3 tahun. Danish seronok betul berkawan dengan budak tu. Aku rasa budak tu kena semput sebab tengok dari cara treatment yang nurse bagi dekat dia. Cuma yang buat aku sedikit annoying dekat dalam bilik tu ialah perangai mak dia. Mak datuk... very punctual and discipline. Bayangkanlah bila aku baru tiba dekat bilik tu, aku dengar mak dia bersuara, "reading time". Lepas habis reading time, dia call nurse dan siap tanya dekat nurse tu bila nak bagi treatment dekat anak dia sebab dia tak nak nurse kacau waktu tidur anak dia. Bila nurse dah bagi treatment, cepat-cepat dia tidurkan anak, gelapkan seluruh bilik dan decrease air-cond temperature. Aku yang duduk dekat sebelah katil dia (even ada tirai yang pisahkan katil anak aku dengan anak dia) tercengang-cengang dengan gelagat dia. Aik, sikit pun dia tak tanya aku, dia ingat aku tunggul ke apa. Tapi aku malaslah kan nak kecoh-kecoh. aku minta-minta janganlah lama sangat aku sebilik dengan dia ni. Pening kepala aku. Ariana pulak asyik merengek dan menangis dari tadi. Risau gak aku menyebabkan tidur anak orang katil sebelah aku tu terganggu. Tapi nak buat macam manakan, dia patut fahamlah baby aku sakit. Dan seperti yang aku jangka, tiba-tiba mak budak katil sebelah tu datang ke tempat aku dan tanya, kenapa dengan Ariana. Dia kata dia kesian dan risau gak dengar Ariana menangis sampai anak dia susah nak tidur (amboi, ni nak consent pasal anak aku ke atau nak bagitau anak dia tak boleh tidur sebab Ariana buat bising). Aku senyum ajelah kan. Dia sepatutnya kena considerlah sebab ni bilik double-bed bukan single room so kenalah give and take. Tiba-tiba tak sampai satu jam selepas tu, aku tengok dia berkemas-kemas. Rupa-rupanya dia tukar bilik ke single room. Wah! Leganya aku, so bilik ni, aku dan Ariana yang punya. Dapatlah hubby aku dan Danish tidur dekat katil sebelah.

Selain dari aku dekat SJMC ni, yang aku tak sangka-sangka tu, officemate aku pun ada dekat sini. Anak dia kena buat suction sebab selsema dan batuk. So, sepanjang beberapa hari ni kita orang saling melawat. Takdelah boring sangat duduk dekat hospital ni.

27/08/08 (Wednesday) - Pukul 2.30am, Ariana kena demam panas. Kelam-kabut nurse mandikan Ariana untuk turunkan suhu badannya. Kalau tak salah aku temperature Ariana waktu tu dah dekat 39ºc. Alhamdulilah, setengah jam kemudian Ariana dah ok dari demam. Bermula dari pagi ni, Ariana kena mandi dengan cara scrub untuk buang kulit-kulit yang kena infection tu. Luka/infection tu pun aku tengok dah merebak ke badan, kaki dan private part Ariana. Kesian sangat dekat Ariana, menjerit-jerit dia setiap kali aku tukarkan diaper. Pulak tu, yang buat aku menangis tu bila sampai 3 kali nurse tukarkan urine bag (sebab tiga-tiga urine bag tu kotor kena 'stool' Ariana) semata-mata nak dapatkan sample air kencing Ariana. Daripada luka tu tak seberapa makin bertambah besar jadinya. Sedih sangat-sangat tengok Ariana menjerit-jerit sampai hilang suara, aku cakap dengan nurse yang aku tak nak dia pasangkan urine bag tu lagi dekat Ariana. Aku dah tak sanggup tengok kulit dia makin teruk. Mungkin sebab faham dengan keadaan aku (atau mungkin ni hospital berbayar) nurse tu pun berhenti dari pasangkan urine bag tu. Lega sangat aku rasa waktu tu.

28/08/08 (Thursday) - Lepas nurse mandikan Ariana pagi tu, doktor Ali buat rutin lawatan ke bilik kita orang (eh... lupa nak bagitau semalam dah tukar bilik ke single room). Agaknya sebab tengok mama Ariana ni yang suka bertanya itu ini dan risau dengan kulit muka Ariana. Doktor Ali suggestkan untuk refer penyakit Ariana ni kepada Doktor pakar kulit (Doktor Loh). Petang tu jugak doktor Loh datang melawat kita orang. So, doktor pakar kulit bagitau aku nama penyakit Ariana ni Eczema. Penyebab eczema ni tak diketahui tapi kebiasaannya kalau ada antara history parent aku atau hubby aku yang ada semput atau asma berkemungkinan anak kita orang akan kena eczema. Wah, peliknya... ikutkan nilah first time aku tengok penyakit ni even family ayah aku sendiri ada penyakit semput. Tapi benda dah nak jadi kan, seboleh-bolehnya kita kena ambil langkah precaution je lah. Harap-harap Ariana takkan kena lagi penyakit ni. Lepas tu, doktor tu bagitau lagi yang penyakit ni kadang-kadang boleh hilang sendirinya tapi depends atas antibodi badan orang yang kena tu. Ariana juga tak boleh pakai produk sebarangan, semua produk Ariana khas untuk sensitive skin sahaja. Tak kiralah pencuci baju ke, lotion ke, syampu atau bedak sekali pun (amboi... ngalahkan mama dia pulak. High maintanence skin gitu). So, untuk hari ni doktor Loh bagi aku 2 jenis lotion untuk apply dekat muka dan badan Ariana.

29/08/08 (Friday) - Ariana genap one month today. Happy one month sayang, harap-harap cepat sihat ye. Condition Ariana hari ni much-much better from the 1st and 2nd day dekat sini. Luka tu semua dah kering tapi yang geram tu dia merebak atas kulit kepala Ariana pulak (duh...). Untuk treatment hari ni, Ariana kena tukar antibiotik dia sebelum ni. So kalau sebelum ni injection dekat tiub yang terpasang dekat tangan Ariana tu tapi kali ni kena masukkan antibiotik tu dengan cara drip.

30/08/08 (Saturday) - Sepanjang kita orang dekat hospital ni, ramai betul kawan-kawan kita orang yang datang melawat untuk tengok condition Ariana. Thanks for your support k. Alhamdulilah kulit Ariana yang kering tu pun dah mengelupas untuk tukar kepada kulit baru. Lembut sangat kulit baru dia berbeza betul dengan kulit lama yang kena infection tu.

31/08/08 (Sunday) - Selamat hari merdeka tapi kita orang sambut dekat hospital je. Hari ni birthday adik aku yang ke-21. Sorry lah dik, takde apa-apa present boleh bagi sebab akak sibuk jaga Ariana. Ariana pun dah start tersenyum-senyum hari ni. Kerap minum susu dan kuat tidur. Happy sangat aku tengok Ariana dah back to normal condition. Doktor Ali pun dah bagitau tadi, yang besok Ariana boleh discharge. Yahoo..