Hari ni sessi tayang-tayang collection Sylvanian Families yang baru aku beli demi menyahut seruan kerajaan supaya menghabiskan duit sempena Mega Sales bulan Ogos ni.
*Hehe~suka-suka hati je yek :P*
First of all kita tayang 1st box dulu.*Hamboii~bunyi 1st box macam beli berdozen-dozen gitu ekekeke*Set ni nama dia: Street Market Set.
Walaupun nama dia Street Market atau nama kurang glamor yang dipopularkan di Malaysia ialah Pasar Lambak mahupun Pasar Malam.Korang jangan risau, ianya tidak menjual benda-benda hanyir seperti Ikan, Udang atau pun Ayam.Yang ada dekat Pasar Malam ni ialah Waffle Cute yang dibalut comel. Bila beli kompom sayang nak gigit Waffle tu. Dan Toys yang biasanya dijual di Pasar Malam bagi tujuan mengumpan si kecik supaya menjerit-jerit membuat bising agar impian memilikinya akan terlaksana.
*sigh~sabar ajelah*











