Blogger templates

Showing posts with label Sylvanian Families. Show all posts
Showing posts with label Sylvanian Families. Show all posts

Sep 5, 2010

Sylvanian Families - Village Sweet Shop

Siapa suka makan gula-gula angkat tangan! Ok..ok.. dah-dah sila turunkan tangan anda sebab aku tak sanggup nak hidu bau mashem *haha~gurau jelah.. tak boleh gurau pergi duduk surau :P* Kenapa tiba-tiba tanya pasal gula-gula ni? Nak bagi gula-gula free ke? Hamboi korang ni pantang dengar bunyi free kan? Laju je nak sua muka *tak malu~ :P ekekeke*. Takde maknanya aku nak bagi gula-gula. Lagipun tak bagus sebenarnya makan gula-gula ni. Bila over makan nanti korang kena kencing manis *chewah cakap macam doktor pulak*. Lepas tu, korang kena sakit gigi. Bila gigi sakit kompom kena cabut gigi. Kalau gigi dah rompong nak ambil gambar mesti dah tak cun. Haha~banyaklah aku punya songehkan?
Actually aku nak tunjuk korang kedai gula-gula Sylvanian Families yang bernama Village Sweet Shop *alolo~ so shuweet*. Comel jekan? Rasa macam nak gigit-gigit je *eh, tengok tu. Tadi tak bagi makan gula-gula* Eee~pandai betul orang yang buat marketing untuk gula-gula ni sampai aku pun dah terpedaya *kejamm~* Makan sikit je boleh tau :) makan banyak-banyak hmm~ no-no-no!

Kalau korang beli set Village Sweet Shop ni, korang akan dapat macam-macam jenis/rupa/bentuk gula-gula yang disertakan dalam box cute dia ni. Ada bentuk star, love, bear, lollipop *yummeh* dan macam-macam lagik. Biskut pun ada jugak dia sertakan dalam box tu. Tapi sebelum korang nak masukkan semua sweet ni dekat dalam push-cart, korang kena main tampal-tampal dulu especially untuk bahagian box dia. Habis buat semua tu, barulah jadi macam dalam picture dekat bawah ni :) *yeay* Tapikan yang kelakarnya waktu aku susun semua sweet items tu dekat dalam push-cart, aku terasa diri aku ni dah macam gergasilah pulak haha~ apetaknya jari gergasi comel ni kadang-kadang ganas sangat. Sampai habis berterabur gula-gula tu aku kerjakan. Jadi, kesimpulannya pastikan jari-jemari korang lemah-gemalai yek bila susun semua benda ni :P






p/s : Selamat malam korang :) hari ni letih tengok hubby aku buat pertukangan haha~ Lepas ni, aku nak pergi masak untuk sahur, sambung buat crochet dan tidur. xoxo!


Aug 26, 2010

Sylvanian Families - Garden Barbecue Set

Hari tu korang dah tengok Street Market Set kan? So, hari ni aku nak tayang Garden Barbecue Set pulak *hamboii~show-off sungguh kau ini yek? haha~* Yang bestnya bila korang beli Garden Barbecue Set ni, korang akan dapat percuma satu figure kucing jantan yang bernama Maurice Chantilly.
Mengikut apa yang tertera dekat kotak mengenai Maurice Chantilly ni :
Maurice Chantilly is famous for his barbecue parties and marvelous hospitality. The food is always delicious and plentiful and Maurice loves to chat and tell funny stories.
 Korang juga akan menjumpai pelbagai khazanah kiut-miut dekat dalam kotak ni antaranya set barbecue comel *siap ada alatan-alatan memasak barbecue lagik*, kerusi dan meja berpayung *parasol*, pinggan-mangkuk, jug air, gelas, makanan dan juga minuman. Alahai... semuanya comel-comel belaka tau. Kalau aku ada lampu ajaib macam Doraemon tu, aku kecikkan badan aku semata-mata nak bermain dekat dalam dunia Sylvanian Families ni hihi~ Seronoknya rasa :)

So, jom, aku bawa korang menikmati dunia comel Garden Barbecue Set ni.







p/s : Macam mana? Best tak? Rasa macam nak join makan barbecue tu sekali tak? haha~ Ok, bye-bye korang, nanti aku tunjuk set yang lain pulak hokeh :)

Aug 16, 2010

Sylvanian Families - Street Market Set

Hari ni sessi tayang-tayang collection Sylvanian Families yang baru aku beli demi menyahut seruan kerajaan supaya menghabiskan duit sempena Mega Sales bulan Ogos ni.
*Hehe~suka-suka hati je yek :P*
First of all kita tayang 1st box dulu.
*Hamboii~bunyi 1st box macam beli berdozen-dozen gitu ekekeke*
Set ni nama dia: Street Market Set.
Walaupun nama dia Street Market atau nama kurang glamor yang dipopularkan di Malaysia ialah Pasar Lambak mahupun Pasar Malam.Korang jangan risau, ianya tidak menjual benda-benda hanyir seperti Ikan, Udang atau pun Ayam.Yang ada dekat Pasar Malam ni ialah Waffle Cute yang dibalut comel. Bila beli kompom sayang nak gigit Waffle tu. Dan Toys yang biasanya dijual di Pasar Malam bagi tujuan mengumpan si kecik supaya menjerit-jerit membuat bising agar impian memilikinya akan terlaksana.
*sigh~sabar ajelah*


p/s : tengok pic yang aku tepek ni, ada terasa macam nak pergi Pasar Ramadhan tak? tihihi~

Jan 3, 2010

Sylvanian Families


Aku tau, entry nih paling dinanti-nantikan oleh cik Mun yang dichentai.. saje nak buat cik Mun rase gewam sket sebab tuh aku lambat nak post.... ahaks... Sylvanian Families (SF) nih collection aku yang latest... ikutkan dah lame aku intai mende nih tapi mood nak membeli tuh asek blom sampai je... sampailah satu ari tuh, balik dari keje... aku singgah jap kat Metrojaya, The Curve *feberet shoppin' complex aku nih... hihi* Kononnye nak beli barang untuk Damien, last-last tambah skali dengan barang aku....ekekekeke... Nih semua gara-gara YES (Year End Sale) yang suke buat aku rambang mata taw *tak dulik... nak salahkan YES gak...* Memula nengok-nengok cam gitu-gitu aje... owh... ade best buy... tapi bile pandang best buy dia sampai RM100.00 less.. wah... tak bole jadi nih, harus diangkut bawak balik umah... dan yang paling-paling besh tuh, semua umah-umah SF nih less RM100.00... maka jadilah sessi kelam-kabut nak buat pilihan... *nih yang aku nyampah nih..* Ikutkan napsu yang membara *membara??!! dasat.... ekekkeke* semuanya aku nak angkut. Tapi seb baek, hubby aku tolong calm down kan... relax yang... relax... hihi... Fuhh.. fuhh.... tarik napas, pikir seabes hangus... so aku pon pilih umah style RIVERSIDE LODGE... rege RM 99.90 setelah di'less'kan... Kalo hubby aku tak sabokan aku, kompom aku pilih style HOTEL yang rege RM 359.90 ekekkeke... *harap-harap next month adela discount lagik...bolela aku rembat... wink..wink* syhhh.... rahsia taw...

Keadaan umah RIVERSIDE LODGE yang dikuarkan dari kotak.. eee.. rase cam nak masuk je dalam umah nih... hihi

Bilik tido agak bersepah sket... maklumla baru pindah...

Penguin yang 'kurang chomel' mengalu-ngalukan kedatangan korang
(penguin families nih telah diberi secara percuma... nak tak nak kenala terima...) *kijam sungguh... cam terpaksa je... haha* canepon barang pree memang besh!!

Ini bukan kejadian penguin bunuh diri k... haha...

Yang paling besh... family aku yang di'figure'kan dalam Sylvanian Families... soooo... kiuttt....
Sayang btol... nak kuarkan dari box... nantilah aku tambah lagik satu umah... oppsss... lalalala...

Okie cik Mun, cane?? ade perasaan iri hati tak?? hihi... owh ya... savela no tepon akak yek... kecik ati akak taw... ekekekke...

Adios... Amigos....